Monday, March 29, 2010

Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

err.. harap-harap kamu masih belum fedap dengan xeatopia. Kesian dia dah makin kurus laparkan entri. Tuannya manjang kedekut idea.


Alhamdulillah.

Hidup sekarang dah makin teratur.


Takde dah nak pening-pening pasal cuti hujung minggu yang berbeza dengan Cfu. Kami dah mula sambung semula aktiviti hujung minggu sama-sama macam dulu-dulu tu. Cuma, bila masuk bab bercucuk-tanam pokok cili padi apa semua tu, memang fail aa (Baca : Diari Seorang Petani Terhebat).


nov09 004

Habis dah pokok-pokok peliharaan yang dipelihara oleh suami peliharaan tewas di tangan siput babi. tsk.


Satu je masalah aku. Aktiviti mengemas dan menghias rumah dah tak sehebat dulu. Rumah aku memang dah rupa tongkang pecah. Bukan setakat pecah je, nak karam pun iya. Sampaikan tahap nak carik baju dan seluar ’kecik’ aku pun, Cfu terpaksa selongkar satu rumah. Tu lah satu lagi simptom yang aku perasan. Banyak perkara yang aku suka selama ni, tiba-tiba jadik tak suka bila berbadan dua.


Mujurlah aku masih suka dengan Cfu.


Malahan, makin over kot aku punya suka dan cinta. Pagi petang siang malam, nak mengulit bawah ketiak dia je :p Pantang terjaga malam dia takde kat sebelah, mau aku menjerit sekuat hati panggil nama dia. Hilang kejap mood member tu tengah layan bola kat TV tengah malam buta. Apalah malang nasib ko Cfu terpaksa layan kerenah bini gedik gini. Pasrah je lah. heh.


Setakat ni, persiapan awal untuk menyambut orang baru ialah nak carik rumah baru. Kalau ada rezeki, memang nak terus beli lah. Ye lah kan, selama ni, jeles jugak tengok orang lain dok ushar rumah-rumah baru untuk dibeli. Aku dengan Cfu hanya makan hati pendam perasaan terkapai-kapai sewa rumah sana sini sebab tak tahu akan settle down kat mana. Sekarang ni, bolehlah nak mula tengok mana-mana rumah yang berkenan di hati.


IMG_0786

Hari-hari tatap gambar rumah idaman dengan niat boleh jadi kenyataan biarpun hanya dalam mimpi. tsk.


Oklah. Banyak cakap pulak. Babai.


eh eh kejap.

Ada orang request nak tengok gambar terbaru. wah, kelas gitu dah feeling macam artis siap orang boleh main request2 *perasan tau*


B&B gath 028

Nak bagi saspen, kita tengok pandangan belakang dulu. uishhhh, ada pinggang lagi rupanya. Masih ramping, kan? kan? kan?


B&B gath 029

Pandangan sisi pulak. Pun kiut jugak, apa. heee


B&B gath 024

Nah, ambik ko pandangan hadapan.

T________T


B&B gath 003

Istimewa buat Puan Susudalambotol dan si dashing Umar Arjuna @ Bloggers & Brides Gathering. Mane lah tau kot-kot dah ambik gambar dekat-dekat ni, boleh dapat aura pinggang kerengga ‘amma’ Umar ni lepas habis 9 bulan nanti. fuhh kanan, fuhhh kiri!



HER : Lagi update pasal Bloggers & Brides-2-be Gathering? Sila lah ke Isu Bumper Kahwin.

17 comments:

  1. wahh..cumelnya perut kamu..mcm x pcaye..:D..jg kesihatan ok..

    ReplyDelete
  2. btul la..rumah dh xtau nk urus cmner..teruk btul rase..malu pun ada kalo org dtg umah..tp xtau nk cakap..sngt rasa malas..xeea dh nmpk perut..hihih

    ReplyDelete
  3. dah nampak perut! so cute! hehe...

    ReplyDelete
  4. husband saye pon sibuk tanam pokok cili kt balcony umah. siap beli benih pokok tomato bagai. tp pas die tanam2,die balik sabah.

    maka nye, mak buyong ini lah yg menjadik mangsa kene maintain pokok cili die tuh kan. smpi kering pokok cili akibat terlupe nak siram. hehehe..

    ReplyDelete
  5. jelesnye...
    perut aku still macam tu.. tp mengandung lemak n tahi jek...
    actually sgt happy tgk kamu sekarang

    ReplyDelete
  6. woh perut dah nampak :)
    rmh tu yg kat seri kembangan ke?cantiknya tp brape K lah tu?350K?
    i pun dah lama tak update blog T__T busyyyyyyyylikeabeeeeeeeee!

    ReplyDelete
  7. senang je nak pinggang kerengga xeea. pakai bengkung hari-hari :D

    best dapat jumpa awak!

    ReplyDelete
  8. mama xeea..
    amboi senyom meleret dah skrang..
    dah dapat dok bawah ketiak cfu..
    huhuhuhu..
    beh beh :)

    ReplyDelete
  9. lina rahim :
    i know T____T

    feresa :
    eheh. jom dating, jom. nak paw ko sempena dah ade scroll dua nih :p

    aziyana :
    kan? tak selera je nak kemas rumah. biarlah tunggang langgang pun, asal hati bahagia. ahhaha

    opiya onel :
    skrg ni mmg la cute. cuba tengok bila dah 7-8 bulan kang camana. horror kot. hihi

    misha :
    lorrr. awak pun mangsa PJJ ke? ai sgt memahami situation tu. bertabahlah wahai mak buyong :)

    rathiqah :
    puas hati dah? upah mane? hehe

    ikanbesh :
    ala, tu da maintain swimming tu, nescaya boleh langsing pasni. no worries, babe.

    k suzie :
    yup. 350k utk townhouse. terrace cecah 400k. kechiwaaaaa!!!

    hidd :
    baik! mati la cfu pasni nak kena tlg pakaikan bengkung tetiap hari. heee

    nice to meet u too :)

    mak haqq :
    mestilah sukeeeeee *gedik*

    ReplyDelete
  10. perut dah ke depan..comel..comel..
    dah abpe bulan erk ziha, 4 bulan lebih gak kan.. ke dah 5 bulan erk??
    jaga diri elok2..
    jgn makan sesuka hati, takut kena kencing manis lah, darah tinggi lah *ingatkan org walau dulu balun je*

    ReplyDelete
  11. wahh..jum2..ko pon kat kl dah..aku dah tukar link blog aku ok..

    ReplyDelete
  12. comelnya perut diaaaaaaaaa!

    biasalah xeea kalau preggy mmg suka nak manja2 dgn laki, laki pun suka je manjakan kita..hehe bila lagi kannn?

    ReplyDelete
  13. eh dh nmpk perut...tumpang gembira tgk ziha pregnant..dh brapa bln ek?take care!

    ReplyDelete
  14. babyshop :
    already entering 5 mths. tu lah. payah betul nak control. haih.

    feresa :
    apsal tukar link? ada stalker eh? :p

    mrs ein :
    hiks hiks *gedik* tunggu la 3-4 bulan lagi, awak tengok la comel ke tak? :p

    sheliza :
    lamanya blog akak menyepi. kan dah janji dulu nak ikut turn, kan? hee dah masuk 5++, kak. pray for us :)

    ReplyDelete
  15. waahhhh...sonokkan..perot begitu...mesti dah rancak die berguling2 didalam itew... macam masa aku pregnant dulu...die punye duk tak diam sampai ase nk bawak kuar guling2 kat luar...bile dah beranak..ghopanya perangai die pun cmtuh...huhuhu....

    btw, take care yehh.... insyaAllah bole badan bole back to normal.. tp cm aku..during confinement je back to normal.. tapi sekarang! HUH! TANAK CAKAP!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.