Semakin hari aku makin meroyan bila kawan-kawan blog semakin galak show off hasil air tangan Pavlova masing-masing. Ni semua si Masterchef Nano punya pasal, telah menyebarkan wabak Pavlova ke seantero alam blog mak-mak. Lepas tu, seorang-sorang pun mula kena rasuk sindrom baking Pavlova; Kak Kiwi, Mak Neng, Dayu, Evyn, Mek Na dan ramai lagi!
Maka, aku pun tak nak ketinggalan. heh.
Berbekalkan semangat jitu dan ketekunan yang tidak berbelah bahagi, aku pun menyinsing lengan, membanting tulang empat kerat, mengerah keringat, cuba untuk menghasilkan Pavlova versi Xeatopia pulak. Cubaan pertama, dan terus menjadi, wallahhhh!! Nah, lihat hasilnya ...
.
.
.
.
.
My Berrilicious Chocolate Pavlova
Cantik tak? Cantik tak?
Ada rupa macam chef profesional buat, kan?
Nak resipi?
Pergi mintak kat chef Restoran Delicious. Sebab dia yang bagi. Bukan setakat resipi, dengan Pavlova, Spaghetti Bolognese, Seafood Oglio Olio dan Iced Chocolate Shake sekali dia bagi. hehehehehe
Ye la, ye la. Akak beli siap je uolls! Kite mana ada oven sendiri. Tiap tahun bakar biskut raya pun dapat belas ehsan oven Mak takpun Mak Mertua punya. Celah mana pulak lah aku nak membakar Pavlova sendiri. Nak kena tunggu pindah rumah sendiri nanti kot, dapur besar, ada tempat letak oven, baru sesuai nak beli barang sebijik oven 90 liter. Hari-hari pun boleh bakar Pavlova.
Tapi, tak dinafikan, aku memang serius terliur weh tengok Pavlova korang tu. Dah macam mengidam pun ada. Nak makan Pavlova kat Restoran Serai Empire Subang tu, dah meletup lah pulak. Nak pergi makan kat Alexis Gardens, leceh nak carik parking. Nyaris kempunan. Tu yang paksa jugak ajak Cfu makan kat Delicious Sunway Pyramid ni, dekat sikit. Restoran ni memang cantik, ala-ala sentuhan romantic vibe gitu. Pilihan makanan pun banyak tapi quite pricey lorr. Rasa? Biasa-biasa je. Standard western food.
Cuma, aku nak komplen lah pasal Pavlova diorang ni.
Indah khabar dari rupa. Aku punya lah membayangkan yang Pavlova ni keras di luar dan lembut macam marshmallow kat dalam tapi sebaliknya pulak yang aku dapat. Mula-mula makan kat luar tu memang keras kan? Macam frosting icing. Aku rileks lagi. As expected lah. Sekali bila makan bahagian dalam, masih keras. Korek dalam lagi, aikkkk keras kematu jugak! Sudahnya, aku gonyoh tenyeh-tenyeh Pavlova yang jelita tu (hanya dari luaran) tetap keras. Cfu cakap macam makan gula kapas, versi keras.
Hampaaaaaaaaaa (-_-'')
Ke memang gitu ah rasa dia? Atau tekak Jawa aku ni yang tak reti nak terima rasa Pavlova? Terbang RM 12.90 untuk sekeping Pavlova di Delicious yang begitu mengecewakan. Not-so-delicious. How ironic, kan?
Ok, dah siap komplen, boleh lah layan gambar sikit.
eh, eh tertinggal satu lagi komplen. Buku menu kat Delicious ni sangat lah tidak mesra pelanggan. Dari muka surat satu sampai lah yang terakhir, semua yang aku nampak hanyalah deretan perkataan bombastic berkenaan makanan dan minuman. Sebijik gambar pun takde. Kena pulak kat orang kampung macam aku, yang tak biasa makan kat fine-dining restaurant macam ni. Rasa macam tengah study jurnal pun ada. Berpinar-pinar mata.
Secara keseluruhan, selain daripada menjamu mata dengan pemandangan dalam restoran yang cantik, menu makanan kat sini biasa-biasa je lah. Kalau sekadar nak dating, makan ringan-ringan, sesuai lah. Dengan harga yang sama, aku boleh makan BBQ Buffet kat hotel 5 bintang sekali lagi. Lagi puas hati. Tapi nak kena guna Groupon lah :p
Ok, dah habis komplen. Sekian.
HER : Takde siapa ke yang sudi nak hantar free sample Pavlova hasil tangan sendiri untuk aku rasa? Kasihanilah daku, kempunan nak makan Pavlova sedap. iskkk. Satu lagi, kalau aku forward komplen ni kat management Delicious, agak-agak diorang bayar ganti rugi tak?
hahha..mati2 ingat xeea buat. dah sedih dah sbb kite je blm buat sbb xde oven..hahahha...
ReplyDeletedah lama menagih simpati kawan2 nk merasa pavlova..tp masih blm kesampaian T_T
Akak, jom kite mintak dorang buatkan! Orang pon takde oven neh, kempunan je tengok pavlova gebu dorang. Tsk
ReplyDeleteOrang ingatkan pavlova tu akak yang buat. Hahahaha presentation da macam chef da. Ekekekeke
u r not the 1st person yg kak suzie baca komplen pasal food kat delicious ni tau..hehe..
ReplyDeleteerk nak antar pavlova my version pun mcm ala2 segan,aritu buat termanis even gula dah kurangkan separuh :(
but pavlova ni never failed to make us salivate,kan?rupanya sgt menggoda
ceh! baru nk puji ckp mmg teror tatarias pav dah mcm ala2 kat delicious, huhu
ReplyDeleteg ushar oven murah2, dlm 100 dah bley cekup :p
demi pavlova, ape la sgt, hehe
alfiy mesti suke :p
i pernah buat sendiri jugak. rupa x menawan tapi ras aboleh tahan sebba hubby & kawan yg makan puji gak.
ReplyDeletekalau x salah I, pavlova kena kera skat luar tapi lembut & chewy kat dalam dia..baru lah masyukkk bila makan
hahahampehhh..mati2 ingat buat sendiri. yelah xeea, kita takda oven. kalau ada semua nak try.. red velvet, pavlova, rainbow cake, macaroon..semualah! hahaaa
ReplyDeleteingatkan xeea yg buat hehe
ReplyDeletetu la masing2 buat pavlova
Tertipu T___T
ReplyDeleteBaru nak tulis komen macam gini;
"Alaaa, kita sorang je tak buat Pavlova lagi ni? Macam mana? Macam mana? Macam mana?"
Tapi, apabila sudah tertipu begini, komen telah diolah semula begini;
"Halaaaaa!! Setakat Delicious punya, kita pon boleh makan!!"
Err, tapi kat JB tak ada Delicious. Macam mana?
Menangis lagi T___T
aku tgk gambar trus 'peerghhh!!! hebat btul xeea nyer pavlova'
ReplyDeletesekali...
wehhh... pavlova buat sendiri lagi best ohh..confirm lembut didalam..nantilh.. kalau aku rajin nak buat lagi. pastu tak tau sape nak makan.. aku suh ekwan antar ke puchong sana eh
caittttt.. mati2 ingat pavlova tu xeaa yg yg buat.. baru nak menjeles.. tp tgkkan gambar.. macam peanh ku lihat.. tp di mana ya?? oh ya.. deena penah post pic Pavlova Delicious..sejibik oh.. rupenya.. mmg dari tempat yg same.. kekeke..
ReplyDeleteAla cian Xeaa.. nak makan pavlova ekk.. ?? tu tunggu Masterchef Nano datang turun kl buatkan.. daku nak offer diri.. daku punye pun x ler sesedap mane.. kang indah khabar dari rupa gak.. sape nak menjawab.. kuikuikui.. tak pun tunggu nanti bebile dorang arrange gath potluck lagik.. leyh la request suh bawak pavlova.. leyh la merasa masing2 punya versi.. ye dok.. ;p
alolo ciannyer..meh datang umah meh kite jamu ngn pavlova..mmg rase die cam marshmelo kt dlm xeea..
ReplyDeleteAhahahaha kesianlah Aishah. Meh geng dengan I, I pun tak buat pavlova lagi. Dan silalah migrate ke KL, kat JB apa pun takde. Kihkihkih.
ReplyDeleteSaja bikin hati member panas.
Xeea, masa mula-mula baca entry ni ingat good review, nak pekena pavlova kat Delicious jugak. But since you kata tak sedap, then I pun nak tunggu blogger friends buatkanlah.
Siapa nak buatkan untuk I? Farris nak makan ni. Hehehe.
mati2 ingt pn xeea yg buat..skali puan delicious...hehhehehhehe, btw sedap x?
ReplyDeleteKale ko nk g try kt Alexis, try tny dlu ingredient apa, sbb tiramisu die Ada wine. Tapi aku suggest chocolate nutty meringue. :D
ReplyDeleteSharena :
ReplyDeleteYou're not alone babe. Masih kumpul duit Nufnnag nak buat beli oven :p SAmpai hati kan diorang tak poslaju bagi kite rasa. iskk
Reen :
ehem. Kiranya ai ni macam ada bakat lah nak buat sebijik camtu kan. heee
Suzie :
Ye ke? Tapi mmg frustrated lah kan, nak2 pulak dgn harga dia yg mahal. Tak worth it.
But, one thing is sure. Kite takkan fedap nak teruskan penjelajahan mencarik pavlova sedap. hihi
Nano :
Nak beli tu boleh Na, tapi nak taruk celah mane tak tahu dah. Rumah sewa ni kecik je. Habis penuh dah dengan barang2 *ceh, alasan* Saja pendam dulu bakat lama sket, nak lawan mung :p
Yatie :
Part keras tu mmg betul tapi yg lembut di dalam tu lah tak ade. Keciwaaaaaa. You buat lah satu utk ai, exclusively post from Japan.
Farah :
hehehehe kan? kan? Tiap2 minggu pun nak membaking je keja. Ceh, cakap semangat je, cer tunggu ade oven nanti.
Nurul :
Gimik je tu. Nak buat betul2, entah kan bile.
Aisyah :
ReplyDeleteSudah2 lah menangis. Banjir belog ai okeh. haha. Takpe babe, ade oven nanti, kite tayang hasil air tangan Pavlova kite ke seantero belog. err.. nanti orang kate show off pulak eh? :p
Dayu :
Aku punye nanti rupanya lebih kurang gini jugak lah. Konfem :p
Bak sket lah Dayu. Bukan jauh pun USJ dgn Puchong. Pelissssssssshhh.
Kak Kiwi :
Bila tu? Tak sabar nya! nak paw korang punya Pavlova banyak2, pastu ai komplen sorang2 punya, boleh? hahahahaha
Aziyana :
Jauhnye nak ke Kuantan nuu nak jamu Pavlova. Makin kempunan lah kite.
Hannah :
Its my personal review je. Tekak kite kan lain2. Tatau lah kot-kot orang lain rasa jadik sedap pulak. heh. No harm trying babe. Pergi lah ajak Mett dating sana.
Farhanna :
As I've reviewed. not that delicious. Diorang silap sukat ko hari tu :p
Momoe :
One day, akan singgah jugak Alexis tu. Selagi tak dapat pavlova sedap, selagi tu aku takkan putus asa mencarik. cewahhh.
Pergh, mati2 aku ingat ko buat beb! Baru nak hat off. hehe. Weh, beli rumah baru lagi katne?
ReplyDeletehahahahahaha mmg aku buat pun. Buat kat Delicious :p
ReplyDeleteKat Puchong gak. Dah laki aku sayang sgt dgn Puchong dia nih. Layankan sajorr.