Tahun 2010 aku dimulakan dengan penghijrahan dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Masih lagi jauh dari pelukan suami peliharaan. Bermula pulak episod tinggal menyewa seorang diri kat apartment chalet tiga bilik. Cfu tak kisah berhabis tiap bulan semata-mata nak bayar sewa, asalkan dia rasa isterinya selamat di tempat orang.
Kan dah memang tanggungjawab suami ; sentiasa melindungi.
Terima kasih, suami.
Awana Kijal. Home alone for 3 months :(
Dalam pada susah-payah mengharungi rutin hidup di tempat baru, kami dikejutkan dengan khabar gembira yang tidak dijangka. Maha gembira. Saat ini, aku semakin mengerti akan besarnya pengorbanan seorang ibu. Biarpun diuji dengan pelbagai alahan, aku tetap tabah mengharungi.
Tiap kesabaran itu ada harganya.
Syukur, proses rayuan pindah aku berjaya. Itupun setelah puas Cfu berusaha naik turun kementerian, berulang alik Kuala Lumpur- Kemaman dan tak lupa jugak jumpa ustaz alim ulamak sampai ke Utara ikhtiar tolong doakan.
Mencurah bakti di tempat baru.
Kata Cfu, selain daripada tahun kelahiran Alfiy Hafeez dalam hidup kami, kalau boleh, dia mahu buang tahun 2010 dari rentetan peristiwa hidup. Kerana, pada tahun ini jugak, keluarga kami dah boleh diumpamakan seperti ‘siswazah hospital’.
Bermula dengan aku, pada tempoh awal minggu kehamilan hingga lah ke usia 9 bulan kandungan. Hospital swasta dan kerajaan, di Terengganu mahupun Selangor, semuanya aku dah merasa.
Biarpun payah, ia tetap indah :)
Betul-betul pada hari lahir aku yang ke –26, Ayah mertua pulak menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut jantung Negara(IJN). Berkampung kat IJN, makan bulan jugaklah lamanya.
Dalam tempoh yang lebih kurang sama, Abah pulak diserang penyakit lelah. Seminggu jugaklah ‘bertapa’ kat hospital. Elok je Ayah mertua dan Abah kembali pulih, satu-satunya adik ipar aku disahkan menghidapi penyakit fibroid. Berkampung lagi kat hospital sementara tunggu giliran untuk pembedahan.
IJN. Betul-betul ‘berkampung’ hah.
Lagi empat minggu nak cukup 40 minggu usia kandungan, aku ‘kembali’ ke hospital. Kali ni, bukan setakat baring kena cucuk air sebab dehydrated macam yang sebelum-sebelum ni, tapi nak beranak dah!
Tepat jam 9.54 malam 8 Ramadhan, lahirlah buah hati kedua buah keluarga yang menghapuskan segala kisah duka sepanjang 2010 ini. Benarlah, anak itu pembawa rezeki.
Alfiy; usia 3 hari.
Alfiy; hari ini.
Tahun ini penuh warna duka disulami ceria pelangi.
Moga tahun yang mendatang kan lebih berseri.
HER : Jangan pernah kesal atas tiap perkara yang telah terjadi, sebaliknya hargai hikmah yang bakal menyusuli.
usaha tangga kejayaan. mmg berbaloi kan thn 2010 ni? alhamdulillah..syukur..:)
ReplyDeletesuka dengan statement Xeea yang terakhir..
ReplyDeletetahun ni tiada rezeki saya nak bergelar ibu.. harap tahun hadapan menjanjikan sesuatu yang indah.. nanti boleh mintak tips dgn Xeea. =p
namanya kehidupan..ada pahit manis masam masin payau..;)
ReplyDeleteTuhan Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk kita..
selamat Tahun Baru..Haih! bertambah lagi usia..
byk betul rentetan suke & duka sepanjang tahun msg2,
ReplyDeletehehe
tp bile dah tggl semua tu,
rindu plak, tu yg imbas kembali memori2 semua tu,
hehe
alfiy sangat cute.. bila tengok alfiy teringat anak kat rumah.. rupa mereka ada sedikit persamaan.. tang mata tuh.. hehehe..
ReplyDeletebetul tu, setiap yg jadi mesti ade hikmah. Tp dugaan mu amat mencabar xeea...u're strong :)
ReplyDeletesunnguh, jangan pernah menyesal. aturan Tuhan itu lebih indah. hai Alfiy!
ReplyDeleteyup betul tu. Setiap apa yang terjadi mesti ada hikmah nya :)
ReplyDeletebley nak cubit pp Alfiy?? hehe
cute ahh alfiy..meh cium ckit pp tu..mmmuuaaakkks!!
ReplyDeletexkan terjadi sesuatu tnpa izinNya walau sepahit mana pun yg berlaku..
hidup kalau takde dugaan macam tv takde kaler
ReplyDeletetak de feel nak tgk
kalau ada kisah2 mcm ni
kita jadik lagi appreciate segala apa yg kita ada
ada kesah yg buat kita kenang kembali apa yg dsh kita lalui
paling penting
kita belajar something
Hai...Hapis junior....
ReplyDeleteala shomel nye alfiyyyyyyyyyyyyyyy geget geget nyak nyak nyak :D
ReplyDeleteAssalamualaikum,taniah anda success selalu disampaing keluarga,betul anak itu membuka pintu rezeki,pernah salah seorang kawan ayieblog mengeluh kerana sudah penat mencari pekerjaan,selepas menimbang cahaya mata,syukur beliau diterima bekerja sektor swasta :), orang cakap rezeki anak :), hehehe
ReplyDeletemisha :
ReplyDeletealhamdulillah. the best year out of many years for us, kan?
nadia :
keep on praying, dear. He'll hear u :)
noryanti :
happy new year too! no worries, age is just number :p
nano :
kenangan tu lah pengalaman. tak boleh dijual beli kat mana2.
mrs daydeck :
sepet! dolly eyes are overrated. we loves sepet! hee
hanie :
sikit je ni, hanie. ada org lain yg terima dugaan lebih dasyat lagi. apa2 pun, sentiasa bersyukur apa adanya. semua tu mendewasakan :)
wardah :
oh, hye auntie!
juju :
kite je yg tak tahu lagi, kan?
cubit? cannnottttt! mama tak bagi :p
aziyana :
kiss auntie back. for husna too! oppsss!
dayu :
yup. its some kind of learning process. as we go on, we'll keep on learning.
lil blue bird :
hai mama harris!
saloma :
geget? cannot nyak nyakkkkkk! alfiy tak sabar nak belasah makan kat kedai auntie saloma. err.. bapak kepada alfiy :p
ayie :
tu lah. tiap anak ada rezekinya.
so, when is your turn? :p
hi kak xeea. lama xmelawat :)
ReplyDeletecongrats,,comel baby :)
hello auntie syiro :)
ReplyDelete