Wednesday, December 31, 2008

Aku dah jadik penternak alam siber.

PERHATIAN : Entri ni dicedok dari sini.

Seperti yang diberangankan. Blog ternakan baru.
(http://isubumperkahwin.blogspot.com)

Update sekali-sekala je kalau aku ada masa dan idea.
Kalau ada artikel atau isu berkaitan nak dikongsi bersama,
amat dialu-alukan.
Nak jadik penulis bersama pun boleh.
Nak iklankan bisnes kahwin ke, tak kisah.
Nak bersama-sama menternak blog ni pun boleh jugak.
Tak rugi apa pun kalau bagi pendapat dan kongsi pengalaman peribadi.



PER : Sebab ramai pengantin terjelepuk masuk blog satu lagi. Maka, tercetuslah idea ini.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Selain tu, berikut adalah sebab-sebab lain kenapa blog ini wujud :


1. Aku tengah menganggur. Jadik surirumahtangga sepenuh masa. Tak berapa suka memasak dan masih belum menimang anak. Jadi, aku pun ambil keputusan nak jadik penternak.
Membukak ladang ternakan blog.

2. Aku percayakan institusi perkahwinan dengan sepenuh hati. Aku sangat dedikasi menguruskan segala urusan perkahwinan aku sendiri. Jadi, aku rasa macam bermurah hati nak kongsi pengalaman dan pendapat peribadi pasal perkahwinan dengan orang lain.

3. Aku sangat suka menulis. Sejak Darjah 6 lagi, aku dah suka tulis diari. Menulis adalah cara aku ekspresi diri. Dengan menternak lebih banyak blog, maka lebih banyak lah hasil ternakan karangan dapat aku hasilkan. Lebih banyak ekspresi, takkan timbul rasa nak bunuh diri bila tertekan nanti.

4. Rasa macam tak best pulak nak cerita pasal kahwin kat blog peribadi. Sebab ia dibaca oleh semua peringkat status. Bujang, berkahwin, remaja, tua, muda dan macam-macam lagi. Kang orang kata syok sendiri. Macam lah aku sorang je yang kahwin kat dunia ni.

5. Sebab aku bosan. Kalau bosan, aku banyak makan. Mak mertua langung tak berkenan.


Mari sama-sama berkongsi pengalaman.


Pengalaman itu bukan duit.


Jangan kedekut.

Monday, December 29, 2008

Kisah Seorang Menantu.

Mungkin ada jugak yang tertanya-tanya, macam mana prestasi aku pertama kali menjadi tuan rumah dan menerima kunjungan keluarga mertua berserta ipar-duai sebagai tetamu.


Lepas berguling-guling pada malam sebelum hari kejadian dan gagal mendapatkan khidmat 'tukang masak untuk disewa', aku boleh katakan, aku berjaya mengharungi detik-detik mencemaskan itu dengan begitu cemerlang sekali sebab aku tak ditemui pengsan di tempat kejadian!


Hoyehhh!! Tepuk! Tepuk! Tepuk! *buat ombak sekali*


Ada jugak yang tanya, apa menu aku pada hari tuh.

Menu pertama 'air tangan' sendiri untuk mertua la katakan. Mesti semua orang nak tau, kan. Mungkin ada menantu kat luar sana, nak hidangkan makanan yang mewakili tempat kelahiran masing-masing. Lebih-lebih lagi, kalau kahwin pulak dengan orang yang berasal dari negeri lain. Macam aku, orang Johor, makanan yang agak-agak popular ialah Beryani gam, takpun, Mi Bandung Muar. Ataupun soto seperti yang dicadangkan cik Baity. Mungkin jugak ada yang nak play safe, masak spagetti je macam kata cik puan Ira. Takpun buat sushi je kata si Byn. Lagi senang, makan luar je ikut style mak buyung Dayah.


Semua cadangan tu dah dipertimbangkan.

Aku pun dah siap lah senaraikan bahan-bahan yang patut semua. Tapi, lepas difikir-fikir balik, semua tu mungkin sesuai untuk sekali makan je lah kan. Kalau diorang datang dan duduk menginap berhari-hari? Aku bukan kena fikir menu untuk makan tengah hari je malah, sarapan, minum petang, makan malam dan mungkin untuk supper sekali!


Mana aku tak rasa cemas sampai nak pengsan.

Tu lah, dulu duduk dengan mak abah, masak sekali je sehari. Masak untuk makan tengah hari, dibawak untuk makan malam sekali. Sebab keluarga aku jenis yang tak makan malam. Sarapan pulak makan roti bakar takpun biskut Tiger cicah Milo je. Paling tidak pun, bantai roti canai mamak belakang rumah.


Saat kecemasan macam hari tu, aku nak sangat-sangat Mak berada di sisi. Itu je lah ubat penenang untuk aku. 

Sebab dia boleh jadi aku punya 'tukang masak untuk disewa'. Mujur lah Mak aku macam faham-faham je perasaan anak perempuan dia ni bila pertama kali nak sambut kedatangan mertua kat rumah sendiri. Setiap hari dia telefon, tanya, "Masak apa ari ni?". Siap lah bagi cadangan menu lengkap sarapan hingga lah ke makan malam. Mak macam tau-tau je yang aku ni tengah menggelabah gaban dan tak tentu arah sorang-sorang. Mungkin dia jugak pernah rasa macam apa yang aku rasa. Mungkin jugak sebab dia adalah seorang ibu. Ibu kan punya naluri kalau anak-anak tengah susah hati atau dalam kesusahan. Mujur lah aku masih punya ibu. Syukur. Rasa bertuah pulak diri nak dibanding dengan orang-orang yang dah tak punya ibu. Dah tak boleh nak rujuk dan tanya pasal ilmu rumahtangga.


Aku jugak bertuah sebab punya keluarga mertua yang tak tergolong dalam kategori mertua konvensional. Yang nakkan menantu perempuan dia serba tahu itu dan ini. Yang pandai memasak bahulu, menjahit baju kurung, mengait selimut, memakai kain batik, menggubah bunga dan menganyam ketupat. Oh, tang menganyam ketupat tuh, aku memang handal.


Bertuah laki dan mertua aku. *sedang senyum tunjuk gigi yang makin jarang kat depan*


Jadi, untuk bakal-bakal menantu di luar sana, yang mungkin akan rasa gelabah macam aku masa pertama kali nak sambut kedatangan mertua, jugak buat mak buyung Dayah yang belum pernah masak untuk mertua, ikut petua ni. Mudah je. Kalau gagal nak dapatkan 'khidmat tukang masak untuk disewa', sila bertenang. Jangan panik. Sebab kalau kita panik, semua kerja tak menjadik.


Bukak peti sejuk, tengok lah apa yang ada. Kalau ada ikan, masak lah ikan. Kalau ada ayam, goreng je pun takpe. Paling tidak pun, nasik sejuk yang ada tu, korang masak lah jadik nasik goreng Cina. Kalau nak buat mertua macam rasa kagum sikit, bungkus dengan telur dadar. Jadiklah nasik goreng Pattaya.


Untuk sarapan, buat je lempeng cicah dengan sambal tumis. Takpun, kalau korang bertuah macam aku, punya mertua yang suka sarapan kat luar, boleh cuba chapati kat mamak-mamak berdekatan. Petang-petang pulak, korang buat je cokodok bilis. Bukan susah pun. Bancuh gandum, bilis dan garam sikit. Ala, beli yang segera je pun takpe. Takpun, buat goreng pisang lembik macam aku. Mak mertua takkan marah punya. Sebab dia tau kita ni bukan nya tukang masak profesional yang dah biasa masak kat hotel bintang-bintang. Dia faham yang kita ni masih baru dalam dunia menjadi tuan rumah dan baru belajar cara-cara nak meraikan tetamu kat rumah sendiri.


Ingat, ya!

Ia tak sama langsung dengan perasaan meraikan tetamu kat rumah mak bapak kita.


Petua paling utama, masa memasak tu, hati mesti ikhlas. Jangan rasa macam terpaksa. Niat kita memasak macam untuk keluarga sendiri. Bila kita dah niat macam tu, kita akan memasak dengan senang hati, tak rasa macam nak impress sesiapa. Macam kita memasak untuk mak, abah dan adik-adik sendiri. Kita tak kisah pun diorang nak komplen kita masak sedap ke tak. Asalkan perut diorang terisi bila balik dari kerja dan sekolah setiap hari, kita dah rasa senang hati. Begitu jugak memasak untuk mak dan ayah mertua serta ipar-duai semua. Bila kita memasak dengan penuh kasih sayang, sama macam memasak untuk keluarga sendirik, masakan kita tu secara automatiknya akan rasa sedap, walaupun terkurang bahan di sana sini.


Satu lagi nasihat untuk bakal-bakal menantu perempuan di luar sana, terutamanya yang ada penyakit ganjil macam aku, sementara masih punya masa, dan punya ibu, rajin-rajin lah bertanya masa kat dapur tu, ye. Paling tidak pun, salin je apa-apa resepi yang patut. Bagi yang dah berkahwin pulak, kamu lagi bertuah sebab dah punya dua ibu. Boleh tuntut lagi banyak ilmu memasak dari ibu sendiri dan ibu mertua. Kalau lain selera dan lain cara, lagi bagus. Dapat belajar lagi banyak perkara di dapur yang selama ni kita mungkin tak tahu.


Kus semangat! Berkobar-kobar aku belajar masak dengan mak mertua. Ada nasik ayam, cream puff, pau daging kukus, puri, cupcake dan tak lupa jugak, makanan paling popular dan biasa dijual kat tepi jalan kat Ganu; roti paung panas!


Nak tak nak, suka ke tak suka, sebagai orang perempuan, menantu dan bakal ibu satu hari nanti, kita perlu jugak memasak untuk keluarga sendiri. Dah memang lahiriah nye macam tu. Bukan nya lelaki tak boleh memasak, lebih-lebih lagi kalau kamu kahwin dengan chef atau tukang masak kedai mamak, kamu memang bertuah. Tapi, ingat ye, 'air tangan' seorang isteri dan ibu tu takde tandingan. Tanya je siapa-siapa kat dunia ni, rata-rata akan kata masakan ibu nya adalah yang terbaik. Sebab sejak dari kecil, tekak kita dah dibiasakan dengan masakan ibu. Itulah yang paling sedap pada tekak kita. Padahal, kalau orang lain makan masakan ibu kita, belum tentu boleh kena dengan selera mereka.


Tak suka memasak, tak bermaksud kamu tak akan disayangi oleh mak mertua.


Lebih-lebih lagi kalau kamu menantu perempuan tunggal, macam aku. Pandai masak ke tidak, mak mertua tetap sayang sebab itu je lah satu-satunya menantu perempuan yang dia ada. *sengih pulak. tetap nampak gigi yang makin jarang kat depan*

Sila jangan putus asa.



Pasangan pengantin baru; Jalil & Natasya. Yang perempuan, kawan lama aku kat Matrik Melaka dulu, yang lelaki pulak, kawan baik cfu kat MMU. Macam tak percaya je diorang ni dah kahwin. Mana tak nye, kisah penyatuan diorang ni lagi berbelit-belit berbanding aku dan cfu. Dah nama pun jodoh, kan. Pusing jauh mana sekalipun, tetap akan jumpa jugak satu hari nanti. Oh, ya! Nat ni lagi dasat. Lepas kahwin, terus tinggal duduk serumah dengan mertua. Lagi besar cabarannya tu!

Wednesday, December 24, 2008

Hipnosis untuk Cantik.

Sejak akhir-akhir ni, aku suka sangat menonton filem-filem lama. Itu tak masuk filem P.Ramlee. Mesti tak terlepas tengok kalau ada tayangan filem hitam putih ni kat channel Prima. Katalah aku berjiwa tua. Tak rock ke apa. I’m truly a big fan of him.

Baru lepas tengok cerita Shallow Hal. Pelakon utamanya Gwyneth Paltrow dan Jack Black. Pertama kali tengok cerita ni masa zaman sekolah menengah dulu kot. Kalau tak silap la.

Cerita ni pasal lelaki yang jatuh cinta dengan seorang perempuan saiz XXXL. Padahal selama ni, lelaki tu terkenal dengan sikap sangat memilih dan mementingkan kesempurnaan. Semua ni terjadi lepas dia terjumpa dengan seorang doktor psikologi. Lelaki ni tak sedar yang dia telah dihipnosis oleh doktor tu. Akibatnya, dia melihat setiap orang yang kalau kita lihat pada mata kasar; tidak cantik, cacat, tidak sempurna fizikal, kelihatan sangat cantik kerana baik hati dan budi pekerti.

Sebaliknya, dia nampak seseorang yang cantik dan sempurna kelihatan sangat hodoh kerana berhati busuk. Kiranya, kecantikan dalaman seseorang tu terzahir pada luarannya setiap kali dipandang oleh lelaki ni. Padahal orang lain tak nampak sama macam yang dia nampak. Sampaikan dia nampak beberapa orang kanak-kanak yang mukanya melecur teruk sebab kebakaran, yang orang lain takut nak pandang apatah lagi nak duduk belai mereka, kelihatan sangat comel dan tiada cacat celanya.

Habis je tengok cerita ni, terfikir pulak, kan ke bagus kalau kita semua kena hipnosis sama macam lelaki tu. Kita dapat melihat kecantikan sebenar setiap orang. Kecantikan dalaman. Bukan kecantikan luaran yang macam kita dapat lihat sekarang. Cantik yang belum tentu asli. Yang belum tentu sama cantik dengan di dalam.

Kita dah biasa disajikan dengan definisi cantik atau tampan itu mesti kurus ramping, berkulit mulus, tinggi lampai, berleher jinjang, berbadan sasa, berkulit cerah, pipi pauh dilayang, bibir merah merekah, gigi elok tersusun, rambut panjang ikal mayang dan macam-macam lagi, buatkan orang kita kadang-kadang leka. Hanyut dengan definisi cantik yang kita hanya boleh nampak pada zahirnya. Sampai sanggup mengeluarkan kata-kata sindiran atau gurauan yang mereka tak sedar kadang-kadang boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.

Contohnya, situasi yang biasa berlaku di mana-mana, kata-kata seperti “Oh, aku dah gemuk!” oleh seseorang yang dah sedia kurus setiap kali lepas dia makan agak banyak. Tak mustahil kata-kata tu tadi akan menyinggung perasaan orang yang bersaiz besar sikit daripada dia. Dan mungkin dalam nada bergurau, orang yang mungkin agak tersinggung tadi akan berkata, “Kalau macam kau ni gemuk, aku ni apa?” sambil pura-pura ketawa.

Dalam satu situasi berbeza pulak, dah biasa berlaku dalam mana-mana majlis perkahwinan yang aku pergi, ada saja mulut-mulut yang berbunyi, “Eishh. Tak seimbang. Seorang kurus kering. Seorang pulak montel. Senget pelamin.” , “Macam siang dan malam.”, “Tak padan langsung.”, “Muka macam bulan, penuh parut jerawat.”.

Tak cukup dengan kata-kata, diiringi pulak dengan pandangan jelik, ketawa sinis dan mimik muka yang menjengkelkan.

Jangan cepat melatah.

Terima je lah. Orang kita memang macam ni. Kadang-kadang, diri kita sendiri termasuk lah aku sendiri pun, secara di luar sedar, ada jugak terdetik kat dalam hati.

Kenapa?

Sebab kita dah dibiasakan dengan definisi cantik tadi tu lah.

Belek majalah, bukak TV, surat khabar hingga ke komik sekalipun, tetap memberi definisi yang sama pasal cantik. Mungkin ada jugak yang tak setuju. Sebab ada jugak di kalangan kita yang kata, kurus dan ramping itu tidak cantik. Ada jugak yang kata, yang berjambang macam Osama Laden lebih kacak dari yang bermuka jambu. Tapi, perlu kita ingat, itu semua hanya kecantikan luaran. Hanya pinjaman dari tuhan, yang bila-bila masa je boleh ditarik balik. Wajah yang kacak bak hero remaja dan jelita bagai Rozita Che Wan sekalipun tak boleh dibawa hingga mati.

Sebab tu lah aku akan rasa sangat bersyukur kalau dikurniakan bakat luar biasa ataupun dihipnosis oleh doktor dalam cerita Shallow Hal tadi, supaya dapat melihat kecantikan dalaman yang terzahir pada wajah setiap orang. Sebab kecantikan dalaman itulah yang sejati. Dibawak hingga mati.

Macam mana nak lihat kecantikan dalaman seseorang?

Setiap kata orang tua itu ada betulnya. Orang tua selalu nasihatkan kita kalau nak cari sahabat atau pasangan hidup, kenali dulu hati budinya. Jatuh cinta dengan dirinya dulu sebelum jatuh cinta dengan wajahnya.

Satu lagi nasihat orang tua yang sangat berguna; lebih baik bersama dengan orang yang lebih mencintai diri kita berbanding kita mencintai dirinya. Sebab orang ini akan berusaha sedaya upaya, sanggup berkorban apa saja untuk melindungi, menjaga dan menyayangi kita dengan sepenuh hati.

Itu jugak satu bentuk kecantikan yang tak dapat nak dibeli di mana-mana.

Melaburlah beribu-ribu ringgit pun untuk suntikan Botox atau pembedahan plastik, kita tak mungkin dapat kecantikan macam ni, yang duduknya di dalam hati.

Pejam mata.

Tarik nafas dalam-dalam.

Cuba hipnosis diri sendiri.

Tuesday, December 23, 2008

Aku. Muzik. Kamu.

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ni aku ada kembar siam lain mak, lain bapak, iaitu Encik TV. Melalui dia, aku kenal lebih ramai lelaki seksi di kaca TV selain daripada McDreamy.

err... tapi aku perlu kata, McSifu aku adalah makhluk tuhan paling seksi.

Satu, sebab dia laki aku. Siapa lagi nak kata dia seksi kalau bukan aku, kan.

Dua, sebab dia sanggup menggemukkan diri semata-mata nak habiskan semua makanan yang aku masak, sebab tak nak aku rasa kecik hati pulak kan kalau dia makan sikit lepas aku bertungkus-lumus memasak dengan penuh kasih sayang untuk dia.

Tiga, sebab dia dengan rela hati berusaha sedaya upaya memuatkan diri dalam kemeja putih sendat, bertahan selama beberapa jam pergi ke majlis jamuan tahunan kompeni dia semata-mata nak dapatkan door gift ini untuk aku.

Benda alah ni lah.

Teringat masa benda alah MP4 ni mula-mula baru keluar dulu. Aku pun sibuk-sibuk nak ada jugak. Korek duit biasiswa, ikat perut makan megi je, pergi IT Fair beli dengan harga beratus-ratus jugak lah. Sudahnya, habis rosak kat tangan adik aku yang liar dan buas. Tak sempat aku nak curah kasih sayang sepenuhnya. Sebab tu lah aku beriya-iya paksa laki aku pergi jugak jamuan tu walaupun dia tak ambil kisah pun dengan Nabil lu pikir lah sendiri dan Ella lentok yang buat persembahan pada malam tu.

Maka dengan itu, sekarang ni aku dah ada satu lagi kembar siam baru. Mata tengok TV, telinga sumbat earphone, tangan menaip entri blog. Wah, multitasking! Dengan kata lain, tamak. Sampaikan aku terlepas adegan paling bodoh dalam cerita Epic Movie yang sedang aku tonton ni. Betullah lah kata emak, orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Mak memang dah lama kena sindrom Karam Sigh Walya.

Aku pernah ambil ujian kecenderungan pelbagai atau dikenali sebagai multiple intelligence. Teori ni kata, kebijaksanaan manusia tergolong dalam banyak kategori. Contohnya, dari segi inter dan intra personal, kinestatik, logik, bahasa, muzik dan sebagainya. Mengikut teori ni, kalau kita tak dapat A1 dalam matematik tambahan dalam SPM, tak bermaksud kita tak berapa nak pandai, tak boleh masuk universiti. Sebab biasanya, orang yang tak berapa cekap tambah, tolak, darab, bahagi nih lebih cekap dalam mencari kesilapan tatabahasa. Teori ini juga menunjukkan betapa kebijaksanaan seseorang tidak boleh diukur melalui pencapaian akademik semata-mata. Kalau terlalu genius dan fokus akademik saja pun bahaya. Tengok saja kesudahan si Sufiah dan anak angkat Ungku Aziz tu.

Lepas beberapa kali ambil ujian ni, aku punya kecenderungan yang hampir sama banyak dari segi inter-personal, bahasa dan muzik. Dilahirkan dalam lingkungan kaum keluarga yang rata-ratanya cikgu, tak hairan la aku punya banyak gen dan baka bagi dua kategori pertama tu. Tapi, bagi kategori muzik, itu satu kisah yang lain. Sebab takde pulak keluarga aku yang jadi cikgu muzik ataupun jadi peserta Akademi Fantasia.

Bila tanya Abah, Abah kata, sejak kecik lagi aku tak boleh belajar tanpa radio. Masa darjah 6, Abah siap belikan radio kecik untuk aku. Bila masuk sekolah asrama, Abah belikan walkman pulak. Ingat lagi, aku selalu seludup masuk walkman masa kelas prep ataupun masuk perpustakaan. Aku memang tak boleh belajar kalau sunyi sepi. Aku perlukan muzik sederhana yang tidak terlalu bingit sampai taik telinga mencair pada takat didih, bukan juga terlalu perlahan sampai boleh buatkan aku berkhayal nyanyi naik buaian dan berjumpa putera raja.

Aku jugak masih ingat, masa darjah 2, aku masuk pertandingan nyanyian lagu KBSR. Pakai kostum rama-rama, letak sesungut kat kepala, muka ditabur serbuk perada, nyanyi lagu ‘Lihat itu Rama-rama’ yang aku masih boleh ingat tiap bait lirik lengkap dengan gayanya sekali. Lepas tu, aku nyanyi nasyid pulak. Aku jugak masuk koir, talent time sekolah, teater muzikal, pancaragam dan okestra. Masuk universiti, aku masuk kelab muzik pulak. Aku main macam-macam alat muzik dari sekecik-kecik sopranino dan melodian sampai la ke sebesar-besar french horn. Aku boleh tahu lagu apa hanya dengan mendengar muzik permulaannya saja. Aku juga lebih mudah menghafal not muzik berbanding sifir!

Tapi aku masih tak faham, kenapa akhirnya aku akan menjadi seorang pensyarah, bukannya penyanyi ataupun ahli muzik?

Mungkin aku patut isi borang masuk Akademi Fantasia.

Dan dalam pada tengah kemaruk dengan ketagihan baru ni, aku dengar banyak lagu kegemaran yang banyak mengimbas kenangan masa lalu. Setiap lagu kegemaran aku, ada kisah di sebaliknya. Kalau dengar lagu Zombie oleh The Cranberries, aku ingat masa Darjah 5. Masa tu ikut keluarga berpindah ke sebuah perkampungan felda di Kota Tinggi. Masih ingat lagi rasa kekok nak ‘masuk’ dengan rakan-rakan sebaya yang dah biasa bawak motor tanpa topi keledar pusing keliling kampung. Sedangkan aku masih lagi terkedek-kedek mengayuh basikal Rally warna merah hadiah dari Abah sebab dapat nombor satu masa Darjah 2.

Kalau dengar lagu Torn oleh Natalie Imbrugalia pulak, aku ingat kisah cinta monyet masa Tingkatan 3. Aku jatuh cinta dengan seorang senior yang tua setahun kat sekolah. Tiap hari, mesti pura-pura sapu sampah kat belakang kelas dan menjadi suka sampai terkinja-kinja dalam hati bila si dia menegur. Masa tu, aku tak tau pun yang kalau kita tepuk sebelah tangan je, ia takkan berbunyi.

Dengar lagu Blind oleh Lifehouse pulak, buat aku teringat semula jerih payah menyiapkan Projek Sarjana Muda masa degree dulu. Lagu ni lah yang aku dok ulang-ulang setiap hari. Tak lupa juga lagu Leaving on a Jetplane yang menemukan aku dengan encik cfu tercinta. ehem.

Macam aku kata tadi, tiap lagu yang aku suka, mesti ada kisah di sebaliknya. Aku boleh ingat every little details pasal suatu peristiwa kalau aku dengar suatu lagu. Sampaikan baju apa aku pakai, dialog apa aku cakap pada masa tu pun, aku boleh ingat. Tak tahulah kalau semua orang pun sama macam ni. Ataupun hanya sebab aku punya kecenderungan dalam bidang tu.

Macam mana dengan kamu?

Tepuk dada, tanya telinga.

Wednesday, December 17, 2008

Ada Apa dengan blog-cabuk-dan-tidak-kool Ini.

Bersempena dengan kunjungan ke-1500 pada tepat jam 1500 petang semalam, aku buat kajian secara rawak dari pelbagai sudut terhadap statistik blog-cabuk-dan-tidak-kool nih, dengan bantuan dia.

Kajian dari sudut kadar kunjungan setiap hari, biasa-biasa je. Aku bukannya artis popular yang ada kisah cinta agung untuk dijaja. Aku cuma orang kebanyakan yang sibuk-sibuk nak rasa macam kool boleh berblog macam orang lain jugak. Padahal aku sorang perempuan sugul yang tak kool langsung. Kononnya, nak jadikan blog nih macam biografi diri bila aku dah takde kelak. Boleh lah anak cucu cicit piut aku rujuk blog nih kalau-kalau diorang nak buat kerja kursus subjek Sejarah pasal salasilah keluarga. Itu pun kalau Blogspot masih bernyawa. Biar diorang tahu betapa pembosannya moyang diorang. Dah lah tak kool. Perasan jelita setiap masa. Memang sangat tak kool lah moyang aku. Kata cicit aku di dalam hati nya nanti.

Kajian dari sudut kata kunci, agak mengujakan sikit. Dari sini, aku boleh dapat tau macam mana orang kat luar sana, boleh terjumpa blog-cabuk-dan-tidak-kool nih dalam senarai hasil carian Google diorang. Macam bagus je rasa bila dapat bagi sesuatu kat orang lain. 'Sesuatu' dalam bentuk info yang bermanfaat. Walaupun cicit aku akan berkata di dalam hati, tak kool langsung lah blog moyang aku nih.


Antara kata kunci popular. Akibatnya, kamu terjelepuk masuk dalam blog-cabuk-dan-tidak-kool ini.


Gadis melayu cantik berkuku panjang.
Aku tak faham apa yang cuba disampaikan oleh orang nih. Adakah dia sedang mencari jodoh? Mencari jodoh di blog cabuk nih. Memang sangat tak kool lah. Mungkin dia impikan seorang gadis Melayu cantik. Impian lelaki Melayu tipikal. Tapi tang 'berkuku panjang' tuh dah membuat kan dia terkeluar dari kelompok lelaki Melayu tipikal tadi. Mungkin kah dia juga berkuku panjang? Nak cari pasangan yang sekufu dan se'kuku'. Tak pun dia ada salun yang ada khidmat manicure dan pedicure? Sedang cari model untuk iklan kan salun dia. Sudahnya, dia terjelepuk masuk dalam entri aku yang seram tuh. Dia bukan saja dapat info pasal gadis berkuku panjang, malahan berambut panjang, berbaju putih panjang dan mengilai panjang. Wah, satu pakej lengkap. Tahniah.


Pensyarah Kolej Swasta.
Sah-sah dia ni budak baru habis belajar, tengah cari kerjaya yang sesuai. Tak pun, budak yang ambil Sarjana Pendidikan, tapi tak posting-posting lagi, duduk menganggur habiskan duit laki macam aku. Dia terjelepuk masuk dalam entri pukal. Memang ada kekosongan jawatan di sebuah kolej swasta. Tapi bukan bagi jawatan pensyarah la. Harap maaf sebab mengecewakan anda. Blog ini memang tidak kool.


Baju SUPERBABY.
Ini mesti ibu-ibu kool yang gilakan baju kanak-kanak yang mempunyai tulisan-tulisan kool seperti "Mommy's Hero", "I am 100% Handsome" dan "I got it from My Mama" supaya anak-anak mereka kelihatan sangat kool ketika memakainya. Maaf ya ibu-ibu yang kool, blog ini tidak kool. Tiada baju bercetak tulisan kool di sini. Sila ke Mothercare. Mungkin mereka boleh bantu. Sebab mereka kelihatan sangat kool dari luar walaupun kedai jenama 'emak-emak'.


Jenama kuali yang bagus.
Dah lah blog ini cabuk dan tak kool. Sering dikunjungi 'emak-emak' pulak. Tapi emak-emak yang kool lah sebab nak beli kuali pun, siap buat research kat internet dulu. Dan Mak aku yang kool sebab pakai telefon bimbit yang jauh lagi kool dari aku, tolong aku jawab kan part nih. Dia kata, jenama kuali yang bagus, selain cap kuda belang, boleh juga cuba jenama Maxim yang tidak melekat. Ia sangat kool sebab boleh menggoreng tanpa minyak.


Resipi. Biskut Kuih momo. Resipi famos amos. Contoh biskut yang cantik untuk bertunang.
Biskut dan kek chef wan.
Baru teringat, walaupun aku tak berapa suka memasak, pernah jugak tulis entri pasal masak-memasak dulu. Siap dengan resipi dan cara membuatnya sekali. Berserta gambar-gambar ikut langkah-langkah cara membuat yang kelihatan macam kool sekali. Mungkin lepas nih, kalau goreng telur mata kerbau sekali pun, aku akan buat entri siap dengan gambar sekali. Tak sampai hati pulak nak kecewakan orang-orang yang gila cari resepi di blog cabuk yang tak kool nih.


Senarai hadiah sesuai untuk pengantin baru. Hadiah untuk pengantin.
Tak sangka pulak blog-cabuk-dan-tidak-kool nih dah jadi macam majalah Pengantin versi dalam talian. Patut aku boleh tuntut royalti dari orang-orang ini. Kalau kot-kot ada yang dapat hadiah sama macam yang tertera dalam nih masa kahwin nanti, kamu memang kool lah. Bukan. Bukan si pengantin. Jadi pengantin adalah tidak kool sebab hanya duduk atas pelamin, sambil senyum simpul, ambil gambar dan direnjis dengan air warna putih susu yang selama nih aku ingatkan air soya. Tapi kamu; si pemberi hadiah untuk pengantin tuh. Kamu memang kool sebab ikut kan tips dalam blog tidak kool nih.


Bunga rosette kahwin. Contoh gubahan hantaran meminang. Tema perkahwinan bajet. Cadar kahwin murah. Bekas telur surat khabar. Tema perkahwinan pink hitam Johor Baharu.

Kesimpulan yang aku boleh buat sendiri, hasil analisis kata kunci popular nih, menunjukkan ramai kalangan bakal pengantin yang terjelepuk masuk sini. Kesimpulan tersirat nya, masih ramai bakal pengantin di luar sana yang tercari-cari panduan khusus nak buat persediaan sebelum kahwin. Terutamanya yang perempuan lah kan. Orang lelaki peduli apa. Dia kisah kan pasal lafaz akad dan malam pertama je. Tak macam kita. Sampaikan ke pilihan warna tema pun boleh jadi sakit jiwa. Setiap benda nak diambil kira. Dari sekecik-kecik bunga telur, sampai la ke sebesar-besar pelamin. Orang perempuan nak kalau boleh, semuanya sesempurna yang mungkin. Ye la, ayat lazim orang nak kahwin... "seumur hidup sekali je."

Kesimpulan kali ketiga, ingat lepas ni kan, aku nak buat satu entri bersiri khas pasal alam perkahwinan. Sebab aku rasa, aku patut kongsi pengalaman dan perit jerih yang aku lalui sebelum dan selepas berkahwin. Aku pun pernah menggelabah macam orang-orang nih semua, bukak internet, beli majalah, cari idea gubahan la, fesyen baju, mak andam, persediaan kahwin dan segala macam lagi. Rata-rata yang aku jumpa, takde satu pun yang cerita secara terperinci. Tak ramai yang bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. Sebaliknya hanya salin-dan-tampal dari mana-mana laman web ataupun majalah Pengantin sedia ada. Tak kool lah kan.

Satu lagi, asyik-asyik dengar cerita pasal kebaikan dan kebahagiaan alam rumah tangga la, kahwin tuh best la, perasaan cinta berputik tiap hari matahari menyinar burung berkicauan yadda yadda yadda. Sampaikan terlupa nak cerita tentang bahagian yang tak berapa best nak didengar dalam alam perkahwinan. Sebab kita pun sedia maklum, semua orang nak dengar cerita yang bagus-bagus je. Ye la. Hati sedang berbunga-bunga. Nak duduk singgahsana.

Tengok lah.

Mungkin tajuk entri bersiri tuh akan dinamakan sebagai Isu Bumper KAHWIN:______________.


"Bunyi tajuk sangat tak kool."


Akan berkata lagi cicit aku di dalam hati nya nanti.

Dasar Pandang ke Barat.

Kalau mantan Perdana Menteri Che Det dah cadangkan 'Dasar Pandang ke Timur', aku pun dalam pada memegang status penganggur kehormat, konon-konon sangat berinovasi, cuba nak cadangkan 'Dasar Pandang ke Barat' pulak.

Pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.

Perlu faham beza makna antara kedua-dua terma nih, yer.

Macam kita menulis tesis, kita rujuk banyak buku, kertas seminar, jurnal dan tesis yang lain, sambil-sambil tuh, kita tiru sikit-sikit, cedok ayat sikit-sikit, letak kat rujukan, siap cetak dan bukukan.

Lepas tu, dengan perasaan penuh bangganya pun berkata..
"Inilah hasil titik peluh aku selama ini."

Sebuah tesis berkulit tebal yang cetak besar-besar nama kita kat muka depan. Tak lupa juga muka surat dedikasi yang paling digemari sebab boleh tulis ucapan untuk keluarga dan kawan-kawan seperjuangan. Juga untuk pakwe kesayangan.

Ini lah konsep pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.

Berbeza dengan 'Dasar Pandang ke Timur' yang menggalakkan Malaysia mencontohi kemajuan teknologi dan membuat perkongsian pintar dengan negara-negara Timur seperti Jepun, 'Dasar Pandang ke Barat' yang aku cadangkan nih lebih kepada berbentuk hiburan.

Hiburan bermanfaat.

Bukan hiburan yang berbau hedonisme dari Barat yang pada anggapan aku, dah lama jadi darah daging orang Malaysia. Dah sebati. Dah tak boleh hidup tanpanya. Dah jadi sebahagian tata cara hidup kita. Bukan setakat pandang-pandang lagi.

Macam aku, kalau tak tengok cerita Heroes hatta satu episod pun, akan berusaha dengan tekun dan jitu, cari kat internet, pergi laman web Tiub Kamu dan download secara haram. Tengok. Begitu dasyat penangan cerita karut yang direka oleh orang Barat, sampai buat kan aku gila meroyan dengan TV.

Masalahnya, ada ke hiburan yang bermanfaat?

Selain ceramah Hal Ehwal Islam yang kadang-kadang pun dah jadi macam ceramah 'politik' agama, memang tak ada. Mana ada hiburan bermanfaat kat alam fana nih. Hiburan dalam bentuk tayangan ke, pendengaran ke, perbuatan ke, semuanya tak memberi manfaat secara total.

Mungkin ada kot manfaat sikit. Contohnya, hiburan dalam bentuk senaman. Bermanfaat untuk menyingkirkan lemak tapi kalau buat senaman secara membuta tuli boleh mendatangkan mudarat. Memenatkan pun iye jugak.

Idea 'Dasar Pandang ke Barat' nih pun tercetus dari penyakit gila meroyan dengan TV yang aku alami sekarang nih la. Kalau nak dibandingkan, memang orang kita agak jauh tertinggal dari segi penghasilan filem berkualiti. Orang kita masih kurang kreatif dari segi menghasilkan idea dan skrip jalan cerita yang bagus.

Ada jugak yang macam nak buat kelainan, cedok idea dan jalan cerita filem atau drama orang sana tapi, balik-balik cedok idea yang sama. (Baca : Merujuk beberapa cerita drama tipikal Melayu; yang suka gambarkan imej orang berkaca mata bingkai tebal, rambut kerinting kusut, berbadan gemuk, berbaju besar gabak, memakai pendakap gigi dan tak pandai bergaya sebagai hodoh.)

Itu bukan pandang-pandang jer. Itu tiru bulat-bulat.

Punya berlambak orang sana buat cerita pasal bencana alam. Pasal puting beliung, gempa bumi, perubahan suhu bumi, serangan meteor, salji tebal, kehabisan punca air dan sebagainya. Sampaikan tragedi 11/9 dah pun difilemkan, siap la tokok-tokok tambah cerita tipu dengan jayanya.

Nak bagi kesedaran kat orang-orang dia betapa bencana alam tuh memusnahkan harta benda, meragut nyawa, mengambil masa untuk pulih dan meninggalkan pelbagai kesan mendalam dari segi fizikal dan emosi.

Nak suruh orang-orang dia faham jangan sekali-kali cuba melawan sifat alam, tidak merosakkan ekosistem bumi, saling bekerjasama semasa dalam kesusahan, berikhtiar sebelum mati, tidak menyerah kalah, belajar dari pengalaman dan kesilapan orang lain serta mohon pertolongan dari Tuhan.

Selain nak tunjuk kat seluruh dunia, diorang punya teknologi hebat nak hadapi bencana alam, nak tayang kereta kebal yang banyak, peluru berpandu canggih, pasukan polis dan paramedik yang dedikasi dan tak lupa juga, punya pemimpin berwibawa berjiwa rakyat, sebab mesti ada adegan di mana presiden tak pun datuk bandar akan buat sidang media, bagi ucapan kata-kata semangat untuk rakyat yang biasanya diakhiri dengan ayat.. "May God bless us all."

Cuba pandang-pandang sikit.

Takde pulak ada orang kita yang terfikir nak cedok idea macam nih.

Buat cerita pasal banjir, kemarau, tsunami, kebakaran dan tak lupa juga bencana alam yang popular pada masa kini, tanah runtuh.

Keluar duit habis juta-juta, buat cerita macam nih kan bagus.

Bagi orang Malaysia sedar sikit, duit yang banyak jangan dibazir untuk buat rumah atas bukit, buat diri rasa makin 'tinggi', sebab bila kita duduk lebih 'tinggi' dari orang lain, kita akan rasa macam lebih berkuasa, lupa asal-usul kita. Sampaikan tergamak memperjudikan nyawa demi memenuhi kepuasan berharta.

Oh, lupa.

Kalau buat cerita macam nih, mana orang nak masuk wayang.

Orang kita kan suka cerita cinta. Cinta tiga segi, cinta empat segi, cinta zig-zag. Yang ada budak-budak Akademi Fantasia berlakon di dalamnya. Orang kita memang suka. Tak pun, tengok orang rempit dan lumba kereta kat lebuh raya tapi mesti ada jugak selit kisah cinta.

Mana ada orang kita nak tengok cerita pasal bencana alam.

Buat susah hati je. Tak rock aa. Hidup mesti happy.

Kata mereka.


HER : Takziah buat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Tuesday, December 16, 2008

Setiap hari pun menimbul masalah. Hari ini juga tidak berkecuali.

Tajuk entri dicedok dari komik Dik Cerdas Crayon Shin Chan siri 48 muka surat pun 48.

Ubat paling mujarab kala dilanda perasaan begini.

.
.
.

Aku menangis lagi.

Minta maaf, sayang...

Saturday, December 13, 2008

Paranoid

Hari nih, keluarga sebelah Terengganu pulak nak datang. Menginap dalam 3-4 hari di teratak sekangkang kera yang kami ada.


Aku jadi sangat panik dan rasa nak pengsan.


Sampaikan mata tak mampu nak lelap malam tadi.

Guling kiri, dinding putih yang kosong.

Guling kanan, ada lelaki sedang berdengkur.

Guling.. guling.. guling.. sampai lah tertidur letih.
.
.
.
.
.
Semua gara-gara penyakit ganjil aku tu lah.
.
.
.
.
.
Sedang berangan : Kan best kalau tiba-tiba terjumpa iklan 'perkhidmatan tukang masak untuk disewa' ditampal di mana-mana pada waktu kecemasan macam sekarang nih.


Ada kamu nampak?

Friday, December 12, 2008

Normal kah?

Tak tahu lah berapa ramai yang perasan satu penyakit ganjil yang telah aku hidapi sejak dari dulu lagi. Rasanya, teman sekatil aku tuh pun tak tahu. Silap-silap, Mak yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari siap terlajak beberapa hari lagi tuh pun, belum tentu tahu.

'Penyakit' yang selalu buat aku tertanya-tanya, sama ada aku sorang je ke yang ber'penyakit' macam nih. Ada tak orang lain yang sama macam aku. Normal ke bagi seorang perempuan kalau ada 'penyakit' macam nih.

Paling penting, aku jarang berkongsi pasal penyakit ganjil nih dengan orang lain. Sebab aku rasa rendah diri. Sebab aku rasa macam bukan perempuan normal. Sebab aku tak nak dipandang serong. Sebab aku tak nak orang kata Mak Abah aku tak reti didik anak perempuan nya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.


Penyakit ganjil itu adalah...

jeng...

jeng...

jeng...

Aku tak berapa suka MEMASAK.


Ya. Aku sedang membuka pekung di dada blog sendiri. Dan sedang dibaca oleh kamu di luar sana yang bilangannya agak boleh tahan bertambah bak cendawan tumbuh lepas hujan setiap hari. Sindrom Karam Sigh Walya aku nih pun masih ada. Entah-entah, ini juga satu lagi penyakit ganjil baru yang aku hidapi.

Kalau-kalau mak mertua aku baca kisah 'pembukaan pekung di dada blog' aku nih, mau dia putar masa kembali. Nak buat ujian lisan dan bertulis secara berkala dulu, sebelum buat keputusan sama ada aku nih betul-betul layak ke tak, nak jadi isteri kepada anak bujang nya nan seorang itu. Lebih-lebih lagi, beliau sangat suka memasak dan pakar semasa di dapur. Sampaikan, roti canai pun ditebar kat atas dapur sendiri. Ikut kata laki aku la.


* sedang buat gaya ombak tabik hormat untuk mak mertua *


Penyakit ganjil nih dah lama aku hidapi. Sejak dari zaman anak dara lagi. (Sekarang dah mak dara lah kononnnya. Mak dara yang hot. Chewahh.) Yang aku perasan, sejak kecik lagi, kalau diberi tugasan tolong Mak buat kerja rumah, aku akan tawarkan diri untuk mengemas rumah atau membasuh pinggan atau membasuh, menjemur, melipat dan menggosok baju atau mengemop lantai atau mencuci tandas ataupun kesemuanya sekali. Asalkan bukan memasak. Masa raya, aku lebih suka tolong Mak buat biskut dan kek. Tapi bukan memasak lauk-pauk nasi ambang segala bagai.

Tak tahu lah apa punca. Aku rasa kerja-kerja memasak nih macam agak leceh. Dan selekeh. Habis nanti berkecah dan merecik di sana-sini. Aku tak suka keadaan dapur yang bersepah, basah, berbau, berminyak, lantai melekit dan sebagainya. Eiiiishh. Sangat tak suka.

Lagi satu, kalau memasak, aku tak suka ada orang lain bersama. Sebab aku tak suka ada beraneka jenis petua serta kaedah memasak yang diusulkan oleh orang lain semasa aku sedang memasak. Contohnya .."Eh, bukan masuk cili dulu eh?" tak pun.. "Oh, kalau aku biasa buat macam ni. Lagi senang." Kalau ada cadangan kaedah memasak yang lebih baik untuk aku, boleh beritahu lepas aku habis memasak. Kalau tak, aku akan anggap orang itu adalah sangat annoying. Dengan segala hormatnya, sila lah keluar dari dapur aku.

Lepas masak ataupun masa di antara memasak dan menunggu masakan betul-betul masak di dalam kuali, aku mesti bersihkan dan basuh segala macam barang yang dah digunakan. Pisau, sudu, sudip, pinggan, lesung batu dan sebagainya. Padahal, ada antara barang-barang tuh yang aku nak gunakan lagi dalam masa tengah memasak tuh. Takpe. Aku guna lagi dan basuh lagi selepas itu. Aku tak suka bila sinki penuh dan tak nampak lubang sinki.

Owh.

Dah perasan satu lagi penyakit ganjil yang aku ada.

Tidy freak
.

Bila dah duduk asrama, makin 'jauh' lah aku dengan dunia masak-memasak. Aku sangat pakar dalam bidang mengemas locker, membasuh, menjemur, melipat dan menggosok baju serta mencuci tandas. Aku sanggup habiskan masa berjam-jam buat semua kerja-kerja nih dengan semangat dedikasi yang tinggi dan berkobar-kobar. Tapi, bukan memasak.

Walau macam mana kritikal sekali pun penyakit ganjil aku nih, status sebagai anak sulung membuatkan aku secara automatik nya perlu tahu cara-cara memasak. Sekurang-kurang nya, masak telur mata kerbau yang sedap dimakan dengan nasi putih panas bersama kicap kipas udang warna merah.

Teringat masa Mak dalam tempoh berpantang dulu-dulu. Aku yang sulung ni lah kena tolong bancuh susu tepung untuk adik. Bermula dari masak air untuk bancuh susu tepung untuk adik, aku mula belajar memasak sikit-sikit. Goreng telur mata kerbau yang takde rupa 'mata' sebab dah hancur dalam kuali. Dari situlah terciptanya resipi telur hancur yang korang selalu makan dengan roti gardenia tuh. Tengok. Betapa legend nya aku. ehem.

Lama-kelamaan, aku macam dah biasa memasak sebab selalu kena masak makanan untuk adik-adik dan Abah bila Mak keluar bekerja di luar daerah. Sejak Mak sambung belajar lagi, tinggal jauh kat JB, aku pulak sedang cuti , lagi kerap lah aku memasak di rumah. Dah sampai seru nak kahwin, makin kerap aku ke dapur sebab Abah tak pernah bosan keluarkan ayat, "Lagi berapa bulan dah nak kahwin ni. Belajar masak."

Belajar masak. Belajar masak. Belajar masak. Itu ayat favorite Abah sepanjang tempoh menjelang nya hari perkahwinan aku. Tak pernah pulak dia nasihat aku jaga badan ke. Pergi spa berurut ke. Buat rawatan muka ke. Baca buku pasal alam rumahtangga ke. Tak pun persediaan malam pertama ke. Takde. Abah memang suruh aku belajar masak je. Bagi orang cepat bosan macam aku, memang muak jugak mendengar nya. Macam lah aku tak tahu memasak langsung. Tapi, aku tau, setiap nasihat Abah, ada lah gunanya waktu dah berkahwin macam sekarang nih.


Sampai ke sudah, dah berumahtangga, penyakit ganjil aku masih tak kebah-kebah juga.

Aku masih tetap memilih mengemas berbanding memasak.

Aku lebih suka rancangan Eric Leong berbanding Chef Wan.

Oh, ya!

Walaupun aku tak berapa suka memasak, tapi ada satu perkara yang aku sangat suka buat dan tak semua orang yang suka serta pakar memasak pandai buat perkara ini.


Aku pakar menganyam ketupat! * senyum kembang *

Wednesday, December 10, 2008

Rindu itu Sendu. Tapi, indah!

(Dalam nada sebak, aku memulakan entri ini.)

.
.
.

Sayu pulak rasa bila bukak je pintu rumah semalam, ternampak kotak kasut Bumble Bee Bata kepunyaan Adik kat sebelah rak kasut.

Punya seronok dia berjalan, sampai selipar putus. Tak pun, itu memang modus operandi Adik, sengaja nak putuskan selipar dia ngam-ngam masa sampai rumah aku. Macam aku yang selalu 'ter'putus tali selipar masa jalan-jalan dengan cfu. Adik memang genius. Oleh itu, dia pun mendapat kasut Ballerina baru.

Teringat pulak masa adik-adik datang rumah tempoh hari. Memang hiruk-pikuk. Dengan rumah kami yang sekangkang kera, berlaga punggung sesama sendiri lah jawabnya. Ditambah pulak dengan ragam tiap seorang yang memang sedia hiruk. Dan pikuk.

Yang sorang lapar sepanjang masa, yang sorang menonggeng tak bangun pagi lagi, yang sorang mengamuk tak sabar nak mandi pakai pelampung, yang sorang tak lekang dengan TV.. tak ketinggalan, aku yang memekik sana-sini, bercekak pinggang lagak sorang akak sulung yang berwibawa, menyuruh adik-adik buat itu dan ini.

Macam biasa. Anak sulung memang sangat berbakat dalam mengarah. David Teo memang tak boleh lawan. Biasanya, adik-adik mesti ikut apa jua arahan yang dikeluarkan oleh anak sulung tanpa banyak soal. Terutamanya anak sulung yang berwibawa dan jelita macam aku. ehem.

Memang 2-3 hari lepas, aku tak sempat langsung nak rasa bosan macam selalu. Sibuk memanjang. Pening kepala pun ada jugak. Tapi, itu lah perkara yang buat aku selalu rindu. Bukan. Bukan rasa pening tu. Tapi, yang hiruk-pikuk tadi. Ya. Kata lah aku psiko, pelik atau apa saja. Aku memang suka suasana hiruk-pikuk adik-beradik.

Sangat berbeza dengan suasana hiruk-pikuk yang boleh kita alami di pasar malam mahupun di pusat membeli-belah yang pasang stereo kuat nak mati, sampai nak pecah gegendang telinga.

Yang itu, aku tak suka. Aku meluat.

Pelik pulak rasa. Macam la aku tak pernah duduk jauh dari adik-beradik selama nih. Sejak umur 13 tahun sampai habis SPM, dah duduk asrama. Lepas tu, masuk Matrik pulak. Sambung duduk universiti dari degree sampai la ke master. Ngam-ngam habis belajar, terus kahwin, tinggal dengan suami. Nah. Memang tak pernah duduk rumah. Paling lama pun, masa cuti semester.

Selama ni sibuk dengan belajar dan aktiviti sendiri kot. Bila dah takde keja, duduk rumah sorang macam nih, rasa rindu tuh makin menjadi-jadi. Home sick tahap budak tingkatan satu yang baru nak duduk asrama pertama kali, pastuh kena makan dalam tray besi dan basuh kain baju sendiri. Memang rasa macam nak lari.


(Tukar nada gembira sikit. Nak imbas semula masa bersama adik-adik dan Mak Abah tempoh hari)
.
.
.


Walaupun bukan hari Khamis, Mak dan Abah memang suka baju batik sutera. "Berkhidmat untuk Negara" walau di mana jua berada.


Si bongsu, anak lelaki tunggal dan perempuan gila oren.


Dari kiri : Abah nyanyi Negaraku. Adik berkhayal naik kapal. Cfu berusaha menyembunyikan perut. Mak sedang mengukur tinggi. Hanif cuba menjadi gemuk. Angah Zana menahan kentut. Yan hampir terkeluar frame.


Sedang mencuba gaya mata Heliza AF3. Versi lebih jelita. ehem.


Adik dan itik. Mereka berkawan baik.


Dia terkenang zaman dating dulu-dulu. Pakai baju bulu warna biru, main ice skating kat Genting.


Mak pun berkata, "Laa.. Teppanyaki ni taugeh goreng je rupanya. Lepas ni, mak nak buat Tempe-yaki lah."


Abah dah pandai makan pakai chopstick! *tepuk! tepuk!*


Adik sedang bengang. Jus oren dia masih belum sampai. Dia sangat bengang sampai mulut pun menjadi senget.


Dia yang makin membulat. Aku membujur sirih je.


Long! kitorang nak masuk blog jugak! Diam lah. Kan aku dah tak tau nak taip caption ape nih.


I hate to say good bye. isk isk.

.
.
.

Dah habis entri.

Aku kembali sebak lagi.

Tuesday, December 9, 2008

Raya di Lebuh raya

Semalam, kami pulang semula ke KL selepas menyambut Hari Raya Haji pertama sebagai suami isteri di Johor. Lebih kurang 3 jam bertarung dengan kesesakan lalu lintas kat lebuh raya yang biasa mendapat liputan berita semasa musim perayaan. Lebuh raya Utara-Selatan.

Sepanjang perjalanan, memang kenderaan berduyun-duyun menuju ke arah Utara. Bermula dari plaza tol lagi, kami beratur panjang kat laluan Touch'n'Go. Jadi, bayangkanlah berapa panjang kat laluan yang takde Touch'n'Go. Nak kena tukar Smart Tag lah agaknya bila balik kampung masa musim perayaan lepas ni.

Untuk hilangkan rasa mengantuk, bosan dan menyampah tengok kereta yang berduyun-duyun tadi, aku dan cfu membincangkan satu topik bertajuk,

"Kenapa kalau lalu PLUS, banyak kenderaan, mesti sesak teruk tahap tak bergerak langsung bila sampai kat kawasan tol Seremban?"

Dulu, sebelum dilebarkan bahu jalan, boleh la nak kata, faktor bottle neck sebab jalan sebelum sampai tol Seremban ada 3 laluan, tapi, bila sampai situ, jadi 2 laluan je, sebelum menjadi 3 laluan semula selepas itu.

Tapi, selepas jalan di tol Seremban pun dah dilebarkan menjadi 3 laluan, kesesakan yang teruk masih berlaku bila sampai kat kawasan itu. Kalau nak ambil kira bilangan kenderaan yang banyak, kenapa kesesakan tu tak berlaku sejak dari awal lagi? Kenapa mesti nak dekat sampai Seremban baru nak jadi macam tuh? Kenapa tak kat Ayer Keroh ke? Pagoh ke? Padahal, sejak dari awal lagi, memang dah banyak kenderaan. Ikutkan logik, boleh je nak sesak teruk dari awal. Tak payah nak tunggu sampai Seremban.

Lebih aneh lagi, kesesakan tuh akan terus berpanjangan, sampai la melewati kawasan tol Nilai dan masuk kawasan Selangor. Tiba-tiba je macam dah jadi 10 laluan kat lebuh raya tuh. Elok pulak semua kenderaan berjalan lancar. Takde pulak berhenti-berhenti macam naik keldai. Padahal, bilangan kenderaan masih tetap sama banyak macam seawalnya tadi.

Setelah mengambil kira semua faktor luaran, dalaman, atas, bawah, kiri dan kanan. Kesimpulan aku buat, tol Seremban macam dah kena 'cursed' (satu sumpahan).

Mana tak nya, sejak dari dulu orang selalu kata,

"Banyak kereta nih, kat Seremban mesti jammed teruk."

Tak pun orang akan cakap,

"Sangkut kat Seremban la nih. Sebab tuh semua kereta jalan lembab jer."

Bila dah seorang cakap perkara yang sama berulang-kali, lebih 40 kali. Korang darab jer la dengan berapa ribu orang yang guna Lebuh raya Utara-Selatan setiap hari dan bercakap perkara yang sama. Ye laa. Yang hampir sama pun kira. Sipi-sipi pun sekali aa.

Bukan ke kata-kata itu satu doa.

Dan dalam kes ini, dah macam jadi satu sumpahan.


***


Salam Aidil Adha semua.

Jemput makan.

Biskut meri je yang ada.

Thursday, December 4, 2008

Meletup (konon)

Hari ini aku sangat sibuk.

1. Hari ini hari khamis. Hari mengemop lantai. Hari membasuh cadar dan selimut. Juga tuala mandi.

2. Adik-adik datang dari Johor. Kena masak awal. Masak nasi untuk 6 orang makan. Kalau campur cfu, kira macam kena masak untuk 10 orang.

3. Kemas bilik tetamu. Sapu lantai, pasang langsir dan cadar semua. Selama nih, bilik tetamu hanya ada 2 tilam bujang dan 3 biji bantal. Dan sawang.

4. Oh, junk food! Biskut bantal, Oreo dan kek coklat lembap dah habis. Kena menapak ke pasar kecil (terjemahan mini market). Ada orang dalam rumah yang suka menggeledah dapur tiap masa. Kat rumah ni cuma ada 2 orang saja. Kalau dah aku yang menulis kat sini, kamu tahulah siapa.

5. Sibuk mana pun, blog mesti dijengah. Sambil-sambil tuh, sempat menyimpang. Terjumpa sesuatu yang tak disangka di kalangan orang-orang 'rambut meletup' ini.


Klik gambar untuk lihat 'rambut meletup' yang lain. Hati-hati. Jangan sampai PC kamu pula yang meletup.


Terus capai telefon.


Mrs. Kepoci : Weh, ko menang 150 senyap-senyap je eh.

Mr. Blur : Huh? Menang ape?

Mrs. Kepoci : Habis tuh, siapa lagi yang ada nama macam nih kalau bukan ko. (Sambil menyatakan alamat laman web berkenaan dengan penuh keterujaan. Dengan harapan, ada la bahagian untuk aku nanti. )

Mr. Blur : Ha'ah laa, Long! (terlompat-lompat kegirangan) Aku lupa. Dah lama gila. Sampai dah lupa. Apasal diorang tak contact aku aa? Nak buat apa aa... Lo..L.. Long? (tiba-tiba makin blurr sebab terlalu gembira sampai lupa nak panggil aku apa.)

Mrs. Kepoci : Lorr. Contact aa orang tu balik. Tanya macam mana. err.. jangan lupa bahagian untuk Along.

Mr. Blur : Hahahahaha. Hari ini adalah hari bertuah aku.

Mrs. Kepoci : (Dalam hati : Hari bertuah untuk aku juga. Siap laa ko datang sini nanti.)


*Sedang membuat muka perempuan mata duitan.*

Wednesday, December 3, 2008

Apa yang Abah Bawa Balik dari Seminar

Selalunya, setiap kali balik dari mana-mana seminar yang abah hadiri, abah akan bawa balik kuih-muih 2-3 biji yang biasanya karipap, mi siam goreng sebungkus dua, buku nota, kemeja-t atau topi besbol percuma, fail poket, beg ala-ala briefcase bercetak nama seminar, tak lupa juga pen mata bulat.

Seperti biasa juga, kami adik-beradik akan berkerumun nak ambil mana-mana barang percuma tadi dan dijadikan sebagai harta sendiri.

Tapi, berbeza dengan tempoh hari. Abah balik dari seminar tak bawa balik kuih-muih 2-3 biji yang biasanya karipap, mi siam goreng sebungkus dua, buku nota, kemeja-t atau topi besbol percuma, fail poket, beg ala-ala briefcase bercetak nama seminar, tak lupa juga pen mata bulat.

Sebaliknya, abah bawa balik buku setebal dua inci.

Buku ini.


Bila dibelek-belek buku tebal 2 inci tuh, takde apa la yang menarik sangat selain daripada berderet-deret tulisan huruf saiz 12 yang boleh buat mata naik juling kalau ditatap lama-lama. Bila buka kat bahagian isi kandingan, ada la dalam 40 senarai tajuk tesis bidang pendidikan. Sedang aku tilik satu-satu, abah suruh tengok tajuk tesis nombor 5.


Nah! Tesis nombor lima. Macam kenal.


Gosok-gosok mata tak percaya. Buka muka surat 31. Macam yang tertera kat sebelah tajuk tesis nombor 5 tadi. Sah. Memang takde orang lain la yang ada nama tuh lagi kat Malaysia nih. Lebih-lebih lagi nama selepas 'binti'. Cuba cari dalam buku panduan telefon. Gerenti ada satu je.


Nampak nama tuh? Yang nombor tiga. Sekarang dia sedang kembang.


Dalam pada aku terkial-kial bertegang urat, cari modal nak temberang masa pembentangan akhir projek sarjana. Bermati-matian mempertahankan tajuk tesis guna perkataan 'integrasi' berbanding perkataan 'penggunaan' dengan profesor penilai yang garang. Tak lupa juga sungguh-sungguh dia tak nak bagi tesis sarjana aku gred A.

Tesis ini jugak la yang dipilih nak masukkan dalam buku tebal 2 inci nih, yer.

Setelah aku bertungkus-lumus, belajar 3 semester, menelaah jurnal, memerah otak, menyusun ayat, bersengkang mata siang dan malam, pening nak cari beza makna 'integrasi' dan 'penggunaan', bertaubat nasuha, korbankan masa berfoya-foya, berhabis duit ke sana-sini menemuramah, mengabaikan pakwe, menjilid laporan setebal 4 inci sebanyak 5 salinan berharga RM20 tiap satu, menyemak dengan dewan bahasa dan pustaka dan tak lupa juga dengan abah dan mak aku yang pernah jadi cikgu bahasa Malaysia.

Nama aku yang nombor 3?

Terima kasih.

Tuesday, December 2, 2008

Confession of a TV addict

Right now, at the moment, I'm so into talk show series.

Kind of like Oprah, Rachael Ray, Ellen DeGeneres , Jimmy Kimmel, David Letterman, Tyra show, Jason Lo and oh, Eric Leong.

You name it.

What does these show have in theirs favor?

Well, on the whole, the shows have become somewhat of a pleasure for me. I enjoy every single segment they have. Celebrities, cooking, human lab, make over, talent show, fancy stuffs, infotainment. I just love it! I only discover that I used to be a mini-hoarder and have the symptoms of depression by watching these show. Gulp.

I love reality shows too. Minus Akademi Fantasia from the list, I love Amazing race, Kardashian show, Kimora's Life in the Fab Lane, Celebrity Apprentice and America's Next Top Model. Now, Australia and Britain have their very own top model in the making show too. But obviously, Americans stand out for their so-high-school cat fights and guts to be seen naked on TV.

To name a few of my top list favourite TV series : Desperate Housewives, Grey's Anatomy, Heroes, House, Gossip Girl, Gilmore Girls, Prison Break and One Tree Hill. They're my cup of tea of every season. I'll feel something missing in my life if I miss any episode of this series. I'll feel like a promise has been broken. A promise between me and my addiction. Mister TV, of course.

err.. I love Wonder Pets too!

Ok.

I am truly an addict.

An overdose one.

Monday, December 1, 2008

Berkabung

Dia teman saya.

Tak kenal siapa.
Tak tahu usia.
Tak kira masa.


Sewaktu saya sunyi, dia ada di sisi.
Sewaktu saya sedih, dia tak pernah lari.
Sewaktu saya gembira, dia mesti ada.


Kini dia sudah tiada.
Rasa kehilangan yang begitu ketara.
Tinggallah saya bermuram durja.


Nasib baik saya masih ada dia.

.
.
.

Dia.

Saturday, November 29, 2008

Tips Hadiah Untuk Pengantin

Cehhh.

Tajuk dah macam artikel kat dalam majalah Pengantin bulan ke-berapa entah yang ada muka Maya Karin cantik tak ingat kahwin laki omputih sebagai cover depan.

Tercetus idea daripada entri minah yang juga cantik ini.

Juga daripada longgokan hadiah yang kami dapat semasa resepsi di Johor dan Terengganu tempoh hari. Terima kasih semua kerana sudi memberi. Kami terima dengan hati berbunga-bunga bak kata pepatah 'kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'. Masih tak hilang lagi rupanya sindrom Karam Sigh Walya aku nih.

Bila sebut hari minggu, hari untuk suka ria, makan pizza, basuh kereta, hari untuk keluarga dan sebagainya. Tak lupa juga kenduri-kendara. Tapi aku duduk rumah seorang diri, tak mandi pagi tapi dah gosok gigi, tengok semua rancangan TV sambil makan makaroni. Tak lupa juga coklat sapu kat beberapa keping roti.

Suami?

Keluar rumah carik sesuap nasi. err.. 2-3 suap nasi.

Hasil penelitian, hadiah cawan dan gelas aneka corak 6 biji dah jadi sangat stereotaip dewasa ini. Sampaikan belum bukak sampul hadiah pun dah boleh teka dari segi rupa bentuk saiz kotak dari luar. Bukan aku kata, hadiah cawan tak bagus. Tak menawan. Tak menarik hati. Tidak memikat. Sebab barang tuh jugak lah pilihan utama aku untuk hadiahkan kat pengantin.

Sehinggalah aku sendiri menjadi pengantinnya. Maka, aku boleh lah cadangkan beberapa pilihan hadiah selain cawan dan gelas aneka corak 6 biji tadi. Jangan risau. Masih dalam lingkungan bajet harga yang lebih kurang sama. Apa yang penting, pilihan hadiah ini tak berapa stereotaip dan lebih praktikal.

Kenapa?

Sebab dia bukan cawan dan gelas aneka corak 6 biji lah.

Berikut adalah senarai pilihan yang ada. Aku senaraikan ikut tahap keperluan dan kepentingan kepada pengantin untuk memulakan kehidupan baru selepas berkahwin nanti. Lebih-lebih lagi buat bakal pengantin yang akan 'bermula dari sifar' macam aku. Pembukak botol kicap pun takde.

1. Lesung batu. Lagi bagus kalau siap ada cili, bawang dan belacan sekali.

(Penting untuk tumbuk sambal belacan nanti. Baru lepas kawen, banyak pakai duit, tak mampu beli lauk, makan sambal belacan lah tiap hari.)

2. Sudu dan garfu. Kalau beli satu set siap dengan sudu kecik dan pisau makan tuh, mahal sikit la. Beli jer yang ada jual dalam peket-peket tuh dalam 2-3 peket. Lepas tuh, ikat dengan reben besar ikut warna yang disukai. Kreatif dan ada kelas gitu. Trust me.

(Mula-mula dulu, aku pakai sudu garfu plastik jenama Giant.)

3. Pisau dapur. Satu set pisau siap dengan holder paling murah boleh dapat dalam harga RM 19.90. Nak bagi siap dengan papan pemotong tuh pun lagi bagus.

(Pisau sangat penting. Mana la tau, nak jadikan ikan siakap masak 3 rasa sebagai 'air tangan' pertama untuk perut suami.)

4. Pemutar skru. Atau lebih dikenali sebagai screwdriver. Nak bagi sebatang, segan la. Macam kedekut haji bakhil pulak. Ada satu set kat Ikea, harganya RM 15.90 sahaja.

(Nak buat apa? Penting wooo. Beli kipas angin berdiri kat Tesco, perlu ada screwdriver nak pasang sendiri.)

5. Set pinggan mangkuk. Alternatif untuk cawan dan gelas aneka corak 6 biji. Tak payah beli satu set pun takpe. Beli jer pinggan atau mangkuk melamine corak yang berkenan di hati dalam 3-4 biji. Pastuh, bungkus sendiri dalam kotak biskut ke apa. Jimat dan praktikal.

(Walaupun harga untuk microwave and dishwasher safe set agak mahal, dalam RM 50 dan ke atas, tapi sangat berbaloi untuk pengantin yang baru nak memulakan hidup berkeluarga dengan hanya 2 buah pinggan macam kami.)

6. Voucher. Ada macam-macam pilihan voucher membeli-belah yang boleh dijadikan sebagai hadiah perkahwinan. Contohnya, voucher Ikea yang boleh dibeli dalam pelbagai harga berpatutan.

(Kita bagi pengantin buat pilihan hadiah sendiri. Bukan ke lagi bermakna tuh?)

7. Cadar. Nak bagi satu set siap comforter pun okay. Itupun kalau ada bajet lebih dan nak hadiah nampak macam gah dan menonjol di antara yang lain-lain.

(Takkan laa selamanya pengantin nak pakai cadar satin berenda-renda corak awan larat bagai tuh tiap hari, kan? 100% cotton bedsheet is the best!)

8. Kuali. Tak pun periuk jenama kuda belang tuh pun ok. Tak lebih RM 50 pun. Kalau jenis yang non-stick, mahal sikit. Tapi, kalau nak hadiahkan untuk saudara-mara atau kawan baik, apa salah nya belanja lebih sikit, kan..

(Sekurang-kurang nya, dapat jugak pengantin goreng telur mata kerbau pakai kuali tuh nanti. Mana tau kot-kot dah habis idea tak tau nak masak apa untuk laki dia.)

9. Sexy lingerie / night dress. Sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan atau saudara yang sangat rapat dengan kita. Yang dah biasa makan megi, tidur sebantal, joget lambak, lepak mamak, layan ngumpat, tampal poster Brad Pitt dan kongsi rahsia bersama. Maka, ia tidak akan menimbulkan sebarang salah faham dan sebagainya. Malahan, akan mengundang gelak tawa dan rasa terharu yang tak terhingga.

(Satin night dress jenama Scarlet kat Jusco masa sale hujung tahun nih hanya RM 29.90. Cepat! Sementara stok masih ada.)

10. Duit. Tak kisah laa pengantin ke tak. Siapa yang tak suka dapat duit, kan?




Walau apa pun hadiah yang jadi pilihan kita untuk pengantin.

Tak kira murah atau mahal.

Percayalah. Hadiah yang paling bermakna untuk pengantin adalah kesudian kita untuk turut sama hadir, memeriahkan suasana, mendoakan kebahagiaan dan meraikan satu hari paling bersejarah yang mungkin berlaku hanya sekali dalam seumur hidup mereka. Ia sangat-sangat dihargai dan akan dikenang sepanjang hayat.

Thursday, November 27, 2008

Geleng kepala.

Apakah perkara yang buat aku geleng kepala berkali-kali hari nih?

Selain daripada terjumpa suami sendiri tertidur di ruang tamu, kat atas sofa merah, sambil memakai kopiah putih, dengan mulut comot penuh kesan coklat dan di tangannya memeluk sekotak biskut coklat.

Aku terjumpa ini.

Mari.

Geleng kepala bersama.

Wednesday, November 26, 2008

Rebirth.

This is a birth certificate.

err..

re-birth.




NAME : Noor Izyan

( Unlike mine, her name has been listed in a book entitled NAMA-NAMA ANAK SOLEH DAN SOLEHAH. Please. Don't expect too much. I've known her for a very long time. The name means 'cahaya perhiasan ku' = 'the light of my decoration'. Like decorations on the Christmas tree. See? I've warn you earlier.)

D.O.B : 26th NOVEMBER 1989

P.O.B : JOHOR

WEIGHT : 3.6 kg

(Super big baby. OMG, she's a super-Baby! You know, like.. superMan. But she's a baby then. So, it's superBaby. Not superMan. Or superWoman. Ok. Ok. Shut up, xeea. They got it.)

HEIGHT : unavailable

(Too long to measure. There was no appropriate measurer at that moment. She was the superBaby, remember?)

TIME : unknown

(Early morning. Ayam masih belum berkokok.)

ATTRIBUTES : Bubbly, bob-cut hair, talkative, obsess with orange color and love to wear baju kurung pair with sneakers.

(No. No. She's not a clown that wearing hijab. It's just a pair of orange sneakers. Don't be so mean, guys. Leave her alone.)

FAVORITES : Talking while sleepwalking.

(She talk so much. Even when she is sleeping and walking.)

BAD MEMORIES : Too bad too reveal.

(Top secret, eh. Don't tell her. Cross finger?
*
*
*
Pernah dikejarkan ke hospital sebab sebiji tasbih tersekat dalam lubang hidung. Seram dowh.)

GOLDEN DREAM : To put orange braces in her mouth.


Whatever it takes.

She'll always be my sister.

And I'll always love her.

Happy birthday!

Tuesday, November 25, 2008

Pukal.

Mana nak mula, yer?

Banyak sangat cerita yang dijanjikan tak sempat nak dikongsi. Semua gara-gara janji manis Streamyx yang hanya pandai menanam tebu di tepi bibir. Baik. Aku dah cakap macam Karam Sigh Walya. Semua gara-gara Streamyx.


***


Satu.

Dah hampir dua bulan menjalani kehidupan suami isteri. Dah mula serasi dalam banyak perkara. Tak lagi bergaduh pasal jenama sabun basuh. Tak lagi terjaga malam pasal dengkuran. Tak lagi rasa marah bila lihat banyak 'lingkaran' baju atau seluar bersepah-sepah kat atas lantai mahupun di atas sofa. Padahal, bakul baju kotor betul-betul ada kat sebelah 'lingkaran' tuh. Beginilah hidup berdua. Masing-masing ada kerenah dan kebiasaan sendiri. Perlu banyak toleransi. Paling penting, menerima pasangan seadanya, memahami dan sedia memaafkan.


Bertahun-tahun bercinta, tak bermaksud kita dah betul-betul memahami pasangan kita.

It takes two to tango.



***


Dua.

Orang-orang tua selalu kata, "orang nak kahwin, murah rezeki".

Pada mulanya, kami pun tak percaya kata-kata nih. Tapi, apabila dah alami sendiri, kata orang tua memang selalunya betul. Macam orang lain jugak, kami tak pernah rasa dah bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga. Baik dari segi mental, fizikal dan kewangan. Paling parah, pasal kewangan tuh la. Tapi, bila DIA dah tetapkan, rezeki untuk kita berkahwin dah sampai, maka adalah bahagian untuk kita. Dalam kelam-kabut buat persiapan perkahwinan dulu, makin murah rezeki kami. Ramai pulak yang bermurah rezeki sponsor itu dan ini. Alhamdulillah. Oh ye, untuk makluman, kami bukan artis!

Paling tak disangka, Cfu dapat macam-macam job interview sepanjang tempoh kelam-kabut tuh. Walalupun kerjaya tetap Cfu sebagai pensyarah kolej swasta dah cukup stabil, tapi kami berkira-kira yang usia kami masih muda. Banyak lagi peluang lebih baik terbentang di depan mata dan lebih banyak pengalaman boleh ditimba. Sebab tu lah, dia masih mohon mana-mana jawatan yang boleh bagi tawaran yang lebih baik dari segi pengalaman, bidang kerja dan semestinya, gaji yang lebih lumayan.


Bekas student Cfu yang cuba menjadi lebih vogue daripada aku. Sampaikan aku rasa, aku lebih 'nampak student' berbanding dorang. eisyy.


Bersama para pensyarah kolej swasta yang muda belia. Dan jelitawan.


Dalam kenangan.


Kebetulan nak dikata sebagai rezeki orang kahwin, Cfu dapat tawaran kerja baru beberapa hari sebelum kami diijabkabulkan. Walaupun bukan lagi dalam bidang akademik, ia tetap suatu bidang kerja yang baru untuk diterokai dengan sepenuh hati. Alhamdulillah, aku turut menumpang tuah kerja baru nih. Dapat ikut Cfu ke sana-sini. Sementara tengah belum kerja ni lah, kan. Dia sibuk berkursus induksi, aku menghabiskan duit kompeni. Kompeni baru Cfu sangat mengutamakan kebajikan pekerja. Aku tumpang bahagia. Nanti, boleh beranak free kat hospital swasta. :p

The power of dreams. yeah!


Tapi, masih ada perkara yang tak berapa best. Tempat kerja Cfu sekarang kat Petaling Jaya. Agak jauh dari rumah kami di Puchong. Nak duduk PJ, living cost agak tinggi. Nak makan pun kena catu nanti. Apatah lagi nak ber broadband.

Dia pergi kerja, matahari belum naik, balik kerja matahari dah terbenam. Aku sangap duduk sorang-sorang kat rumah. Belajar mengait. Tipu. Belajar menghafal jadual siaran TV. Aku masak pun start pukul 5 petang. Kira macam skip lunch lah. Bagus jugak. Diet secara tak sengaja.

Rezeki untuk kami, mungkin juga rezeki untuk orang lain. Ada kekosongan jawatan di tempat kerja lama Cfu. Tapi bukan jawatan pensyarah la. Sesiapa dalam bidang IT dan berminat, boleh hantar resume. Gaji boleh negotiate. Lelaki diutamakan sebab banyak melibatkan kerja teknikal.


***


Tiga.

Baru lepas kahwin, terus pindah masuk rumah bujang Cfu kat Puncak Kinrara. Apartment tingkat 5. Aku yang belum sembuh chiikugunya, memang parah lah naik turun tangga. Dah nama pun rumah bujang, hidup pun macam orang bujang jugak lah. Masak nasik jer, lauk beli kat mapley pasal takde dapur lagi. Tidur atas tilam bujang, depan TV, bergelimpangan kat ruang tamu. Sangat bujang.

'Rumah bujang' kami.


Dah nak masuk sebulan, kaki aku dah tak boleh tahan memanjat tangga tinggi-tinggi setiap hari. Manjang cramp jer. Salahkan chiikugunya. Cfu pun dah tak sanggup lihat aku menderita lagi. Dicarikan rumah yang lebih selesa untuk kami mulakan hidup berkeluarga. Oh, saya sangat terharu lah, awak!

Dari puncak, kami turun sikit. Kat Bukit Kinrara. Kurang sikit laa tinggi nya. :p Masih memilih apartment memandangkan kami hanya berdua, rumah besar sangat kang, bergaung pulak bila bercakap. Dah rezeki kami, dapat lot ground floor. Kawasan kejiranan sini lebih selesa. Sangat family-oriented. Fasiliti lengkap. Security pun bagus. Sistem perparitan cemerlang. hahaha.


Rumah kami. Syurga kami.


***

Empat.

Kami dah ambil kata putus. Cfu bidang swasta. Aku masuk gomen. Nak merasa nikmat bonus gaji 6 bulan yang kompeni swasta biasa bagi. Tapi, dalam masa yang sama, mesti ada salah seorang yang kerja dengan kerajaan untuk jaminan masa hadapan. Juga mudah nak buat pinjaman. Government price itu satu diskaun hebat yang tak boleh dilepaskan.

Maka dengan sebab itu, aku masih menganggur menanti untuk ditempatkan di mana-mana politeknik ataupun kolej komuniti yang sudi menerima aku. Dah cuba nak pecahkan kontrak dengan sumber biasiswa aku. Tapi, dorang mintak RM 200, 000 sebagai ganti rugi, penat lelah dorang, menatang aku bagai minyak yang penuh selama tempoh belajar di universiti dulu. Kadang-kala, datang jugak rasa menyesal. Kalau tahu terikat macam nih, sampaikan nak masuk jadi pensyarah universiti pun tak boleh lepas, aku terima jer PTPTipu tuh. Walaupun jumlah pinjaman yang aku layak terima, tak lepas pun yuran semester.

Kan dah kata tadi, setiap orang ada rezeki masing-masing. Dah ini bahagian aku. Aku tetap bersyukur dan redha. Tunggu lah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan panggil nanti. Ada lah rezeki aku di mana-mana. Insyaallah.


***


Lima.

Jangan ingat aku goyang kaki saja.

Seperti ada sesetengah kawan yang tahu, Cfu ada buat kerja sambilan. Online business. Jual jersi dan Jus Intra (jus herba). Tapi, yang jus herba tuh tak berapa aktif dah pasal kena kerja sepenuh masa untuk hasil yang memuaskan. Jadi, kami fokus pada jualan jersi dulu. Aku dah dilantik sebagai P.A merangkap kerani setelah permohonan jawatan 2nd director tidak diluluskan oleh beliau. hehe.

Kerja aku senang jer, senaraikan tempahan berserta butir-butir pelanggan. Lepas tu, make sure ada stok, bungkus, dan pos. err... bahagian ke pejabat pos, Cfu yang buat. Aku malas nak ambil nombor dan beratur. Dapat lah dalam lima puluh RM seminggu sebagai upah.

Ok, ok.

Kadang-kadang lebih lima puluh. Kan ke aku nih bini bos. Suka hati aku la nak mintak upah berapa. Bankrap bisnes laki aku camnih. hahaha. Aku memang keji.


Tengok! Aku adalah seorang kerani yang sangat berdedikasi. ngeeee.


Target customer kami adalah yang berada di luar Malaysia sebab kami jual jersi replika dan orang-orang luar Malaysia susah nak dapat stok replika gred A++ pada harga berpatutan. Lagipun, masyuuk sket laa kan. Rate USD. Tapi, kalau ada member-member yang berminat, kami jual jugak dalam RM. Boleh tempah mana-mana jersi yang disukai. Kalau kosong, bawah RM 30. Kalau ada nama, mahal sikit lah kan. Kalau berminat nak bid, pergi sini. Make sure kamu ada paypal, ok. Baru boleh jalankan urusniaga.

Suka diingatkan, bisnes ni kami jalankan secara kecil-kecilan je dan tak ambil untung lebih-lebih. Syukur pada Allah, sekecil-kecil bisnes nih jugak laa yang banyak membantu isi duit poket kami sejak dari dulu lagi.


***


Enam.

Memandangkan gambar kahwin dari jurugambar profesional masih belum siap, ingat nak sambung buat sneak peek lagi lah nanti. Gambar amatur je lah.

Entri terpanjang setakat ini.

Pheww!!

Monday, November 24, 2008

Senarai seorang pem-bosan.

Baru dapat internet. TM sangat lembab. Aku pindah rumah dah berminggu-minggu, proses transfer line Streamyx tak jugak siap. Akhirnya, kami terminate dan tukar Celcom broadband. Walaupun coverage tak berapa stabil, kira ok laa jugak. Daripada sangap takde ape-ape. Memandangkan terlalu banyak cerita untuk diterbitkan secara pukal dan memakan masa yang lama, jadi, aku buat dulu menda alah tag yang alina bagi dah berzaman-zaman nih.

Here, my very first taggie.

1. What are you wearing?
- Snoopy baby T pair with his boxer.

2. What did you do last night?
- Dancing with the husband. ehem.

3. Favorite Memory with significant other?
- Each moment together are my favorites. * ayat sangat bahagia. nyampah. *

4. Last gift received?
- The anniversary gift.


5. Describe the last picture you were in?
- At TGI, Sunway. Celebrated our 5th anniversary.


6. Last thing you ate?
- Biskut Tiger, biskut tenaga.

7. Last thing you drank?
- Hot chocolate.

8. What kind of underwear are you wearing?
- A boring one. yet sexy. haha

9. What was your best vacation?
- The honeymoon. * eiuwww *

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
- Romantic spa for two.

11. What is happening around you?
- The Oprah's show is on TV. My pet fish, Goldie is swimming. The washing machine is singing. (seriously, mesin basuh cfu menyanyi lepas siap basuh baju. aku sangat jakun masa mula2 pakai.)

12. What is your shoe size?
- Lucky number 7. Same as alina. (boleh tukar2 kasut, kan? kan? kan?)

13. Last event you dressed up for?
- Our niece; Natasya's 8th birthday party at her granny's place in Malawati.


14. What is the most cheap thing you bought?
- Tau Fu Fah. 3 for RM 2.

15. What is the most expensive thing you have on right now?
- Brand new bracelet. Wedding gift from the in-laws.

16. What is your favorite smell?
- After shower fresh smell.

17. Is there something you really want to buy right now?
- A karaoke set. (sangat bosan di rumah. rindu zaman rumah bujang. melalak karaoke tiap hari.)

18. What are your nicknames?
- ziha, xeea, gha, gheea, along ... owh yer, orang Ganu panggil nama aku zeha.

19. What are your plans for today?
- masak. basuh baju. sapu lantai. tengok tv. tido. begitulah setiap hari.

20. Describe your friendster picture.
- In wedding dress. with Sarah, the wed angel.

21. Describe your myspace picture.
- Not a myspacer. aku memang seorang pembosan.

22. Describe your facebook picture.
- Not a facebooker. kan dah kate, aku memang pembosan.

23. What did you do last weekend?
- Family event, jogging and dating.

24. Favorite brand of clothes?
- Anything nice and comfort.

25. What is your ringtone?
- 'Bintang di Langit'. perasan kiut.



Mahu jemur baju.

Mesin basuh dah lama menyanyi.

Momo, Juju dan SOT, kalau kamu sedang bosan, sila lah sahut cabaran tag ini.