Benci betul perasaan berbelah bahagi macam ni.
Sebahagian diri aku kata,
“Takpe. Cuba dulu. Jauh sekejap je. Sebelum ni, boleh je bercinta jarak jauh selama 6 tahun. Orang dah kahwin, paling lama pun, 6 bulan kat sana, boleh pindah balik dah. Shopping sampai pengsan dulu kat Serikin. Meroyan dulu dengan elaun wilayah. Untung-untung, balik semenanjung, boleh pakai Civic.”
Sebelah lagi cakap,
“Gila apa. Cukup-cukup lah. Dah kahwin pun nak PJJ lagi, ke? Punah harapan nak pakai mahkota isteri mithali yang setiap hari tadah muka dan depa tangan depan pintu tunggu suami pulang dari kerja. Inilah masanya nak tunjuk rebel. Asyik jadik follower je. Dah lah tak reti hidup susah. Baru takde internet dan TV, hidup dah jadik tak tentu arah. Inikan pulak tak ada suami dan keluarga di sisi. Mau mati kutu lama-lama kat sana.”
Semua orang suruh aku istiharakh.
Mintak petunjuk.
F for FRIDAY, F for FOOD. Dua.
Satu lagi ‘makanan manis’ pilihan. Dari Sweeden. Boleh didapati di IKEA dengan harga RM25.
Aku dan suami peliharaan (yang tiap hari mentatap muka aku dengan perasaan sayu sebab nak ditinggalkan) memang tak berkira kalau masuk bab beli makanan baru yang sedap untuk dicuba rasa. Sampai Sarawak nanti, aku nak cuba ulat mulung pulak. Tak main lah setakat makan umai. Biasa sangat dah.
Kan, Zul? Kan, Khalid? :p
Macam biasa, harus masuk dalam hall of fame.
Lama gila mengidam kat objek yummy-licious-meleleh-air liur seperti yang tertera di atas. Ice cream fondue namanya. Ada siapa-siapa tahu kat mana boleh dapat?
HER : Entri cubaan mahu lari daripada isu sukacita yang sedang bergelumang dalam hidup pada masa ini :( Adik-adik datang hari ni, alasan yang cukup kuat untuk buat aku senyum.
wahhhhhhh, nampak sungguh lazat je almondy tuh ;) yummy yummy yummy. lepas nih nak gi cari ah.
ReplyDeleteoh kalo 6 bulan je kat sane (lepas tuh pindah sini balik), cuba bertahan k ;) bile dah keje, 6 bulan tuh cepat sungguh rase die.
postscript: nanti da rasa ulat mulung, jgn lupe cite kat F for food entry, keh keh.
tapikan xeea...
ReplyDeletepasal ulat mulung tu kan, aku pun dah ragu-ragu nak makan...Minggu ni kan ada kat TV3, rancangan apa ntah...aku dah lupa..ulat mulung haram dimakan..kui kui kui..tp x sure lagi lar....
Kuching is the best place utk bahagian makan dan terus makan ni. Antara bahagian dan daerah di seluruh Sarawak ni, Kuching tak boleh lawan la masakannya. So, nanti ko belajar lah resipi masakan di Kuching tu.
jgn lupa belajar sekali buat kek lapis sarawak.
utk buah tangan kat semenanjung...
haagen dasz lepaking spot ada.kat malaysia ada taktau.
ReplyDeletelek xeea... cube dlu.. bukan lame.. shopping smpai muak..pastu br balik.. hehehehe
ReplyDeletefondue tu buat sendiri jek ..sodap ..pakai lindt chocolate 85% + double cream ...perghh..dah tu beli 10 perisa eskrem sesuka hati ..scoop jek ...hang kan rajin decorate food ..haaa..enjoy ..bleh bawak sampai ke katil tu ..hahahah ...mana tau ..rezeki dapat baby ..bleh transfer balik awai :) hehehe Good luck babe!
ReplyDeletefondue bole dpt kat baskin robbins but not all baskins if i'm not mistaken..kene cek dulu
ReplyDeleteSalaam Ziarah.. :D Hye, jumpa your blog thru kak sue nye blog. :) sukaaanyaa baca ur entriesss. especially pasal u n ur hubby. hope to become like u guys someday. :) sooon, insyaAllah. Kisah cinta kitaorg mcm nak serupa mmc u guys. dah 4 years long distance rship. 2 years more to go till me n him get married. nak serupa tapi tak sama. semua ada sentimental valuenye tersendiri kan. :)
ReplyDeleteanyway, wish you all the best with ur work! InsyaAllah, you'll work it out! best wishes~
hai xea... heh..ni mesti tgh berkabung memikirkan "nk tinggal kan laki kn??"
ReplyDeletehmm..sedihnye dgr bite ko dpt posting kt kuching..sbg seorg isteri aku pn turut ase kesedihannya dan sgt memahami situasi nk berjauhan ngn hubby(chewah sentimental sekejap :P) tp kalu bercerite ngn akak2 aunty2 yg dah bertahun2 lama kahwin msti meluat dgn kesedihan dan kesayuan kite nihhh..
tryla ape2 yg boleh..wt rayuan ke pe ke..tp klu dah DIA lorongkan rezeki suh pegi sane dulu..why not kan..
pe2 pn gudluck...aku ni haritu time hubby bucuk aku nk blk kl tinggalkan aku n baby kat kluang aku dah terasa sedih semacam..mcm nk pegi jauh benor.. :P yela...since last year kahwin tak penah duk jauh..
Xeea...jgn risau ada hikmah disebalik apa yg jadi.ulat mulung tu penuh dgn khasiat..so tap erlu diet..
ReplyDeletegorend pun sodap
haaaa. awak kena posting jauh ke? tak payah lah awak. seksa nanti.
ReplyDeletepercayalah.
Ice cream fondue ada kat Haagen Dazs kat MidV..you should try..mmg heaven..yummy..mmg boleh hilang segala tensi
ReplyDeletesoraya : 6 bulan, kalau masih bujang, takde masalah, tapi 6 bulan utk org dah kahwin, a BIG problem tau. uwaaaaa.
ReplyDeletekite ni ckp je lebih. entah2 bila nampak ulat tu, terus tobat tak mau dah :p
hussaini : punah la harapan nak merasa :p buat kek lapis? tak kose nye. aku jual online je nanti. best gak kan. mata aku ni nampak simbol ni je $$$$$
saloma : haagen daz huh? mau kopak laki i. terpaksa lah membodek dgn lebih manja lagi :p
farhanna : takut tak sempat shopping spi muak sbb duit habis buat ulang alik kuching-kl tiap minggu.
sha : wah. mana resipi? boleh try ni masa dating dua2 atas katil :p
newlifebegin : baskin robbin pun ade eh? dah tanye kat sunway tp dorang pun tatau kat BR mana yg ada.
mardiana : hello there! terima kasih sudi membaca. doa byk2 semoga ikatan sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga hujung nyawa :)
dayah : pergh. org lain mmg takkan paham. setakat dia outstation je pun dah sayu. inikan pulak nak mastautin jauh :(
avit : kadang2, nak masa putar laju2. tak sabar nak tunggu apa 'hikmah' tu.
hidd : sekarang pun dah terasa seksanya. doakan saya, awak.
mrs F : hello new bride :) thanx for sharing. tak sabar nak try. mahal tak? heeee
yes...you must try..price dlam 60++..if ur choc lover it worth every single of ur penny..wont regret..
ReplyDeletemrs F : we both memang choc addicts! meleleh air lioq dah niiii.
ReplyDeletemdm xea ;p
ReplyDeletecuba try BR The Gardens yg sblh MidV tuh..aritu nmpk cam ade..
ma.n.al,
ReplyDeletethanx awak. entah bila la sy nak jln2 sampai ke sana. asal balik kl je, rushing gile nak kejar masa emas bersama suami T_T