Showing posts with label bulk. Show all posts
Showing posts with label bulk. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Kompilasi 2011.


Biar lambat, asal selamat.


Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Setiap kali sebelum masuk tahun baru, aku dah siap merangka entri 'Kompilasi' (Baca : Kompilasi 2010, Kompilasi 2009) sepanjang tahun. Disebabkan terlalu banyak aral melintang pada penghujung tahun lalu, maka entri kompilasi tahun ni sekadar adanya.


Selain kisah suka, duka, jatuh, bangun, gembira, mengembara dan penuh sandiwara, Tahun 2011 bagi aku lebih untuk keluarga. Sedang dalam peringkat bertatih mengharungi alam keibubapaan yang penuh warna. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan semangat untuk terus menjadi Mama yang baik kepada Alfiy serta isteri yang menyenangkan buat Cfu.


Tahun ini juga diuji dengan perasaan 'kehilangan'.


Mengalami keguguran pada pertengahan tahun. Menghadapi pemergian Nenda tersayang pada penghujung tahun. Sungguh, perasaan 'hilang' adalah terlalu sukar untuk diharungi. Namun, rasa itulah yang mengajar kita agar bersyukur. Hargai setiap perkara sementara ia masih ada.


Biar apapun corak yang telah terlukis dan arah mana pun laluan yang telah dipilih di sepanjang tahun ini, tiada sikit pun timbul rasa kesal di hati. Setiap pengalaman sama ada pahit mahupun manis, merupakan guru terbaik dalam usaha untuk menjadi insan yang lebih baik.



Besar harapan aku taruhkan agar sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri di masa akan datang.


Selamat Datang Tahun Naga!
Semoga tuah datang melimpah sehebat namanya.




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, December 29, 2010

Kompilasi 2010.

Tahun 2010 aku dimulakan dengan penghijrahan dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Masih lagi jauh dari pelukan suami peliharaan. Bermula pulak episod tinggal menyewa seorang diri kat apartment chalet tiga bilik. Cfu tak kisah berhabis tiap bulan semata-mata nak bayar sewa, asalkan dia rasa isterinya selamat di tempat orang.


Kan dah memang tanggungjawab suami ; sentiasa melindungi.

Terima kasih, suami.


image

Awana Kijal. Home alone for 3 months :(


Dalam pada susah-payah mengharungi rutin hidup di tempat baru, kami dikejutkan dengan khabar gembira yang tidak dijangka. Maha gembira. Saat ini, aku semakin mengerti akan besarnya pengorbanan seorang ibu. Biarpun diuji dengan pelbagai alahan, aku tetap tabah mengharungi.


Tiap kesabaran itu ada harganya.


Syukur, proses rayuan pindah aku berjaya. Itupun setelah puas Cfu berusaha naik turun kementerian, berulang alik Kuala Lumpur- Kemaman dan tak lupa jugak jumpa ustaz alim ulamak sampai ke Utara ikhtiar tolong doakan.


SJMC 052

Mencurah bakti di tempat baru.


Kata Cfu, selain daripada tahun kelahiran Alfiy Hafeez dalam hidup kami, kalau boleh, dia mahu buang tahun 2010 dari rentetan peristiwa hidup. Kerana, pada tahun ini jugak, keluarga kami dah boleh diumpamakan seperti ‘siswazah hospital’.


Bermula dengan aku, pada tempoh awal minggu kehamilan hingga lah ke usia 9 bulan kandungan. Hospital swasta dan kerajaan, di Terengganu mahupun Selangor, semuanya aku dah merasa.


SJMC 006

Biarpun payah, ia tetap indah :)


Betul-betul pada hari lahir aku yang ke –26, Ayah mertua pulak menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut jantung Negara(IJN). Berkampung kat IJN, makan bulan jugaklah lamanya.


Dalam tempoh yang lebih kurang sama, Abah pulak diserang penyakit lelah. Seminggu jugaklah ‘bertapa’ kat hospital. Elok je Ayah mertua dan Abah kembali pulih, satu-satunya adik ipar aku disahkan menghidapi penyakit fibroid. Berkampung lagi kat hospital sementara tunggu giliran untuk pembedahan.


SJMC 043

IJN. Betul-betul ‘berkampung’ hah.


Lagi empat minggu nak cukup 40 minggu usia kandungan, aku ‘kembali’ ke hospital. Kali ni, bukan setakat baring kena cucuk air sebab dehydrated macam yang sebelum-sebelum ni, tapi nak beranak dah!


Tepat jam 9.54 malam 8 Ramadhan, lahirlah buah hati kedua buah keluarga yang menghapuskan segala kisah duka sepanjang 2010 ini. Benarlah, anak itu pembawa rezeki.


IMG_1805

Alfiy; usia 3 hari.


four 131

Alfiy; hari ini.


Tahun ini penuh warna duka disulami ceria pelangi.

Moga tahun yang mendatang kan lebih berseri.



HER : Jangan pernah kesal atas tiap perkara yang telah terjadi, sebaliknya hargai hikmah yang bakal menyusuli.

Wednesday, December 30, 2009

Kompilasi 2009.

Tirai 2009 aku dibuka dengan kisah sedih menyayat hati yang masih lagi menyelubungi kami sekeluarga. Sehingga ke saat ini, kami sentiasa rindukan senyum dan tawa dia.


bulan   madu = duit ilek 149

Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan.


Kemudian, bermula pulak era aku memegang jawatan suri rumah berhias terhebat. Hari-hari yang dilalui hanyalah celik mata, makan, internet, TV, makan, tidur, makan, sambut suami pulang dari kerja. Memang sorga. Kalaulah boleh diputar semula masa, aku nak hidup dalam era ni, sampai bila-bila.


PC060204

Suri rumah terlebih bahagia.


Langit bukan selalu cerah.


Sekali lagi dihambat rasa sentap bila ditempatkan di Kuching, Sarawak. Tetapi berkat doa semua dan usaha suami peliharaan yang tidak kisah heret muka tembok pergi jumpa orang sana-sini, aku berjaya pindah balik ke Semenanjung.


Masuk pulak era tidak tinggal sebumbung dengan suami walaupun berkongsi hati. cewah. Masa ni lah, ramai kawan-kawan dan orang sekeliling timbul rasa kagum terhadap aku yang mampu duduk serumah dengan mertua tanpa kehadiran suami di Terengganu.


Drama swasta air mata Maria, dah jadik perkara biasa. Lantak lah orang lain nak kata apa tatkala lihat kami berpeluk, bercium bagai nak rak tiap kali nak berpisah. Diorang tahu apa.


induksi 122

Selagi tak kena kat batang hidung sendiri, manusia memang hanya pandai mengata.


Betul orang tua-tua kata, alah bisa, tegal biasa.


Kami tak pernah tinggal hatta satu minggu pun giliran untuk berjumpa di hujung minggu. Stesen bas, airport dah jadik rumah nombor dua. Nombor telefon teksi pun dah masuk dalam senarai pakej Digi Friends & Family. Tony Fernandes pulak dah ibarat bapak menakan sendiri sebab tiap bulan dapat ‘elaun tetap’ dari kami. Duit yang bertaburan kat atas jalan mahupun langit dan lautan, sikit pun tak terasa. Yang penting, masa berkualiti. Itu lebih berharga.


Namun, Tuhan tu Maha Kaya.


DIA tarik satu nikmat kami untuk hidup bersama, tapi DIA beri nikmat rezeki berpanjangan yang tidak pernah putus. Walau deras macam mana sekalipun duit yang mengalir keluar, mahupun terlalu sesak masa yang ada, DIA sentiasa tunjuk kami jalan agar sentiasa punya peluang untuk luangkan masa bersama.


bulan   madu 2 012

Syukur.


Pejam celik, pejam celik, setahun sudah.


Alam pekerjaan betul-betul tunjukkan aku apa isi dunia, sebenarnya. Manusia ni ada macam-macam ragam, rupanya. Tiap kali terjatuh, pandai-pandailah nak bangun semula. Lebih-lebih lagi bila suami jauh di mata, merengek lah sorang-sorang pujuk diri sendiri macam loser. heh.


Pergi balik kerja tiap hari, hujung minggu balik jumpa suami, memang tak terasa masa berlalu macam tu je. Tup-tup aku nak kena pindah Kemaman dah. Terpaksa merencana semula hidup PJJ episod lain pulak. Lepas ni, entah stesen bas dan airport mana pulak lah jadik rumah nombor tiga.


Harap DIA masih sudi beri ruang untuk menumpang hidup di sini.


Apa yang pasti, pengajaran paling besar yang aku peroleh sepanjang melalui liku perjalanan pada tahun ini ialah sentiasa percaya pada usaha, doa dan tawakal padaNya. Ada usaha, adalah hasilnya. Tuhan sendiri sudah bersabda,

"Takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya."


none 191

Mohon agar sentiasa dikurniakan hati yang kuat,

berserta senyuman berseri di setiap kali

:)



HER : Semoga 2010 bawa sinar lebih bahagia.

Friday, May 8, 2009

Pukal. Siri tiga.

Cuba teka, cuba teka, aku kat mana?


Kalau dah entri dimulakan dengan intonasi ceria, sah lah aku sedang kembali ke pangkuan suami peliharaan tercinta. Hirup udara dan menatap rumput nan menghijau di rumah sendiri, biarpun berhujan batu, tetap lebih baik daripada ditimpa hujan emas setiap hari di negeri orang.


Mengambil kesempatan atas mood serba gembira ni, mari kita buat entri berciri gembira jugak. Kalau hari lain, entri lebih dipengaruhi emosi, maka ia akan berciri sedih, rindu, pilu dan serba haru biru. Ayuh, mulakan hari ini dengan senyuman penuh rasa kecintaan! *Wah. Ayat pun nak berbunga-bunga bahagia. Kalau tak, manjang nak merengek meleleh air mata je*


*****

Aktiviti Satu.

Pernah dengar tak orang kata, nak lupakan kesedihan, belajarlah sibukkan diri. Maka, aku pun membawa diri ke tanah felcra di hujung Kuala Berang sana bergadai kereta bapa melanyak tahi lembu yang bersepah di merata-rata, untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat. pergh. Gila terharu dengan kesanggupan diri sendiri. Lepas tu, balik rumah, sumpah menyesal tak nak pergi lagi.


hoho 016

Kecewa berhari-hari, aku tukar profesion daripada seorang pensyarah kepada guru tadika. Bawak anak murid pergi pertandingan mewarna.


hoho 011

Beratur. Beratur. Siapa tak beratur, cikgu tak bagi kaler percuma.


hoho 018

Dah penat jadik cikgu tadika, tukar profesion pulak jadik penjual nasik lemak kukus. "Mari, mari, mari, nasik lemak dua ringgit sebungkus!" Tengok lah, kemain berpusus-pusu pelanggan adik pengakap dan puteri Islam datang menyerang.


hoho 019

"Mari. Mari Mari.

Siapa ada abang hensem lagi wangi, akak bagi diskaun hebat lagi.

Mari. Mari. Mari."


hoho 025

ecehceh. Ada peminat misteri candid gambar ni.


hoho 026

Tengok. Candid lagi. Buat-buat sibuk sendiri.


hoho 027

eh eh. Pura-pura sedar ada orang tangkap gambar dari tadi. Buat mulut muncung sikit. Ngeri peminat misteri tadi terus cabut lari.


Selesai sudah sehari menjadik guru tadika dan penjual nasik lemak. Sempat jugak belajar perkataan 'paghok' adalah teruk dan 'jeghong' adalah jagung daripada makcik dan pakcik Kuala Berang. Terima kasih sebab tolong tambah vocab dalam kamus terjemahan Melayu-Terengganu aku. Oh, terima kasih jugak atas ole-ole yang 'melekat dengan kuat kat tayar kereta' untuk dibawa pulang. Tak pasal-pasal, bapa mertua terpaksa menyalin seluar pendek dengan segera tolong cuci kereta. Ya. Saya memang bertuah.


Lepas ni, aku nak try jadik pengacara jemputan Nona pulak.

Sila AFundi xeea dan hantar ke 6575.


*****

Aktiviti Dua.

Siapa kata kalau takde shopping complex dan panggung wayang, ditambah pulak tanpa suami di sisi, maka aku akan ditemui mati kebosanan? Nyaris lah, tapi belum lagi. Bersempena dengan tanggungjawab sosial kolej komuniti yang sentiasa menyediakan kursus kemahiran untuk komuniti setempat, aku pun ambik kesempatan untuk turut serta. Antaranya, kursus berenang dan bersolek.


hoho 030

Kemain semangat yang sorang mencalit, sorang lagi mengexplain. Aku pulak sibuk mengsnap.

hoho 003

Dah puas mencalit, sarung bikini pergi menyelam pulak.


hoho 007

Saiz olimpik, kau!

Amacam K Suzie, ada berani nak bertanding kuak lentang? :p


Berminat?
Hubungi kolej komuniti terdekat di kawasan tempat tinggal kamu. Semua kursus bawah anjuran kolej komuniti ni terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tua, muda, belia, makcik, pakcik semua pun boleh. Macam-macam kursus ada. Bayaran pun sangat berpatutan. Mana kamu nak dapat bayar RM 20 maksimum, untuk dapatkan ilmu dan kemahiran yang harganya boleh cecah sampai 2, 3 ratus kat luar sana.


err.. kolej komuniti patut bayar komisen pasal beriya-iya aku promosi kat sini.


*****

Aktiviti Tiga.

Dah nama pun sedang cuba mensibukkan diri, sambil-sambil tu sibukkan perut jugak dengan memenuhi undangan perkahwinan saudara-mara, rakan-rakan serta bloggers kat sini. Maka dengan ini, aku lantik diri sendiri selaku duta ke negeri Darul Iman ini. Pergi melawat kawasan dengan menghadiri kenduri kahwin sana-sini. Sekurang-kurangnya, terisi jugak masa yang selalu dipenuhi dengan dating membeli-belah dan menonton wayang. Memang patut dicalonkan sebagai ketua wanita UMNO 5 tahun lagi.


hoho 008

Tahniah Kak Huda dan suami.

Pertama kali pergi kenduri yang hanya sediakan kerusi untuk jamuan makan. Rupa-rupanya, Cfu kata, kat sini memang dah biasa macam tu. Tapi, aku buat muka tembok besar China usung Cfu sekali pergi duduk makan kat meja beradap.


*****

Aktiviti Empat.

Setiap petang, kepulangan aku mesti disambut oleh kucing bernama Toyol yang tak jemu-jemu menggigit ibu jari kaki perempuan jelita. Setiap petang jugak, masa dihabiskan dengan buat taik mata. Paling tidak pun, duduk menghadap TV tengok game show Roda Impian, bertanding dengan Mak mertua. Siap kira berapa kali aku menang, berapa kali Mak mertua kalah. Kalau dia kalah, dia kena masak. Aku kalah, aku kena makan semua makanan sampai habis. Adil, bukan?


hoho 031

Balik dari kerja semalam, jumpa nota ni kat pintu bilik. Bukankah Mak mertua saya terlalu comel? Nak suruh makan ikan celup tepung pun siap buat nota tampal kat pintu bilik. Padahal boleh je telefon atau sms. Siap diakhiri dengan, "Love U- Mok". Comel betul. Mak siapa lah nih. Mesti menantu dia pun sangat comel :p


Sekian.

Pecah kaca, pecah gelas.

Sudah baca, harap balas.


HER : Ikan kesayangan yang ditinggalkan atas jagaan suami peliharaan ditemui mati akibat kebuluran dan kekurangan kasih sayang. grrrrr.

Thursday, February 5, 2009

Pukal. Siri dua.

Sebab ada kematian keluarga, diikuti pulak dengan cuti fantasia yang lama, banyak jugak entri lama yang tertangguh.

Tengah bosan takde kerja ni, sekarang lah masanya nak meng-qada' dengan sungguh-sungguh.

Entri yang dah nak basi ni, kita namakan sebagai carca -merba.

**********

Parti Buih

Seperti yang dijanjikan, sesiapa yang nak tengok album kahwin secara live, dijemput datang teratak sekangkang kera kami, kami akan adakan parti buih untuk kamu.

Ini adalah beberapa orang yang dah datang jengah.

Bekas teman serumah, sekelas dan se-universiti selama hampir 4 tahun menetap di titik buta masa degree dulu. Bak kata Al. Bukan aku yang kata.

Selaku tuan rumah yang jelita lagi berdedikasi, harus lah aku layan tetamu dengan layanan taraf hotel lima bintang. Tak cukup dengan itu, aku sajikan pulak dengan hidangan ala carte yang sugguh menjilat jari sampaikan tak sempat nak di-tapaw untuk dibawa pulang ke rumah mereka.

Nasib baik suami peliharaan aku dah diberi makan awal-awal. Kalau tak, mau terpaksa makan cekodok bilis je lah nampaknya.


Anak-anak dara yang datang bergebang.
Feresa, Yus dan Ruby bebeh.


Mula-mula, kita makan bihun sup dulu.
Jangan lupa sambal kicap jawa resepi turun temurun ni sekali.


Memperkenalkan..
Begedil ikan tenggiri masterpiece by Xeea!
Menjilat jari ni. Jangan main-main.


Lepas tu, nak hilangkan taik gigi, kita makan pencuci mulut pulak.
Ini jugak resipi turun-temurun; puding + fruit cocktail.


Harus tunjuk tepung Bird Custard tu.
Bukti aku telah susah-payah buat menda alah ni dengan titik peluh sendiri pada Jumaat malam Sabtu.
Mujurlah diorang datang hari Sabtu.
Kalau datang Jumaat, mau terkorban Khamis malam Jumaat ku.
Eh eh.


Dah kenyang, ape lagi?
Parti buehhhh la beb!!


Basuh pinggan yang banyak lepas makan.
Banyak pinggan, banyak guna sabun, banyak lah buih.
Betul lah parti bueh, kan?

Dah kata tadi, aku memang anjurkan parti buih.


Ni pulak, parti buih untuk kawan-kawan sejenis Encik Cfu.

Masa ni, aku masak Mi Hailam
Tapi, tak sempat snap gambar.
Faham-faham je lah bila buat parti buih untuk lelaki.
Semua gelojoh nak makan je! :p

Sudahnya, aku parti buih sorang-sorang sebab kena basuh pinggan yang banyak dalam sinki.


Tuu diaa...!

Siapa kata orang yang ada penyakit ganjil macam aku tak pandai masak?

Tengok je lah perut suami peliharaan aku tu sekarang dah besar mana.

Bukti tuh. * buat muka innocent habis *


**********

Parti Mengawan



Macam biasa, asal cuti sekolah je, berdedai-dedai lah posmen datang rumah hantar kad jemputan kahwin. Kalau orang dah jemput, kita WAJIB hadir. Melainkan ada aral melintang yang tak dapat dielakkan.

Setakat ni, kalau orang dah susah-payah hantar kad menjemput, aku gagahkan jugak diri untuk datang sama-sama meraikan. Kalau tak dapat datang pun, aku jumpa awal atau kemudian hari untuk bagi hadiah takpun salam keruk ke apa.

Kalau yang jemput guna email ke, friendster, sms dan teknologi canggih yang lain, aku tak rasa macam bersalah sangat kalau tak pergi. Tapi, ucapan dan doa tetap diberi.


Pengantin I : Aida Adlina dan Hafiz.

Lokasi : Kg. Pendamar, Klang.

Tarikh : 11 Januari 2009.



Sesat jugak lah nak ke sini. Asal sesat je, gaduh bertarik rambut jap aku dengan Cfu kat dalam kereta. Nasib baik tak putus asa lagi. Kalau tak, tak sampai la kat majlis ko, Aida. Kitorang dah dok ushar AEON Bukit Tinggi, Klang tu je.

Aida ni kawan sekelas kat universiti masa degree. Dulu dia couple bertahun-tahun dengan orang lain, sudahnya menikah dengan orang lain. Tu lah kata orang, jodoh pertemuan, Tuhan yang tentukan.

Beriya-iya aku menyelit kat celah orang ramai semata-mata nak ambil shot ni. Tapi si Aida ni, sikit pun tak perasan aku panggil nama dia berkali-kali.

Iyelah, pengantin kan.
Haruslah sopan atas pelamin.
Tunduk je.


Dengan muka tembok, aku tarik jugak pengantin ni kat tengah-tengah orang ramai sebab nak gambar sekali. Nak tunggu giliran ambil gambar kat pelamin, mau sampai besok aku kat Klang lagi.

Semoga berbahagia, Aida dan Hafiz!

(Rasa pelik pulak panggil orang dengan nama laki sendiri. Tu lah, yang. Siapa suruh nama common sangat. Cuba letak Afziha. Ada satu je dalam Malaysia. * buat muka innocent lagi*)



Pengantin II : Roslini dan Abu Bakar Bucksey.

Lokasi : Dewan Malawati, Tabung Haji Kelana Jaya.


Tarikh : 31 Januari 2009.


Lini ialah kawan baik masa buat master dulu. Jadik lah nak buat menggedik sama dalam tempoh setahun setengah je. Tua dua tahun dari aku ni tapi perangai serupa tua satu tahun dari aku. Oh, bagi sesiapa yang tak tahu, umur aku 18 tahun.

Ini pun tragedi jugak. Bukan sesat sampai gaduh bertarik rambut dalam kereta, tapi terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Nak-nak pulak baru balik dari Terengganu sempena cuti Tahun Baru Cina. Gila mabuk sampai nak muntah mengalahkan perempuan mengandung aku duduk dalam kereta.

Dah bajet baik punya boleh sampai KL dalam pukul 3. Dah jammed teruk macam tak nak jalan, sampai sana pukul 4++. Dewan dah siap kemas. Pengantin pun dah nak keluar outdoor shooting.

Nasib baik sempat jumpa. Sempat lah bagi hadiah dan borak-borak semua walaupun tak dapat merasa nasik minyak dia. Dapat jugak lah door gift lebih-lebih sikit dari yang sepatutnya sebab mendapat simpati ramai.

Kalau tak jumpa pengantin, ralat jugak aku dengan Cfu datang dari jauh. Kenang jasa aku ni, Lini. Harus jamu aku makan besar lain kali.


Ambik gambar dekat-dekat, budget boleh curik seri pengantin lah, lagi nampak muka sembap dan tembam ada lah.


Aku lah Sizuka di kalangan adik-beradik Giant. ahah.
Semua stok tinggi-tinggi sampai nak cecah pintu gerbang bunga tu. Aku sorang yang takat cecah bahu Lini.


Tahniah Lini dan Abu!
Cepat-cepat dapat baby! Ko dengan Abu tu pun bukannya muda lagi. Lain lah aku ni. Muda remaja sentiasa. :p


Banyak lagi entri carca merba aku ni sebenarnya.

Tapi, simpan dulu lah. Peram dalam beberapa hari lagi.

Untung-untung, keluar nanti dah jadik cencaluk.

Nantikan Pukal. Siri tiga lah pulak.

Tuesday, November 25, 2008

Pukal.

Mana nak mula, yer?

Banyak sangat cerita yang dijanjikan tak sempat nak dikongsi. Semua gara-gara janji manis Streamyx yang hanya pandai menanam tebu di tepi bibir. Baik. Aku dah cakap macam Karam Sigh Walya. Semua gara-gara Streamyx.


***


Satu.

Dah hampir dua bulan menjalani kehidupan suami isteri. Dah mula serasi dalam banyak perkara. Tak lagi bergaduh pasal jenama sabun basuh. Tak lagi terjaga malam pasal dengkuran. Tak lagi rasa marah bila lihat banyak 'lingkaran' baju atau seluar bersepah-sepah kat atas lantai mahupun di atas sofa. Padahal, bakul baju kotor betul-betul ada kat sebelah 'lingkaran' tuh. Beginilah hidup berdua. Masing-masing ada kerenah dan kebiasaan sendiri. Perlu banyak toleransi. Paling penting, menerima pasangan seadanya, memahami dan sedia memaafkan.


Bertahun-tahun bercinta, tak bermaksud kita dah betul-betul memahami pasangan kita.

It takes two to tango.



***


Dua.

Orang-orang tua selalu kata, "orang nak kahwin, murah rezeki".

Pada mulanya, kami pun tak percaya kata-kata nih. Tapi, apabila dah alami sendiri, kata orang tua memang selalunya betul. Macam orang lain jugak, kami tak pernah rasa dah bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga. Baik dari segi mental, fizikal dan kewangan. Paling parah, pasal kewangan tuh la. Tapi, bila DIA dah tetapkan, rezeki untuk kita berkahwin dah sampai, maka adalah bahagian untuk kita. Dalam kelam-kabut buat persiapan perkahwinan dulu, makin murah rezeki kami. Ramai pulak yang bermurah rezeki sponsor itu dan ini. Alhamdulillah. Oh ye, untuk makluman, kami bukan artis!

Paling tak disangka, Cfu dapat macam-macam job interview sepanjang tempoh kelam-kabut tuh. Walalupun kerjaya tetap Cfu sebagai pensyarah kolej swasta dah cukup stabil, tapi kami berkira-kira yang usia kami masih muda. Banyak lagi peluang lebih baik terbentang di depan mata dan lebih banyak pengalaman boleh ditimba. Sebab tu lah, dia masih mohon mana-mana jawatan yang boleh bagi tawaran yang lebih baik dari segi pengalaman, bidang kerja dan semestinya, gaji yang lebih lumayan.


Bekas student Cfu yang cuba menjadi lebih vogue daripada aku. Sampaikan aku rasa, aku lebih 'nampak student' berbanding dorang. eisyy.


Bersama para pensyarah kolej swasta yang muda belia. Dan jelitawan.


Dalam kenangan.


Kebetulan nak dikata sebagai rezeki orang kahwin, Cfu dapat tawaran kerja baru beberapa hari sebelum kami diijabkabulkan. Walaupun bukan lagi dalam bidang akademik, ia tetap suatu bidang kerja yang baru untuk diterokai dengan sepenuh hati. Alhamdulillah, aku turut menumpang tuah kerja baru nih. Dapat ikut Cfu ke sana-sini. Sementara tengah belum kerja ni lah, kan. Dia sibuk berkursus induksi, aku menghabiskan duit kompeni. Kompeni baru Cfu sangat mengutamakan kebajikan pekerja. Aku tumpang bahagia. Nanti, boleh beranak free kat hospital swasta. :p

The power of dreams. yeah!


Tapi, masih ada perkara yang tak berapa best. Tempat kerja Cfu sekarang kat Petaling Jaya. Agak jauh dari rumah kami di Puchong. Nak duduk PJ, living cost agak tinggi. Nak makan pun kena catu nanti. Apatah lagi nak ber broadband.

Dia pergi kerja, matahari belum naik, balik kerja matahari dah terbenam. Aku sangap duduk sorang-sorang kat rumah. Belajar mengait. Tipu. Belajar menghafal jadual siaran TV. Aku masak pun start pukul 5 petang. Kira macam skip lunch lah. Bagus jugak. Diet secara tak sengaja.

Rezeki untuk kami, mungkin juga rezeki untuk orang lain. Ada kekosongan jawatan di tempat kerja lama Cfu. Tapi bukan jawatan pensyarah la. Sesiapa dalam bidang IT dan berminat, boleh hantar resume. Gaji boleh negotiate. Lelaki diutamakan sebab banyak melibatkan kerja teknikal.


***


Tiga.

Baru lepas kahwin, terus pindah masuk rumah bujang Cfu kat Puncak Kinrara. Apartment tingkat 5. Aku yang belum sembuh chiikugunya, memang parah lah naik turun tangga. Dah nama pun rumah bujang, hidup pun macam orang bujang jugak lah. Masak nasik jer, lauk beli kat mapley pasal takde dapur lagi. Tidur atas tilam bujang, depan TV, bergelimpangan kat ruang tamu. Sangat bujang.

'Rumah bujang' kami.


Dah nak masuk sebulan, kaki aku dah tak boleh tahan memanjat tangga tinggi-tinggi setiap hari. Manjang cramp jer. Salahkan chiikugunya. Cfu pun dah tak sanggup lihat aku menderita lagi. Dicarikan rumah yang lebih selesa untuk kami mulakan hidup berkeluarga. Oh, saya sangat terharu lah, awak!

Dari puncak, kami turun sikit. Kat Bukit Kinrara. Kurang sikit laa tinggi nya. :p Masih memilih apartment memandangkan kami hanya berdua, rumah besar sangat kang, bergaung pulak bila bercakap. Dah rezeki kami, dapat lot ground floor. Kawasan kejiranan sini lebih selesa. Sangat family-oriented. Fasiliti lengkap. Security pun bagus. Sistem perparitan cemerlang. hahaha.


Rumah kami. Syurga kami.


***

Empat.

Kami dah ambil kata putus. Cfu bidang swasta. Aku masuk gomen. Nak merasa nikmat bonus gaji 6 bulan yang kompeni swasta biasa bagi. Tapi, dalam masa yang sama, mesti ada salah seorang yang kerja dengan kerajaan untuk jaminan masa hadapan. Juga mudah nak buat pinjaman. Government price itu satu diskaun hebat yang tak boleh dilepaskan.

Maka dengan sebab itu, aku masih menganggur menanti untuk ditempatkan di mana-mana politeknik ataupun kolej komuniti yang sudi menerima aku. Dah cuba nak pecahkan kontrak dengan sumber biasiswa aku. Tapi, dorang mintak RM 200, 000 sebagai ganti rugi, penat lelah dorang, menatang aku bagai minyak yang penuh selama tempoh belajar di universiti dulu. Kadang-kala, datang jugak rasa menyesal. Kalau tahu terikat macam nih, sampaikan nak masuk jadi pensyarah universiti pun tak boleh lepas, aku terima jer PTPTipu tuh. Walaupun jumlah pinjaman yang aku layak terima, tak lepas pun yuran semester.

Kan dah kata tadi, setiap orang ada rezeki masing-masing. Dah ini bahagian aku. Aku tetap bersyukur dan redha. Tunggu lah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan panggil nanti. Ada lah rezeki aku di mana-mana. Insyaallah.


***


Lima.

Jangan ingat aku goyang kaki saja.

Seperti ada sesetengah kawan yang tahu, Cfu ada buat kerja sambilan. Online business. Jual jersi dan Jus Intra (jus herba). Tapi, yang jus herba tuh tak berapa aktif dah pasal kena kerja sepenuh masa untuk hasil yang memuaskan. Jadi, kami fokus pada jualan jersi dulu. Aku dah dilantik sebagai P.A merangkap kerani setelah permohonan jawatan 2nd director tidak diluluskan oleh beliau. hehe.

Kerja aku senang jer, senaraikan tempahan berserta butir-butir pelanggan. Lepas tu, make sure ada stok, bungkus, dan pos. err... bahagian ke pejabat pos, Cfu yang buat. Aku malas nak ambil nombor dan beratur. Dapat lah dalam lima puluh RM seminggu sebagai upah.

Ok, ok.

Kadang-kadang lebih lima puluh. Kan ke aku nih bini bos. Suka hati aku la nak mintak upah berapa. Bankrap bisnes laki aku camnih. hahaha. Aku memang keji.


Tengok! Aku adalah seorang kerani yang sangat berdedikasi. ngeeee.


Target customer kami adalah yang berada di luar Malaysia sebab kami jual jersi replika dan orang-orang luar Malaysia susah nak dapat stok replika gred A++ pada harga berpatutan. Lagipun, masyuuk sket laa kan. Rate USD. Tapi, kalau ada member-member yang berminat, kami jual jugak dalam RM. Boleh tempah mana-mana jersi yang disukai. Kalau kosong, bawah RM 30. Kalau ada nama, mahal sikit lah kan. Kalau berminat nak bid, pergi sini. Make sure kamu ada paypal, ok. Baru boleh jalankan urusniaga.

Suka diingatkan, bisnes ni kami jalankan secara kecil-kecilan je dan tak ambil untung lebih-lebih. Syukur pada Allah, sekecil-kecil bisnes nih jugak laa yang banyak membantu isi duit poket kami sejak dari dulu lagi.


***


Enam.

Memandangkan gambar kahwin dari jurugambar profesional masih belum siap, ingat nak sambung buat sneak peek lagi lah nanti. Gambar amatur je lah.

Entri terpanjang setakat ini.

Pheww!!