Wednesday, February 3, 2010

Bukan Semua Perkara Main Psikologi.

Rindu? heh.


Lepas berminggu-minggu tak jenguk xeatopia, cara aku menaip pun dah macam ibu ketam ajar anaknya berjalan. Terkedek-kedek.


Bukan setakat xeatopia, malah blog-blog yang lain pun aku tak mampu nak jengah. Maaf. Bukan sengaja. Tapi, keadaan diri semasa yang tak mengizinkan. Nak bukak komputer pun tak lalu, apatah lagi nak melipat kain baju.


IMG_0661

Seminggu yang sudah, aku habiskan masa bertapa kat hospital. Biasalah. Masalah orang yang baru nak berjinak-jinak dengan alam baru lah katakan.


Bila Mak Abah dan adik-adik datang dari Johor meredah 6 jam perjalanan semata-mata nak jenguk aku, barulah aku rasa kuat sikit. err.. tak dilupa jugak jasa ibu bapa mertua dan my Cfu yang tak bosan menjaga aku siang malam.


Tambah lagi bila Mak cakap, “Anak Mak 5 orang, 5 kali dah Mak rasa sama macam Along ni. Pun masuk air sampai berbotol-botol jugak.” Terus aku tekad, kalau Mak boleh, aku mesti lah lagi boleh. Positif positif. heh. Tak habis-habis.


Minggu-minggu seterusnya, aku harung seorang diri.


Takde orang nak tolong urut belakang masa aku beriya-iya muntah hijau tiap pagi. Takde orang nak dibuat rengek manja mintak itu ini. Teringin nak makan apa-apa pun, nak kena carik sendiri. Apa boleh buat, suami peliharaan jauh di mata. Tahan je lah rasa cemburu tengok orang lain berteman pergi sana sini. haih.


Tabah lah wahai hati.


Satu perkara yang aku tak faham, kenapa ada orang kata yang pembawaan simptom semua ni, penangan psikologi je. Rasa loya, dikata psiko. Lapar setiap 2 jam, dikata psiko. Tak tahan bau orang masak, kata psiko. Kerap buang air kecil pun dikata psiko.


Dah kalau demam sampai nak cecah 40’c pun dikata psikologi, nak je aku tarik rambut tepi orang yang dok canang sana-sini semua psikologi tu sampai putus. Biar Tuhan bagi dia rasa macam mana sakitnya. Cakap memang pandai.


Kalau ikut aku, senang je. Rasa ngantuk, tidur je lah ubatnya. Rasa lapar, makan je lah sampai kenyang. Takyah lah beriya nak tahan diri kata psikologi, psikologi. Gila. Ikut sangat cakap orang, badan pun boleh binasa.


Cukuplah.


Aku tak nak lah xeatopia ni jadik tempat nak mengadu domba pulak. Dan, rasa macam tak best je nak cerita pasal pregnancy dari A sampai Z kat sini. Macam malu pun ada. Tak biasa kot. heh.


Selagi aku masih mampu menulis kat sini, bermakna aku masih gagah melalui fasa baru ni, biarpun tanpa suami di sisi setiap masa nak dimintak tolong urutkan kaki :p Kadang-kadang, aku sendiri tak sangka dan tak tahu macam mana aku boleh jadik sekuat ini.


Doakan aku gembira setiap hari.

Aku mahukan anak yang ceria berseri-seri.

:)



HER : Terima kasih atas ucapan yang indah-indah pada entri lepas. Maaf, tak dapat nak balas setiap satu. Terima kasih semua, i lap u all secara banyak lah.

19 comments:

  1. hye mommy! tabahkan hati..kuatkan diri.... :)

    ReplyDelete
  2. kuatkan hati kak. saya doakan kakak sihat2 bersama baby kakak. ^_^

    ReplyDelete
  3. Definitely, confirm, tak syak lagi, memang bukan psiko. mgkn org tu tak pernah rasa, so dia tatau. ataupun dia penah rasa tapi keadaan dia tak seteruk mana. tu suma bergantung pada badan sendiri. tak semua org rasa benda yg sama. Anyway, gudluck to u! mudah2an dipermudahkan smpi akhir.. IA ;p

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam..hai kak xea...sblm ni jd silent reader je, tp skg nk nyibuk lak..hehe. congrats akak. semoga akak n baby sht sentiasa.... :)

    ReplyDelete
  6. semoga cpt sembuh ye kak xea..

    ReplyDelete
  7. xea...hope u'll be strong and happy alwayss....

    ReplyDelete
  8. xeea! kautkan semangat ok!
    suh cfu turun kemamang setiapp minggu!

    ReplyDelete
  9. lor...cmner org leh ckp psiko wei? x phm r aku...tp bkn normal ker org ngandung akan alami cam ko..huhu...

    kuatkan semangat eh..supaya baby tu pun kuat nnt..chia yuk!

    ReplyDelete
  10. Abaikan semua org yang kata psiko tu. Semuanya ada scientific explanation. Kalau selalu nak marah tu mungkin psiko tp kalau dah tak tertahan2 nak buang air masih pikir psiko, alamatnya basah separuh kain, lepas tu baru org ckp kita ni betul2 psiko. Betul tak?

    Anyway, take care of urself and ur cute lil' one inside u, that would be the most important thing right now k annnnddddd...smile always!

    ReplyDelete
  11. ok, aku pon dah rasa.. even bini aku yg pregnant, tak pasal2 aku plak yg morning sickness 2 minggu.... nasib baik 2 minggu jek..klu 2 bulan, aku mohon cuti gaji double..huhuhu

    ReplyDelete
  12. awak mmg tabah dan kuat
    boleh jadik idola oohhh...tak smua org boleh duduk kat tmpt awak tau ziha
    tp keadaan selalu buat kita jadik tak caya kat diri sendiri
    kadaan akan buat kita push ourself to the limit, yg diri sendiri pun kagum..
    tabahkan hati ye ziha..
    ye..kena hasilkan anak yg comel dan ceria

    ReplyDelete
  13. Salam xea!

    Been reading ur blog for quite some time. Ala, rileks lah. Aku pun pregnant soranng2 jugak. Hubby jauh di mata. Sakit pening naik teksi pegi klinik sorang diri. Mula2 mmg sedih, lama2 dah kalis org kata. Yg penting, hari2 doa mintak kat Allah supaya semua dipermudahkan sepanjang mengandung ni. InsyaAllah.. Allah dengar doa kita. Jaga diri k.

    ReplyDelete
  14. salam...
    dah lama jd silent reader je..
    kali ni terasa nk munculkn diri..tehehe..
    sy salute nya dgn kecekalan awk..
    sy pun pjj..huwaa..
    tu suma bkn psyco lah..sy dulu pun sama..suma yg pnah lalui akn fhm..first baby suami ade dekat..skrg x sggup nk ade second baby,sbb suami jauh..tak sggup lalui perjlnn 9 bln tu tanpa suami disisi..
    tp bila tgk kecekalan awk..sy kagum..
    sama2 kita berdoa yg terbaek ye..

    ReplyDelete
  15. sabar xea....semoga sihat selalu...

    ReplyDelete
  16. xpe, kejap je benda ni. lepasni sangat best tengok perut semakin naik :)

    ReplyDelete
  17. wiwita :
    i'm trying. harder.


    dg :
    thnx. really appreciate it.


    anon :
    tu lah, kan. bahagian masing2. dah ini bahagian sy. sy kena terima dgn hati terbuka. thnx for the warm wishes neway!


    ainz :
    thanx adik :)


    opiya onel :
    insyaallah. thanx.


    thats so jaja :
    hope so. pray for me. err.. us :)


    mrs syediz :
    doakan sy, awak. mmg skrg cfu yg turun tiap minggu. tp, sy rindu rumah Puchong sy la, awakkkk.

    kalo boleh, sy nak balik sana. selama-lamanya. tsk.


    hantu ulam :
    entah lah. orang kan macam2, Ju. ingat aku mengada kot. saje buat2. haih. wish me luck!


    mawar :
    thnx for your encouraging words. love it to bits! *hugs*


    zul :
    bertuah kak ita. so, tade masalah lah dia nak rengek lebih2 kat ko. sbb ko dah faham situation dia camana. heh


    dayu :
    idola? *oooohhh*
    tatau la sampai bile ai bole bertahan dayu. ni pun mcm dah nyawa2 ikan.

    rite now, at tis moment, i really need my husband to be by my side, every second. if possible.


    nad :
    wow! macam teruja gitu each time jumpa dengan orang yang senasib.

    awk lagi dasyat. nak beranak dah pun still survive duduk sorang, kan. way to go!


    buah hati mama :
    tu lah. nak lalui 9 bulan sorang2, mmg perit rasanya. doakan saya, ye :)

    btw, what a very cute baby u have. gebu gituuu. mintak2 lah kenan. heee


    deep inside :
    thanx. mudah2an lancar semuanya :)


    hidd :
    rasa mcm tak sabar nak habiskan fasa yg ini. awk dulu kena terok gak, kan? tak sabar nak kembali pakai cantik2, pakai mekap, pakai wangi2.

    sekarang ni, nak pakai deodorant pun boleh jadik muntah. ahah.

    ReplyDelete
  18. astaga xeea...
    terlambat nak wish...slamat menjadi mommy to be!!!! huhu (lempang diri sendiri sebab lambat sgt mengewish kat kamu xeea :() soory eyh? huik. adekah anak kite akan lahir pada waktu yg sama? :D I'm happy for you. Sy pun telah alami simptom2 yg amat tidak disangka :( Ia bulan psyco...erm org yg alami je yg tau kan...

    ReplyDelete
  19. salam,puan afziha seorang anak yang manja,walaupun sulong.. hehehe peace puan jangan marah kan kan kan.. ops :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.