Selamat datang, Tahun Ular.
Kali ni, tak buat entri Kompilasi 2012 macam tahun-tahun sudah kot atas sebab-sebab berikut :
- Tahun yang biasa-biasa saja. Takde perkara tergempar yang perlu digembar-gemburkan melainkan berat badan yang naik secara me-roket selepas berhenti fully breasfeeding.
- Arkib Xeatopia bagi Tahun 2012 adalah yang paling SEDIKIT berbanding tahun-tahun sebelumnya. Nampak sangat penulisnya dah kurang nafsu menternak blog.
- Tuntutan kerjaya lebih banyak over shadow kemahuan untuk ber-blog.
- Dah seminggu jengah tahun baru, dah basi nak buat entri yang patut siap seminggu sebelum masuk tahun baru.
- Malas.
Nah, sebab terakhir tu yang paling relevan, sebenarnya. heh.
Walaubagaimanapun, antara pencapaian terbesar dalam Tahun 2012 adalah kami berjaya memiliki rumah sendiri. Biarlah sekecil mana, nilai harga berapa, rupa bentuk bagaimana dan letak duduk nya di mana pun, asalkan hasil titik peluh sendiri, ia tetap jaaaauhhhh lebih selesa berbanding kita duduk menyewa rumah orang. Sakit nak bayar ansuran tiap-tiap bulan pun rasa berbaloi sebab dah namanya rumah sendiri, kan?
Syukur, Ya Allah.
Pada hemat aku, pengalaman pindah masuk ke rumah pertama dibeli sendiri, yang mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup ni, wajar mendapat tempat di sini. Buat kenang-kenangan abadi, katanya. Maka, beberapa hari sebelum masuk tahun baru, aku dan Cfu ambil cuti panjang, nak sambut Tahun Baru kat rumah baru, kononnya. Berbekalkan beberapa orang ‘buruh kasar’ bertauliah berserta semangat juang tinggi, kami pun pulun lah berpindah ke kawasan kejiranan baru …
Inilah ‘buruh kasar’ bertauliah yang dimaksudkan. Jangan marah ye, adik-adik kesayanganss! Love korang banyak sangat. Nanti gaji hujung bulan, ai bagi upah Pizza sorang sekeping, okeh.
Nampak tak si mandur kecik tengah buat apa?
Orang lain sibuk membasuh dan mengemas, dia pulak sibuk mengukur tangga. Sia-sia mak melabur pasang pagar custom made tu, hah! *histeria*
Tengok lah tu. Dia sorang je yang bergembira di kala orang lain dah nak terkulai kepenatan.
Elok je siap basuh rumah, orang lain baru siap-siap landing nak berehat, dia lah orang pertama yang berkerohhh dulu! cheit.
Begitulah serba sikit sekitar hari pembersihan ‘syurga’ baru kami.
Sekarang ni, masih lagi dalam proses penyesuaian di tempat baru. Malam pertama tidur kat rumah baru memang tak nyenyak lah. Selang sejam asyik terjaga je. Macam-macam fikiran berlegar kat kepala. Siapa suruh layan Hantu Kak Limah sebelum tidur, kan. Padan muka.
Pohon doakan yang baik-baik, ya.
Semoga tahun ini membawa 1001 rahmat dan keberkatan buat kita semua. Jangan pernah putus asa sekiranya azam tahun lalu tidak kesampaian, mudah-mudahan kita sentiasa diberi masa untuk mencuba kali kedua, dan seterusnya.
Mistakes are sometimes the best memories :))
HER : Stay tuned at Organizing Thing for more updates on our home sweet home!
lepas ni deco2 pulak....yeahaaa
ReplyDeleteOngkosnya udah yilek...yeahaaaa
Deletewahh.cantik lah rumah:))) nanti share pasal deco umah eh,..sebab i suke bab2 deco ni.hehe. btw,slm kenal...saya ain, this is my blog ...http://soulain.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks thanks! Just visit your blog. I pun baru nak berjinak2 in home decor ni. Baru nak kaji kot2 ada bakat terpendam yang belum tercungkil lagi. LOL!
DeleteFeel free to visit my other blog dedicate esp for home organizing & decorating : http://organizingthing.blogspot.com
Jumpa di sanaaaaa!
cantiknya rumah... area mana ni xea?
ReplyDeleteThanks awak! Kat Bandar Bukit Puchong.
Deletetahniah. nmpk besarnya rumah. x sabar nk tgk dah fully furnished pulak ^^
ReplyDeletepaling suka klu org cerita psl rumah. deco rumah etc
Thanx! Standard double storey je. Cuma memanjang ke belakang. Belum ade perabot, Ena. La ni dah letak sofa, meja makan bagai, penuh jugak rasa.
DeleteAlhamdulillah.. bestnya dah ada rumah sendiri.. tak sama dengan rumah orang/rumah sewa.
ReplyDeleteSyukur... Memang pun. Biarlah tak seberapa, asalkan harta sendiri. Bulan2 bayar dapat kat diri sendiri. huu
DeleteAlhamdulillah pencapaian besar 2012 kita sama ..huhu..betul tu xea..sakit cemana nak bayar monthly rumah berbaloi sbb rumah sendiri...tak kesah la uma baru ke..2nd ke..lelong ker..janji rumah kita sendiri...besa ke,kecik ke.. luas ke tak luas ke...tu semua rezeki masing2..selamat berkemas yer n mendeco umah..:)
ReplyDeleteWhoaaaa congratz to you too!
DeleteWell said. Tak kisahlah macam mana rupa pun, kan. Asalkan ada satu buat jadik aset.
Aihhh Xeea, terus rasa menyesal sbb tak beli rumah double storey
ReplyDeletehahaha
Alhamdulillah, walau sekecil mana pun, bila ianya atas hasil usaha sendiri, rasa puas.
lorrr... its ok. Kecik pun rumah sendiri, kan. Aset tu.
DeleteNeway, masa masih ada. Boleh target double storey pulak lepas ni. Tapi nak kena cepat, harga rumah makin melambung! Scaaaryyyy
cantiknya rumah awakkkk!
ReplyDeleteselamat mendeco, can't wait for my own house jugakkkk! :D
Thank you, awakkkk!
DeleteMemang kemaruk nak men-deco je sekarang ni, fulus nya je tak berapa nak kemaruk nak ada. haahah
Congrats babe! Besar rumah.. Xsabar nak ada rumah sendiri jugak.. And perhaps ada home deco stories... ;)
ReplyDeleteThank you! InsyaAllah, deco stories semua banyak buat kat blog satu lagi organizingthing.blogspot.com
DeleteTahniah Xeea! Cantik sgt rumah awak walau belum habis deco. Hehe.
ReplyDeleteThank you thank you!
DeleteRasanya, sampai tahun 2020 pun tak habis deco lagi. ngehehehe
nanti kalau buat kenduri doa selamat rumah baru jemput i tau datin hhahahhaha
ReplyDeleteowhhhh, no worries, datin. I buat kecik-kecik je nanti. Apalah sgt tumbang kambing golek sekor. eh? :D
DeleteZiha, dah pindah rumah baru eh? Congrats! and cantikkkk! Confirm lepas ni siang mlm dok pk nak kemas rumah jeee and weekend activity is full with visiting home deco premises. Trust me!
ReplyDeleteThank you thank you! Takyah tunggu weekend, hari-hari biasa pun, asal ada masa lapang sket, dok study katalog kedai perabot. hahahaha
Deleteteringat dulu ada org google rmh baru afziha...nah this entry is for them :p
ReplyDeletemmg best sgt perasaan memiliki rmh sendiri,kan?
LOL! Siapa lah gerangan orang tu ye. hihi.
DeleteAlhamdulillah, this is the best feeling ever after dapat anak. hehe mudah2an murah rezeki selalu, dapat bonus pun selalu, rancak sikit nak mendeko rumah :D
Wah...tahniah kak Ziha...Seronoknya...tak sabar pulak nak tunggu rumah sendiri siap..hehe...nnti kalau buat house warming, jangan lupa jemput saya yer...:-)
ReplyDeleteThanx! Awak beli rumah era mana Nurul?
DeleteTade nak warm-warm kan house pun. Area sini dah sedia ada warm. hehehehe InsyaAllah, ade rezeki lebih, ade lah nanti.