Macam mana nak mula, ye?
Payah rasanya aku nak menyusun kata-kata.
Belum pun sempat dikhabarkan berita gembira untuk dikongsi bersama kawan-kawan di sini, sebaliknya berita sedih pulak yang datang mengganti. Begini kisahnya...
Sebenarnya, aku dah mula mengalami simptom awal kehamilan beberapa minggu lalu. Tapi, sebab terlalu konfiden yang aku tidak mengandung kerana sedang merancang, aku tak ambik pot pun kat simptom tu semua. Sehinggalah sampai satu tahap, Cfu cakap aku terlalu kuat makan dan banyak tidur, dia paksa jugak aku untuk buat ujian kehamilan.
Teringat lagi waktu aku buat pregnancy test di rumah, terkinja-kinja kami laki bini bila nampak ada dua line yang muncul. Gembiranya kami bukan kepalang! Sama macam sewaktu kami terima berita tentang kehadiran Alfiy dalam rahim aku, setahun yang lalu. Selepas berjumpa doktor, benarlah, aku telah disahkan hamil anak kedua. Dan, dijangka akan melahirkan pada awal Mac 2012. Tahun Naga. Banyak ‘ong’ kata orang Cina.
First scan at 6th weeks.
Maka, bermulalah episod kehamilan kali kedua buat aku.
Aku melalui hari-hari seterusnya dengan penuh rasa bunga-bunga ceria. Tak tahu lah kenapa, sewaktu ramai orang rasa gerun untuk punya anak rapat-rapat beza selang 1-2 tahun, aku pulak semacam gembira, tak sabar nak punya anak yang ramai sementara usia masih muda. Pada awalnya, memang rasa macam cuak, tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk handle dua orang anak. Yang satu ni pun, terkial-kial je rupanya. Tapi, hari demi hari aku lalui bersama kandungan baru ni, seakan-akan beri kekuatan bahawa tiap anak tu, ada rezekinya.
Berbeza dengan kehamilan sebelum ni, simptom mual, pening dan muntah semua tu aku alami selama beberapa minggu je. Lepas tu, terus rasa macam biasa. Cergas sentiasa. Puasa pun takde masalah. Menyusukan Alfiy dan mengepam setiap hari pun seperti biasa. Cuma, kuantiti susu tu agak berkuranglah jumlahnya. Sampaikan kadang-kadang aku lupa yang aku tengah mengandung. Pernah jugak terdetik dalam hati, "Eh, ni jadik ke tidak ni. Macam tak rasa apa-apa je."
Setiap hari, aku akan tersenyum-senyum sendiri bila baca kisah perjalanan dan pengalaman kehamilan kedua yang dialami oleh rakan-rakan kita yang lain macam Hannah Johary, Aishah Rahim, Ana dan ramai lagi. Bukan niat untuk berahsia, cuma sedang menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk diumumkan kat blog cabuk nan satu ni.
Namun, ditakdirkan masa yang sesuai tu macam takkan kunjung tiba.
Kelmarin, aku mengalami pendarahan. Tak banyak, cuma spotting berwarna kecoklatan dengan diiringi rasa sakit sikit-sikit macam period pain. Tanpa melengahkan masa, terus berjumpa pakar O&G di hospital. Sewaktu doktor melakukan ultrasound, alangkah remuknya hati bila doktor cakap, tiada apa-apa yang kelihatan dalam kantung, apatah lagi nak dengar degupan jantung bayi. Yang ada cumalah sac yang tidak berapa menjadi. Doktor menyarankan untuk ‘cuci’ atau D&C. Tapi, aku dan Cfu macam terlalu sedih untuk buat keputusan waktu tu. Jadi, doktor bagi masa lagi seminggu untuk pastikan keguguran betul-betul berlaku.
Aku berkeras mahu dapatkan pendapat kedua.
Hal ni melibatkan nyawa darah daging aku, kot.
Kami berjumpa seorang lagi pakar O&G di tempat lain. Dan, sama macam kata-kata doktor sebelum ni, it was a threatened miscarriage. Dia pun menasihatkan untuk buat prosedur D&C dengan segera ataupun selepas seminggu. Cuma, risiko menunggu dalam tempoh seminggu tu, besar kemungkinan aku akan mengalami pendarahan teruk dan D&C kecemasan terpaksa dilakukan. Sekarang ni, terpulang pada aku dan Cfu. Semua keputusan di tangan kami.
An empty sac at 9th weeks with no heart beat detected :(
Dan, sekarang ni aku buntu.
Sedang cuti rehat di rumah, keliru sama ada untuk tunggu lagi seminggu ataupun teruskan je dengan proses D&C dengan segera. Perasaan aku bercampur-aduk ketika ini. Ada rasa sedih, keliru, takut, macam-macam pun ada.
Aku butuhkan pendapat dan pandangan kawan-kawan yang pernah mengalami situasi sama serta sokongan kata-kata semangat daripada semua yang ada di sini, untuk aku kumpul jadikan azimat kekuatan, demi menghadapi musibah yang satu ni.
T_____________T
HER : Tak terbayang perasaan orang yang masih lagi tidak mempunyai anak dan banyak kali mengalami keguguran. Sedihnyaaaaaaaa
ziha kuatkan semangat ya,akak tak pasti bab ni but hope kwn2 lain dpt membantu
ReplyDeletejangan sedeh2 yer kak..insyaallah..pasti Allah nak beri akak rezeki lain tu...sabar ye kak...
ReplyDeleteBanyakkan bersabar ye Xeea..
ReplyDeleteBukan rezeki..better buat cepat kot D&C tu xeea takut benda lain jadi pulak..ikut saranan doktor ye..
xpe jiha.. muda lagi... jangan sedih sangat yer.. sian kat Alfiy nanti..
ReplyDeleteAllah akan gantikan dgn y lbh baik.
ReplyDeleteI tak boleh nk bg pendapat sbb x pernah alamai. I doakan u tabah ye
ReplyDeleteYa Allah Xeea, Fie mcm tertanya-tanya kenapa dgn Xeea sbb jrg ada kt Twitter, update blog. Betul doc tu ckp, kalau tgu seminggu risiko pendarahan yg terus boleh jadi. Macam member Fie doc suruh tgu 2 mgu dan dlm masa tu dia bleeding dan keluar habis tak perlu d&c dah.
ReplyDeleteBe strong ok.
xeea...having a miscarriage mmg menyedihkan.walaupun baru beberapa minggu. nadya dulu mase 8 weeks tak detect jantung baby.so doc ckp buat d&c takut kalau tunggu blh jadi pendarahan and sakit..so nadya pun dptkn 2nd opinion n same jugak result die. lepas tu terus je buat d&c sbb takut dpt infection kalau simpan lame2..tabah ye..
ReplyDeletemy deepest condolence for u & cfu+alfiy =S
ReplyDeletetapi tajuk blog tue mmg dah menampakkan xeea redha atas ketentuan Allah. so for me psl nk buat d&c tu, if 2 doc dah advice benda yg sama, i think u shud do it asap lah dear. takot melarat jd makin teruk pulak jadinya nanti
pegi cepat yer...
pasti ada hikmah atas ape yg berlaku. ikut saranan doktor. kalau delay takut getting worst. take care.
ReplyDeletesabar yer dear..from my knowledge, its good for u to undergo the D&C a.s.a.p..take care tau..
ReplyDeletexeea, same mcm yana dulu..
ReplyDeletemula2 mmg ade spot coklat, xsakit tp sehari lepas tu mmg sakit sangat..xmenjadi tp nasib xkene d&C sbb die kluar sendiri..doc mmg bg tunggu seminggu tp xsempat seminggu pun die kuar sendiri..masa tu dh 9minggu xsilap..skrg ni xeea rase sakit tak? kalau tak rase sakit better buat d&C
sabar ye xeaa.. jue penah mengalami keadaan sebegini mase 1st kandungan(before Alif)..miscarriage mase kandung berusia 9minggu.. mmg rase keliru, buntu, sedih tu sudah semestinya lah..to macam jue aritu die jatuh dgn sdirinya.. sbb jue tak tau jue mengandung.. n then kebetulan tem tue jue kene denggi.. ubat yg doc bagi tue kuat sgt dan telah menyebabkan kandungan jue terganggu shingga menyebabkan keguguran berlaku.. sedih sgt..sbb itu adalah my 1st baby..
ReplyDeleteapepun xeaa..kuatkan semangat k.. anggap jer belum rezeki untk memiliki zuriat kedua,Allah lebih menyayanginya..dan Allah lebih tahu ape yg terbaik utk kite.. mungkin selepas ini Dia akan memberikan yg lebih terbaik buat kita.. bersabar yer xeaa..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteziha, cerita ni sama dgn adik kakyong yang baru je gugur. dok suruh dia tggu dlm seminggu slps ada drah trn dan check jantung pun takde dah. dok bagi option nak cuci terus atau tggu keluar sendiri. dan adik pun ambil option utk tggu trn sendiri. dan esoknya..kuar seketul separuh tapak tgn! tp mmg sakit lah. then, bwk jumpa doktor, dok akan check sama ada dah keluar habis atau belum. nasib keluar habis dah. klu tak, mmg kena cuci.
ReplyDeleteok, take care. takpe, ada rezeki lagi pasni. mana tau, seiring dgn kakyong pulak nanti hehehehe amin. doa kan eh :)
Omg Xeea, baru nak ucap Congrats sebab dah sekapal. Tapi takpe, ikut je cakap doctor, mana yang terbaik. You have to take care of yourself for your husband and Alfiy. Banyak lagi benda yang nak dihadapi, panjang lagi kehidupan ini. Cheer up & be strong ok. We are all here with you. *hug kuat-kuat*
ReplyDeleteP/S: I dah nangis dah. Belum scan pun ni. Nak cepat-cepat pergi scan lah. >.<
Salam mummy Afziha.
ReplyDeleteMenjawab pertanyaan, elok p la cuci. tak elok lama-lama kat dalam tu. hm, serba salah nak cakap, tp jgn kecil hati ye. takut nnt daging(if ada) yang tak jadi tu infected. cuci la, if ada ketul2, kebumikan elok2.
Bersabar ye. Allah tahu kita dah sedia ke belum sebenarnya.
member maria penah jd mcm ni..tp dia scan mmg kosong mula2..dr srh cuci je..tp tok dia kata tunggu dlu..sbb baby mmg ada.tok dia tu bekas bidan..pas sebulan scan tgk baby mmg ada cuma kecik..xeaa..sabar ye..doa maria semoa segalanya selamat..amiin
ReplyDeletemengikut pengalaman...saye pernah gak alami macam ni mase 3 bulan ngandung.. tetibe kantung baby benti membesar... walaupon kantung masih ade..tapi dah tak ade denyutan jantung..doctor suh D&C jer.. saye masih berharap.. tunggu lagi 2 minggu.. n 2 minggu lagi.. kantung terus mengecut..tapi masih tak nak kuar sendiri... akhirnyer lepas sebulan terpakse gak buat dnc..tak semudah tu.. kesan dari terlalu lame simpan... sampai sekarang saye masih tak dibenarkan tuk mengandung atas sebab2 kesihatan... kesimpulan:: jangan simpan lame2... docter lebih arif..dan Allah lebih tahu..banyakkan bersabar...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedoakan yang terbaik..semoga semuanya selamat...
ReplyDeletewalaupun rezki tak lama, tapi alhamdulillah.
ReplyDeletebersabalah xeea yer, ade hikmah disebalik setiap kejadian. Insyaallah lepas ni, rezkinye mungkin lebih molek :)
xea, jue pernah misscarriage 2 times ok...mmg sakit + sedih...nasihat jue, cpt2 buat D&C...takut lebih lama, lebih sakit...insyaallah, ada la rezeki alfiy dpt adik nanti...pas nie, pantang elok2 ya...take care *hugs*
ReplyDeleteInnalillah.
ReplyDeleteSaya tahu awak seorang kat kuat Ziha. Tabahkan hati awak, kuatkan semangat awak. Ikut saranan doktor untuk buat D&C tu. Mungkin itu yang terbaik.
Jaga diri awak baik-baik ye kawan. Saya tahu, awak memang kuat.
Salam takziah dari saya dan keluarga. Semoga awak sekeluarga akan terus tabah. Amin.
be strong xea. jgn sedih-sedih sgt, nnt milk production merudum jugak.. ikut ckp doktor, sbb dia pakar dlm bidang dia.
ReplyDeleteingat, perancangan tuhan itu lebih baik. :)
xeea, saya dua kali keguguran sebelum dapat Iman. Tuhan je tahu perasaan bila kita dah seronok2 nak jadi ibu, tiba2 dia hilang. so awak sabarrr byk2 ye. ada hikmah semua tu. my advise awak buatlah d&c kalau janin tu tak keluar sendiri. rahim lebih bersih. take care ye xeea!
ReplyDeleteya Allah baru semalam baru entri xea ttg rawak tak sangka pulak hari ini ada berita sedih..
ReplyDeletekalau kasmi di tempat xea, kasmi akan buat DnC tuh. sebab bimbang side effect kalau biar kat dalam.
keputusan ada kat tangan xea sendiri. take care yer.
xeaa..sabAR eh..take care..susah nak komen tapi maybe ikut je ckp dr.. :)
ReplyDeleteTakziah buat xeea dan family. Saya takde pengalaman, better follow cakap Dr.
ReplyDeleteBe strong okay.:)InsyaAllah.
assalamualaikum ziha..hi..
ReplyDeleteakak pun pernah alami apa yang ziha alami...2 kali ok...yang 1st memang de pendarahan n kuar x habis so buat d&c. Masa scan 10w doc cakap baby kecik n kn buat scaan ke2 pas 2 mgu...x sempat smpai 2 mgu gugur sendiri..darah mmg byk...
2nd time lak jadi cam ziha la de spot coklat je tp akak x sakit pun...ms scan 7w ok smua..ada heart beat then ms scan 9w doc confuse sbb baby x nmpak..buat vaginal scan doc sahkan baby mengecut n no heart beat. so doc advise srh cuci. akak masih berharap sebenarnya tp doc ckp klau tgu mebi pendarahan teruk n klau kuar x hbs kn cuci. at last amik kptsn tuk buat d&c gak n now baru msk keja pas semgu dapat cuti...hope kt tabah hadapi ujian Allah..mebi ada hikmah yang tersembunyi..
Ya Allah xeea. baru baca. *hugs*
ReplyDeletetake care eh babe!kalau D&C tu keputusan terbaik awk buatlah utk kesihatan diri awk sendiri.
Apa yang Allah rancang ada agendaNYA tersendiri. tabahlah kawan!
salam xea, sy pn mgalami benda yg sama...cuma beza..ini kandungan pertama..mula2 dpt berita extited to the max..xdpt nk khabar kn berita gembira kt kwn2...sbb dr awal lg ada brown spot sehingga la sepanjang pregnancy..so kami da ready if anything happen ..dpt menjadi bakal ibu utk 2mnguu shj..genap mnggu ke 8 check doc ckp "it's not a healty prgncy" esoknya dia keluar sendiri...alhamdulillah...tak perlu D&C..anyway..kuatkn semangat..doa byk2 spy dipermudahkn urusan gugur..harap2 la awak xkena D&C..jgn tunggu lama2..
ReplyDeleteawak!
ReplyDeletesy br tgk blog. :( sabar & kuatkan smngt ye. setiap apa yg jd ada hikmahnya.
klu tny, melalui pengalaman sy, baik buat je d&c mcm farah ckp,rahim lebih bersih.bila dh bersih, insyaallah senang nk conceive lg.
saya dulu hosp ptrjy xbuat d&c. mungkin sb tu lmbt nk dpt hussayni.
apepun, take care & kuatkan sngt ok.
*hugs*
xeea,
ReplyDeletebe strong eh. at least kamu dah ade alfiy. aku pun gugur 16/4 hr tuh. mmg pedih coz kami dah kawen setahun lebih n expecting our very 1st baby tp jd camtuh.macam nak gile jugak rasa. tapi life must go on kan? be strong kayh!
ps: cuba baca artikel2 yg ade kat blog nie: http://drzubaidi.com/blog/?p=750
xeea
ReplyDeleteb strong k.inysallah ada lagi rezeki lps ni.
baru baca entri ni. xeea sabar ye
ReplyDeleteas.salam xeea
ReplyDeletebaru terbaca ttg entri ni. insyallah rezeki lain akan menyusul.
Terima kasih semua. I know, I'll never walk alone in this blogsphere. I'll always have you :)
ReplyDeleteThank you.