Monday, April 27, 2009

Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum, Masuk Pesisir Air Menyelam-lah :p

Aku masih bernyawa.

hoho 043

Di Bandaraya Pesisir Air nan indah permai ni.


Terima kasih semua atas titipan kata-kata semangat yang membina. Sekejap je rasa tersentak macam terhantuk kepala. Lepas tu, ok dah semua. Bertenaga! Terima kasih jugak kepada biskut Tiger biskut tenaga :p


Pendedahan yang lebih banyak terhadap sistem pentadbiran dan P&P kat politeknik, latihan mengajar sebelum ni pun kat dua buah politeknik, bila tiba-tiba dihantar ke kolej komuniti, kena pulak jadik pegawai perintis kolej cawangan, mana aku tak rasa sentap. Siap rasa macam nak meraung, haa!


Masuk hari kedua dan ketiga, aku dah kembali ke alam nyata.


Boleh tahan kronik jugak lah nak sesuaikan diri mula-mula. Dengan masalah bahasa lagi. Melopong je mulut aku menganga kalau tak faham diorang cakap apa. Tak percaya, tanya Cfu. Tiap-tiap hari aku mengigau mimpi buruk dikejar apek tua gila sampai tolak-tolak dia dengan sekuat hati masa tengah tidur. Mujurlah dia gagah perkasa, dapat menangkis serangan raksasa yang mengamuk di luar sedar. ehem. Tak biasa dengan tempat baru lah kononnya.


Tinggal dengan mertua?
Alhamdulillah.
Aku ditatang bagai minyak yang penuh sampai melimpah-ruah.


Kamu, si menantu dan bakal menantu sekalian, jangan saiko kan diri dengan menonton cerita Matahari dan Mertua vs. Menantu lagi. Lebih baik tengok Wanita Hari Ini dengar ceramah Dr. Fazilah Kamsah pasal menambat hati mertua. Dapat pahala.


Selain dua ekor anak kucing bernama toyol-yang-suka-sangat-gigit-ibu-jari-kaki-perempuan-jelita, takde anak lain yang boleh dibela oleh ayahbonda mertua di rumah. Terpaksa lah aku jadik anak (menantu) emas. Baru beberapa hari kat sini, perut aku ni dah diisi dengan macam-macam makanan sampaikan perut bagi warning yang dia dah tak boleh nak terima lagi. Siaplah muntah, cirit-birit segala. Mesti sebab banyak sangat makan sotong-gemuk-ada-telur bakar. Gila sedap woh. Aku terlalu jakun tak pernah makan sotong segemuk tu sampaikan diri sendiri hampir menjadik gemuk.


Oh, semalam pulak aku makan coconut jelly. Satu lagi keajaiban dunia pesisir air yang buatkan aku rasa jakun nak lagi, nak lagi.


Malam tadi jugak merupakan malam pertama aku tidur memeluk anak patung anjing; si Luna setelah sekian lama diabaikan. Serius. Nikmatnya tetap tak sama dengan perasaan memeluk seorang lelaki gagah perkasa walaupun ada sedikit bonchet. Takde lagi kucupan selamat pagi di dahi dan cium bau segar suami peliharaan selepas mandi. aumm. err.. ter-18 sx pulak.


Akibat tidur sorang-sorang, mengigau lagi dikejar apek tua gila.

hoho 047

Sehari sebelum jadi pemastautin Bandaraya Pesisir Air.

Rindu rumah manis rumah saya.

T__T


Ada lagi akibat lain. Selain tidur sorang-sorang, bila jalan sorang-sorang, aku disangka sebagai student dan dingorat tanpa segan-silu oleh student jugak. Macam biasa, layan yang hensem dan wangi je. Yang lain, tolak tepi :p


Kata mereka, aku pensyarah paling muda, sebab tu nampak macam student. ehem. Kembang semangkuk. Terpaksa angkut handbag ke hulu ke hilir dan sarung tumit tinggi untuk bezakan aku dengan student. Tapi, kalau duduk kat stok-stok student yang pakai baju liplap sambil usung Guess atau LV cap Pasar Payang, memang tak boleh nak buat apa. Kena gantung surat nikah kat leher kot baru orang percaya yang aku ni bini orang.


Sudah sudah.


Budak-budak bawah umur, pergi ambik buku, belajar. Besok nak periksa. Kau baca blog 18sx ni dapat apa. Jangan lupa baca doa sebelum menjawab. Jangan meniru. Dosa. Dengar cikgu pesan, ni. Tak berkat nanti * rasa macam best pulak bila dalam tangan ada kuasa keberkatan*


HER : Siapa silent reader KKKT nih? Ngaku cepat. Hadiah misteri menanti anda. haha

19 comments:

  1. woh kena ngorat woh!!!!

    jangan nakal2 ya xeea!huhuu

    ReplyDelete
  2. oohoo kita jgk rindu kucupan hubby kat dahi setiap kali nak berpisah...tertunggu2 minggu akan dtg!

    ok dah ziha?sedih2 email la kita lg..huhu..jadi penasihat tak bertauliah pula ;p

    ReplyDelete
  3. owh pasar payang pon dh ada jual LV skrg? dasyat2 :p

    ReplyDelete
  4. oohhh xeea sudah di terengganu
    sudah terpaksa meninggalkan suami tercinta..
    takpe..
    org kata rindu2 skit ni ada bagus gak
    skali jumpe nanti, baru seronok

    jaga diri leklok ye

    *huhu...lecturer muda mmg slalu kena ngorat. mcm kita2 dulu. pantang lecture laki muda. semangat bagai gi kelas...hahahhaha

    ReplyDelete
  5. haahaha..kena ngorat ngan student...

    ko fail kan je budak2 tuh..hahahaha

    ReplyDelete
  6. tu diaaa. dah bermula dah episod berjauh jauhan dengan suami ;) but glad to know dat ure taking everything wif arms wide open, ehe. after all, sume bende ade hikmah kan kan kaan ? ;) mane tau, rezeki lagi murah melimpah limpah ruah senang naik pangkat melambung lambung tinggi boleh beli rumah banglo lapan tingkat dan sebagainya. he he ;)

    keje elok elok k! best kan jadi educator, kuasa di tangan anda. ah haa!

    ReplyDelete
  7. Anon=unknown a.k.a. silent reader a.k.a. ur new colleague ingin mngucapkan selamat mengulorr dan diusharr secara jauh...muahahaha!!
    (agak2 rase best xdiperatikan di alam cyber dan di alam realiti? ;p)
    btw, i am a lady, ok? kalu hang dapat curi biskut atas meja ambe n detect whoeva anon=unknown ni, i blanje u, ok? ~hihi~

    ReplyDelete
  8. xeaa,
    better u privatekan blog u..nguaahhahaaa..(hasut nie)

    klo private jangan lupa jemput kami!

    ReplyDelete
  9. klu student panggil cik biar jer ziha...terasa la lagik muda..hihi

    ReplyDelete
  10. salam.
    eheh.. ni silent reader nk menonjolkan diri.bc your blog since shiatun n3 psl your wedding {i'm her future biras :)}. anw, sll segan nk tinggal jejak coz rasa cam seorang-tua-dikaki-gunung plak nk follow blog org2 muda ni :p
    i know how it feel being apart from d other half.dtg lah sejuta ganti pun ttp x kan sama sbb i'v been tru this. 1 thing, kuatkan hati, jgn putus doa.tuhan kan sll bersama. err.. mana hadiah?

    ReplyDelete
  11. hehehe, comel je entri ni. Tang sotong gemuk tu tak bleh tahan, buat kecur air liur je ni..Haih, kirim sebakul...boleh? :P

    ReplyDelete
  12. kak xeea.. da jd cikgu ye.. yea yea kite same.. nakal2 x student..sib baek ILP budak2 ada uniform, klu diaorg pon pakai baju kurung same tenggelam la sue, da la renek je sue ni..

    ReplyDelete
  13. ungu violet :
    whopps. nakal sikit je. siap lah nti kalau kena tulah mcm kes 'jejaka ketiak' tu, baru insaf kot. huuu

    suzie :
    uwaaaa. part tu plg tak tahan tu. selalu celik mata, ada org kat sebelah, skrg nan adooo bantal busuk je yg ade.

    eheh. thanx for hearing *peluk kuat-kuat*

    yatie :
    uishh. silap2 hermes pun ade tau. meh aa balik ganu cepat. lama dah kat nihon nuu. kang lupa jalan pulang :p

    dayu :
    sedey dayu. rasa mcm hilang sesuatu, gitu. mintak2 lah tak lama camni.

    agaknya, ni pun kira tulah sebab selalu dok ushar lecturer muda lg hensem mase kite blaja dulu kot. hii

    yushards :
    takut huh jadik anak murid ko. manjang nak fail kan student. tapi, best weh. kuasa di hujung jari anda :p

    soraya :
    banglo 8 tingkat? pergh. mmg gila metafora lah budak ni. akak amin kan je doa2 sue tu =)

    anon KKKT :
    saiko dowh. saiko. pasni, ada aku duduk celah meja je. elak diserang hendap. tak kisah lah siapa, one thing is sure, awak bukan director, kan? haha

    hidden stories :
    haha. ugut anon ni eh. private! private! :p

    sheliza :
    eh eh. ai mmg mude lg pun. lain lah mak buyung tu. mane boleh nak menyamar lama2. jap lagi nampak kat perot. heee

    tini :
    akak ipar hannan ke? heee you're most welcome here! anak baru 2, kak. hot lagi tu. ape nak segan :p

    sayu hati tu mmg susah nak difahami oleh org2 yg tak mengalaminya kan, kak? mmg lah nampak ok je. dlm hati, tuhan je yg tau.

    hadiah? err, senyuman penuh mesra umpama suria khas utk akak seorang! hugs n kisses to umar & imah :):):)

    hanie :
    aik. kirim di angin lalu je ke? so, barang nye pun sy pos di angin lalu jugak lah. hahaha

    suraya :
    cikgu budak2 beso ni lain sikit. byk sabo. main psikologi je. hurm. kat cni lg pulak. ada cos fesyen. student nye baju liplap liplap ko tak hingat. muka pun lawa2 pulak tu. segan ai. huuu

    ReplyDelete
  14. kak...
    saya baru jumpe blog akak...bout month b4..sgt menarik..:p

    dan yg plg menarik...akak pon org tanggkak..hikhik..
    terkezut kite jumpe org kpg kat alam maya ni...*giggle*

    Neway..keep on blogging ya..

    ReplyDelete
  15. chaiyok xeea..
    anything ko nak tau nti bgtau ah..
    tp honestly..
    aku pun rasa nak tukar je..
    xlarat dok kk..
    setakat nie xpnh lagi weekend aku dpt cuti..uwaaaa...

    ReplyDelete
  16. butterfly :
    lorr sekampung lah kite. tangkak kat mane? bole ngedate kat pasar mlm. umah akak blkg tu je :p

    miss dee :
    thanx a lot for the help babe. srabut doh otak aku mengenangkan nak run sorang2. pasni, mmg selalu la aku refer kat ko je. huu

    ReplyDelete
  17. xea..xea..selamat berhadapan ngan kursus pendek yg bakal mengganggu hidup hujung minggu anda..hehe..lagi parah kalau dpt director yg tiap tahun dok kejer target..pening kepala..anyway..enjoy aje setiap bnda baru kat KK nie..tp lelama tahap ksbran mmg menips pnya...hehe...good luck ok:-)

    ReplyDelete
  18. Fizul I-Power BerhadApril 29, 2009 at 1:29 PM

    haha...bes pe duk terengganu, ko jangan g tmpat2 shopping tu sume, mmg boring, ko g la pntai teluk ketapang ke, pantai batu buruk ke,makan sotong celup tepung ke, ikan segar ke baru bes....nyum2..
    aku da lama tk mnjejakkan kaki di tanahair tumpahdarahku itu..huhu

    ReplyDelete
  19. mrsF :
    wah. siap ade target, huh? mcm salesman lah pulak.setakat ni, belum involve mane2 short course lg la. sibuk call kk sane sini mintak silibus utk program baru yg sy kena run kat sini. sian saya sorang2, awak. tsk tsk.

    fizul :
    ek enaa. sume pantai je yg ko list kan. pastu makanan. theme park ke. shopping complex ke. wayang ke. karaoke ke, ade tak? :p

    meh la balik. belnja aku makan ikan celup tepung yg ko cakap tu. huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.