Friday, August 26, 2011

Kad Raya 2011.

kad raya3




HER : errr.. orang tak cukup puasa, tak boleh raya eh? Tak kira, nak raya jugak! :D

Thursday, August 18, 2011

Alfiy Hafeez; 1 tahun.

Alfiy Hafeez,


You may getting bigger and grow older day by day. But there will be a special place in our heart where keeps you little, stays as our baby boy,
forever.





Happy Birthday, 'son'shine

:)



HER : err.. am I being too sentimental? But seriously, child raising is a truly sentimental moments for all parents out there, no?

Monday, August 15, 2011

Hari Minggu #08 : Splash Time!

Macam biasa, ini kisah hari minggu yang dah lepas berapa minggu entah. Lebih baik ada, daripada takde langsung, kan. Lagipun, daripada duduk berehat saja-saja kat rumah, elok jugak aku update apa-apa yang patut. Doktor suruh berehat, tapi riadah pun nak kena buat jugak.


Ni kira macam riadah minda lah, kononnya.


P1010944

Life moves on.

Inilah penawar paling mujarab yang telah Tuhan kurniakan buat kami berdua.


Being a paranoid Mama, yang sentiasa bersangka buruk terhadap segala macam bentuk kuman dan bakteria, aku memang tak pernah lepaskan Alfiy mandi dalam swimming pool biarpun kat rumah kami ni terbentang luas hah, public pool memanggil-manggil. Okay, maybe I’m a bit exaggerated.


Tapi, paed memang ada nasihatkan untuk tunggu sekurang-kurangnya Alfiy cecah setahun, baru boleh nak mandi pool atau laut sebab Alfiy mudah diserang demam selsema. Adat lah tu, kan. Dah nama pun bayi nurseri. Kesian jugak kat Alfiy, selalu makan hati tengok rakan sebaya bergembira mandi-manda sedangkan dia sekadar merasa dalam besen mandi yang semakin hari semakin sempit untuk dia berlatih kuak lentang. heh.


So, bila balik Terengganu tempoh hari, Tok dengan Tokki dia belikan baby pool yang boleh pasang kat laman rumah khas untuk cucu kesayangan. Pulun lah si kecik tu berendam, 2-3 jam tak mahu naik. Gedebush, gedebush! Habis banjir satu garaj. Gembira bukan main. Malam tu, mak bapaknya yang terseksa sebab dia tak boleh tidur; demam selsema campur terlalu penat main tak berhenti masa siang hari.


P1010979

Bapa kepada bayi tersebut pun turut tidak mahu ketinggalan menikmati permainan yang masih tidak wujud pada zaman 80-an ini. Habis melimpah-ruah air keluar (-_-)


P1010952

Ok, dah puas mandi, now its packing time! Ayuh, kita punggah semuanyaaa!



HER : Sedang countdown hari jadi Alfiy, yeayyyyyy!

Thursday, August 11, 2011

La Tahzan!

Sebagai manusia biasa yang lemah dan kekurangan serba-serbi, aku tak dapat lari daripada menyalahkan diri atas tiap kejadian yang menimpa diri. Menuduh pelbagai faktor sebagai penyebab kepada kes keguguran tempoh hari.


Aku salahkan diri yang tak prihatin dengan perubahan diri, tak perasan diri dah hamil, pergi berurut satu badan siap sengkak perut sekali. Lepas tu, teguk sebotol besar air Coca-Cola. Makan berkeping-keping Hawaiian pizza yang bertaburan dengan buah nenas. Berjalan jauh, pergi-balik Terengganu naik kapal terbang. Tak boleh tahan diri dengan godaan air tebu segar di pasar Ramadhan. Semuanya aku tuduh sebagai punca. Biarpun tiada bukti sahih yang mengiyakan.


Seboleh-bolehnya aku mahukan jawapan pasti.

Kenapa ia boleh terjadi?


Hakikatnya, sehingga ke hari ini, masih tiada bukti saintifik dan dari sudut perubatan yang menyatakan aktiviti fizikal mahupun faktor pemakanan boleh mengakibatkan keguguran. Majoriti kes yang berlaku sebelum usia kandungan mencecah 20 minggu adalah disebabkan oleh ketidaknormalan genetik (Artikel : Mengapa Saya Gugur?)


Kenyataan seorang doktor bahawa wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan tidak perlu sedih terhadap musibah yang berlaku, kerana ia boleh jadi sebuah rahmat. Seolah-olah telah memberi jawapan yang aku mahukan (Artikel : Pendarahan Ketika Baru Hamil)


Jawapan paling relevan; datangnya dari Tuhan Maha Pencipta. Sekali DIA bersabda kun faya kun, maka jadilah! Bukan bermaksud untuk menyalahkan takdir, tetapi kalau dah itu yang termaktub di Luh Mahfuz sedari awalnya, aku redha.


Sebab tu, sebaik je disorong masuk ke ruang pembedahan untuk menjalani prosedur D&C, aku dah tanam niat untuk berhenti bersedih bila keluar nanti. Aku nekad meninggalkan segala sisa kesedihan yang ada di bilik pembedahan itu. Sebelum di 'tidur'kan sementara, aku sempat mengusap perut, ucapkan selamat tinggal kepada 'anak' yang sudi singgah sebentar dalam rahim aku. Terima kasih Tuhan untuk nikmat itu. Dah cukup rasanya aku bagi ruang pada diri sendiri untuk bersedih, menangis dan menyalahkan diri. Aku mahu sedar dari bius pembedahan dengan wajah yang tersenyum, hati yang ceria seperti sediakala.


Inilah kehidupan.

Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan.


Aku tahu, Cfu dan ahli keluarga yang lain pun turut bersedih. Lebih-lebih lagi Cfu. Dia lah orang yang paling gembira sampaikan kalau boleh, semua orang pun dia nak beritahu. Tiba-tiba pandai update status Facebook dia yang jarang berusik, semata-mata nak khabarkan berita gembira tu. Tapi, bila jadi begini, dia terpaksa sembunyikan kesedihan dan menjadi kuat untuk aku; isterinya. Oleh itu, aku perlu gembira untuk Cfu juga. Untuk Alfiy. Dan, untuk keluarga serta orang-orang lain di sekeliling yang sentiasa ada di sisi, tatkala masa suka mahupun duka.


Pada kamu yang sedang bersedih, menangislah sepuas-puas hati sekiranya itu yang mampu membuatkan kamu rasa lega. Luahkan semuanya. Pedulikan orang kata apa. Kemudian, bangkit semula. Masih ada terlalu banyak perkara lain untuk kamu raikan pula.


images

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman."

(La Tahzan ; DR. AIDH AL-QARNI, 2004)



HER : Sekali lagi kena berpantang dalam bulan Ramadhan. Makin bertimbunlah hutang puasa yang perlu diganti.

Tuesday, August 9, 2011

Tiap Musibah Pasti Ada Hikmah.

Macam mana nak mula, ye?

Payah rasanya aku nak menyusun kata-kata.


Belum pun sempat dikhabarkan berita gembira untuk dikongsi bersama kawan-kawan di sini, sebaliknya berita sedih pulak yang datang mengganti. Begini kisahnya...


Sebenarnya, aku dah mula mengalami simptom awal kehamilan beberapa minggu lalu. Tapi, sebab terlalu konfiden yang aku tidak mengandung kerana sedang merancang, aku tak ambik pot pun kat simptom tu semua. Sehinggalah sampai satu tahap, Cfu cakap aku terlalu kuat makan dan banyak tidur, dia paksa jugak aku untuk buat ujian kehamilan.


Teringat lagi waktu aku buat pregnancy test di rumah, terkinja-kinja kami laki bini bila nampak ada dua line yang muncul. Gembiranya kami bukan kepalang! Sama macam sewaktu kami terima berita tentang kehadiran Alfiy dalam rahim aku, setahun yang lalu. Selepas berjumpa doktor, benarlah, aku telah disahkan hamil anak kedua. Dan, dijangka akan melahirkan pada awal Mac 2012. Tahun Naga. Banyak ‘ong’ kata orang Cina.


IMG_8574

First scan at 6th weeks.


Maka, bermulalah episod kehamilan kali kedua buat aku.


Aku melalui hari-hari seterusnya dengan penuh rasa bunga-bunga ceria. Tak tahu lah kenapa, sewaktu ramai orang rasa gerun untuk punya anak rapat-rapat beza selang 1-2 tahun, aku pulak semacam gembira, tak sabar nak punya anak yang ramai sementara usia masih muda. Pada awalnya, memang rasa macam cuak, tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk handle dua orang anak. Yang satu ni pun, terkial-kial je rupanya. Tapi, hari demi hari aku lalui bersama kandungan baru ni, seakan-akan beri kekuatan bahawa tiap anak tu, ada rezekinya.


Berbeza dengan kehamilan sebelum ni, simptom mual, pening dan muntah semua tu aku alami selama beberapa minggu je. Lepas tu, terus rasa macam biasa. Cergas sentiasa. Puasa pun takde masalah. Menyusukan Alfiy dan mengepam setiap hari pun seperti biasa. Cuma, kuantiti susu tu agak berkuranglah jumlahnya. Sampaikan kadang-kadang aku lupa yang aku tengah mengandung. Pernah jugak terdetik dalam hati, "Eh, ni jadik ke tidak ni. Macam tak rasa apa-apa je."


Setiap hari, aku akan tersenyum-senyum sendiri bila baca kisah perjalanan dan pengalaman kehamilan kedua yang dialami oleh rakan-rakan kita yang lain macam Hannah Johary, Aishah Rahim, Ana dan ramai lagi. Bukan niat untuk berahsia, cuma sedang menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk diumumkan kat blog cabuk nan satu ni.


Namun, ditakdirkan masa yang sesuai tu macam takkan kunjung tiba.


Kelmarin, aku mengalami pendarahan. Tak banyak, cuma spotting berwarna kecoklatan dengan diiringi rasa sakit sikit-sikit macam period pain. Tanpa melengahkan masa, terus berjumpa pakar O&G di hospital. Sewaktu doktor melakukan ultrasound, alangkah remuknya hati bila doktor cakap, tiada apa-apa yang kelihatan dalam kantung, apatah lagi nak dengar degupan jantung bayi. Yang ada cumalah sac yang tidak berapa menjadi. Doktor menyarankan untuk ‘cuci’ atau D&C. Tapi, aku dan Cfu macam terlalu sedih untuk buat keputusan waktu tu. Jadi, doktor bagi masa lagi seminggu untuk pastikan keguguran betul-betul berlaku.


Aku berkeras mahu dapatkan pendapat kedua.

Hal ni melibatkan nyawa darah daging aku, kot.


Kami berjumpa seorang lagi pakar O&G di tempat lain. Dan, sama macam kata-kata doktor sebelum ni, it was a threatened miscarriage. Dia pun menasihatkan untuk buat prosedur D&C dengan segera ataupun selepas seminggu. Cuma, risiko menunggu dalam tempoh seminggu tu, besar kemungkinan aku akan mengalami pendarahan teruk dan D&C kecemasan terpaksa dilakukan. Sekarang ni, terpulang pada aku dan Cfu. Semua keputusan di tangan kami.


P1020080

An empty sac at 9th weeks with no heart beat detected :(


Dan, sekarang ni aku buntu.


Sedang cuti rehat di rumah, keliru sama ada untuk tunggu lagi seminggu ataupun teruskan je dengan proses D&C dengan segera. Perasaan aku bercampur-aduk ketika ini. Ada rasa sedih, keliru, takut, macam-macam pun ada.


Aku butuhkan pendapat dan pandangan kawan-kawan yang pernah mengalami situasi sama serta sokongan kata-kata semangat daripada semua yang ada di sini, untuk aku kumpul jadikan azimat kekuatan, demi menghadapi musibah yang satu ni.


T_____________T



HER : Tak terbayang perasaan orang yang masih lagi tidak mempunyai anak dan banyak kali mengalami keguguran. Sedihnyaaaaaaaa

Friday, August 5, 2011

Rawak.

1. Masa untuk bergelumang dalam dunia siber semakin terhad. Semester ni, jadual waktu mengajar aku agak padat seperti Milo Fuze. 24 jam seminggu, woh! Maka dengan itu, masa aku banyak dihabiskan di dalam makmal komputer menatap wajah-wajah pelajar yang sering menaikkan darah itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah mahupun guru. Setiap hari pun perlu berdoa agar diberi kekebalan hati dan kesabaran setinggi langit.


2. Perkembangan Alfiy?

Semakin mengembang secara vertical. Meninggi macam Papa dia lalu meninggalkan Mama merasa kerdil seorang diri. Sudah tidak gedebab seperti dulu, tapi semakin berat menyamai seguni beras 10 kilo. Baru dukung dia seminit, aku dah tercungap-cungap nak pengsan. Semakin banyak akal. Paling hebat bila masuk bab menggelupur berguling-guling bila kehendak atau kemahuan dia tidak diendahkan. Ikut perangai siapalah agaknya. Mama Papa dia sopan-santun je rasanya :p


3. Ramadhan kali ni, aku bertekad untuk puasa penuh memandangkan tahun lepas punya dapat setakat seminggu je. Lepas tu, tiba-tiba aku terberanak awal lah pulak. Masa cuti puasa tahun lepas, kemain seronok aku makan. Bila tiba masa nak mengganti, termengah-mengah. Itupun, masih lagi berbaki beberapa hari yang tak sempat nak diselesaikan ekoran kealpaan diri sendiri. Ni, nak bayar fidyah pun tak reti. Macam mana eh?


4. Sedang mengalami masalah kemurungan susu. Alhamdulillah, Alfiy hampir menginjak usia satu tahun dan masih lagi menyusu badan secara ekslusif. Tapi, sejak akhir-akhir ni, hasil produksi semakin merudum ke tahap agak kritikal. Nak tak nak, terpaksa jugaklah mencarik bantuan susu formula sebagai pelan kontigensi bila diperlukan. Nak nangis rasanya bila pertama kali ushar harga susu formula di pasaran. Macam nak terkopak jugaklah gaji sebulan. Berapalah agaknya korang belanja setiap bulan untuk beli susu anak, ye?


5. Teringin sangat sangat sangat nak bercuti di sebuah pulau. Nak berehat puas-puas. Hirup udara segar, layan bunyik ombak, desir angin pantai, pasir putih tepi pantai, makan seafood banyak-banyak sampai muak. Lagi syok kalau dapat rawatan spa sekali. Ohhhhhhhhhhhhhhhh



HER :Tak sabar nak raya. Heh.



- Posted using BlogPress from my iPad