Wednesday, January 14, 2009

Belasungkawa.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhirnya kat telinga sebaik saja aku selamat diijabkabulkan tempoh hari, sewaktu aku salam dan kucup tangannya,


"Tahniah, Ziha. Jalan dah ada. Tinggal nak mencoraknya je macam mana. Siwo sentiasa doakan yang baik-baik.."

(Baca : Siwo adalah kata ganti nama diri 'Pakcik' atau 'Makcik' yang lebih tua dari ibu atau bapa kita dalam versi bahasa Jawa.)


Tanggal 12 Januari 2009, aku dapat berita Siwo dan isteri kemalangan di Pekan, Pahang sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Tinggi, Johor. Kemalangan yang telah meragut nyawanya dalam sekelip mata. Pada usia 53 tahun, dia pergi dalam keadaan kami semua masih tidak bersedia untuk kehilangannya.

Dalam perjalanan pulang untuk menziarahi jenazah, kenangan manis semasa Arwah masih ada muncul satu-satu di ruang ingatan.

Sewaktu aku belajar di asrama penuh di Kota Tinggi selama 5 tahun dulu, dia menjadi 'ayah' aku di sana.

Sewaktu aku masih bergelut nak sesuaikan diri dengan dunia asrama, setiap hujung minggu, kalau tak dibawak aku balik ke rumahnya, dia tetap akan datang menziarah.

Bila tekak aku masih tak boleh terima nasik kawah dewan makan asrama, dibawakkan makanan kegemaran aku waktu tu; sambal tumis kupang.

Sebelum balik, mesti dititipkan dengan beberapa not Ringgit Malaysia serta kata-kata semangat dan motivasi, sambil menggosok-gosok kepala aku; perkara yang biasa dia lakukan setiap kali aku salam dan kucup tangannya.

Dan setiap kali tu jugak, aku yang konon-konon sangat menjaga personaliti diri masa kat sekolah dulu, secara automatiknya akan cakap, "Siwo ni. Habis rosak tudung orang." sambil mencebik dan disambut hilai tawa Siwo yang 'meriah' dan cukup popular dalam kalangan keluarga kami tu.

Kalau dia datang sekolah dan aku pulak takde, sibuk pergi pertandingan debat sana sini ataupun aktiviti lain, dia mesti tinggalkan jugak sesuatu untuk aku, berserta nota yang biasa aku terima,


"Kepada Siti Markonah. Siwo datang tadi tapi Ziha tak ada. Good Luck dalam pertandingan. Jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa solat. Dah dapat ni nanti, jangan lupa telefon.
Daripada : Siwo, Bandar Mas."



(Baca : Siti Markonah adalah nama gelaran aku kat sekolah suatu masa dulu semasa menyamar dalam minggu orientasi. Sudahnya, nama tu lah yang selalu jadik nama timang-timangan untuk aku oleh Siwo masa kat sekolah dulu.)


Dalam keluarga Mak, Siwo dianggap sebagai ketua keluarga selepas kematian datuk kami. Dia jugak adalah wali kepada adik-adik perempuan Mak yang lain. Sebab dia adalah anak lelaki yang paling tua walaupun dia yang nombor 3 daripada 12 adik-beradik.

Walaupun pegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang besar, dia tetap macam Siwo yang aku kenal sejak aku kecik dulu. Sentiasa ceria, suka ketawa besar, penyayang, pantang jumpa karaoke dan tak pernah sekali pun aku nampak dia marah. Dia jadi tempat rujukan adik-beradik Mak untuk ambil sebarang keputusan. Dia jugaklah jadik penghibur kala semua orang berkumpul, berhimpit-himpit seramai 12 keluarga di rumah nenek.

Tiba-tiba semalam dia dah tak ada.

Rasa macam satu kehilangan yang sangat besar. Bukan bagi isteri dan anak-anaknya saja, malahan, bagi keluarga besar kami. Mungkin jugak turut dirasai oleh orang-orang sekeliling yang mengenalinya.

Sebab tu lah kata Mak, sewaktu jenazah Arwah masih lagi di bilik mayat Hospital Pekan, ramai saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, jauh dan dekat, datang menziarah. Kemudian, semuanya menyusul hingga ke Simpang Ampat, Melaka; tempat Arwah dikebumikan. Kami semua setia menunggu sehingga jam 2 pagi sambil mulut tak henti-henti sedekahkan fatihah dan yassin untuk Arwah.

Sebelum solat jenazah, aku seka air mata dan kucup pipi serta dahinya. Masih terasa lagi sejuknya. Walaupun terlibat dalam kemalangan maut, wajah Siwo tetap sama macam semasa hayatnya. Takde sikit pun calar mahupun luka.


Dan seperti biasa, dalam qiamnya, dia sentiasa tersenyum untuk semua.


Allahyarham Mohd. Nandari bin Hj. Ahmad
(1956 - 2009)



Damailah kau di sana, di sisi Tuhan Yang Maha Esa, dalam hati kami, kamu sentiasa ada.


Al-Fatihah.



HER : Rasa terkilan sebab tak sempat nak berkunjung ke rumah Arwah sejak lepas berkahwin.

20 comments:

  1. Takziah diucapkan...

    Sesungguhnyer setiap apa yg terjadi telah ditentukan olehNya..

    Sebagai hamba kiter perlu byk bersabar dan redha dengan Qada dan Qadar yg telah ditetapkan...

    Innalillah Hiwainnalillah hirajiun...Amin

    ReplyDelete
  2. takziah to u & ur family :( its devastating to hear bad news like dis.

    ReplyDelete
  3. condolenses..

    words wont heal any wound, i know..

    n nobody really ever gets over a person's death..

    but he's at a better place now..

    ReplyDelete
  4. takziah xeea n ur family to0...

    aku paham perasaan ko.aku pnh mengalaminye 5 thn lepas..

    Tiada yang kekal dalam dunia ni kan..Tuhan lebey menyayangi nya..
    Kita harus melepaskan dia supaya dia aman di sana..:)

    al-fatihah...

    ReplyDelete
  5. sorry to hear that....
    salam takziah buat ziha n keluarga....
    Tuhan lebih menyayangi beliau...

    ReplyDelete
  6. nyaris2 nak mengalir air mata ni bila baca entry ni
    dpat i bayangkan camne perasaan u
    mesti u amat close ngan arwah
    bila kehilanga, mesti lagi terasa
    jgn la rasa terkilan sebab tak dpt nak dtg berkunjung ke rumah arwah
    dia pasti paham...
    dan semoga arwah akan tenang di sana
    amin

    ReplyDelete
  7. takziah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  8. Sis, tabah kn diri sis.
    Yg pergi ttp pergi.
    yg hidup ttp kne truskn.
    takziah ye.
    Al fatihah.

    ReplyDelete
  9. ziha..takziah ye...
    semoga roh nya ditmptkan
    di golongan org² yg beriman..
    amin...

    ReplyDelete
  10. thanks for all warm wishes.
    he's such a BIG lost for us.

    pray for our strength.

    ReplyDelete
  11. kak..
    takziah..
    kitorang kat cni pon terkejut sgt dpt brite tu..
    abah kita kawan arwah..arwah kalo nk mancing,sk amek umpan kat abah kite
    =)
    akk knl ckgu jamiatun?
    dl..ckgu jamiatun jiran kite n awrah adelah 2 3 kali g umah ckgu jamiatun..
    arwah myb knl kite as'anak ckgu johan'
    takziah ye..
    semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 y beriman
    =)

    ReplyDelete
  12. anon & sitiazliza >> thanx. do email me your contact details.

    i am too curious.

    please.

    ReplyDelete
  13. Takziah ziha...
    Parents aku sampaikan berita sedih ni aritu.. Tp br arini dpt peluang bc blog ni..

    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg soleh & beriman..

    ReplyDelete
  14. bukanhampir nk mengalir air mata..tp dh mengalir pun..sedihnya..takziah xeea..Tuhan mmg syg org yg baik..

    ReplyDelete
  15. mrsantuz : jumpa abah ko kat hospital pantai hari tu. 2 bas dtg dr jauh ziarah makcik aku. thanx.

    aziyana : air mata ni dah kering agaknya.

    ReplyDelete
  16. ni angah ni...maklumlah aku x rjn wat bnde2 yg perlu kemahiran teknikal ni,tu yg aku pki akaun anep ni,die le pakse aku bace blog ko nie...
    mule2 aku bc entri pasal adik mok.huhu.menitik air mate aku doh.br je pas buli die td x bg tido.haha.biasela...sibuk sgt nak salam org...=p
    pas2...aku bace pasal siwo..kalau ko nak tau,selain adikmok,balqis and farah anak cikeni...akula ank sedare yg last jumpe siwo...ank sedare last yg siwo usap kepale...ank seda last yg siwo pesan blaja rjn2...ank sedare last yg siwo bg note RM20 hinggit...ank sedare last yg salam n kucup tgn siwo...walaupun aku x dpt blk mlake ms kebumi n kenduri...aku ade same2 jenazah d hspital pekan n dpt tgk jenazah slps d bedah siasat..... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  17. glory united aka angah mok:

    aku pulak bergenang air mata baca komen ko ni. tsk tsk

    ReplyDelete
  18. Ziha, aku br tau ni.
    Allahu Akbar.. aku sedih dgr.. smoga arwah dirahmati Allah

    ReplyDelete
  19. ummu,

    dah nak dekat setahun arwah pergi. tp sampai sekarang kami satu famili sentiasa terasa kehadiran dia.

    alfatihah.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.