Tuesday, April 14, 2009

Syukur, Sayu, Senyum, Sentap, Syahdu. Simpan semua dalam SATU.

Entri ini mengkhabarkan dua berita dalam satu.


Lumrah biasa, kita mesti nak tahu yang baik-baik dulu sebelum mendengar yang kurang baik. Dengan harapan, mampu kumpul kekuatan daripada berita baik untuk menghadapi berita kurang baik.


Berita baik.

Selepas berhempas-pulas, jual minyak, tadah telinga, panjat tangga, tebalkan muka, jumpa entah-siapa-siapa, diiringi tawakkal solat hajat mohon pada-Nya, usaha kami berbaloi akhirnya. Sukacita dimaklumkan, tempat posting aku telah dipinda dari Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia. Berkuatkuasa mulai 23 April 2009.

Jutaan penghargaan penuh rasa kecintaan buat suami peliharaan yang tak jemu berikhtiar dan tabah memelihara isterinya yang mengalami sakit jiwa sejak hari kejadian. Terima kasih juga atas nasihat, cadangan, bantuan, sokongan moral dan doa daripada keluarga serta kamu semua yang ada di sini; sahabat yang dikasihi.

Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Dari Malaysia Timur, aku dipindahkan ke pantai timur. Dari seberang Laut China Selatan ke bandaraya pesisir air; Kuala Terengganu.

Pertama, aku bersyukur. Dekat sikit mahu berulang KL - Terengganu berbanding KL - Kuching. Paling tidak pun, tengah bulan kot-kot sesak takde duit, boleh jugak naik bas. Kalau kat Kuching nun, KAU NAK BERENANG KUAK LENTANG?

Kedua, bersyukur lagi sebab makan duduk, berak cangkung di rumah ayahbonda mertua. Tak perlu risau kos sara hidup akan naik nak tampung kehidupan rumah tangga di dua lokasi.


Berita kurang baik.

Tetap jauh daripada celah ketiak suami yang wangi :(

Tiada lagi momen emas buat saya. (Pembaca Isu BUMPER Kahwin mesti faham apa maksud 'momen' ni.) Di Terengganu, hari AHAD adalah HARI BEKERJA. Hujung minggu pada hari Jumaat adalah sangat aneh, ok! Cuma ada hari SABTU untuk meluangkan masa berkualiti bersama suami. Itupun, kalau dia tak dipanggil bekerja tiba-tiba. Aku akan rasa hiba berganda-ganda.

Tiada lagi dating berhujung minggu berebut-rebut makan ais krim strawberry cheese cake. Tiada masa untuk bertanding berenang kuak anjing tiap malam dalam kolam renang depan rumah. Tiada peluang tunggu depan pintu sambut dia pulang dari kerja. Tiada lagi percutian percuma mengekor dia out-station. Ah Soh si nenek bongkok tiga pun mesti macam terpinga-pinga bila tiada lagi orang mensidai muka menegur dia tiap kali pulang dari membeli ikan.

*dah mula rasa rindu dengan semua perkara*

Jangan berangan mahu makan Cinnabon dan pretzel coklat kegemaran. Kalau mahu roti paung panas (nama asal roti 'paun' yang telah dialihsuara) dan keropok lekor 007, bolehlah tempah, sebut je mahu berapa. Sumber hiburan yang ada hanyalah Mydin Mall, Giant dan Pasar Payang untuk hilangkan gian membeli-belah sampai pengsan. Panggung wayang carik kat celah mana pun takkan jumpa.

Macam ni, aku akan lebih cepat menjadi bosan dan tua T__T

benci. benci. benci. benci. benci. benci. benci. seratus puluh ribu kali ganda benci. Rasa macam mahu bunuh diri. *nangis kuat-kuat sampai tumbuh mata panda*

Dan, bakal bermula era hidup baru yang digeruni oleh kebanyakan wanita iaitu tinggal sebumbung dengan mertua. Pernah dengar tak orang kata, bila jauh bau wangi, dekat bau tahi? Semoga aku akan sentiasa wangi seharum kasturi atas pengorbanan ni.

Pohon didoakan agar aku terus kuat. Sungguh, bukan ini yang aku rancangkan. DIA juga yang Maha Menentukan.

Apa-apa pun, dalam titis air mata yang mencurah dan sakit jiwa yang kian reda, aku sentiasa bersyukur.

Terima kasih, Tuhan.

* * *

HER : Sakit telinga + sakit hati dengar cakap-cakap orang yang tak pernah cuba untuk faham situasi ni. Belum kena kat batang hidung sendiri, memang sampai bila-bila pun takkan tahu macam mana rasanya, kan?

HER lagi : Berita kemalangan ngeri bas ekspres hari ni, buat aku fikir 1000 kali nak ulang-alik tiap minggu jumpa suami naik bas. Ada aku merentas desa KL -Terengganu, kang.

lagi-lagi HER : Peringatan untuk diri sendiri jugak, manusia mana pernah puas.

24 comments:

  1. tabah la pn ziha...
    mesti sentiasa bau wangi tu... =)
    x dapat ketiak suami, ibu bapa si suami pon ade jugak..hehehe

    ReplyDelete
  2. akk sabar je la k.

    akk kan kuat. :)

    jgn cpt nanges ag ye kak.

    ReplyDelete
  3. yeay! awak dapat pindah jugak akhirnya. saya baru je balas kat blog saya cakap, baik2 nanti dekat sarawak :D

    anyway, ini dugaan besar buat awak dgn suami. harap awak tabah. bila berjauhan ni mcm2 kena buat sendiri. kalau awak tak balik KL pun, suami boleh holiday ke terengganu kan?

    all the best, xeea ;)

    ReplyDelete
  4. sabar ye xeea, tganu tak jauh sgt pun.naik flight belum 'gear dua' dah sampai!hehe..

    ReplyDelete
  5. isk3..sian die. Dua2 kenalah usaha selagi terdaya utk berjumpa. Marilah berusaha posting ke KL pulak :P

    Tu la, tgk brita bas tergolek tu, mmg menggerunkan, lg menyayat hati yg nak berkahwin lagi dua minggu :((

    ReplyDelete
  6. alor ciannye die...
    sabar ye Puan Xeea..ni semuakan dugaan korg yg sdh berumahtangga...

    mesti ada hikmah disetiap yg berlaku..aku ni pandai bg nasihat je.ahaha...aku pun tiap kali berpisah ngan tunang..nangis jugak..ahahaha

    ReplyDelete
  7. KT kat mana ziha??kk poly?nnti dah dlm setahun dok sana,cpt2 isi borang transfer tau...bg la reasons kaw2.insyaALLAH moga2 Tuhan mudahkan jalan...aminnnn...

    ReplyDelete
  8. tahniah kak ;) dah boleh tarik nafas lega kaan. daripada terperosok kat sarawak sana ?

    ok lah tu duk dengan mertua, rasenye ok kot sebab akak musti nanti bz dengan keje ape sume kan.. silap silap seminggu tuh rase mcm mkn chipsmore jek, kejap je da weekend ;)

    boleyla suprise ur hubby wif unexpected visit, lagi adventurous u. ha ha ;D selamat bekerja!

    ReplyDelete
  9. waa akhirnya dpt semenanjung..alhamdulillah..xper xeea..kt gnu blh mkn eskrem goreng..hihihi..nnt blh dtg kenduri akak..hihi..

    ReplyDelete
  10. alhamdullilah
    biar lah ke terengganu, dr kuching tu kan...
    insya allah, ziha akan ok2 je dok sebumbung ngan mertua
    pandai2 lah bawak diri

    *all the best dear

    ReplyDelete
  11. wahh..ziha boleh g kenduri kawen saya yang kat belah sana nanti...hihiii

    ehh KT ada secret resepi tak???

    ReplyDelete
  12. congratz..dpt tuko..xper2 syukur Alhamdulillah...all the best..t.care

    ReplyDelete
  13. at least beban berat yg slama ni ditanggung dah kurang, at least dah ada di semenanjung, kalo tak naik bas pon, airasia pon ada, kalo ada promo2 zero ringgit tu bole try klik2 kan..

    pasal hal mertua tu, rasanya awak laie arif pasal hal perkahwinan awak..papehal pon all the best!

    ReplyDelete
  14. Alhamdullillah...syukur byk2....xlaa jauh sgt...kan? compare to kuching...
    congrats anyway...
    selamat menempuh alam pekerjaan.. (wink)

    ReplyDelete
  15. paripari :
    org kata, makin jauh, makin wangi. terpaksa bwk baju yg ade bau ketiak wangi tu utk lepaskan rindu kot :p

    afeeqa :
    thanx dik. tang cepat nanges tu, tak boleh kata apa lah. dah mmg habit. luar je nampak mcm kuat dan garang tp hati cair lagi sensitip. huu

    hidd :
    syukur. dekat sikit kan, awak? mcm boleh cium bau2 sikit pun jadik lah. kalau kat kuching nun, takut bau dah hilang dlm perjalanan. hii

    ungu violet :
    sdg tambah sabar lagi ni. dah masuk gear 2 punye tahap sabar pulak kot. tu lah, org kata, tak sempat kentut pun dah sampai :p

    hanie :
    mintak2 ada lah rezeki sy nanti. kesian, kan. takde jodoh kot. ape lah jd dgn bakal isteri dia. sy yg terpisah kejap pun merana, apatah lagi dia yg terpisah utk selamanya T__T

    cik oren :
    tak sabar nak tunggu apa hikmahnya tu. penat tau duduk jauh2 ni. kalau boleh, tak nak lah lama2 sgt.

    suzie :
    kat KK. tu lah takot jugak. sbb tak pernah tau sistem KK camane. ok tak? mane lg best? huu doakan kita sama2 dpt duduk dekat dgn suami. tmpt terbaik bg seorang isteri kan di sisi suami, kan :)

    soraya :
    lega sikit. tak risau asyik pikir mana nak seluk duit beli tiket flight ulang alik every wkend. psl tinggal dgn mertua tu, takleh nak ckp apa2 dulu. mudah2an semuanya baik2 saja.

    aziyana :
    alhamdulillah, kak. eskem goreng huh? best jugak tuh. umah akak kat mana? kalau dijemput, sampai kot. hee

    dayu :
    tu lah. syukur. insyallah dgn mertua ok je kot. tp tatau lah. mungkin lps ni, sy diuji dgn benda lain pulak. semoga sy jadik makin kuat :)

    hidden stories :
    insyaallah. kalau sy jumpe jalannya. hee ade secret recipe kat bandar kt. most fave lepaking spot yg ade kot sbb yg lain takde. huu

    feresa :
    thanx, darl. turun ganu, sound aku. aku bwk kau pusing keliling sampai pening :p

    newlifenewbeginning :
    kurang sikit kot. tapi beban rindu tetap sama :p mudah2an hbgn sy dan mertua baik2 je dan makin erat hendaknya. amin.

    yushards :
    dah sujud syukur pun. doakan aku lebih kuat utk hadapi ujian masa akan dtg :)

    ReplyDelete
  16. xeea,
    congrats, utk sume susah payah & hasilnya dapat stay di bumi semenanjung.syukurkan.

    so much better dr awk kena dok di borneo sana, yg xtau ape keadaannya, xde tmpt mengadu. kt KT ada ibu/bapa mertua. :p

    ape pun, gdluck nti k. jgn lupa update blog selalu. lpsni boleh la kirim kepok losong :)

    take care tau.
    all the best.

    ReplyDelete
  17. wahh...akhirnya dpt gak tukar...tahniah2..setiap usaha ada ganjarannya..tul x?nanti lama sket minta tukar la xeea..insyaalah adalah hikmahnya tu..

    ReplyDelete
  18. xeea,

    tahniah awak..do'a awak dan semua termakbul..walau jauh di mata tapi dekat di hati suami tercinta.. :)

    ReplyDelete
  19. daku sangat2 mengerti perasaan mu itu wahai kak ziha.. ni xkawen lg ni rs syahdu je terpisah (gedix je lebeh ni).. lgla klu dah kawen cam kak ziha.. xpela.. asalkan lg senang balik kn klu dah satu tanah.. dulu sue risau gak klu dia anta balik swak..hihi sib baik dia anta tangkak ni, sue da awal2 serender bila dia tanye nk balik swak ke x..sib baik dak2 yg report duty sekali da bunyik2 bgtau su xmo balik sane..xpayah su malu2 ngaku sendiri(ish pengkhianat negeri tol sue ni)..

    ReplyDelete
  20. mrs syediz :
    syukran jazilan. mudah2an segala urusan lepas ni dipermudahkan. taknak jauh lama2. nak jugak duduk celak ketiak suami. heee

    selagi ada daya nak tulis, insyaallah update selalu. itu pun kalo sy menang dlm wrestling berebut broadband dgn suami nti :p

    sheliza :
    tu lah. biar lambat dapat gaji pu tak ape. korang dah merasa gaji pertama dulu, aku gigit jari je lah nampaknye. uwaaaa

    wardah :
    di hati tu mmg dekat selalu. tp penat dah duduk jauh lama2, awak. apa guna bernikah kalau akhirnya sama je mcm sblom nikah dulu kan? huu

    soraya :
    ilp tangkak ke? my hometown tu. boleh ngedate mkn mi bandung kat jln naib long :D

    kan? blom kawen lg dah terasa payahnya. dah kawen ni, awak bayangkan je lah mcm mana. tsk tsk.

    ReplyDelete
  21. baru je planning nak amik ko kat airport kuching...sekalinya....

    terengganu....cam jauh jer...nasib baik ada yang menjaga walaupun jauhkan...

    ReplyDelete
  22. kuala terengganu ke dungun? si hussaini kata dungun...if dungun dekat sesangat ngan kl ..if kuala terengganu ..dekat ngan sha!! heee :) nanti kita leh gi candat cotong cecamerr...tak yah bawak hussaini ngan ary....ohyeahhh....apa2pun ..tahniah.....semoga di permudahkan segala urusan..aminn...

    ReplyDelete
  23. xeea..congrats dapat tukar..pasal mertua tuh..doa banyak2 hope everything akan jadi ok..mmg kita xleh nak puaskan hati semua org..so just do the best that we can do ok!

    ReplyDelete
  24. hussaini :
    tsk tsk. dun wori. ada rezeki, aku pi honeymoon sana, korang bwk aku jalan2 ok. aku teringin nak mkn mi kolok ngan laksa sarawak lagi. huu

    tu lah. jauh gak. takpe lah. pelan2 kayuh.

    sha :
    kat KT la. bukan dungun. candat sotong? kat mana? bole kite ngedate pasni kan? hee

    miss dee :
    thanx. doakan semoga semuanya baik2, ok. tapi kalau bole, mmg taknak lama2 pjj mcm ni. penat dah. huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.