Aku dan Cfu sebaya.
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka pada usia seawal 24 tahun. Setengah orang kata, terlalu muda. Hakikatnya, Mak aku berkahwin dulu pun pada peringkat usia yang sama. Dapat anak pada tahun berikutnya.
Maka, tak boleh lah nak kata ‘terlalu muda’.
Permulaan kisah rumahtangga kami agak berbeza. Seorang kat pantai Timur, seorang lagi kat wilayah Selangor. Lepas ditolak tambah timbang tara semua, kami ambil keputusan untuk merancang keluarga. Memang sebaik je diijab qabul, malam pertama lagi kami dah berbincang dan setuju untuk mempunyai anak hanya selepas usia 26 tahun. Tapi, kalau Tuhan nak kurniakan lebih awal, kami akan terima dengan penuh rasa syukur dan berlapang dada.
Cecah setahun usia perkahwinan, orang tua mula ‘berbunyi’.
Tapi, kami tetap dengan pendirian dan berpegang pada janji. Kami yakin, Tuhan itu Maha Mengerti. Orang keliling memang hanya akan bercakap perihal yang mereka nampak je. Kita yang melalui, harus lebih tahu. Kedudukan kewangan, lokasi semasa, kestabilan emosi, hubungan suami isteri, hanya kita yang faham sejauh mana tahapnya.
Tanggal 23 Januari 2010.
Genap usia Cfu 26 tahun, aku disahkan hamil. Hadiah hari lahir paling bermakna baginya. Macam terpinga-pinga jugak masa tu sebab tidak disangka langsung. Gusar untuk menghadapi fasa baru dengan keadaan kami yang jauh antara satu sama lain. Namun, Tuhan itu Maha Besar. Rezeki berganda buat kami apabila permohonan pindah aku akhirnya berjaya selang beberapa minggu lepas tu.
Syukur kami panjatkan tinggi melangit.
Diberikan ujian, bersusah-susah dahulu agar kami punya sifat sabar dan belajar erti usaha. Kemudian, dibayar kepayahan yang telah dilalui dengan harga yang tidak ternilai buat kami.
Kadang-kala, bila kita rasa tidak bersedia untuk menghadapi sesuatu perkara, sebenarnya Tuhan tahu kita mampu untuk melaluinya. Tiap kali rasa kecewa bila sesuatu yang telah kita rancangkan tidak menjadi, ketahuilah bahawa Tuhan telah aturkan sesuatu yang lain; yang jauh lebih baik untuk kita.
Ingat lagi gambar ni?
Dan, yang ini?
.
.
.
.
.
Sungguh, perancangan DIA itu lebih baik :)
HER : Bagi yang sedang merancang, tak perlu rasa bersalah, HE knows best. Bagi yang masih mencuba, teruskan usaha, jangan pernah putus asa, there's no one to turn to but HIM.
wahhh..
ReplyDeletesangat sangat menarik.
xeea,
ReplyDeletesy pn pk mcm tu jgk.. kami pun dah setahun kawen, sorg kt kerteh sorg kat bangi.. hari khamis gigih sy blk bangi.. tp lps sy eksiden 3bln lps, turn suami sy plak dtg ke kerteh tiap hari khamis.
skrg hanya mampu bersabar.. igtkn diri sendiri yg Allah dh rancang yg terbaik utk kami.. mungkin Dia nak kasi yg lagi baik nanti..
nice entry =)
ReplyDeletesemua dr Allah, pastinya yg terbaik utk umat-Nya
kite je yg tak tau bersyukur & berterima kasih. =I
waah sungguh tak sangka eik.....
ReplyDeletesesungguhnya DIA Maha Mengetahui segalanyaaaa
lucky no. 1008..hehe..btl2 sabar tu ada ganjaranNya
ReplyDeletebetul la..perncagn tuhan lebih baik
ReplyDeletemasa tunggu husna nk lahir ari tu resah gelisah bila die nk lahir..rupanya2 angka 23 jugk samer ngn umminya..mmg feberet angka..btw mmg xsangka kan
nice number :)
ReplyDeleteAllah maha mengetahui segalanye kan
seronok nye. alhamdulilahh..
ReplyDeletekami masih menanti rezeki yang satu itu..
1008 yg plat keta tu kebetulan ke mmg dpt ziha? best kan 1008? august babies!:)
ReplyDeletesetuju.sesungguhnya Allah perancang terbaik.
ReplyDeletekami dah 2 tahun kawin, tapi masih menanti rezeki yang satu itu.doakan kami..=)
i was born on 10.08 ;)
ReplyDeleteyeah, it is THE lucky number.
yalah, beli ke num plat tu?
Kadang-kadang kita tak sedar yang semuanya memang dah dirancang dari awal pun :)
ReplyDeleteRs addicted je nak bc entry akk ni. & u r rite! Perancangan Tuhan itu lebih baik. Pya nak baby awal tp belajar tak abes lg. Then, dah nak abes belajar br dpt tau preggy. Hepi sgt2! =)
ReplyDeleteyeah...mmg xdirancang...semua kebetulan...sama mcm sy, smua mmg kebetulan..
ReplyDeleteawal kawen - cdg2 nak kawen dlm umo 24 @ 25 thn...alih2... angka 24 tue tarikh sy kawen dlm usia 23 thn & 25 tarikh sy sanding...
mcm xeera gak dpt beli keta dpt no plat 4119 rupa nya bila dibelek2... angka 4 mewakili April angka 19 lak tarikh hubby birthday... mcm 4/19...
n now paling xsangka2 dapat baby pada angka yang sama gak cuma baby mewakili angka 1 so, bulan 4 tuk 2 birthday boy's huhuhu.. 4-April (1)-baby (19)-hubby
u'r lucky one xeera...=)
hik...no yg sgt2 unik. Dia lebih mengetahui :)
ReplyDeletekite sebagai hamba hanya berdoa dan usaha jer
saya silent reader akk...nice entry..sgt tersentuh hati coz saya dan hubby mmg PJJ dr awal lg..baru 6 bulan kwen mcm2 dugaan..hope kekuatan cter akk dpt mempositifkn saya utk hadapi hidup ini...
ReplyDeletenadia :
ReplyDeletekan? perancangan Tuhan tu mmg menarik!
fara :
kite dulu kan teman sePJJ, kan? sy takkan lupa akan susah payah nya. insyaallah, sampai lah rezeki awk nanti.
sharena :
manusia mana pernah cukup, kan? sbb tu nak kena selalu diberi ujian, supaya tak lupa daratan. huu
mun :
DIA dah rancang dari awal lagi, kite je yg tak tau :)
k suzie :
sabar dan usaha. kita yg pernah melalui sgt faham makna nya kan, kak?
k yana :
sama lah. alfiy tak kisah pun keluar awal sebulan. asalkan dapat 1008. hahaha
luv like this :
kita hanya mampu merancang je. after all, HE will do the decision.
aida :
your turn will come. sabar dan teruskan usaha :)
sha :
try mintak, bole dapat pulak. mkid raisya pun 1008 kan? betul2 jodoh ni. hahahaha *tak habis-habis*
farhana :
mudah2an akan datang pulak rezeki yg satu tu kat awak dan suami. jgn putus asa :)
ummu ahmad :
wah, u pun 1008 babies!
hidd :
tu lah. it's already written.
sophie :
kebetulan yg sangat bagus timing dia, kan? mcm tau-tau je. tu lah. Tuhan dah rancang siap2. hanya yg terbaik utk kita :)
zue :
u got lucky number too!
btw, it's xeea not xeera. heee
hanie :
agree. insyaAllah dimakbulkan olehNya.
dyah :
it's a long way to go. being PJJ only a small part but it will takes like forever. sabar. take it positively.