Tuesday, October 14, 2014

Hari Minggu #15 : Swiss Garden Damai Laut.

Rezeki anak-anak, kawan Cfu bagi voucher penginapan 3 hari 2 malam kat Swiss Garden Damai Laut, Lumut Perak. Tengok kat Agoda, paling murah pun boleh dapat dalam RM 250 per night. Inikan pulak dapat free 2 malam. Rugi sangat weh nak dilepaskan. Biarpun tengah ‘kopak’ sebab pergi seminggu lepas raya, tapi gigih jugak laa meredah sana sebab voucher dah nak expired. heh.

 

P1080946

Petang tu lepas ofis hour terus gerak ke Lumut. Jauuuuhhhh mak oiii nak sampai. Letaknya agak pedalaman. Dah nama pun ‘damai’, takkan kat tengah bandaraya pulak, kan.

 

P1080948P1080954P1080957P1090103P1080962

Dan, macam berbaloi ko jalan jauuuuhhh ke pedalaman sebab Swiss Garden Damai Laut ni besar gila. Like really HUGEEE. Ada macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Nak memancing, berkayak, archery, cakap je lah nak buat aktiviti apa, semua pun ada. Takde lah mati kutu biarpun duduk ceruk pedalaman nun. Ala, tapi kalau dah sangap sangat, keluar sikit, boleh jumpa Aeon Manjung. Sebesar-besar shopping complex hah.

 

P1080965P1080966

Café pun besar dan makanan semuanya sedap tapi tak banyak variasi sangat lah. Malam ada barbeque buffet dan ada jugak restoran Thai pada yang nak makan ala carte. 

 

P1080980P1080982P1080983P1080986P1080987P1080992P1090003P1090002P1080998P1090008

Kebanyakan masa dihabiskan dengan melepak anak-beranak kat swimming pool. Ada 2 jenis swimming pool. Satu untuk apartment residents, satu lagi untuk hotel guest. Dua-dua pun besar. Tapi pool kat hotel lagi best aa sebab overlooking the beach. Dengan angin sepoi-sepoi, pokok kelapa menghijau, burung berkicauan, memang fefeeling Maldives aa. Kalau yang duduk apartment dan nak mandi kat pool hotel, kena bayar tapi depends kat budi bicara pool guard tu jugak. 

 

P1090112P1080969P1090115

Nah, the best part of all. A private beach. Conquer anak-beranak je. Anak-anak main istana pasir, makpak bercanda di pasiran pantai. Sembang pasal angan-angan, duit turun dari langit, cita-cita masa depan, mengarut hal-hal yang tak berkaitan, tak payah pikir pasal kerja dan masalah duniawi segala. Gelak, ketawa, bertepuk tampar, smooching *opss* Only you and me. ewah. Tak ke syok tu. Best gilaaaaaaa, kot!

 

P1090118

Puas lah si Alfiy dan Aisya berkubang dengan pasir. Happy bukan main. Ye lah, diorang boleh buat sepah dengan bahagia, takde siapa nak marah.

 

P1090122P1090123P1090126P1090127

Kitorang bagi 8/10 bintang untuk Swiss Garden Damai Laut. Puas hati dan seronok lah senang cerita. Sangat sesuai untuk pergi buat melepas lelah, lupakan hal kerja dan just enjoy the nature. Entri lepas ni, cerita pasal aktiviti hari berikutnya, ok. Kite nak pergi pulau, yeayyyyy!

 

* Mommy’s Tips *

  1. Jangan lupa apply sunblock for kids. Alfiy dengan Aisya ni habis kena lumur dengan mak dia pun tetap sunburn jugak.
  2. Seludup tupperware ke apa-apa bekas la masa breakfast kat café untuk tapaw bubur bagi yang punya baby lebih kurang sebaya Aisya. Chicken porridge dia sedap sangat!
  3. Hati-hati main kat private beach Swiss Garden Damai Laut ni sebab ada jellyfish!
  4. Kalau ada playpen sendiri kat rumah, better bawak siap-siap sebab playpen kat resort ni tak berapa semenggah rupanya.
  5. Sila bawak bekal megi sendiri sebab kedai runcit dalam reosrt ni lebih banyak jual bikini dari megi. Lulz

 

 

HER : Setiap kali tulis entri pasal bercuti, mesti hati ni meronta-ronta nak bercuti lagi, pleaseeeeeeeeeeeeeee. Workload sekarang memang melampau tahap infiniti.

33 comments:

  1. woww best tu.. duk rancang nak pergi asyik tak pergi jer..

    ReplyDelete
  2. next month aku ada family getaway kat sini. cousin kahwin kat manjung, so lepak swiss garden ni dulu. macam tau2 je ko dah pegi dulu nak bg aku riki2 kat sana gane kan hahaha tq lah =P

    ReplyDelete
  3. baca entry ko pun aku teringin...tp mcm melampau pulak rasa sbb asyik cuti2 je aku ni
    ko lah ni..amik gmbr lawa2..terus teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la. aku kan mmg suka exaggerated saja nak racun korang. huu

      Delete
  4. Kurusss hoi! Jelly ai olls. Hihi, Selalu gi sana tp jarang main tepi pantai putih bersih tu. Syok je nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus nya sekejap je pun. La ni nak tembun balik :((

      Untunglaaaa selalu pi. Kite ni bercinta la nak sampai.

      Delete
  5. as.salam
    tempat keja saya dulu tu =)
    masih rase gembira bila dpt pujian.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, u should be proud. mmg best pun. Cuma jenuuuuh la nak sampai. hehe

      Delete
  6. Alaa dah nak book dah kat agoda, sekali tak terima debit card. Ciskek

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ye ke? Aku dulu book Hotel kat Bali tu bole je pakai debit.

      Delete
  7. Salam perkenalan.Ni first time i singgah blog u.Saya baru berblog ni .Wah untunglah ada sponsor gi vacation.i tak sampai lg sini tgk kat pic u nie sgt cantik dan tempting tempat ni.Jemputlah singgah blog i yer.im on a mission nak cari working at home mom and byk tips for healthy and beauty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tu la kan, rezeki jangan ditolak. Mmg cantik tempt ni, seswai la utk beristirehat sebab jauh dari bandar.

      Delete
  8. kak,dapat voucher di mana?di matta fair ke.saya pun dapat vocher 3d2n

    ReplyDelete
  9. nak tanya kalau stay apartment breakfast kat hotel ke kat apartment ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pi makan kat hotel. Tak sure kalau kat apartment tu ade cafe ke tak. Rasanya macam takde.

      Delete
    2. Salam..nak tanye utk breakfast awak amek breakfast voucher atau walk in?
      kalo walk in bper harge dewasa and kanak kanak??

      Delete
    3. Walk in je. Dinner pun kat cafe sebab malas nak keluar jauh2 dengan anak kecik lagi. Kalau tak silap kena charg 35++ per pax for adult. Kids below 3 free je rasanya. Tak ingat lah, you. Dah lama sangat pi. huu

      Delete
  10. Salam, nak tanye..untuk breakfast awak beli breakfast voucher atau terus walk in..kalo walk in price die bper ekk??

    ReplyDelete
  11. salam. Nak ty. Ada yg kate apartment jauh dgn pool dan x de lift utk naik ke bilik. Betoi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apartment ada pool sendiri. Yes, takde lif sebab 3 tingkat je pun. Luckily kitorang dapat ground floor

      Delete
    2. Nak tanya ..awak stay kat apt or hotel ye...kalo apt..bole ke nk mandi kt hotel nyer pool?

      Delete
    3. U tido di apt or hotel ye...bole mandi pool d hotel x kalo kita tido d apt...

      Delete
    4. Ikut budi bicara pool guard. Kalau tak ramai guests, boleh je nak mandi kat pool hotel

      Delete
    5. bilik dia mcm mana? ok x? nk pg weekend ni

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.