Showing posts with label movie marathon. Show all posts
Showing posts with label movie marathon. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Hari Minggu #13 : Kelmarin Dalam Sejarah.

P1050247
Tengah jalan kontrol macho *humpff humpff*


Hai kawan-kawan Mama!


Rindu kite, tak? Kite baru je baik sakit tonsil dan demam panas sampai cecah 40  darjah celcius! Kesian Mama kite kena cuti seminggu nak jaga kite. Walaupun kite suka buli tarik rambut Mama, cubit babat Mama, cakar muka cantik Mama, tapi Mama tetap sayang kite, jaga kite masa kite tengah sakit. Betullah kata orang, kasih ibu takde tandingannya.


Lepas seminggu berkurung duduk rumah, Papa bawak kitorang keluar jalan-jalan. Tak tahulah nak pergi mana. Papa cakap, “We’re going to do something new, today!” err.. sebenarnya kite tak kisah pun, asalkan dapat keluar berjalan. Sementara tunggu Papa bersiap dan panaskan enjin kereta, macam biasa, kite mesti singgah main kat playground depan rumah dulu.



P1050251
♫ ♪ Buaaaiii lajuuuu-lajuuuu, kite nak kahwin dengan puteri rajaaaaa ♫ ♪


P1050255
Tengah syok-syok main buai, datang pulak raksasa Mama bawak kite pergi. Papa dah standby dalam kereta dan snap gambar kite yang sedang memberontak tak puas hati nak main buai lagi. cis.


Rupa-rupanya, Papa nak bawak kitorang tengok wayang.


Hoooorayyyyyyy!!!!


eh, tapi kan, wayang tu ape? Seumur hidup kite, tak pernah pun tengok macam mana rupa dia. Mama cakap kite kena behave kat situ. Selalu Mama cakap macam ni bila nak hantar kite pergi school. Adakah wayang tu mirip seperti school? Yang dipenuhi oleh teacher, kawan-kawan dan makanan lazat. Kite pun tak pasti.


Setelah hampir 2 tahun lebih tak jejak kaki dalam cinema, Mama seperti jakun tak tahu nak bereaksi macam mana. Mama terpaksa behave sebab kena jaga kite. Pertama kali, kan. Cuak jugak dia kot-kot kite meraung tak tentu hala.


Wayang dah mula. Mama tutup telinga kite dengan hood sweater. Kite terkebil-kebil tengok skrin besar kat depan mata. Whoaaaaaaaa!!! Kite sembunyik jadik beruang koala dekat Mama. Kejap-kejap je kite bersuara bila ada kapal terbang keluar, “Airplane!”. Bila makhluk hijau muncul, kite sorok muka sambil mengadu kat Mama, “aaakutttttt!”. 


Papa jarang ketawa kalau tengok filem kecuali cerita tu memang betul-betul kelakar. Maharaja lawak ke, lawak ke der dan sebagainya, memang haram dia nak ketawa. Tapi, Papa kemain berdekah-dekah ketawa tengok cerita ni. Mama toksah cakap lah. Terkekek-kekek tak boleh berhenti. Kite sorang je yang sibuk melilau tengok orang-orang dalam tu ketawa sama. Memang lawak kot, agaknya. Kite je yang tak paham. Penat kite tunggu kot-kot keluar Pororo ke, Mickey Mouse ke, paling tidak pun Upin Ipin. Tapi semua pun takde, yang kite kenal airplane je.



The-Avengers_Wallpaper
The Avengers.

Papa dengan Mama beriya-iya cakap cerita ni best. Tak habis-habis mengulas dalam kereta masa nak balik rumah. Kite mencebik sambil cakap dalam hati, “eleh, Pororo jauuuuuhhh lagi best lah!”




HER : Happy belated Mother's Day and Teacher's Day, everyone!

Monday, December 13, 2010

Aku Masih Dara.

dara

Nak meng’antarabangsa’kan filem Melayu?

Belajar cipta tajuk munasabah dulu.

 

 

HER : Mungkin lepas ni keluar pulak ‘Aku Masih Teruna’.

Wednesday, December 9, 2009

Kenapa Benda Baik Selalu Dibenci?

Berbekalkan semangat kenegaraaan yang tebal dalam diri, aku memulakan entri ini.


Memandangkan telefon bimbit dan alat elektronik adalah barang terlarang, maka terpaksalah kamu tatap gambar perempuan bermuka tebal yang tak ada kena-mengena dengan isi entri. Di samping bersemangat tebal, perut pun semakin tebal sebab dipaksa makan 6 kali sehari. Siapa tak makan, markah kumpulan kena tolak, katanya. tsk.


Aku mungkin tergolong dalam kalangan yang agak bertuah sebab terpilih menjadik calon untuk menyertai kursus Biro Tata Negara di kala sedang huru-hara kata kursus BTN wajar dimansuhkan, patut bungkus saja. Secara jujur, memang aku pergi atas sebab arahan. Ye lah. ‘Saya yang menurut perintah’, kan.


Tapi, selepas mengikuti kursus ni selama 5 hari 4 malam di Kuala Selangor, persepsi aku mula berubah. Aku tak nampak pun kat celah mana yang BTN ni patut diharamkan. Kecuali pada tahap kemudahan asas seperti katil yang suka mengeluarkan bunyi-bunyian pelik terutamanya di waktu malam dan kualiti makanan seperti roti tilam berinti majerin yang masih boleh diperbaiki. Lain-lain, aku tak tahu kenapa di luar sana beriya-iya kata BTN nih punya agenda tersembunyi.


Pada hemat aku, pengisian sepanjang kursus ni sangat bagus.


Selama ni, kita beriya-iya mengaku sebagai anak Malaysia sejati, kononnya. Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang kita tak tahu sebenarnya tetapi kita selalu isytihar yang kita dah tahu.


Baru aku tahu apa dia ‘Keluhuran Perlembagaan’ yang kita selalu sebut dalam Rukun Negara tuh. Baru aku faham kenapa orang politik berhaluan kiri sibuk nak mansuhkan hak istimewa orang Melayu tetapi tak pernah sekali pun sebut pasal nak hapuskan Perkara 153.


Orang kita memang pandai mencari salah tetapi kalau masuk bab memperbaiki kesalahan diri, haram tak mahu mengaku.


BTN sekadar menyediakan platform.

Pokok pangkalnya, berbalik jugak kepada penerimaan kita macam mana. Untung nasib tanah air kita, terletak kat tangan kita. Orang luar sekadar boleh memandang dan menunggu masa untuk bersorak gembira meraikan detik kejatuhan kita.


filemgambar.php

mu

Oh. Satu lagi, pergi tonton filem 1957 : Hati Malaya.


Daripada kamu berlumba-lumba mahu tonton kisah pontianak orang putih kacak yang menghisap darah, lebih baik kamu hargai pejuang negara yang bermandi darah dan keringat semata-mata mahu hadiahkan Malaysia ini untuk kita.


Kadang-kadang, kita terlalu ghairah mengejar sesuatu sampaikan kita lupa apa yang pernah kita lalui suatu ketika dulu.



HER : Setinggi mana pun kita berada, ada masanya perlu kembali pandang ke bawah untuk lihat asal-usul dan hayati akar umbi kita.

Monday, March 2, 2009

Definisi sempurna : Sempurna dalam ketidaksempurnaan.

Baru beberapa hari lepas menonton filem lama; Bicentennial Man.


Kisah sebuah robot istimewa. Punya naluri macam manusia. Berjuang sampai 200 tahun untuk dapat pengiktirafan sebagai manusia selepas melalui pelbagai bentuk proses naik taraf. Secara fizikal, memang dia serupa macam manusia. Punya hati dan perasaan juga. Bezanya, hanya pada akal fikiran dan teknologi mekanikal dalam tubuh yang menghidupkan dia.


Aku tak berminat nak ulas pasal robot.


Aku tahu pasal Transformers pun sebab filem. Tahu sikit-sikit pasal Asimo, hanya kerana ia robot ciptaan majikan tempat Cfu bekerja.


Saja nak quote dialog dalam filem Bicentennial Man,


"Imperfection make us individual, that's what makes us unique."


Gila kuat ingatan aku kalau masuk bab menghafal dialog filem. Kalau disuruh baca doa qunut depan pegawai agama masa temuduga nak kahwin dulu, siap boleh tersasul-sasul. Nampak sangat selalu baca doa qunut tak khusyuk, sembahyang subuh dengan mata terpejam. Lagi parah, kena sujud sahwi sebab terus sujud lepas ruku' rakaat kedua. Mana tak gagap bila disuruh baca tiba-tiba.


Bila diamati petikan dialog tadi, ada betulnya.


Pada sesetengah perkara, aku amat pentingkan kesempurnaan. Perfection. Selagi tak menepati tahap 'piawai sempurna' yang aku gariskan, akan diulang semula setiap kerja dari awal sampai dapat. Bila dah dapat, sesuatu perkara akan nampak cukup sempurna pada mata aku. Tiada cela.


Sampai kadang-kadang tak sedar diri, ia tak mesti sempurna pada mata orang lain.


Sebab tu keluar pepatah, "Nobody is perfect". Tiada perimeter sempurna yang khusus kat dunia ni. Kesempurnaan tu terlalu subjektif. Abstrak sifatnya. Tak terjangkau dek akal kita. Setiap orang, punya kayu ukur yang berbeza.


Dari dulu, aku pegang satu prinsip yang aku pandai-pandai reka untuk tingkatkan keyakinan diri setiap kali berdepan masalah, "Maturity and confidence makes all perfect".


Amat mengharukan, seorang kawan satu sekolah yang terkenal dengan sifat pemalunya buat pengakuan, dia pinjam prinsip rekaan aku ni untuk digunapakai dalam hidup dia. Dia tak pernah yakin dengan diri. Nak cakap kat depan kelas pun ketar lutut. Setiap kali balik makan, mesti monyok. Menangis. Malu kena ngorat dan diperkotak-katikkan oleh abang dewan makan.


Alhamdulillah, dah jadik cikgu pun sekarang.


Macam tu jugak dengan hubungan persahabatan, kekeluargaan, percintaan dan perkahwinan.


Sebuah teres dua tingkat mungkin sangat sempurna buat kita, belum tentu selesa untuk orang yang punya anak sembilan.


Suami pendapatan sederhana dan pandai ambil hati dirasa cukup melengkapkan hidup kita, belum tentu dapat memenuhi ciri lelaki idaman wanita yang mahu hidup dilimpahi kemewahan.


Sahabat setia, satu kepala dan sentiasa ada untuk kita belum tentu boleh jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain.


Sarapan lempeng kelapa cicah sambal tumis masih belum mampu mengenyangkan perut kita, boleh jadi hidangan paling mewah untuk golongan bawah sederhana.


Kalau sekali-sekala duduk berkumpul, jumpa kawan-kawan lama, masing-masing akan cerita pasal perkembangan terkini. Hal kerja, cinta, keluarga dan mungkin ada selit sikit isu semasa.


Kalau rasa hidup macam bagus, cukup sempurna, kita akan cakap panjang lebar tanpa noktah. Tak ditanya pun kita akan cerita.


Kalau hidup tak berjalan dengan begitu baik, kita tak banyak bukak mulut. Nak lepak lama pun takde mood. Balik-balik tanya buat apa sekarang, kerja mana, duduk mana, kahwin bila. Tadah telinga, dengar saja. Kalau bernasib baik, saja tukar topik. Tak boleh tahan rasa cemburu takpun pedih hati sebab terasa macam disindir. Takpe, takde orang perasan punya, kata dalam hati.


Tapi, adat biasalah. Ada segelintir orang sentiasa berusaha untuk kelihatan lebih baik daripada orang lain. Nak nampak sempurna. Macam satu situasi aku pernah jumpa, si Bedah beritahu suami dia beri cincin berlian harga 2 ribu. Si Joyah balas balik, boyfriend dia nak bagi cincin harga 2500 masa kahwin nanti.


Nampak?


Si Bedah, sah-sah lah suami dan cincin dah ada depan mata, si Joyah pulak, bertunang belum, tarikh kahwin apatah lagi. Si boyfried yang tabur janji tu pun belum tentu jadik suami dia nanti. Punya lah tak mahu kalah.


Dunia blogging pun macam tu jugak. Pernah tak rasa macam nak behave dan cuba jadik sesempurna mungkin apabila bertemu empat mata dengan penternak blog yang rata-rata penulisannya berbentuk pemerhatian terhadap kegiatan sosial dan tatacara hidup manusia. Takutlah kalau-kalau terlepas cakap ke apa, kita pulak akan jadik isu dan bahan untuk entri blog dia yang seterusnya.


Moral cerita, tak perlu rasa rendah diri terhadap ciri perbezaan kita ada berbanding orang lain. Yang kita anggap sebagai kekurangan kita. Ketidaksempurnaan. Apa yang kurang pada mata kita, boleh jadi nampak sempurna pada mata orang lain. Lagi bagus, kalau dapat salurkan ketidaksempurnaan tu menjadi satu kekuatan yang tak dimiliki oleh orang lain.


Contohnya, model-model terkenal di luar sana. Pada pandangan mata kasar kita, bukanlah cantik sangat pun mereka. Bibir tebal, muka berbintik, pipi cengkung, hitam legam, kepala botak pun ada. Tapi kriteria 'tidak sempurna' tu lah yang menjadikan mereka menonjol daripada yang lain. Istimewa. Unik.


Supermodel antarabangsa; Alek Wek.


Cuba teka, yang mana satu cap Petaling Street?

Kalau dah semua perempuan kat dunia ni kemaruk cucuk Botox kat bibir, bagi nampak bengkak, sama macam Angelina Jolie, habis lingkup lah periuk nasik dia. Silap hari bulan, Brad Pitt pun tinggalkan dia sebab bersepah klon dia kat luar sana.


Secara azalinya, kita memang tak sempurna. Sebab tu lah dijadikan secara berpasang-pasangan untuk saling melengkapi ketidaksempurnaan tu. DIA juga yang Maha Sempurna.

Oh, ya! Jangan tak tahu, Lee Kuan Yew, Leonardo da Vincci serta saintis Albert Einstein jadi ternama disebabkan oleh 'ketidaksempurnaan' mereka.



HER : Bangga dengan hidung kecik dan tak mancung yang diwarisi daripada bonda tercinta.

Tuesday, February 24, 2009

Upin & Ipin : Meh aku pulak nak cerita.

Merata-rata dah aku baca entri orang cakap pasal filem Geng Upin & Ipin ni. Semua kata best dan puas hati lah. Sekarang ni giliran aku pulak nak bercerita.

Lepas susah-payah nak kena merajuk dan mogok tak mandi pagi, barulah Encik Cfu tolong book tiket filem ni. Selama ni, kami tengok wayang main terjah je. Takde nak booking2 nye. Tapi, dek kerana tiket Upin & Ipin kat Sunway Piramid tu laku sangat macam pisang goreng panas, nak tak nak, kena jugak lah mem-booking. Mau kempunan aku kang macam hari tu.

Kesimpulannya, ok lah. Puas hati.

No comment
.


Eish, mana boleh takde komen, kan?


Nak-nak pulak bagi penternak blog macam aku ni. Mesti lah tiap benda aku nak komen, nak komplen. Macam bagus sangat lah aku ni, kan. Amboi amboi amboi *sambil laga-laga jari kelingking*

Bukannya apa, dulu pernah jugak lah belajar pasal animasi multimedia. Menonton wayang pulak secara duet dengan Cfu yang juga punya latar belakang IT. Tambahan lagi, dua-dua sangat gemar tonton kartun channel Animax, gilakan kartun Walt Disney, kipas-susah-mati Naruto dan pembaca setia komik Shin Chan.

Mestilah ada komen-komen yang akan keluar dari mulut kami.

Dari segi jalan cerita, boleh tahan. Kena lah dengan fantasi dan imaginasi. Cuma kurang sikit tahap originality nya.

Cfu kata, dia perasan ada sesetengah babak tu, macam sama dengan filem luar negara. Contohnya, babak mak binatang aneh tapi comel tu tengah nak berlawan dengan ular tedung gergasi dan di tengah-tengahnya tersepit si Upin & Ipin serta geng nya. Lebih kurang sama macam cerita King Kong. Tapi okay lah jugak, kan. Kiranya, dia cedok idea sikit, bukannya tiru bulat-bulat.

Dari segi animasi pulak, masih boleh diperbaiki.

Masih ada sikit unsur-unsur animasi Usop Sontorian. Macam kurang smooth lah pergerakan dia. Gerak tubuh ataupun gesture setiap watak pulak kadang-kadang nampak macam melebih-lebih. Sekali pandang, macam Karam Sigh Walya versi kartun pun ada. Mana tak nya, setiap perkataan yang keluar dari mulut watak-watak tu, kalau boleh, dengan tangan, kaki, kepala, satu badan dia semua nak gerak sekali. Nampak macam tak berapa realistik lah, kan.

Secara keseluruhan, filem ini merupakan salah satu hasil gabungan idea dan kerja anak-anak muda Malaysia yang boleh dibanggakan.

Sokonglah filem tempatan yang berkualiti.


Tak dapat Jessica lebar, dia nak yang ni pulak.

Gigih lah nak buat muka very the model tu.
Boleh lah tu. Boleh. Boleh.
Boleh blah.
:p


HER : Walaupun takde aksi rempit dan cinta empat lima segi, Upin & Ipin masih mampu menyengat dengan hasil kutipan yang lumayan! *Tepuk! Tepuk!*

Wednesday, December 24, 2008

Hipnosis untuk Cantik.

Sejak akhir-akhir ni, aku suka sangat menonton filem-filem lama. Itu tak masuk filem P.Ramlee. Mesti tak terlepas tengok kalau ada tayangan filem hitam putih ni kat channel Prima. Katalah aku berjiwa tua. Tak rock ke apa. I’m truly a big fan of him.

Baru lepas tengok cerita Shallow Hal. Pelakon utamanya Gwyneth Paltrow dan Jack Black. Pertama kali tengok cerita ni masa zaman sekolah menengah dulu kot. Kalau tak silap la.

Cerita ni pasal lelaki yang jatuh cinta dengan seorang perempuan saiz XXXL. Padahal selama ni, lelaki tu terkenal dengan sikap sangat memilih dan mementingkan kesempurnaan. Semua ni terjadi lepas dia terjumpa dengan seorang doktor psikologi. Lelaki ni tak sedar yang dia telah dihipnosis oleh doktor tu. Akibatnya, dia melihat setiap orang yang kalau kita lihat pada mata kasar; tidak cantik, cacat, tidak sempurna fizikal, kelihatan sangat cantik kerana baik hati dan budi pekerti.

Sebaliknya, dia nampak seseorang yang cantik dan sempurna kelihatan sangat hodoh kerana berhati busuk. Kiranya, kecantikan dalaman seseorang tu terzahir pada luarannya setiap kali dipandang oleh lelaki ni. Padahal orang lain tak nampak sama macam yang dia nampak. Sampaikan dia nampak beberapa orang kanak-kanak yang mukanya melecur teruk sebab kebakaran, yang orang lain takut nak pandang apatah lagi nak duduk belai mereka, kelihatan sangat comel dan tiada cacat celanya.

Habis je tengok cerita ni, terfikir pulak, kan ke bagus kalau kita semua kena hipnosis sama macam lelaki tu. Kita dapat melihat kecantikan sebenar setiap orang. Kecantikan dalaman. Bukan kecantikan luaran yang macam kita dapat lihat sekarang. Cantik yang belum tentu asli. Yang belum tentu sama cantik dengan di dalam.

Kita dah biasa disajikan dengan definisi cantik atau tampan itu mesti kurus ramping, berkulit mulus, tinggi lampai, berleher jinjang, berbadan sasa, berkulit cerah, pipi pauh dilayang, bibir merah merekah, gigi elok tersusun, rambut panjang ikal mayang dan macam-macam lagi, buatkan orang kita kadang-kadang leka. Hanyut dengan definisi cantik yang kita hanya boleh nampak pada zahirnya. Sampai sanggup mengeluarkan kata-kata sindiran atau gurauan yang mereka tak sedar kadang-kadang boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.

Contohnya, situasi yang biasa berlaku di mana-mana, kata-kata seperti “Oh, aku dah gemuk!” oleh seseorang yang dah sedia kurus setiap kali lepas dia makan agak banyak. Tak mustahil kata-kata tu tadi akan menyinggung perasaan orang yang bersaiz besar sikit daripada dia. Dan mungkin dalam nada bergurau, orang yang mungkin agak tersinggung tadi akan berkata, “Kalau macam kau ni gemuk, aku ni apa?” sambil pura-pura ketawa.

Dalam satu situasi berbeza pulak, dah biasa berlaku dalam mana-mana majlis perkahwinan yang aku pergi, ada saja mulut-mulut yang berbunyi, “Eishh. Tak seimbang. Seorang kurus kering. Seorang pulak montel. Senget pelamin.” , “Macam siang dan malam.”, “Tak padan langsung.”, “Muka macam bulan, penuh parut jerawat.”.

Tak cukup dengan kata-kata, diiringi pulak dengan pandangan jelik, ketawa sinis dan mimik muka yang menjengkelkan.

Jangan cepat melatah.

Terima je lah. Orang kita memang macam ni. Kadang-kadang, diri kita sendiri termasuk lah aku sendiri pun, secara di luar sedar, ada jugak terdetik kat dalam hati.

Kenapa?

Sebab kita dah dibiasakan dengan definisi cantik tadi tu lah.

Belek majalah, bukak TV, surat khabar hingga ke komik sekalipun, tetap memberi definisi yang sama pasal cantik. Mungkin ada jugak yang tak setuju. Sebab ada jugak di kalangan kita yang kata, kurus dan ramping itu tidak cantik. Ada jugak yang kata, yang berjambang macam Osama Laden lebih kacak dari yang bermuka jambu. Tapi, perlu kita ingat, itu semua hanya kecantikan luaran. Hanya pinjaman dari tuhan, yang bila-bila masa je boleh ditarik balik. Wajah yang kacak bak hero remaja dan jelita bagai Rozita Che Wan sekalipun tak boleh dibawa hingga mati.

Sebab tu lah aku akan rasa sangat bersyukur kalau dikurniakan bakat luar biasa ataupun dihipnosis oleh doktor dalam cerita Shallow Hal tadi, supaya dapat melihat kecantikan dalaman yang terzahir pada wajah setiap orang. Sebab kecantikan dalaman itulah yang sejati. Dibawak hingga mati.

Macam mana nak lihat kecantikan dalaman seseorang?

Setiap kata orang tua itu ada betulnya. Orang tua selalu nasihatkan kita kalau nak cari sahabat atau pasangan hidup, kenali dulu hati budinya. Jatuh cinta dengan dirinya dulu sebelum jatuh cinta dengan wajahnya.

Satu lagi nasihat orang tua yang sangat berguna; lebih baik bersama dengan orang yang lebih mencintai diri kita berbanding kita mencintai dirinya. Sebab orang ini akan berusaha sedaya upaya, sanggup berkorban apa saja untuk melindungi, menjaga dan menyayangi kita dengan sepenuh hati.

Itu jugak satu bentuk kecantikan yang tak dapat nak dibeli di mana-mana.

Melaburlah beribu-ribu ringgit pun untuk suntikan Botox atau pembedahan plastik, kita tak mungkin dapat kecantikan macam ni, yang duduknya di dalam hati.

Pejam mata.

Tarik nafas dalam-dalam.

Cuba hipnosis diri sendiri.

Wednesday, December 17, 2008

Dasar Pandang ke Barat.

Kalau mantan Perdana Menteri Che Det dah cadangkan 'Dasar Pandang ke Timur', aku pun dalam pada memegang status penganggur kehormat, konon-konon sangat berinovasi, cuba nak cadangkan 'Dasar Pandang ke Barat' pulak.

Pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.

Perlu faham beza makna antara kedua-dua terma nih, yer.

Macam kita menulis tesis, kita rujuk banyak buku, kertas seminar, jurnal dan tesis yang lain, sambil-sambil tuh, kita tiru sikit-sikit, cedok ayat sikit-sikit, letak kat rujukan, siap cetak dan bukukan.

Lepas tu, dengan perasaan penuh bangganya pun berkata..
"Inilah hasil titik peluh aku selama ini."

Sebuah tesis berkulit tebal yang cetak besar-besar nama kita kat muka depan. Tak lupa juga muka surat dedikasi yang paling digemari sebab boleh tulis ucapan untuk keluarga dan kawan-kawan seperjuangan. Juga untuk pakwe kesayangan.

Ini lah konsep pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.

Berbeza dengan 'Dasar Pandang ke Timur' yang menggalakkan Malaysia mencontohi kemajuan teknologi dan membuat perkongsian pintar dengan negara-negara Timur seperti Jepun, 'Dasar Pandang ke Barat' yang aku cadangkan nih lebih kepada berbentuk hiburan.

Hiburan bermanfaat.

Bukan hiburan yang berbau hedonisme dari Barat yang pada anggapan aku, dah lama jadi darah daging orang Malaysia. Dah sebati. Dah tak boleh hidup tanpanya. Dah jadi sebahagian tata cara hidup kita. Bukan setakat pandang-pandang lagi.

Macam aku, kalau tak tengok cerita Heroes hatta satu episod pun, akan berusaha dengan tekun dan jitu, cari kat internet, pergi laman web Tiub Kamu dan download secara haram. Tengok. Begitu dasyat penangan cerita karut yang direka oleh orang Barat, sampai buat kan aku gila meroyan dengan TV.

Masalahnya, ada ke hiburan yang bermanfaat?

Selain ceramah Hal Ehwal Islam yang kadang-kadang pun dah jadi macam ceramah 'politik' agama, memang tak ada. Mana ada hiburan bermanfaat kat alam fana nih. Hiburan dalam bentuk tayangan ke, pendengaran ke, perbuatan ke, semuanya tak memberi manfaat secara total.

Mungkin ada kot manfaat sikit. Contohnya, hiburan dalam bentuk senaman. Bermanfaat untuk menyingkirkan lemak tapi kalau buat senaman secara membuta tuli boleh mendatangkan mudarat. Memenatkan pun iye jugak.

Idea 'Dasar Pandang ke Barat' nih pun tercetus dari penyakit gila meroyan dengan TV yang aku alami sekarang nih la. Kalau nak dibandingkan, memang orang kita agak jauh tertinggal dari segi penghasilan filem berkualiti. Orang kita masih kurang kreatif dari segi menghasilkan idea dan skrip jalan cerita yang bagus.

Ada jugak yang macam nak buat kelainan, cedok idea dan jalan cerita filem atau drama orang sana tapi, balik-balik cedok idea yang sama. (Baca : Merujuk beberapa cerita drama tipikal Melayu; yang suka gambarkan imej orang berkaca mata bingkai tebal, rambut kerinting kusut, berbadan gemuk, berbaju besar gabak, memakai pendakap gigi dan tak pandai bergaya sebagai hodoh.)

Itu bukan pandang-pandang jer. Itu tiru bulat-bulat.

Punya berlambak orang sana buat cerita pasal bencana alam. Pasal puting beliung, gempa bumi, perubahan suhu bumi, serangan meteor, salji tebal, kehabisan punca air dan sebagainya. Sampaikan tragedi 11/9 dah pun difilemkan, siap la tokok-tokok tambah cerita tipu dengan jayanya.

Nak bagi kesedaran kat orang-orang dia betapa bencana alam tuh memusnahkan harta benda, meragut nyawa, mengambil masa untuk pulih dan meninggalkan pelbagai kesan mendalam dari segi fizikal dan emosi.

Nak suruh orang-orang dia faham jangan sekali-kali cuba melawan sifat alam, tidak merosakkan ekosistem bumi, saling bekerjasama semasa dalam kesusahan, berikhtiar sebelum mati, tidak menyerah kalah, belajar dari pengalaman dan kesilapan orang lain serta mohon pertolongan dari Tuhan.

Selain nak tunjuk kat seluruh dunia, diorang punya teknologi hebat nak hadapi bencana alam, nak tayang kereta kebal yang banyak, peluru berpandu canggih, pasukan polis dan paramedik yang dedikasi dan tak lupa juga, punya pemimpin berwibawa berjiwa rakyat, sebab mesti ada adegan di mana presiden tak pun datuk bandar akan buat sidang media, bagi ucapan kata-kata semangat untuk rakyat yang biasanya diakhiri dengan ayat.. "May God bless us all."

Cuba pandang-pandang sikit.

Takde pulak ada orang kita yang terfikir nak cedok idea macam nih.

Buat cerita pasal banjir, kemarau, tsunami, kebakaran dan tak lupa juga bencana alam yang popular pada masa kini, tanah runtuh.

Keluar duit habis juta-juta, buat cerita macam nih kan bagus.

Bagi orang Malaysia sedar sikit, duit yang banyak jangan dibazir untuk buat rumah atas bukit, buat diri rasa makin 'tinggi', sebab bila kita duduk lebih 'tinggi' dari orang lain, kita akan rasa macam lebih berkuasa, lupa asal-usul kita. Sampaikan tergamak memperjudikan nyawa demi memenuhi kepuasan berharta.

Oh, lupa.

Kalau buat cerita macam nih, mana orang nak masuk wayang.

Orang kita kan suka cerita cinta. Cinta tiga segi, cinta empat segi, cinta zig-zag. Yang ada budak-budak Akademi Fantasia berlakon di dalamnya. Orang kita memang suka. Tak pun, tengok orang rempit dan lumba kereta kat lebuh raya tapi mesti ada jugak selit kisah cinta.

Mana ada orang kita nak tengok cerita pasal bencana alam.

Buat susah hati je. Tak rock aa. Hidup mesti happy.

Kata mereka.


HER : Takziah buat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Tuesday, December 2, 2008

Confession of a TV addict

Right now, at the moment, I'm so into talk show series.

Kind of like Oprah, Rachael Ray, Ellen DeGeneres , Jimmy Kimmel, David Letterman, Tyra show, Jason Lo and oh, Eric Leong.

You name it.

What does these show have in theirs favor?

Well, on the whole, the shows have become somewhat of a pleasure for me. I enjoy every single segment they have. Celebrities, cooking, human lab, make over, talent show, fancy stuffs, infotainment. I just love it! I only discover that I used to be a mini-hoarder and have the symptoms of depression by watching these show. Gulp.

I love reality shows too. Minus Akademi Fantasia from the list, I love Amazing race, Kardashian show, Kimora's Life in the Fab Lane, Celebrity Apprentice and America's Next Top Model. Now, Australia and Britain have their very own top model in the making show too. But obviously, Americans stand out for their so-high-school cat fights and guts to be seen naked on TV.

To name a few of my top list favourite TV series : Desperate Housewives, Grey's Anatomy, Heroes, House, Gossip Girl, Gilmore Girls, Prison Break and One Tree Hill. They're my cup of tea of every season. I'll feel something missing in my life if I miss any episode of this series. I'll feel like a promise has been broken. A promise between me and my addiction. Mister TV, of course.

err.. I love Wonder Pets too!

Ok.

I am truly an addict.

An overdose one.