Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday #05 : Hari Guru.

hguru

:p

Monday, May 23, 2011

Kisah Sekeping Not Merah.

images
Suatu petang di sebuah restoran makanan segera.


Ketika aku sekeluarga sedang menikmati hidangan masing-masing, datang seorang budak lelaki berusia lingkungan belasan tahun lengkap bersongkok, baju kolar berbutang sampai atas, menghampiri pasangan yang duduk betul-betul di sebelah meja kami.


Hasil pemerhatian gerak-geri dan curik-curik dengar, tahu lah yang budak lelaki tu datang dari meja ke meja untuk mintak derma. Pasangan di meja sebelah kami sekadar pandang sebelah mata, sambil berpura-pura khusyuk makan tanpa mempedulikan kehadiran budak lelaki tadi.


Seminit.

Dua minit.

Tiga minit.


Ada lah dekat lima minit kot budak lelaki tu tercongok berdiri mengharap sebarang respon daripada pasangan tersebut. Tapi, hampa. Lalu, dengan wajah kecewa, dia pun angkat kaki menghala ke meja kami tiga beranak pula.

“Bang, mohon sumbangan ikhlas untuk sekolah agama kebajikan.”

“Ada surat tak, Dik?”, tanya Cfu.


Budak lelaki tu menghulur sehelai kertas yang menyatakan permit untuk memohon sumbangan orang ramai. Cfu baca sekali lalu sebelum mengeluarkan sekeping not merah dan beri pada budak lelaki tu.


“Nah, ambik ni untuk awak buat belanja. Abang bagi ikhlas. Tak payah tulis resit. Dah makan belum? Duit ni, untuk awak makan, ya.”

“Terima kasih, Bang. Semoga Abang sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki”,

Sambut budak lelaki tu dengan nada ceria dan terus berlalu keluar dari restoran makanan segera tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Terpancar rasa gembira daripada riak wajahnya yang jernih.

Elok je budak lelaki tu pergi, aku pun bertanya kenapa Cfu bagi budak tu duit yang agak besar amaun nya. Tak takut kena tipu ke? Kot dibuatnya budak tu saja-saja tipu mintak derma, kan dah rugi. Sedap je dia pergi berjoli dengan duit kita bagi.


Cfu jawab dengan bersahaja,


“Kesian tengok dia terkulat-kulat kat meja sebelah tadi sambil perhatikan kita makan sedap-sedap. Kalau kita mampu makan makanan segera hampir setiap hari, yang harganya boleh mencecah puluhan ringgit, apalah sangat sepuluh ringgit yang kita bagi kat budak tu tadi. Setahun sekali pun belum tentu dia boleh merasa apa yang kita tengah makan ni.”


Dan, kenyataan Cfu yang seterusnya berjaya mengubah mentaliti aku serta-merta.


“Kalau kena tipu pun, takde nya duit sepuluh ringgit tu boleh buat kita jadik kaya-raya, mahupun jatuh miskin.”


Terdiam, sambil mengangguk tanda setuju.



HER : Takziah buat mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Al-Fatihah.

Wednesday, May 18, 2011

Kosa Kata.

Setiap kali masuk pertengahan dan hujung tahun, aku akan menjadi lebih sibuk daripada biasa secara tiba-tiba. Masa ni lah semua tenaga pengajar seperti aku akan menjadi orang paling popular dalam dunia. Menderu-deru pelajar keluar masuk bilik, berderet-deret atur temujanji mahu berjumpa, berlambak-lambak tugasan 'last minute' pelajar yang masih belum bertanda.


Musim peperiksaan.

Semua orang pun gerun, kan.


Dalam pada kelam-kabut mengemaskini rekod kehadiran dan markah pencapaian pelajar sepanjang semester, datang 2-3 orang pelajar yang cuba untuk ‘menyelamatkan diri’ selepas nama masing-masing ditahan daripada masuk ke dewan peperiksaan sebab jumlah kehadiran kurang daripada peratus piawai yang dibenarkan.


“Puan, saya ada ‘Mintak Cuti’. Tolong lah lepaskan saya masuk exam.”


Sambil menghulurkan Sijil Cuti Sakit (Medical Certificate) yang sudah renyuk.


“Awak ada apa?”


Aku bertanya semula untuk kepastian.


“Ni hah, saya ada MC. 'Mintak Cuti'."


Aku tergamam.


Sambil mengurut dada dan menghela nafas paling panjang (-_-)


IMG_5515

Gambar selingan : Sewaktu menjadi MC (sometimes spelled 'emcee')

Akronim bagi Master of Ceremonies.


...


Selamat Hari Guru buat para pendidik seluruh dunia.

Jangan pernah lelah menabur bakti, kelak akan dikenang sampai mati.



HER : Kurang gemar apabila penggunaan perkataan singkatan, bahasa SMS, bahasa pasar dan dialog mat rempit semakin bermaharajalela pada era zaman siber ini. Cintai bahasa kita, bahasa jiwa bangsa.

Thursday, May 12, 2011

Hari Minggu #07 : Salji Turun di Malaysia.

Ini cerita basi yang dah lepas berapa hari minggu entah.


Tapi, orang kata yang lama diperam tu lah yang lagi sedap. heh.


Memikul tanggungjawab sebagai anak, salah satunya adalah menggembirakan hati orang tua. Cfu bercadang nak bawak keluarganya ke Aquaria sebab dia cakap, nak jugak bagi Mak dan Ayah Mertua rasa seronok bawak cucu kesayangan pergi jalan-jalan. Tapi, aku punya idea yang lebih hebat. Padahal, aku dah bosan melawat aquarium besar. Baru je pergi kot; Aquaria KLCC & Underwater World Langkawi.


Maka, berbekalkan idea genius aku, sampailah kami ke i-City Shah Alam.


Sebenarnya, kami dah lama merancang nak ke sini tapi memandangkan Alfiy adalah seorang bayi yang tidur awal, sekitar jam 8-9 malam dah meragam nak tidur. Takde maknanya nak bawak dia datang sini malam hari tengok lampu warna-warni, kan?


02042011362

Sebagai alternatif, pergi siang hari, masuk lah kat dalam Snowalk di mana salji turun di tanahair ini. Masuk i-City sebelum jam 6 petang adalah PERCUMA. Tepat pukul 6, diorang dah siap-siap pasang khemah kat pintu masuk, dan-dan tu jugak kena bayar RM10 satu kereta.


02042011331

02042011327

Keadaan siang hari di i-City adalah umpama padang jarak, padang tekukur (exaggerate) Panas! Kedai-kedai makan pun hanya memulakan operasi selepas jam 6 petang. Mujur ada Restoran Al Rawsha. Biarpun tekak aku dan Cfu tak berapa blah dengan makanan Arab, tapi lapar punya pasal, layankan je lah.


02042011324

02042011337

Satu lagi yang aku kurang gemar pada i-City adalah tiada kemudahan lif atau escalator. Jenuh jugak lah nak mengangkut stroller turun naik tangga.


02042011351

02042011341

02042011343

02042011342

Dari luar, nampak macam lengang je. Rasa macam tersesat pun ada. Bila dah masuk dalam, barulah nampak lautan manusia (exaggerate lagi)


01042011087

Bayaran masuk Snowalk adalah RM 15 tiap seorang. Tapi, kalau lepas pukul 6, mahal sikit rasanya. Bayi seperti Alfiy? Percuma. Bayaran RM 15 tu termasuk winter jacket. Boot boleh sewa, dapat sekali dengan stokin kalau tak silap. Aksesori lain macam gloves, ear muff, muffler dan sebagainya pun boleh dibeli di sekitar kawasan foyer.


01042011088

01042011089

Mula-mula macam kerek, boleh tahan sejuk, tak payah pakai boot. Tapi, bila memikirkan yang aku nak kena dukung Alfiy, risau jugak takut tergelincir. Licin gila weh lantai dalam tu. Penuh dengan ais dan salji kot. Kalau tiba-tiba tak tahan sejuk, gloves pun ada dijual kat dalam tu. Snowalk ni pun takde lah strict sangat berbanding Snow World kat Genting Highland nun. Kamera/video cam semuanya orang selamba bawak masuk biarpun terang-benderang hah ada signboard tak boleh bawak kamera.


01042011092

01042011093

Boleh tahan jugak gambar-gambar aku ambik guna kamera handphone ni kan? ehem. Ini pun mujur larat nak snap. Tangan aku menggeletar weh. Bagi yang senasib seperti aku, tak punya kamera gabak dan canggih, tak perlu bimbang, khidmat jurugambar profesional ada disediakan. Cuma perlu posing, tunggu gambar dicetak di kaunter luar, bayar dan ...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Taaaa daaaaa!

02042011360

Now U got a perfect portrait of an Eskimo Family :)

err.. excuse my sleeping Alfiy.


Beriya lah kita bawak dia datang i-city siang-siang sebab malam dia tidur awal, sekali dia bantai tidur jugak! Mentang-mentang lah sejuk. Tidur kemain nyenyak, siap berdengkur. cheit.



HER : Bila lah nak merasa salji original eh? Manjang main salji tiruan je. tsk.

Thursday, May 5, 2011

Segalanya Di hujung Jari.

Sekembalinya aku dari seminar ICT tempoh hari, cukup menyedarkan betapa ilmu dan pengetahuan yang aku ada pasal internet masih terlalu cetek. Biarpun bergelumang dengan internet hampir setiap hari, masih terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu rupanya. Salah satunya, baru tahu akan kewujudan pelbagai aplikasi GoogleApps yang boleh memudahkan kerja saban hari.


Dan, topik ini aku bukak bukan untuk menyenaraikan perisian yang boleh dimuaturun secara percuma dari internet. Tapi, lebih kepada tahap kesedaran kita semua atas peri pentingnya memanfaatkan kemudahan internet pada tahap paling optimum.


Mempunyai blog serta akaun Facebook, Twitter, Tumblr yang sentiasa dikemaskini selang satu hari, jam, minit dan saat tak menunjukkan yang kamu betul-betul seorang ‘internet savvy’.


Disebabkan terlalu leka dengan program laman sosial semacam ni, terlalu banyak perkara lain yang kita terlepas pandang sebenarnya. Tanpa sedar, kita sendiri telah mengehadkan penggunaan internet sekadar untuk itu. Sedangkan, terlalu banyak kemudahan lain yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan harian.


Contohnya, masih ramai di luar sana yang tidak percayakan teknologi perbankan internet. Aku bukan cakap pasal golongan mak bapak kita. Diorang memang takkan percaya pada kuasa internet. Tapi, aku tujukan pada golongan yang membesar dalam persekitaran internet boleh dicapai di merata-rata. Gigih beratur di pejabat pos semata-mata mahu jelaskan bil, bayar hutang PTPTN dan tambah nilai saham ASB. Sengaja ambil peluang untuk keluar waktu masa bekerja sampai berjam-jam, sedangkan ia boleh selesai tak sampai satu minit pun menggunakan khidmat internet.


Paling tak boleh diterima akal, 24 jam punya talian internet jalur lebar, penuh bangga usung smartphone ke hulu ke hilir, tapi tak reti guna aplikasi carian Google. Bagi yang tak tahu, Google adalah antara enjin carian terbesar, terpantas serta memiliki katalog web paling relevan. Tak percaya? Pergi Google sekarang.


Jujurnya, hampir 70% sumber maklumat aku datang dari internet.


Taip hatta satu perkataan semudah ‘makan’, maka berlambak keluar hasil carian yang merangkumi senarai resipi, restoran, jalan-jalan carik makan dan sebagainya. Alangkah mudah!


Namun begitu, setiap perkara pro tentu datang sekali bersama kontra nya.


Lambakan maklumat kadang-kala boleh buatkan kita jadik lemas. Tu belum dicampur dengan maklumat tak relevan dan berunsur negatif. Pernah sekali aku taip ‘encyclopaedia’, sekali dengan Kamasutra pun keluar kat hasil carian. Mujurlah aku tau apa tu Kamasutra. Kot yang jumpa tu budak bawah umur ke kan, tak ke naya?


Pokok pangkalnya, berbalik pada budi bicara kita sendiri.


Tuhan jadikkan manusia berakal untuk digunakan secara bijak, bukan untuk dimanipulasi oleh unsur luar, lebih-lebih lagi oleh hasil ciptaan manusia sendiri.


Guna internet secara berhemah.

Segalanya ada di hujung jari anda.


Aku sudahi entri dengan sebuah video berkualiti rendah.

Sila jangan tiru aksi ini di rumah :p





HER : Setiap hari Google istilah baru untuk tambah info peribadi.

Wednesday, May 4, 2011

Wordless Wednesday #04 : Addict.

IMG_4892