Showing posts with label wish upon a star. Show all posts
Showing posts with label wish upon a star. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Kompilasi 2014.

Kemain lagi masing-masing buat kompilasi tahun 2014 kat Facebook, kan. Akak peratiiii je. Tanak ketinggalan, aku pun nak buat jugak. Tapi versi blog lah. Baru feeeeeeel! Macam tahun-tahun sudah, tahun ni ada kesempatan nak ulas sikit pasal tahun 2014 yang bakal ditinggalkan. Bukan untuk mengeluh, jauh sekali untuk dikesali. Cuma sesekali kita perlu kembali toleh ke belakang, untuk mengkaji mana-mana lompong yang boleh diperbaiki.

Bukan untuk orang lain pun.

Buat refleksi diri sendiri.

 

P1080528

Keseluruhannya, tahun 2014 penuh dengan aktiviti kekeluargaan.

 

Adik kahwin, sepupu tunang dan nikah, anak saudara aqiqah, anak kawan buat majlis harijadi, anak sendiri pun nak jugak. You name it. Memang pelbagai event famili berlangsung pada tahun ni. Dari sekecik-kecik parti harijadi, sampai lah ke sebesar-besar kenduri yang tumbang 2-3 ekor lembu. Alhamdulillah, mana yang mampu, sebolehnya kami penuhi semua undangan. Mana yang tak berkesempatan, InsyaAllah lain kali kalau diberi rezeki.

 

P1070999P1080200

Travelog tahun ni, bertemakan Cuti-Cuti Malaysia.

 

Sempat update pasal ke Swiss Garden Lumut dan Pulau Pangkor je. Ada hutang lagi beberapa entri sebenarnya. Antaranya ke Tasik Kenyir, Genting Highland dan Cameron Highland. Entah bulan bila lah nak update. Silap haribulan, gambar pun aku tak transfer lagi dari kamera. Lepas tu nak select gambar lagi, nak reka ayat pulak, fikir caption, huissshhhh tu yang tak menjadik-jadik entri sampai sekarang.

 

P1080864P1080893

Pertama kali organize open house raya kat rumah sendiri. Ini pun masih hutang sepucuk entri. Sampai nak masuk raya Krismas dah ni. eheh.

 

Akhirnya, atas desakan famili dan orang keliling, kami buat jugak open house merangkap house warming merangkap birthday party Alfiy setelah hampir 2 tahun berpindah ke rumah sendiri. Bunyik macam tak ikhlas je, kan. HAHAHAHA. Inipun buat kecil-kecilan yang sudahnya jadik margin besar jugaklah sebab kena sewa meja katering bagai. Dah kata, famili sendiri je riuh sekampung, memang mimpi laa nak buat kecil-kecilan. Jemput saudara-mara dan kenalan rapat je pun dah macam nak roboh rumah! But in a good way, lah :p Tanya lah pada sesiapa yang pernah organize open house, letihnyaaa mak oiiii macam menyambut menantu. Beza betul bila kita sendiri jadik tuan rumah. Selama ni tumpang majlis rumah Mak Abah je, kan. Hah, rasakan. Penat tapi seronok!

 

P1080785P_20141006_085923P1080862

Ya, tahun 2014 adalah tahun famili bagi aku. Jatuh bangun tahun ini semuanya berkisar pasal famili.

 

Macam mana dengan karier?

hurmmmmmm… that’s another story. Aku dan Cfu masing-masing ada krisis dengan kerjaya sendiri. Tapi itu tak bermakna kami benci. Cuma mengambil masa untuk hadam dan menjiwai. Belum jumpa point happy dalam career lane kami.. kot. Entahlah. Bunyik macam putus asa je, ye? Ini termasuk dalam perancangan tahun akan datang. Nak merencana semula mana hala tuju kami dalam kerjaya. Mungkin akan ada perubahan besar, mungkin masih setia duduk di takuk lama. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak maha menentukan.

 

P1080856

Walau apapun rencana kita di masa hadapan, Tuhan itu adalah sebaik-baik perancang. Jangan pernah kesal atas setiap perkara yang kitang rancang tidak menjadi, sebaliknya hayati hikmah yang bakal menyusuli.

 

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU’ASSIR

“Ya Allah, Mudahkanlah dan jangan Engkau persulit.”

 

 

HER : Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.

Thursday, March 13, 2014

Ke Hadapan #MH370

1912155_10152069785598752_282289394_n

On the bright side, #MH370 brings us closer together. We share common bounds in humanity. We become more human and more focused on the things which really matter in our lives; our family, friendships, social relationships with others just like ourselves. The community comes together, joined in their sorrow and grief.


Hang in there, everyone.


#PrayForMH370

 

 

HER : Tak tahu kenapa jiwa aku cukup terkesan dengan tragedi nan satu ini.

Monday, January 7, 2013

2013 : Tahun Serba Baru.

Selamat datang, Tahun Ular.

Kali ni, tak buat entri Kompilasi 2012 macam tahun-tahun sudah kot atas sebab-sebab berikut :

 

  1. Tahun yang biasa-biasa saja. Takde perkara tergempar yang perlu digembar-gemburkan melainkan berat badan yang naik secara me-roket selepas berhenti fully breasfeeding.
  2. Arkib Xeatopia bagi Tahun 2012 adalah yang paling SEDIKIT berbanding tahun-tahun sebelumnya. Nampak sangat penulisnya dah kurang nafsu menternak blog.
  3. Tuntutan kerjaya lebih banyak over shadow kemahuan untuk ber-blog.
  4. Dah seminggu jengah tahun baru, dah basi nak buat entri yang patut siap seminggu sebelum masuk tahun baru.
  5. Malas.

 

Nah, sebab terakhir tu yang paling relevan, sebenarnya. heh.

 

Walaubagaimanapun, antara pencapaian terbesar dalam Tahun 2012 adalah kami berjaya memiliki rumah sendiri. Biarlah sekecil mana, nilai harga berapa, rupa bentuk bagaimana dan letak duduk nya di mana pun, asalkan hasil titik peluh sendiri, ia tetap jaaaauhhhh lebih selesa berbanding kita duduk menyewa rumah orang. Sakit nak bayar ansuran tiap-tiap bulan pun rasa berbaloi sebab dah namanya rumah sendiri, kan?

 

Syukur, Ya Allah.

 

Pada hemat aku, pengalaman pindah masuk ke rumah pertama dibeli sendiri, yang mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup ni, wajar mendapat tempat di sini. Buat kenang-kenangan abadi, katanya. Maka, beberapa hari sebelum masuk tahun baru, aku dan Cfu ambil cuti panjang, nak sambut Tahun Baru kat rumah baru, kononnya. Berbekalkan beberapa orang ‘buruh kasar’ bertauliah berserta semangat juang tinggi, kami pun pulun lah berpindah ke kawasan kejiranan baru …

 

P1060317P1060305  

Inilah ‘buruh kasar’ bertauliah yang dimaksudkan. Jangan marah ye, adik-adik kesayanganss! Love korang banyak sangat. Nanti gaji hujung bulan, ai bagi upah Pizza sorang sekeping, okeh.

 

P1060308

Nampak tak si mandur kecik tengah buat apa?

P1060309

Orang lain sibuk membasuh dan mengemas, dia pulak sibuk mengukur tangga. Sia-sia mak melabur pasang pagar custom made tu, hah! *histeria*

P1060319 P1060321 P1060322

Tengok lah tu. Dia sorang je yang bergembira di kala orang lain dah nak terkulai kepenatan.

P1060329

Elok je siap basuh rumah, orang lain baru siap-siap landing nak berehat, dia lah orang pertama yang berkerohhh dulu! cheit.

 

Begitulah serba sikit sekitar hari pembersihan ‘syurga’ baru kami.

 

Sekarang ni, masih lagi dalam proses penyesuaian di tempat baru. Malam pertama tidur kat rumah baru memang tak nyenyak lah. Selang sejam asyik terjaga je. Macam-macam fikiran berlegar kat kepala. Siapa suruh layan Hantu Kak Limah sebelum tidur, kan. Padan muka.

 

Pohon doakan yang baik-baik, ya.

 

Semoga tahun ini membawa 1001 rahmat dan keberkatan buat kita semua. Jangan pernah putus asa sekiranya azam tahun lalu tidak kesampaian, mudah-mudahan kita sentiasa diberi masa untuk mencuba kali kedua, dan seterusnya.

 

Mistakes are sometimes the best memories :))

 

HER : Stay tuned at Organizing Thing for more updates on our home sweet home!

Tuesday, September 4, 2012

Alhamdulillah.



Antara pencapaian terbesar dalam hidup. 
Rizqi minallah :))

Wednesday, February 29, 2012

Sirih Pulang ke Gagang.

Miss me?

Macam lah ada orang nak heran, kan.


Bersempena dengan Tahun Lompat yang boleh jumpa tarikh 29 Februari ni dalam 4 tahun sekali je, gigih jugak lah aku menaip entri ni. Lagipun, serius rindu gila kot nak tengok diri sendiri mengomel kat sini. Takyah segan nak mengaku lah korang pun sama, kan :p


Sepanjang tempoh ‘kehilangan’, aku ada je kat bumi Malaysia ni. Tak sangka pulak ada jugak yang sudi email bertanya khabar kenapa aku sunyi sepi dari daerah Blog, FB mahupun Twitter. Mana tau kot-kot dah berhijrah pergi Amerika senyap-senyap ke, kan. Saja tak nak bikin kecoh, nanti semua sibuk nak kirim fridge magnet buat souvenir. heh.


Kini, aku lebih banyak habiskan masa melawat blog orang lain. Tak kira lah blog tempatan mahupun luar negara. Dah jarang bukak Twitter sebab aku mudah leka lepak situ lama-lama. Sekadar check in Foursquare je, buat gedik-gedik lepas gian. Tak macam dulu, asal on internet je, otak aku ligat fikir nak update pasal apa, nak komen apa kat blog si polan, sikit-sikit refresh timeline Twitter dan jengah-jengah online shop sana sini sebelum buat transaction sikit-sikit sampai jadik bukit.


Selama tempoh hibernasi ni, memberi aku peluang untuk menyelami dunia blog dari perspektif yang berbeza. Rupanya, seronok jugak menjadik seorang silent reader. Rasa lebih terinspirasi, gitu. Di samping mematangkan mentaliti dan persepsi aku terhadap dunia blogosfera.


Azam tahun baru ke?


Err.. tak jugak. Mungkin usia 7 tahun bergelumang dengan blog telah membawa aku kepada penemuan fasa lain dalam penulisan blog. Setiap kali rasa terinspirasi dengan hasil penulisan orang lain, aku tertanya-tanya sama ada aku memberi impak yang sama terhadap pembaca Xeatopia selama ni. Ada tak memberi sebarang faedah dan nilai murni? Atau aku yang syok sendiri, tulis perkara sia-sia. Dan, lebih menakutkan, kalau-kalau meninggalkan pengaruh negatif yang aku sendiri tidak jangka. Mintak dijauhkan.


Walau apa pun, tak perlu gundah-gulana. Xeatopia takkan berubah rupa. Masih menggunakan khidmat penulis cabuk yang sama; cuma kelapangan masa je yang tak berapa nak ada. Kebetulan jugak, aku sedang merencana hala tuju pembangunan karier sedia ada. Kalau kot-kot lepas ni korang nampak muka aku terpampang kat surat khabar atau kaca TV, tiba-tiba dah ada pangkat Datuk atau Profesor ke, jangan malu-malu nak beritahu,


“eh, ni Xeea lah! Kawan blog saya!”

:p


P1040595

Datuk Afziha sewaktu bercuti ke luar negara meluangkan masa bersama keluarga *ayat tipikal Majalah Famili & Keluarga*



HER : Dah ada port lepak baru. Kalau ada masa terluang, aku banyak bersidai kat sini. Jemput lah singgah.

Tuesday, January 17, 2012

Kompilasi 2011.


Biar lambat, asal selamat.


Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Setiap kali sebelum masuk tahun baru, aku dah siap merangka entri 'Kompilasi' (Baca : Kompilasi 2010, Kompilasi 2009) sepanjang tahun. Disebabkan terlalu banyak aral melintang pada penghujung tahun lalu, maka entri kompilasi tahun ni sekadar adanya.


Selain kisah suka, duka, jatuh, bangun, gembira, mengembara dan penuh sandiwara, Tahun 2011 bagi aku lebih untuk keluarga. Sedang dalam peringkat bertatih mengharungi alam keibubapaan yang penuh warna. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan semangat untuk terus menjadi Mama yang baik kepada Alfiy serta isteri yang menyenangkan buat Cfu.


Tahun ini juga diuji dengan perasaan 'kehilangan'.


Mengalami keguguran pada pertengahan tahun. Menghadapi pemergian Nenda tersayang pada penghujung tahun. Sungguh, perasaan 'hilang' adalah terlalu sukar untuk diharungi. Namun, rasa itulah yang mengajar kita agar bersyukur. Hargai setiap perkara sementara ia masih ada.


Biar apapun corak yang telah terlukis dan arah mana pun laluan yang telah dipilih di sepanjang tahun ini, tiada sikit pun timbul rasa kesal di hati. Setiap pengalaman sama ada pahit mahupun manis, merupakan guru terbaik dalam usaha untuk menjadi insan yang lebih baik.



Besar harapan aku taruhkan agar sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri di masa akan datang.


Selamat Datang Tahun Naga!
Semoga tuah datang melimpah sehebat namanya.




- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, November 1, 2011

Hari Minggu #10 : Oh My Pavlova!

Semakin hari aku makin meroyan bila kawan-kawan blog semakin galak show off hasil air tangan Pavlova masing-masing. Ni semua si Masterchef Nano punya pasal, telah menyebarkan wabak Pavlova ke seantero alam blog mak-mak. Lepas tu, seorang-sorang pun mula kena rasuk sindrom baking Pavlova; Kak Kiwi, Mak Neng, Dayu, Evyn, Mek Na dan ramai lagi!


Maka, aku pun tak nak ketinggalan. heh.


Berbekalkan semangat jitu dan ketekunan yang tidak berbelah bahagi, aku pun menyinsing lengan, membanting tulang empat kerat, mengerah keringat, cuba untuk menghasilkan Pavlova versi Xeatopia pulak. Cubaan pertama, dan terus menjadi, wallahhhh!! Nah, lihat hasilnya ...

.

.

.

.

.

P1030489

My Berrilicious Chocolate Pavlova

Cantik tak? Cantik tak?

Ada rupa macam chef profesional buat, kan?


Nak resipi?


Pergi mintak kat chef Restoran Delicious. Sebab dia yang bagi. Bukan setakat resipi, dengan Pavlova, Spaghetti Bolognese, Seafood Oglio Olio dan Iced Chocolate Shake sekali dia bagi. hehehehehe


Ye la, ye la. Akak beli siap je uolls! Kite mana ada oven sendiri. Tiap tahun bakar biskut raya pun dapat belas ehsan oven Mak takpun Mak Mertua punya. Celah mana pulak lah aku nak membakar Pavlova sendiri. Nak kena tunggu pindah rumah sendiri nanti kot, dapur besar, ada tempat letak oven, baru sesuai nak beli barang sebijik oven 90 liter. Hari-hari pun boleh bakar Pavlova.


Tapi, tak dinafikan, aku memang serius terliur weh tengok Pavlova korang tu. Dah macam mengidam pun ada. Nak makan Pavlova kat Restoran Serai Empire Subang tu, dah meletup lah pulak. Nak pergi makan kat Alexis Gardens, leceh nak carik parking. Nyaris kempunan. Tu yang paksa jugak ajak Cfu makan kat Delicious Sunway Pyramid ni, dekat sikit. Restoran ni memang cantik, ala-ala sentuhan romantic vibe gitu. Pilihan makanan pun banyak tapi quite pricey lorr. Rasa? Biasa-biasa je. Standard western food.


Cuma, aku nak komplen lah pasal Pavlova diorang ni.


Indah khabar dari rupa. Aku punya lah membayangkan yang Pavlova ni keras di luar dan lembut macam marshmallow kat dalam tapi sebaliknya pulak yang aku dapat. Mula-mula makan kat luar tu memang keras kan? Macam frosting icing. Aku rileks lagi. As expected lah. Sekali bila makan bahagian dalam, masih keras. Korek dalam lagi, aikkkk keras kematu jugak! Sudahnya, aku gonyoh tenyeh-tenyeh Pavlova yang jelita tu (hanya dari luaran) tetap keras. Cfu cakap macam makan gula kapas, versi keras.


Hampaaaaaaaaaa (-_-'')


Ke memang gitu ah rasa dia? Atau tekak Jawa aku ni yang tak reti nak terima rasa Pavlova? Terbang RM 12.90 untuk sekeping Pavlova di Delicious yang begitu mengecewakan. Not-so-delicious. How ironic, kan?


Ok, dah siap komplen, boleh lah layan gambar sikit.


cats

deli


eh, eh tertinggal satu lagi komplen. Buku menu kat Delicious ni sangat lah tidak mesra pelanggan. Dari muka surat satu sampai lah yang terakhir, semua yang aku nampak hanyalah deretan perkataan bombastic berkenaan makanan dan minuman. Sebijik gambar pun takde. Kena pulak kat orang kampung macam aku, yang tak biasa makan kat fine-dining restaurant macam ni. Rasa macam tengah study jurnal pun ada. Berpinar-pinar mata.


Secara keseluruhan, selain daripada menjamu mata dengan pemandangan dalam restoran yang cantik, menu makanan kat sini biasa-biasa je lah. Kalau sekadar nak dating, makan ringan-ringan, sesuai lah. Dengan harga yang sama, aku boleh makan BBQ Buffet kat hotel 5 bintang sekali lagi. Lagi puas hati. Tapi nak kena guna Groupon lah :p


Ok, dah habis komplen. Sekian.



HER : Takde siapa ke yang sudi nak hantar free sample Pavlova hasil tangan sendiri untuk aku rasa? Kasihanilah daku, kempunan nak makan Pavlova sedap. iskkk. Satu lagi, kalau aku forward komplen ni kat management Delicious, agak-agak diorang bayar ganti rugi tak?

Wednesday, December 29, 2010

Kompilasi 2010.

Tahun 2010 aku dimulakan dengan penghijrahan dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Masih lagi jauh dari pelukan suami peliharaan. Bermula pulak episod tinggal menyewa seorang diri kat apartment chalet tiga bilik. Cfu tak kisah berhabis tiap bulan semata-mata nak bayar sewa, asalkan dia rasa isterinya selamat di tempat orang.


Kan dah memang tanggungjawab suami ; sentiasa melindungi.

Terima kasih, suami.


image

Awana Kijal. Home alone for 3 months :(


Dalam pada susah-payah mengharungi rutin hidup di tempat baru, kami dikejutkan dengan khabar gembira yang tidak dijangka. Maha gembira. Saat ini, aku semakin mengerti akan besarnya pengorbanan seorang ibu. Biarpun diuji dengan pelbagai alahan, aku tetap tabah mengharungi.


Tiap kesabaran itu ada harganya.


Syukur, proses rayuan pindah aku berjaya. Itupun setelah puas Cfu berusaha naik turun kementerian, berulang alik Kuala Lumpur- Kemaman dan tak lupa jugak jumpa ustaz alim ulamak sampai ke Utara ikhtiar tolong doakan.


SJMC 052

Mencurah bakti di tempat baru.


Kata Cfu, selain daripada tahun kelahiran Alfiy Hafeez dalam hidup kami, kalau boleh, dia mahu buang tahun 2010 dari rentetan peristiwa hidup. Kerana, pada tahun ini jugak, keluarga kami dah boleh diumpamakan seperti ‘siswazah hospital’.


Bermula dengan aku, pada tempoh awal minggu kehamilan hingga lah ke usia 9 bulan kandungan. Hospital swasta dan kerajaan, di Terengganu mahupun Selangor, semuanya aku dah merasa.


SJMC 006

Biarpun payah, ia tetap indah :)


Betul-betul pada hari lahir aku yang ke –26, Ayah mertua pulak menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut jantung Negara(IJN). Berkampung kat IJN, makan bulan jugaklah lamanya.


Dalam tempoh yang lebih kurang sama, Abah pulak diserang penyakit lelah. Seminggu jugaklah ‘bertapa’ kat hospital. Elok je Ayah mertua dan Abah kembali pulih, satu-satunya adik ipar aku disahkan menghidapi penyakit fibroid. Berkampung lagi kat hospital sementara tunggu giliran untuk pembedahan.


SJMC 043

IJN. Betul-betul ‘berkampung’ hah.


Lagi empat minggu nak cukup 40 minggu usia kandungan, aku ‘kembali’ ke hospital. Kali ni, bukan setakat baring kena cucuk air sebab dehydrated macam yang sebelum-sebelum ni, tapi nak beranak dah!


Tepat jam 9.54 malam 8 Ramadhan, lahirlah buah hati kedua buah keluarga yang menghapuskan segala kisah duka sepanjang 2010 ini. Benarlah, anak itu pembawa rezeki.


IMG_1805

Alfiy; usia 3 hari.


four 131

Alfiy; hari ini.


Tahun ini penuh warna duka disulami ceria pelangi.

Moga tahun yang mendatang kan lebih berseri.



HER : Jangan pernah kesal atas tiap perkara yang telah terjadi, sebaliknya hargai hikmah yang bakal menyusuli.

Thursday, April 8, 2010

Maxi Dress Hunting.

Seriously, I really want these !!!


colorblock-floral-maxi-dress


maxi

maxi
Gambar ihsan Google.


Kalaulah ada yang berlengan panjang. haih.


Dengan cuaca Malaysia yang makin panas menggelegak sekarang ni, nak sarung bolero, jaket, cardigan atau inner, memang berlengas habis lah. eiuww.


Ada jugaklah ushar maternity dress biasa yang ada riben ikat belakang tu kat ModernMum dan kedai mak-mak yang lain, tapi harga semuanya, uiiiii! *pengsan* Sebab tu aku macam prefer maxi dress. Lepas beranak, masih boleh pakai. Harga pun lebih kurang RM 50 –60 macam tu je.


Lagipun, perut macam ramping lagi (masih tak nak terima hakikat) boleh lagilah kot nak sarung maxi. Nak pakai seluar / skirt macam dah tak berapa selesa lah. Habis gatal-gatal perut ai ni, tau. Bila gatal, mula lah aku nak menggaru. Bila dah menggaru, habislah kena haruk dengan makpak, mertua, laki, geng mak-mak kat ofis, semua orang lah marah aku kata nanti perut merekah. Tapi, serius gatal lah, weh!


So, kat mana nak carik maxi yang kiut dan murah gitu, eh?


Tak kisahlah kedai online ke, offline ke. Oh, yang jual kat luar negara pun takpe, Cfu aku ada Paypal. Dengar cerita, dia macam ada juta-juta... rupiah :p Bila lagi nak paw laki sendiri, kan?


Kan Cfu kann.. kann.. kann.. *leset-leset sikit*



HER : Semalam shopping secara lone ranger. Lepas tu, pengsan sakit satu badan tak hingat punya. Padahal, selama ni, rileks je marathon satu shopping complex.

Monday, March 29, 2010

Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

err.. harap-harap kamu masih belum fedap dengan xeatopia. Kesian dia dah makin kurus laparkan entri. Tuannya manjang kedekut idea.


Alhamdulillah.

Hidup sekarang dah makin teratur.


Takde dah nak pening-pening pasal cuti hujung minggu yang berbeza dengan Cfu. Kami dah mula sambung semula aktiviti hujung minggu sama-sama macam dulu-dulu tu. Cuma, bila masuk bab bercucuk-tanam pokok cili padi apa semua tu, memang fail aa (Baca : Diari Seorang Petani Terhebat).


nov09 004

Habis dah pokok-pokok peliharaan yang dipelihara oleh suami peliharaan tewas di tangan siput babi. tsk.


Satu je masalah aku. Aktiviti mengemas dan menghias rumah dah tak sehebat dulu. Rumah aku memang dah rupa tongkang pecah. Bukan setakat pecah je, nak karam pun iya. Sampaikan tahap nak carik baju dan seluar ’kecik’ aku pun, Cfu terpaksa selongkar satu rumah. Tu lah satu lagi simptom yang aku perasan. Banyak perkara yang aku suka selama ni, tiba-tiba jadik tak suka bila berbadan dua.


Mujurlah aku masih suka dengan Cfu.


Malahan, makin over kot aku punya suka dan cinta. Pagi petang siang malam, nak mengulit bawah ketiak dia je :p Pantang terjaga malam dia takde kat sebelah, mau aku menjerit sekuat hati panggil nama dia. Hilang kejap mood member tu tengah layan bola kat TV tengah malam buta. Apalah malang nasib ko Cfu terpaksa layan kerenah bini gedik gini. Pasrah je lah. heh.


Setakat ni, persiapan awal untuk menyambut orang baru ialah nak carik rumah baru. Kalau ada rezeki, memang nak terus beli lah. Ye lah kan, selama ni, jeles jugak tengok orang lain dok ushar rumah-rumah baru untuk dibeli. Aku dengan Cfu hanya makan hati pendam perasaan terkapai-kapai sewa rumah sana sini sebab tak tahu akan settle down kat mana. Sekarang ni, bolehlah nak mula tengok mana-mana rumah yang berkenan di hati.


IMG_0786

Hari-hari tatap gambar rumah idaman dengan niat boleh jadi kenyataan biarpun hanya dalam mimpi. tsk.


Oklah. Banyak cakap pulak. Babai.


eh eh kejap.

Ada orang request nak tengok gambar terbaru. wah, kelas gitu dah feeling macam artis siap orang boleh main request2 *perasan tau*


B&B gath 028

Nak bagi saspen, kita tengok pandangan belakang dulu. uishhhh, ada pinggang lagi rupanya. Masih ramping, kan? kan? kan?


B&B gath 029

Pandangan sisi pulak. Pun kiut jugak, apa. heee


B&B gath 024

Nah, ambik ko pandangan hadapan.

T________T


B&B gath 003

Istimewa buat Puan Susudalambotol dan si dashing Umar Arjuna @ Bloggers & Brides Gathering. Mane lah tau kot-kot dah ambik gambar dekat-dekat ni, boleh dapat aura pinggang kerengga ‘amma’ Umar ni lepas habis 9 bulan nanti. fuhh kanan, fuhhh kiri!



HER : Lagi update pasal Bloggers & Brides-2-be Gathering? Sila lah ke Isu Bumper Kahwin.

Wednesday, December 30, 2009

Kompilasi 2009.

Tirai 2009 aku dibuka dengan kisah sedih menyayat hati yang masih lagi menyelubungi kami sekeluarga. Sehingga ke saat ini, kami sentiasa rindukan senyum dan tawa dia.


bulan   madu = duit ilek 149

Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan.


Kemudian, bermula pulak era aku memegang jawatan suri rumah berhias terhebat. Hari-hari yang dilalui hanyalah celik mata, makan, internet, TV, makan, tidur, makan, sambut suami pulang dari kerja. Memang sorga. Kalaulah boleh diputar semula masa, aku nak hidup dalam era ni, sampai bila-bila.


PC060204

Suri rumah terlebih bahagia.


Langit bukan selalu cerah.


Sekali lagi dihambat rasa sentap bila ditempatkan di Kuching, Sarawak. Tetapi berkat doa semua dan usaha suami peliharaan yang tidak kisah heret muka tembok pergi jumpa orang sana-sini, aku berjaya pindah balik ke Semenanjung.


Masuk pulak era tidak tinggal sebumbung dengan suami walaupun berkongsi hati. cewah. Masa ni lah, ramai kawan-kawan dan orang sekeliling timbul rasa kagum terhadap aku yang mampu duduk serumah dengan mertua tanpa kehadiran suami di Terengganu.


Drama swasta air mata Maria, dah jadik perkara biasa. Lantak lah orang lain nak kata apa tatkala lihat kami berpeluk, bercium bagai nak rak tiap kali nak berpisah. Diorang tahu apa.


induksi 122

Selagi tak kena kat batang hidung sendiri, manusia memang hanya pandai mengata.


Betul orang tua-tua kata, alah bisa, tegal biasa.


Kami tak pernah tinggal hatta satu minggu pun giliran untuk berjumpa di hujung minggu. Stesen bas, airport dah jadik rumah nombor dua. Nombor telefon teksi pun dah masuk dalam senarai pakej Digi Friends & Family. Tony Fernandes pulak dah ibarat bapak menakan sendiri sebab tiap bulan dapat ‘elaun tetap’ dari kami. Duit yang bertaburan kat atas jalan mahupun langit dan lautan, sikit pun tak terasa. Yang penting, masa berkualiti. Itu lebih berharga.


Namun, Tuhan tu Maha Kaya.


DIA tarik satu nikmat kami untuk hidup bersama, tapi DIA beri nikmat rezeki berpanjangan yang tidak pernah putus. Walau deras macam mana sekalipun duit yang mengalir keluar, mahupun terlalu sesak masa yang ada, DIA sentiasa tunjuk kami jalan agar sentiasa punya peluang untuk luangkan masa bersama.


bulan   madu 2 012

Syukur.


Pejam celik, pejam celik, setahun sudah.


Alam pekerjaan betul-betul tunjukkan aku apa isi dunia, sebenarnya. Manusia ni ada macam-macam ragam, rupanya. Tiap kali terjatuh, pandai-pandailah nak bangun semula. Lebih-lebih lagi bila suami jauh di mata, merengek lah sorang-sorang pujuk diri sendiri macam loser. heh.


Pergi balik kerja tiap hari, hujung minggu balik jumpa suami, memang tak terasa masa berlalu macam tu je. Tup-tup aku nak kena pindah Kemaman dah. Terpaksa merencana semula hidup PJJ episod lain pulak. Lepas ni, entah stesen bas dan airport mana pulak lah jadik rumah nombor tiga.


Harap DIA masih sudi beri ruang untuk menumpang hidup di sini.


Apa yang pasti, pengajaran paling besar yang aku peroleh sepanjang melalui liku perjalanan pada tahun ini ialah sentiasa percaya pada usaha, doa dan tawakal padaNya. Ada usaha, adalah hasilnya. Tuhan sendiri sudah bersabda,

"Takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya."


none 191

Mohon agar sentiasa dikurniakan hati yang kuat,

berserta senyuman berseri di setiap kali

:)



HER : Semoga 2010 bawa sinar lebih bahagia.

Sunday, October 18, 2009

Angan si Minah Jenin.




Sepuluh kali tengok, sepuluh kali lah aku terbahak-bahak.
(Sumber)


Obviously, I'll go for red.


aiiii.. berjanggut nak tunggu cecah seribu. Nak kumpul gaji, mau kempunan le jawabnye. tsk.
(Sumber)



HER : Duit banyak habis tabur atas jalan, je :(

Friday, March 20, 2009

F for FRIDAY, F for FEEL.

Benci betul perasaan berbelah bahagi macam ni.


Sebahagian diri aku kata,

“Takpe. Cuba dulu. Jauh sekejap je. Sebelum ni, boleh je bercinta jarak jauh selama 6 tahun. Orang dah kahwin, paling lama pun, 6 bulan kat sana, boleh pindah balik dah. Shopping sampai pengsan dulu kat Serikin. Meroyan dulu dengan elaun wilayah. Untung-untung, balik semenanjung, boleh pakai Civic.”


Sebelah lagi cakap,

“Gila apa. Cukup-cukup lah. Dah kahwin pun nak PJJ lagi, ke? Punah harapan nak pakai mahkota isteri mithali yang setiap hari tadah muka dan depa tangan depan pintu tunggu suami pulang dari kerja. Inilah masanya nak tunjuk rebel. Asyik jadik follower je. Dah lah tak reti hidup susah. Baru takde internet dan TV, hidup dah jadik tak tentu arah. Inikan pulak tak ada suami dan keluarga di sisi. Mau mati kutu lama-lama kat sana.”


Semua orang suruh aku istiharakh.

Mintak petunjuk.


Picture 002F for FRIDAY, F for FOOD. Dua.

Satu lagi ‘makanan manis’ pilihan. Dari Sweeden. Boleh didapati di IKEA dengan harga RM25.

Aku dan suami peliharaan (yang tiap hari mentatap muka aku dengan perasaan sayu sebab nak ditinggalkan) memang tak berkira kalau masuk bab beli makanan baru yang sedap untuk dicuba rasa. Sampai Sarawak nanti, aku nak cuba ulat mulung pulak. Tak main lah setakat makan umai. Biasa sangat dah.

Kan, Zul? Kan, Khalid? :p


foodoffaves Macam biasa, harus masuk dalam hall of fame.


114467480_a1adab2ff8Lama gila mengidam kat objek yummy-licious-meleleh-air liur seperti yang tertera di atas. Ice cream fondue namanya. Ada siapa-siapa tahu kat mana boleh dapat?


HER : Entri cubaan mahu lari daripada isu sukacita yang sedang bergelumang dalam hidup pada masa ini :( Adik-adik datang hari ni, alasan yang cukup kuat untuk buat aku senyum.