Wednesday, April 29, 2009

Si Bongsu Kesayangan.

yeay 015

Adik Nani kuchit. Hari ni, genap usia Adik 15 tahun.


Pagi-pagi lagi aku dah kepoh hantar SMS kat semua ahli keluarga. Ingatkan hari ni birthday Adik. Jangan lupa belanja dia makan KFC. Dia bukan peduli benda lain pun.


29 April 1994.

Sampai bila-bila pun aku takkan lupa.


Pada usia kandungan pramatang 7 bulan setengah, Mak mengalami tumpah darah. Adik hampir lemas dalam perut. Mak terpaksa menjalani pembedahan segera. Ingat lagi, aku ponteng sekolah agama semata-mata nak tunggu Mak kat luar bilik pembedahan bersama dengan Abah dan Angah. Abah ajak makan pun aku tak mahu. Nak tunggu Mak dan Adik keluar dulu.


Hampir 4 jam menunggu, ketua jururawat keluar. Sebelah tangan dia menggendong sesuatu. Dia panggil aku, "Meh tengok adik awak ni." Dengan penuh rasa teruja sebab pertama kali nak tengok rupa adik yang baru lahir aku meluru lari tak toleh kanan kiri. Adik-adik sebelum ni lahir, aku tak pernah tahu, tiba-tiba je dah ada adik lagi. Lepas dibelek-belek, tak nampak pun muka Adik, "Tak nampak pun misi. Mana adik kite?"


Adik kecik sangat. Nak dibandingkan dengan berat kami adik-beradik sebelum ni yang semuanya 3 kilo ke atas, berat dia cuma 2.4 kg. Lepas dibalut dengan selimut hijau, memang tak perasan yang jururawat tu tengah menggendong Adik. Rilek je bawak sebelah tangan pulak tu. Muka Adik masa tu warna merah jambu. Betul. Tak tipu. Pink sangat. Sebab tu bila dah besar, dia sangat putih kot.


Tak berapa lama lepas tu, barulah Mak diusung keluar. Doktor suruh kami panggil nama Mak, biar Mak sedar. Tapi, Mak masih high dengan bius pembedahan. Dia bo-layan je. Siap tepis-tepis tangan Abah masa Abah usap pipi dia. Bila cerita balik kat Mak, sampai ke sudah tak nak mengaku.


Sampai rumah, semangat gila aku bukak buku SENARAI NAMA ANAK-ANAK SOLEH & SOLEHAH. Propose kat Abah nama Hanani yang bermaksud belas kasihanku, kesayanganku. Abah setuju. Terus daftar nama NOOR HANANI. Cahaya kesayanganku. Sebab tu lah dia menjadik kesayangan semua kot. Baru sehari Adik takde kat rumah, pergi rombongan atau camping kat sekolah, satu keluarga akan rasa macam satu kehilangan besar. Sikit-sikit mengeluh, "Bila Adik nak balik ni." Padahal Adik tak pernah pedulik pun semua orang rindu kat dia. Dia lagi suka berjalan sana sini.


Masuk umur 10 bulan, Adik diserang demam panas sampai kena sawan. Akibatnya, ia beri kesan pada otak. Adik mengalami masalah lewat perkembangan dan pertuturan. Sejak tu, kalau ada perkembangan terhadap proses tumbesaran Adik, kami akan raikan dengan gembira macam menang loteri je lagaknya. Umur 2 tahun, Adik baru boleh berjalan, Abah bawak kami jalan-jalan ke Langkawi. Umur Adik 5 tahun, pandai sebut Mak, Abah, Along, Angah, Abang, Yan. Abah belanja Pizza. Begitulah seterusnya.


Masuk alam persekolahan, Adik ditempatkan dalam kelas Pendidikan Khas atas arahan pakar perubatan. Mulai saat itu, kami sekeluarga mula beri perhatian terhadap segala macam perkara berkaitan dengan Pendidikan Khas. Projek tahun akhir Sarjana Muda aku pasal Autisme dan Disleksia. Dan kajian diteruskan secara lebih detail oleh Cfu masa projek tahun akhir dia. Sambung Sarjana, aku kaji pulak pasal teknologi dalam bidang Pendidikan Khas. Bila Mak sambung belajar, dia pun buat kajian pasal perkembangan dunia Pendidikan Khas. Adik-adik yang lain pun sama. Semua lebih menjurus ke arah Pendidikan Khas.


Kami sama-sama berusaha membantu diri sendiri untuk membantu Adik.


Sekarang Adik dah 15 tahun. Dah masuk sekolah menengah Pendidikan Khas dan pegang kad Orang Kurang Upaya (OKU). Sebab Adik, sewa bil telefon talian tetap rumah hanya RM2 sebulan. Sebab Adik, cukai pendapatan kami kurang. Sebab Adik jugak, aku dapat tukar dari Kuching ke Semenanjung.


Apa yang lebih penting, sebab Adik, kami sekeluarga lebih memahami dunia dan perasaan OKU. Dia mengajar kami sekeluarga erti susah-payah berdepan dengan kata sinis orang tentang kecacatan, meraikan setiap detik perubahan positif yang berlaku dalam hidup, mensyukuri setiap nikmat hatta sekecil kuman pun dan melihat suatu kekurangan sebagai kelebihan yang tak dipunyai oleh orang lain.


Betullah kata orang, selagi kita tak punya ahli keluarga OKU, kita takkan ambil pot pun pasal keperluan dan kesusahan mereka.


Buat Adik, walaupun aku tak tahu bila dia akan pandai membaca entri ni, aku mahu dia tahu, kami semua rasa sangat bertuah sebab memiliki dia dalam hidup kami. Macam kata pensyarah penyelia aku sewaktu aku ceritakan pasal Adik dulu,


"Jangan rasa susah menjaga Adik awak. Dia lah yang bakal bawak awak satu keluarga yang dah bersusah-payah membela dia, masuk syurga kat akhirat kelak. Sebab dia dikira sebagai ahli syurga. Tak punya dosa."



HER : Nak kena tunggu diri sendirik bergelar OKU baru nak sedar kot, agaknya.

Monday, April 27, 2009

Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum, Masuk Pesisir Air Menyelam-lah :p

Aku masih bernyawa.

hoho 043

Di Bandaraya Pesisir Air nan indah permai ni.


Terima kasih semua atas titipan kata-kata semangat yang membina. Sekejap je rasa tersentak macam terhantuk kepala. Lepas tu, ok dah semua. Bertenaga! Terima kasih jugak kepada biskut Tiger biskut tenaga :p


Pendedahan yang lebih banyak terhadap sistem pentadbiran dan P&P kat politeknik, latihan mengajar sebelum ni pun kat dua buah politeknik, bila tiba-tiba dihantar ke kolej komuniti, kena pulak jadik pegawai perintis kolej cawangan, mana aku tak rasa sentap. Siap rasa macam nak meraung, haa!


Masuk hari kedua dan ketiga, aku dah kembali ke alam nyata.


Boleh tahan kronik jugak lah nak sesuaikan diri mula-mula. Dengan masalah bahasa lagi. Melopong je mulut aku menganga kalau tak faham diorang cakap apa. Tak percaya, tanya Cfu. Tiap-tiap hari aku mengigau mimpi buruk dikejar apek tua gila sampai tolak-tolak dia dengan sekuat hati masa tengah tidur. Mujurlah dia gagah perkasa, dapat menangkis serangan raksasa yang mengamuk di luar sedar. ehem. Tak biasa dengan tempat baru lah kononnya.


Tinggal dengan mertua?
Alhamdulillah.
Aku ditatang bagai minyak yang penuh sampai melimpah-ruah.


Kamu, si menantu dan bakal menantu sekalian, jangan saiko kan diri dengan menonton cerita Matahari dan Mertua vs. Menantu lagi. Lebih baik tengok Wanita Hari Ini dengar ceramah Dr. Fazilah Kamsah pasal menambat hati mertua. Dapat pahala.


Selain dua ekor anak kucing bernama toyol-yang-suka-sangat-gigit-ibu-jari-kaki-perempuan-jelita, takde anak lain yang boleh dibela oleh ayahbonda mertua di rumah. Terpaksa lah aku jadik anak (menantu) emas. Baru beberapa hari kat sini, perut aku ni dah diisi dengan macam-macam makanan sampaikan perut bagi warning yang dia dah tak boleh nak terima lagi. Siaplah muntah, cirit-birit segala. Mesti sebab banyak sangat makan sotong-gemuk-ada-telur bakar. Gila sedap woh. Aku terlalu jakun tak pernah makan sotong segemuk tu sampaikan diri sendiri hampir menjadik gemuk.


Oh, semalam pulak aku makan coconut jelly. Satu lagi keajaiban dunia pesisir air yang buatkan aku rasa jakun nak lagi, nak lagi.


Malam tadi jugak merupakan malam pertama aku tidur memeluk anak patung anjing; si Luna setelah sekian lama diabaikan. Serius. Nikmatnya tetap tak sama dengan perasaan memeluk seorang lelaki gagah perkasa walaupun ada sedikit bonchet. Takde lagi kucupan selamat pagi di dahi dan cium bau segar suami peliharaan selepas mandi. aumm. err.. ter-18 sx pulak.


Akibat tidur sorang-sorang, mengigau lagi dikejar apek tua gila.

hoho 047

Sehari sebelum jadi pemastautin Bandaraya Pesisir Air.

Rindu rumah manis rumah saya.

T__T


Ada lagi akibat lain. Selain tidur sorang-sorang, bila jalan sorang-sorang, aku disangka sebagai student dan dingorat tanpa segan-silu oleh student jugak. Macam biasa, layan yang hensem dan wangi je. Yang lain, tolak tepi :p


Kata mereka, aku pensyarah paling muda, sebab tu nampak macam student. ehem. Kembang semangkuk. Terpaksa angkut handbag ke hulu ke hilir dan sarung tumit tinggi untuk bezakan aku dengan student. Tapi, kalau duduk kat stok-stok student yang pakai baju liplap sambil usung Guess atau LV cap Pasar Payang, memang tak boleh nak buat apa. Kena gantung surat nikah kat leher kot baru orang percaya yang aku ni bini orang.


Sudah sudah.


Budak-budak bawah umur, pergi ambik buku, belajar. Besok nak periksa. Kau baca blog 18sx ni dapat apa. Jangan lupa baca doa sebelum menjawab. Jangan meniru. Dosa. Dengar cikgu pesan, ni. Tak berkat nanti * rasa macam best pulak bila dalam tangan ada kuasa keberkatan*


HER : Siapa silent reader KKKT nih? Ngaku cepat. Hadiah misteri menanti anda. haha

Thursday, April 23, 2009

Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Bapak.

Hari pertama lapor diri.

Antara yang pertama sampai.
Pengarah ucap tahniah, pegawai gred DH 41 pertama mula kerja dengan mata pergerakan gaji P1T8.
Tahniah juga sebab menjadi pegawai perintis pertama kampus cawangan.

BUKAN di Kuala Terengganu.
Tapi Kemaman.

Dimaklumkan yang aku merupakan pensyarah pertama lapor diri.
Pertama daripada lima.
"lima".

Sentap.
Bibir aku ketap.
Mata pun berlendir kejap.

Semua harapan melambung tinggi aku lontar ke tepi.

Agak-agak kalau aku kata,
AKU MAHU BERHENTI

Aci tak?
:(

Monday, April 20, 2009

Episod 3 : Diari Seorang Suri Rumah Terhebat – Selaku Babysitter.

Atas nasihat ramai dan untuk hindari masalah kemurungan, aku pun balik kampung tanam jagung. Nak carik kekuatan batin. Ah, mula lah tu. Asal sebut batin je, kamu dah fikir kacip fatimah, tongkat ali, kopi jantan segala. Pasal tu, tak payah sampai nak balik kampung. Kat pasar malam belakang rumah pun ada.


Ni pasal kekuatan batin yang satu lagi; ketabahan hati.

Selain dari DIA, hanya boleh dapat daripada keluarga darah daging sendiri. Satu ciptaan paling ajaib dalam dunia. Keluarga.


Seminggu aku duduk rumah Mak Abah, hilang sikit rasa gundah gulana. Betul kata orang, kalau sedang murung, duduk sorang kat rumah, memang tak membantu langsung. Balik kampung, dengar hiruk pikuk adik-adik, jerit Abah kejutkan bangun subuh dan pekik Mak panggil turun makan; sangat menyegarkan.


Walaupun dalam hati sangat rindu pada lelaki kegemaran di kejauhan yang bekerja keras mencari sesuap nasi. Kalaulah badan ni boleh dibelah dua. Kalaulah aku ada ilmu kage bunshin no jutsu. Kalaulah, kan..


hoho 027Setiap hari, masa aku dihabiskan dengan melayan kerenah si perempuan kecik berambut kerinting besar ni. Asal balik dari sekolah je, takde perkataan lain yang keluar dari mulut dia selain, lapar. Dia jugak punya kuasa mogok yang lagi hebat dari aku tatkala kehendaknya tak dilayan oleh Abah. Tengok je lah senyum lebar sampai telinga dia tu bila mogok nak-air-batu-campur-special-mangkuk-besar nya menjadik.


yeay 034Tak cukup dengan kerenah adik perempuan kecik, kena layan pulak adik lelaki yang tinggi sekali dalam famili. Pagi petang siang malam dinihari, aku dipaksa menghadap sekali main benda alah ni. Tak habis-habis kena belasah sampai bosan asyik kalah bila main FIFA dan Smackdown, sesekali nak jugak aku tunjukkan taring juara bertahan main Super Mario. Tapi, semua orang tak nak layan. Kesian, kan. Kempunan nak menang. tsk tsk.


hoho 033Dah penat main Street Fighter sampai muntah darah, aku angkut dia pergi Proton showroom. Saja nak sibuk-sibuk sekali bila nampak orang ramai kerumun nak test drive Exora *tak sedar diri pegang status penganggur berhias* hurm. Boleh tahan lah. Iras-iras Innova sikit, macam Grand Livina pun iya jugak, pendek kata, rekabentuk MPV memang tak boleh lari banyak lah. Sesuai lah untuk kamu yang merancang untuk punya 5, 6 orang anak.


Baru seminggu tinggalkan rumah atas jagaan sang suami, kepulangan aku semalam disambut dengan bersepah-sepah jenazah lipas yang menemui ajal secara berjemaah. Menyirap darah naik kat kepala, terus aku menyeringai,

APA NI, BIEY?
SIRI PEMBUNUHAN SECARA BERAMAI-RAMAI KAH?
ADA BUAT PAKATAN DENGAN KETUA LIPAS LAGI KAH?
YOU TAK SAYANG I LAGI KAH?

Bertubi-tubi kau kena. Tercungap-cungap nafas aku. Dan, macam biasa, dia buat muka kucing siam untuk menghadapi bini yang menjelma jadik raksasa gorgon, mencungap-cungap jugak nak menjawab,

"err.. Tak. Tak. Tak tau la sayang. Orang tak bersalah."

Itu baru seminggu.

Kamu bayangkan je lah kalau 2 minggu?
Atau 3 minggu?
Sebulan?

Jadik zoo negara agaknya. Siap gajah, serigala, memerang semua boleh jumpa. grrrrr. Nasib baik kamu seksi dan wangi, wahai suami. Nasib baik jugak cintaku ini tak berbelah bahagi.

hoho 035Sebagai hukuman, aku paksa dia potong rambut Beatle yang bagai menggunakan rawatan minyak panas kesayangan dan menjadi kebanggaan tu kat salun nyonya. Kau buatlah muka kucing siam ke, kucing parsi ke, takkan dilayan. Rasakan. kah kah kah *ketawa raksasa*


hoho 038Kalau kamu dah pandai jahit langsir untuk rumah sendiri, barulah namanya seorang isteri sejati lagi mithali dan menjadik kebanggaan suami walaupun gemar menjelma jadik raksasa jelita.


hoho 040Dah beritahu dulu, lagi stress, lagi aku banyak makan. Berat dah naik beberapa kilo. Badan membesar bagai johan. Terhegeh-hegeh haa aku skipping 100 kali sampai semput sambil menonton filem Jessica Alba sebagai sumber inspirasi. ehem. Lepas 5 minit, baju basah kuyup dek peluh, aku dah telentang kepenatan. Biasalah, mentaliti orang malas bersenam; keluar peluh sikit, sakit badan sikit, dah kurus lah tu.



HER : Ke hadapan suami peliharaan yang kini berambut helmet err.. ala geek, candle light dinner jom. Tinggal 2 hari je lagi ni T_T

Tuesday, April 14, 2009

Syukur, Sayu, Senyum, Sentap, Syahdu. Simpan semua dalam SATU.

Entri ini mengkhabarkan dua berita dalam satu.


Lumrah biasa, kita mesti nak tahu yang baik-baik dulu sebelum mendengar yang kurang baik. Dengan harapan, mampu kumpul kekuatan daripada berita baik untuk menghadapi berita kurang baik.


Berita baik.

Selepas berhempas-pulas, jual minyak, tadah telinga, panjat tangga, tebalkan muka, jumpa entah-siapa-siapa, diiringi tawakkal solat hajat mohon pada-Nya, usaha kami berbaloi akhirnya. Sukacita dimaklumkan, tempat posting aku telah dipinda dari Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia. Berkuatkuasa mulai 23 April 2009.

Jutaan penghargaan penuh rasa kecintaan buat suami peliharaan yang tak jemu berikhtiar dan tabah memelihara isterinya yang mengalami sakit jiwa sejak hari kejadian. Terima kasih juga atas nasihat, cadangan, bantuan, sokongan moral dan doa daripada keluarga serta kamu semua yang ada di sini; sahabat yang dikasihi.

Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Dari Malaysia Timur, aku dipindahkan ke pantai timur. Dari seberang Laut China Selatan ke bandaraya pesisir air; Kuala Terengganu.

Pertama, aku bersyukur. Dekat sikit mahu berulang KL - Terengganu berbanding KL - Kuching. Paling tidak pun, tengah bulan kot-kot sesak takde duit, boleh jugak naik bas. Kalau kat Kuching nun, KAU NAK BERENANG KUAK LENTANG?

Kedua, bersyukur lagi sebab makan duduk, berak cangkung di rumah ayahbonda mertua. Tak perlu risau kos sara hidup akan naik nak tampung kehidupan rumah tangga di dua lokasi.


Berita kurang baik.

Tetap jauh daripada celah ketiak suami yang wangi :(

Tiada lagi momen emas buat saya. (Pembaca Isu BUMPER Kahwin mesti faham apa maksud 'momen' ni.) Di Terengganu, hari AHAD adalah HARI BEKERJA. Hujung minggu pada hari Jumaat adalah sangat aneh, ok! Cuma ada hari SABTU untuk meluangkan masa berkualiti bersama suami. Itupun, kalau dia tak dipanggil bekerja tiba-tiba. Aku akan rasa hiba berganda-ganda.

Tiada lagi dating berhujung minggu berebut-rebut makan ais krim strawberry cheese cake. Tiada masa untuk bertanding berenang kuak anjing tiap malam dalam kolam renang depan rumah. Tiada peluang tunggu depan pintu sambut dia pulang dari kerja. Tiada lagi percutian percuma mengekor dia out-station. Ah Soh si nenek bongkok tiga pun mesti macam terpinga-pinga bila tiada lagi orang mensidai muka menegur dia tiap kali pulang dari membeli ikan.

*dah mula rasa rindu dengan semua perkara*

Jangan berangan mahu makan Cinnabon dan pretzel coklat kegemaran. Kalau mahu roti paung panas (nama asal roti 'paun' yang telah dialihsuara) dan keropok lekor 007, bolehlah tempah, sebut je mahu berapa. Sumber hiburan yang ada hanyalah Mydin Mall, Giant dan Pasar Payang untuk hilangkan gian membeli-belah sampai pengsan. Panggung wayang carik kat celah mana pun takkan jumpa.

Macam ni, aku akan lebih cepat menjadi bosan dan tua T__T

benci. benci. benci. benci. benci. benci. benci. seratus puluh ribu kali ganda benci. Rasa macam mahu bunuh diri. *nangis kuat-kuat sampai tumbuh mata panda*

Dan, bakal bermula era hidup baru yang digeruni oleh kebanyakan wanita iaitu tinggal sebumbung dengan mertua. Pernah dengar tak orang kata, bila jauh bau wangi, dekat bau tahi? Semoga aku akan sentiasa wangi seharum kasturi atas pengorbanan ni.

Pohon didoakan agar aku terus kuat. Sungguh, bukan ini yang aku rancangkan. DIA juga yang Maha Menentukan.

Apa-apa pun, dalam titis air mata yang mencurah dan sakit jiwa yang kian reda, aku sentiasa bersyukur.

Terima kasih, Tuhan.

* * *

HER : Sakit telinga + sakit hati dengar cakap-cakap orang yang tak pernah cuba untuk faham situasi ni. Belum kena kat batang hidung sendiri, memang sampai bila-bila pun takkan tahu macam mana rasanya, kan?

HER lagi : Berita kemalangan ngeri bas ekspres hari ni, buat aku fikir 1000 kali nak ulang-alik tiap minggu jumpa suami naik bas. Ada aku merentas desa KL -Terengganu, kang.

lagi-lagi HER : Peringatan untuk diri sendiri jugak, manusia mana pernah puas.

Friday, April 10, 2009

Jiwa Serapuh Kaca.

Air mata aku sangat murah sejak akhir-akhir ni.

Mudah je tumpah atas sebab satu-satu perkara. Sampaikan pasal benda yang yang tak masuk akal pun boleh buat kan aku menangis semahu-mahunya. Stok sampai sedu-sedan haa. Berikut adalah contoh situasi yang boleh buat aku sebak dan menangis tiba-tiba ;


1. Masak asam pedas tak menjadik. Terlalu cair.

2. Baru lepas jemur baju, tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

3. Tidur terganggu oleh gigitan nyamuk atau suhu bilik terlalu sejuk sebab orang-yang-forward-email-SUAMI BOROI TANDA BAHAGIA (?) pasang air cond powerful mode pada suhu paling rendah tanpa mempedulikan teman sekatil sedang menggigil di sebelah.

4. Tonton rancangan kegemaran sorang-sorang kat ruang tamu dan dalam masa yang sama suami peliharaan sedang berdengkur atas riba.

5. Sang suami masuk tidur dulu tanpa menitipkan kata-kata cinta mahupun ucapan wajib dan paling ringkas dalam dunia; SELAMAT MALAM SAYANG.

6. Tertidur tanpa menggosok gigi dan mencuci muka.

7. Tak tahu nak masak apa.

8. Takde sebab. Tiba-tiba rasa nak menangis kuat-kuat bila rasa sunyi kat rumah. Rindu kat Mak Abah dan adik-adik.

9. Tengok kalendar, makin hari makin hampir hari melapor diri untuk bekerja. Makin hampir hari untuk tinggal berasingan dan jauh dari suami hak cipta terpelihara.

10. Menonton rancangan The Biggest Loser.



Bagi yang tak tahu, The Biggest Loser adalah rancangan realiti pasal orang yang mengalami obesiti berusaha turunkan berat badan dengan bimbingan jurulatih bertauliah di Hallmark channel. Setiap hari aku tengok cerita ni. Tak tahu lah kenapa. Rasa macam terinspirasi dengan semangat kental dan usaha tangga kejayaan peserta. Kagum.


Satu lagi yang aku perasan, setiap peserta punya jiwa yang sangat sensitif. Nampak berat turun 5 pound, menangis. Terpaksa hantar kawan pulang, menangis. Tak dapat makan karbohidrat tinggi, menangis. Kena tekan tubi 10 kali, menangis. Tak boleh kawal nafsu makan, menangis. Cerita pasal keluarga, menangis.


Pendek kata, mereka memang sangat sensitif.



Cfu kata, dia sangat memahami perasaan orang berbadan besar macam ni sebab satu ketika dulu, dia pernah mengalaminya. dan macam nak jadik lagi, je :p Dia kata, orang gemuk memang sangat sensitif. Hati mudah tersentuh. Sebab tu mereka mudah menangis. Mungkin bukan semua tapi, kebanyakannya lah. Sebab tu mereka seboleh-bolehnya cuba menjadi happy go lucky untuk menyembunyikan sifat terlalu sensitif tu. Hakikatnya, hanya mereka dan Tuhan saja yang tahu apa yang dirasa. hurm.


Semakin hari, aku semakin sensitif.
Jumpa lipas mati dalam sinki pun boleh buat aku menangis.

Adakah ini petanda bahawa aku sedang mengalami obesiti ?


HER : Mungkin perlukan lebih banyak pil sonulut.

Thursday, April 9, 2009

Percutian Percuma memang Sorga.

Awal-awal aku beritahu ni, destinasi percutian kali ini adalah Pulau Pinang Pulau Mutiara. Malas nak berteka-teki macam kisah bulan madu di Bali dulu :p


Kos percutian kali ni ditaja sepenuhnya sebab Cfu menang hadiah cabutan bertuah di syarikat tempat beliau bekerja. Selaku isteri mithali yang tempatnya adalah sentiasa di sisi suami, dah semestinya aku turut serta. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.


penang 010Pengalaman pertama memandu sendiri ke Pulau Pinang. Dulu, dua-dua pergi sana naik rombongan bas sekolah. Maka, potensi untuk SESAT mencari jalan adalah sangat tinggi. Bersedialah untuk menghadapi adegan gaduh bertarik rambut dalam kereta yang mengerikan.


penang 017Tambah mengerikan apabila di kiri dan kanan jalan sentiasa dihidangkan dengan pemandangan sebegini.


penang 019Perjalanan penuh onak dan duri itu berakhir juga apabila,

“Oh. I can see the light!”


penang 018 Simbol yang menunjukkan kami berada di jalan yang benar.


penang 015Dah sampai Perak, wajiblah merasa Rendang Tok + Lemang + Ketupat Daun Palas yang enak tak terperi ini. Sampai ke hari ni masih terasa lagi.


penang 025Omaigod! Omaigod! Aku sedang melintasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.


penang 026Sekali lagi. Omaigod! Omaigod! Aku sedang melintasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ok. Ok. Next, please!


penang 021Auto City. Betul- betul lepas exit tol Juru. Tempat wajib dikunjungi oleh para penggemar kereta dan pekerja bidang automotif. Juga penggemar gadis litar berpayung.


penang 033Lepas tu, jangan lupa singgah Batu Feringgi untuk beli Tshirt sepuluh ringgit yang ada tulis WELCOME TO PENANG ISLAND sebagai buah tangan.


penang 030Dah pakai Tshirt WELCOME TO PENANG ISLAND sesuailah lepak kat sini menikmati pasir putih tepi pantai, ombak menghempas, awan nan membiru, awek mat saleh berbikini opss terlebih sudah.


penang 029Seterusnya, isi perut dengan menu tak boleh tidak dirasai iaitu Laksa Penang special yang boleh didapati di warung tepian pantai pada harga dua ringgit lima kupang.


penang 039Dah sampai Penang, wajiblah pergi sini, kan? Kang orang kata kita berangan pergi dalam mimpi pulak.


penang 064Untuk naik keretapi yang bergerak pada kelajuan 10km/j ni. Yang memakan masa setengah jam untuk naik, setengah jam juga untuk turun. Boleh khatam tonton satu siri cerita Heroes.


penang 068Muka teruja nak naik buat pertama kali dalam hidup. Dengan semangat waja pergi beli tiket berharga RM16 untuk perjalanan dua hala bagi dua orang.


penang 041Bila dah naik dan berada 400++ kaki daripada paras laut, hilang hah segala muka keterujaan tadi dan digantikan dengan muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi.


penang 043Subhanallah. Saujana mata memandang!

Gambar ini diambil untuk ditunjukkan kepada orang yang buat muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi tadi sebab sepanjang dalam tren, dia tak toleh sikit pun ke bawah, sibuk berpeluh pegang besi tak nak lepas. Kepada encik suami peliharaan, kamu adalah dalam kerugian sebab tak dapat menikmati pemandangan ini secara live. Mujurlah ada isteri mithali yang tolong ambilkan gambar ini dengan penuh kasih sayang untuk tatapan kamu :p


penang 049Orang yang buat muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi sedang cuba kontrol macho. Padahal kaki dia tak habis menggeletar lagi. Pening kepala nak pengsan pun masih ada. Lebih malang, aku tak bawak pulak losyen mustajab pati halia.


penang 051Gigih buat aksi mimik muka pelbagai bagi melegakan dan kembalikan semangat suami peliharaan yang hilang sebab gayat melampau. Memang isteri mithali betul. aisyy.


penang 044Nampak tak jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang aku lalu tadi? Memang panjang tau! Sebab tu aku punya tahap jakun pun agak panjang sikit.


penang 071Dah jumpa fridge magnet untuk tambah dalam koleksi, barulah boleh pulang dengan hati yang bahagia. Kalau tak, aku paksa suami peliharaan tawaf satu pulau tanpa mempedulikan perasaan gayat beliau.


penang 024 Macam biasa, kita sudahi dengan foto tipikal pasangan suami isteri yang perasan masih muda belia ada hati nak ambil gambar macam budak-budak zaman sekarang. ehem.


Ok. Tipu.

Masih mau main tipu lagi. Rasa macam tak surprise je kalau tak main tipu-tipu manja dengan kamu :p


Bukan hadiah percutian sempena cabutan bertuah. Sebaliknya, pergi mengekor Cfu ke sana atas urusan kerja. Betullah percutian percuma, kan? dan ia memang sorgaaaaaaaaa!



HER : Rasanya, ni lah kali terakhir dapat ikut Cfu out-station kot. Lepas ni, aku sendiri dah sibuk kerja. Jauh pulak tu :(

Friday, April 3, 2009

Perempuan Mana yang Tak Suka Dingorat oleh Jejaka Berpotensi, kan?

Gara-gara satu kawasan kejiranan tempat tinggal terputus bekalan elektrik tempoh hari, aku terpaksa angkat kaki, mintak izin suami untuk keluar. Walaupun perlu bersusah-payah memandu kereta kebal gear manual milik suami peliharaan, aku sanggup. Tak kuasa nak duduk berlengas, bosan tak ada TV dan internet kat rumah.

Mana lagi nak dapatkan penghawa dingin secara percuma pada waktu tengah hari yang begitu menyegat sejak berlakunya pemanasan global sekarang ni, kan? Dah tentu pusat membeli-belah yang tersergam indah kat depan rumah :p

Sampai-sampai je, terus masuk restoran makanan segera yang terdekat. Beli meal set paling murah. Duduk kat individual seat. Makan laju-laju. Berlagak macam kera sumbang. Tak mahu bersosial dengan orang di kiri dan kanan.

Tiba-tiba.. saspen nih. saspen.

Dari jauh kelihatan, susuk tubuh seorang jejaka yang tegap lagi tinggi. Struktur muka sangat maskulin. Iras pan asian sikit. Siap ada macam jambang halus yang nampak samar-samar je. Rambut kemas ber-Brylcreem.

Kat hati dah terdetik,
'pergh. Tinggi. Tough pulak. Muka pun boleh blah. Cayirrr cayyirr'

Kejap-kejap macam istighfar,
'uishh. Kau tu bini orang. Jaga mata. Jaga perangai. No more flirting.'


Tapi, ekor mata sibuk ushar lagi mamat tadi kat kaunter. (Nafsu. Mana ada manusia sempurna. Pantang tengok yang berdahi licin. Tapi cinta ku hanya untuk suami. Sepenuh hati. ehem.)

Aku analisis pakaian dia. Kemeja lengan panjangnya dilipat sikit, tali leher kurus, seluar slack hitam. Tengok jam, pukul 12.30 tengahari. Baru balik kerja half day kot. Takpun, keluar lunch. Tak pun, tengah ngulor.

Tengah aku sibuk mentafsir guna sekelumit ilmu psikologi yang ada, alih-alih dia toleh. Betul-betul kat aku. Bertentang mata kejap. pergh. dup dap toksah cerita lah. Senyum pulak. Mak aih. Gugur jantung, weih!

Tak habis lagi dup dap dup dap, boleh pulak mamat tu angkat tray dia, datang kat aku. Berdiri betul-betul kat sebelah tempat aku duduk. Apa lagi. Pura-pura tak nampak lah. Cover line makan burger secara gelojoh sampai meleleh sos cili kat mulut.


err.. sebelah u ni, ada orang tak?
(Sopan je dia tanya sambil senyum. Nampak lesung pipit halus. Gugur lagi jantung aku!)

uhuk. uhuk. Takde.
(Buat-buat batuk tutup mulut cover line nak lap sos yang meleleh sambil geleng kepala.)


Masa dia duduk sebelah tu, hidung kecik dan tak mancung aku ni, dah tangkap bau sesuatu. Menusuk jugak lah. Tercarik-carik jugak dari mana. Pusing kiri kanan depan belakang, sah, datang daripada mamat sebelah. Jenama minyak wangi apa lah yang mamat ni pakai. Gila kuat bau dia.


u sorang je ke?
(Tiba-tiba dia bukak mulut. Taktik nak ngorat la tu, dalam hati aku cakap. Siapa tak suka kena ngorat dengan laki hensem, weih! Lagi pulak bini orang macam aku yang dah off the market ni. Aku dah mula sengih-sengih gedik.)

ha'ah.
(Aku jawab sepatah sambil angguk kepala. Jual mahal, beb. Dalam masa yang sama, hidung ni macam dah terkulat-kulat tahan bau yang kuat tadi. Hidung aku ni memang sangat sensitif terhadap bau terlalu wangi mahupun yang sebaliknya. Aku dah mula pening-pening lalat.)

tinggal kat mana?
(Semakin galak dia bertanya.)

kat opposite ni je.
(Jual mahal lagi. )

oooh. Dekat je. U tak kerja ke hari ni?

(Dia serkap jarang berdasarkan kepada tshirt dan jeans yang aku pakai kot. Sambil tu, mata dia dok ushar jari manis aku yang togel tak bercincin berlian mahupun belah rotan masa tu.)

Tak.
(Masa ni dah malas nak jual mahal. Sibuk fikir ayat nak tamatkan perbualan sebab otak aku macam dah dapat tafsir bau apa yang datang daripada jejaka tinggi lagi tough di sebelah ni.)

u kerja apa? Kat mana?
(Dia masih tak putus asa.)

Suri rumah sepenuh masa.

(Aku jawab sambil senyum penuh makna.)

laaaa. Dah kahwin ke? Mudanya..
(Dia membalas. Lepas tu, terus senyap. Makan makanan dia laju-laju sampai habis. Masa nak bangun dan tinggalkan restoran tu, dia cuma senyum kat aku tanda mintak diri.)


Lepas dia beredar, baru hidung aku rasa lega. Baru boleh bernafas menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida seperti biasa. Macam baru lepas dapat CPR.


Nak tau bau apa yang menusuk hidung tadi?
Bau ketiak.
eekkk.

It's a MAJOR turn off, boy!


Moral cerita,

1. Biar muka berminyak, asalkan badan tak berbau.
2. Flirting tanpa kebenaran suami, akan menerima padah. Tuhan bayar secara cash kat situ jugak. ouch. ouch. ouch.
3. Don't judge a book by its cover.



HER : Tak kisah kalau dalam handbag takde compact powder tapi jadik menggelabah bila deodorant tertinggal atau terlupa nak pakai.

Wednesday, April 1, 2009

Episod 2 : Diari Seorang Suri rumah Terhebat - Koleksi Pertama yang Menggiurkan.

Meneruskan entri tribute untuk jawatan suri rumah sepenuh masa yang dipegang dalam tempoh tak berapa nak lama dah ni.


Ini lah sedikit sebanyak hasil pertapaan di dapur kecik untuk mengubati virus penyakit ganjil sejak mula bergelar suri rumah sepenuh masa. Kebanyakannya, resipi yang aku reka sendiri dan resipi keluarga turun-temurun. Main belasah je apa yang ada. Apa yang penting? Kerjasa.. err sedap.


Ini baru koleksi pertama. Banyak lagi yang akan menyusul. Kagum tak kagum. uhuk uhuk *mata berkaca-kaca terharu dengan usaha tangga kejayaan sendiri*


Cakap banyak tak guna. Sila lah mengelap cecair saliva yang bakal menitik demi melihatkan koleksi gambar-gambar yang menggiurkan ni. Apa, kamu ingat, George Clooney sorang je ke yang menggiurkan? Ini lebih ghairah, ok. Sila tetapkan iman masing-masing. Jangan sampai keluar darah daripada hidung.


yeay 011

Ikan Pari Bakar.

Menjilat jari. pergh. Tak boleh nak kata apa lagi lah. Nak menangis haa makan hasil masakan sendiri :p


yeay 012

Sayur Chap Choy.

Warna warni. Penuh khasiat. Sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak. wah wah. Belum ada anak lagi, dah siap-siap ada resipi nak masak untuk anak. Gila berpandangan jauh lah.


DSCN8232

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa a.k.a Sweet Sour

Hah! Jangan kata orang ada penyakit ganjil tak reti masak lauk all time favorite masa keluar makan besar bersama keluarga ni. Sampaikan kalau beli bawal je, mesti Cfu suruh masak sweet sour. Asal sweet sour je, mesti ikan bawal. Nak beli siakap, tak mampu.


none 226

Mi Goreng Hailam.

Campur je segala kicap yang ada. Kicap pekat. Kicap kipas udang. Kicap sos tiram. Kicap cina. Kicap tamin. Jadik lah resipi mi kicap ni. Berkuah sikit. Makan pun macam slurppp slurpp gitu. ya. Sila telan air liur secara banyak.


none 016

Pucuk Ubi Masak Lemak.

Masakan kampung yang paling aku suka. Agak complicated sikit lah cara nak memasaknya. Nak kena rebus dulu. Tos dan perah betul-betul bagi keluar segala rasa pahit. Nak kena cincang lagi. Baru boleh masak. Jangan lupa lawankan dengan sambal belacan. Punya teruja sebab menjadik, siap tapaw bawak balik kampung. Bila Abah kata LULUS, memang kembang hidung kalah serombong kapal.


Nasi Goreng Daging + Sup Bebola Ikan.

Resipi yang dicipta oleh Cfu. Dia cipta pakai mulut je. Yang pening nak membuatnya, akakkkk jugakkk! Goreng dulu daging dengan bahan-bahan tumis sampai masak tau, baru masukkan nasik. Nak lagi sedap, peram dulu daging dengan black pepper dan serbuk sup. pergh. Memang terangkat bontot i told you!


Menggiurkan bukan?


Tengok perut suami peliharaan je, kamu dah boleh tahu betapa penyakit ganjil aku ni bukanlah satu halangan untuk dia membesar secara sihat dan kuat :p



HER : Silap haribulan, lepas lucut jawatan suri rumah sepenuh masa nanti, koleksi yang menggiurkan ni akan dipenuhi dengan Sardin masak sambal. Sardin goreng. Sardin rebus. Sardin bakar. Sardin masak tiga rasa, sadin, sadin, sadin..