Wednesday, December 24, 2014

Kompilasi 2014.

Kemain lagi masing-masing buat kompilasi tahun 2014 kat Facebook, kan. Akak peratiiii je. Tanak ketinggalan, aku pun nak buat jugak. Tapi versi blog lah. Baru feeeeeeel! Macam tahun-tahun sudah, tahun ni ada kesempatan nak ulas sikit pasal tahun 2014 yang bakal ditinggalkan. Bukan untuk mengeluh, jauh sekali untuk dikesali. Cuma sesekali kita perlu kembali toleh ke belakang, untuk mengkaji mana-mana lompong yang boleh diperbaiki.

Bukan untuk orang lain pun.

Buat refleksi diri sendiri.

 

P1080528

Keseluruhannya, tahun 2014 penuh dengan aktiviti kekeluargaan.

 

Adik kahwin, sepupu tunang dan nikah, anak saudara aqiqah, anak kawan buat majlis harijadi, anak sendiri pun nak jugak. You name it. Memang pelbagai event famili berlangsung pada tahun ni. Dari sekecik-kecik parti harijadi, sampai lah ke sebesar-besar kenduri yang tumbang 2-3 ekor lembu. Alhamdulillah, mana yang mampu, sebolehnya kami penuhi semua undangan. Mana yang tak berkesempatan, InsyaAllah lain kali kalau diberi rezeki.

 

P1070999P1080200

Travelog tahun ni, bertemakan Cuti-Cuti Malaysia.

 

Sempat update pasal ke Swiss Garden Lumut dan Pulau Pangkor je. Ada hutang lagi beberapa entri sebenarnya. Antaranya ke Tasik Kenyir, Genting Highland dan Cameron Highland. Entah bulan bila lah nak update. Silap haribulan, gambar pun aku tak transfer lagi dari kamera. Lepas tu nak select gambar lagi, nak reka ayat pulak, fikir caption, huissshhhh tu yang tak menjadik-jadik entri sampai sekarang.

 

P1080864P1080893

Pertama kali organize open house raya kat rumah sendiri. Ini pun masih hutang sepucuk entri. Sampai nak masuk raya Krismas dah ni. eheh.

 

Akhirnya, atas desakan famili dan orang keliling, kami buat jugak open house merangkap house warming merangkap birthday party Alfiy setelah hampir 2 tahun berpindah ke rumah sendiri. Bunyik macam tak ikhlas je, kan. HAHAHAHA. Inipun buat kecil-kecilan yang sudahnya jadik margin besar jugaklah sebab kena sewa meja katering bagai. Dah kata, famili sendiri je riuh sekampung, memang mimpi laa nak buat kecil-kecilan. Jemput saudara-mara dan kenalan rapat je pun dah macam nak roboh rumah! But in a good way, lah :p Tanya lah pada sesiapa yang pernah organize open house, letihnyaaa mak oiiii macam menyambut menantu. Beza betul bila kita sendiri jadik tuan rumah. Selama ni tumpang majlis rumah Mak Abah je, kan. Hah, rasakan. Penat tapi seronok!

 

P1080785P_20141006_085923P1080862

Ya, tahun 2014 adalah tahun famili bagi aku. Jatuh bangun tahun ini semuanya berkisar pasal famili.

 

Macam mana dengan karier?

hurmmmmmm… that’s another story. Aku dan Cfu masing-masing ada krisis dengan kerjaya sendiri. Tapi itu tak bermakna kami benci. Cuma mengambil masa untuk hadam dan menjiwai. Belum jumpa point happy dalam career lane kami.. kot. Entahlah. Bunyik macam putus asa je, ye? Ini termasuk dalam perancangan tahun akan datang. Nak merencana semula mana hala tuju kami dalam kerjaya. Mungkin akan ada perubahan besar, mungkin masih setia duduk di takuk lama. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak maha menentukan.

 

P1080856

Walau apapun rencana kita di masa hadapan, Tuhan itu adalah sebaik-baik perancang. Jangan pernah kesal atas setiap perkara yang kitang rancang tidak menjadi, sebaliknya hayati hikmah yang bakal menyusuli.

 

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU’ASSIR

“Ya Allah, Mudahkanlah dan jangan Engkau persulit.”

 

 

HER : Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.

7 comments:

  1. cantek la rumah..suka tengok...ur kids pon adorable :)

    ReplyDelete
  2. xeea nice ur rumah.. bab kerjaya kalau xjumpa happy point tu mmg payah.. sbb kerja 8jam.. bnyk boleh kumpul pahala tempoh tu lg2 kerjaya mcm kite ni..tp kalo xhappy boleh la cuba intai2 yg lain..hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh thank you!

      hurrmmmm.... camana nak cakap eh. Bukan tak suka, cuma takde lah perasaan macam tak sabar / excited nak pi kerja tetiap hari. Environment KK ngan Poli lain, kak. Sini nak kena multi tasking sungguh. Mmg tak dapat nak dedicate 100% on academic. huuu

      Delete
  3. Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. ..tq :)

    ReplyDelete
  4. xeea,
    cepatnyakan anak2 dah besar.
    huhuhu.
    btw, happy new year. semoga apa yg dihajati tercapai. amiin.

    *bekenan board kat gmbr last skali tu. mana nk beli? ;D

    ~huda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnn. Macam tak puas mengulit diorang masa baby. Touching mak. sobssss

      Board tu beli kat Kaison rasanya. Kite pun dah ingat2 lupa, wak. Maklomlah, urat banyak dah putus. heee

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.