Sunday, June 21, 2009

Suri Rumah Hujung Minggu Terhebat.

Nak jugak title 'terhebat' tuh :p

.

Dah 2 bulan berlalu.


Benci tiap kali datang hari Sabtu ataupun Ahad. Semacam serik nak melalui fasa rasa mahu ‘meninggalkan’ dan ‘ditinggalkan’ secara berulang kali. Letih nak ulang babak drama swasta air mata maria kat lapangan terbang tambang murah sambil disaksikan oleh beribu-ribu pasang mata.

.

Macam biasa, lepas dua minggu tak pulang ke pangkuan suami peliharaan, berbakul-bakul baju kotor menanti dengan penuh setia untuk dikerjakan. Berbuih mulut aku meleter, dia selamba senyum sambil peluk memujuk dengan penuh mesra, “Iya.. Iya.. Nanti ai buatlah, sayang.” grrrr. Sabar sabar.


Ironinya, bila balik Terengganu, tatkala tiba-tiba dihambat rasa sunyi dan rindu, aku senyap-senyap menyusup masuk bilik, selongkar bakul timbunan baju kotor, carik baju tidur atau kain pelekat sembahyang dia. Cium dalam-dalam. Cuba hidu bau dia yang masih ada. Kemudian, menangis semahu-mahunya sampai rasa lega.


Rasakan. Padan muka.

.


wow 011

Nah. Kali ni, bukan setakat ternak baju kotor bertimbun, suami peliharaan dah pun mula bercucuk-tanam tumbuhan eksotik. Meriah balkoni rumah aku dengan rumput-rampai tumbuh atas simen dan di celah-celah tiles. Subur menghijau. Bagus untuk ekosistem katanya T_T


wow 010Satu lagi tambahan dalam senarai koleksi yang menggiurkan. hah. Ada lah nanti orang termasuk dalam blog ni lagi bila google ‘isteri orang seksi menggiurkan’. Tolonglah. Banyak lagi benda berfaedah yang kamu boleh carik kat alam maya ni selain daripada cubaan memporak-perandakan masjid orang.


wow 009

Trifle.

Lapis bawah sekali, kek coklat, lepas tu puding kastard, fruit cocktail dan atas sekali jeli mangga. Percubaan pertama resipi daripada rakan sekerja. Serius sedap. Lebih enak dinikmati berdua-duaan dengan suami di tepi kolam renang sambil berenang. oh.


Lupa nak cerita. Aku semacam saiko bila orang kiri kanan depan belakang pakai topeng muka masa naik flight yang sama. Terasa macam aku ni terrorist. Cuba meng-hijack plane. Padahal aku cuma terkena jangkitan selsema biasa je. ‘Terima kasih’ kepada suami peliharaan. Takpe. Kan ke kita sudah janji mahu hidup susah senang sama-sama sampai bila-bila.


Kan?



HER : Mulai kursus pertama dalam perkhidmatan, esok. Mahu kumpul cerita banyak-banyak nak jadikkan stok.

20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. OMG...sedapnyer triffle...menguji keimanan org dlm pantang huwaaaa

    ReplyDelete
  3. akk, baq mai triffle tuh siket. hehe. nmpk cam sdp, lgi2 ade kek coklat. waaaaaaaah!

    ReplyDelete
  4. Erm.
    Senasib kita, berjauhan dengan suami sebab tugas dan karier.
    Sedih.
    Baru try cium kain pelekat dengan seluar suami yang tertinggal di rumah. Tapi dah bau sabun. heheh =p

    ReplyDelete
  5. huih.. sakit tak telinga ko naik flight mase tengah selsema..
    ak xtahan beb.. rase sakit mencucuk2 lubang telinga ni sampai ke leher..

    ReplyDelete
  6. sakan rajin.siap ada desrt! yum yum..

    ReplyDelete
  7. yang tak tahan tu siap ada tumbuhan esotik tuh...

    weh, hang x takut ke kena wabak H1N1 (selesema babi)...tiap minggu naik flight nih...

    ReplyDelete
  8. amboi sakan berulang naik flight....
    meriah ...

    ReplyDelete
  9. seronoklah suami awak xeea. awak balik je, siap masak itu ini kan?

    sangat sweet.
    :)

    ReplyDelete
  10. pokok belaan juga terhebat.. mne nk dpt kt kedai kan..

    ReplyDelete
  11. sila jawab tag kalo rajin..huhu..

    ReplyDelete
  12. sedapnya pn xeea..
    kasi la resepi warghhh..

    ReplyDelete
  13. errr.. raye taun ni ade plan buat open house x?

    hahaaa..

    ReplyDelete
  14. org laki kalo suh cuci baju mmg nombor 100!
    malas x hagak2..hahaha..

    ReplyDelete
  15. eh eh.
    nk resepi trifle mengiurkan itu bleh?

    ReplyDelete
  16. salam blog. saya dah habis baca blog ni dari awal sampai habis. good writing!

    ReplyDelete
  17. feresa :
    wait seminit eh. nak kena buat karangan resipi dulu.

    soraya :
    boleh boleh. bak seploh hengget dulu :p

    yatie :
    heippp. org dlm pantang, boleh jamu mata je. takpe. sy tlg makan utk awak, ok. hee

    afeeqa :
    meh sini pinggan.

    bicaraqalbi :
    rasa bermotivasi tiap kali ada org kata 'senasib'. at least, i'm not walking alone. one tips : jgn terus basuh baju dia. hold seminggu. hee

    ikanbesh :
    bab telinga, aku boleh tahan lagi. bab bau kapal terbang tu yang aku paling benciiii.

    tini :
    apa boleh buat. sekali sekala masak utk suami. kena la pulun qada' 2 minggu punya menu :p

    kcynodia :
    gempak kan laki aku jadik petani? haha takut gak. tapi demi cinta, lautan api pun sanggup ku redah. chewahh.

    zul :
    mmg meriah. meriah duit aku mengalir keluar. haha

    hidd :
    itu je yg boleh sy buat nak balas pengorbanan dia bayar duit tiket saya tiap minggu, awak. heeee lagipun, bukan selalu dia merasa air tangan saya, kan.

    farhanna :
    uishhh. baka baik punya. siap ada baja semulajadi :p

    suzie :
    ok. akan berusaha tangga kejayaan.

    sheliza :
    aikkk. mak buyung mintak ni, nak kena bagi serta merta. kang terlior pulak baby dia nanti. huu

    byn :
    kalau ada, ko lah pertama aku invite. tlg jadik AJK basuh pinggan. haha

    kristy :
    kan? kan? pengsan ai. habis jari-jari ku sakit semua. kerna bekerja setiap hari. hehehe

    syediz :
    boleh. wait till next entry, ok. nk buat utk mr syediz ke?

    kimi :
    thanx, awak !

    *mata berkaca-kaca sbb terharu gila tak tau nak cakap apa*

    ReplyDelete
  18. Xeaa..
    Blog awak best la..
    suke bace cite awk..
    cite lagi ok..

    ReplyDelete
  19. koala,

    nick awak kiut la. heeee thanx for dropping by. jangan serik, ye :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.