Tuesday, October 14, 2014

Hari Minggu #15 : Swiss Garden Damai Laut.

Rezeki anak-anak, kawan Cfu bagi voucher penginapan 3 hari 2 malam kat Swiss Garden Damai Laut, Lumut Perak. Tengok kat Agoda, paling murah pun boleh dapat dalam RM 250 per night. Inikan pulak dapat free 2 malam. Rugi sangat weh nak dilepaskan. Biarpun tengah ‘kopak’ sebab pergi seminggu lepas raya, tapi gigih jugak laa meredah sana sebab voucher dah nak expired. heh.

 

P1080946

Petang tu lepas ofis hour terus gerak ke Lumut. Jauuuuhhhh mak oiii nak sampai. Letaknya agak pedalaman. Dah nama pun ‘damai’, takkan kat tengah bandaraya pulak, kan.

 

P1080948P1080954P1080957P1090103P1080962

Dan, macam berbaloi ko jalan jauuuuhhh ke pedalaman sebab Swiss Garden Damai Laut ni besar gila. Like really HUGEEE. Ada macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Nak memancing, berkayak, archery, cakap je lah nak buat aktiviti apa, semua pun ada. Takde lah mati kutu biarpun duduk ceruk pedalaman nun. Ala, tapi kalau dah sangap sangat, keluar sikit, boleh jumpa Aeon Manjung. Sebesar-besar shopping complex hah.

 

P1080965P1080966

Café pun besar dan makanan semuanya sedap tapi tak banyak variasi sangat lah. Malam ada barbeque buffet dan ada jugak restoran Thai pada yang nak makan ala carte. 

 

P1080980P1080982P1080983P1080986P1080987P1080992P1090003P1090002P1080998P1090008

Kebanyakan masa dihabiskan dengan melepak anak-beranak kat swimming pool. Ada 2 jenis swimming pool. Satu untuk apartment residents, satu lagi untuk hotel guest. Dua-dua pun besar. Tapi pool kat hotel lagi best aa sebab overlooking the beach. Dengan angin sepoi-sepoi, pokok kelapa menghijau, burung berkicauan, memang fefeeling Maldives aa. Kalau yang duduk apartment dan nak mandi kat pool hotel, kena bayar tapi depends kat budi bicara pool guard tu jugak. 

 

P1090112P1080969P1090115

Nah, the best part of all. A private beach. Conquer anak-beranak je. Anak-anak main istana pasir, makpak bercanda di pasiran pantai. Sembang pasal angan-angan, duit turun dari langit, cita-cita masa depan, mengarut hal-hal yang tak berkaitan, tak payah pikir pasal kerja dan masalah duniawi segala. Gelak, ketawa, bertepuk tampar, smooching *opss* Only you and me. ewah. Tak ke syok tu. Best gilaaaaaaa, kot!

 

P1090118

Puas lah si Alfiy dan Aisya berkubang dengan pasir. Happy bukan main. Ye lah, diorang boleh buat sepah dengan bahagia, takde siapa nak marah.

 

P1090122P1090123P1090126P1090127

Kitorang bagi 8/10 bintang untuk Swiss Garden Damai Laut. Puas hati dan seronok lah senang cerita. Sangat sesuai untuk pergi buat melepas lelah, lupakan hal kerja dan just enjoy the nature. Entri lepas ni, cerita pasal aktiviti hari berikutnya, ok. Kite nak pergi pulau, yeayyyyy!

 

* Mommy’s Tips *

  1. Jangan lupa apply sunblock for kids. Alfiy dengan Aisya ni habis kena lumur dengan mak dia pun tetap sunburn jugak.
  2. Seludup tupperware ke apa-apa bekas la masa breakfast kat café untuk tapaw bubur bagi yang punya baby lebih kurang sebaya Aisya. Chicken porridge dia sedap sangat!
  3. Hati-hati main kat private beach Swiss Garden Damai Laut ni sebab ada jellyfish!
  4. Kalau ada playpen sendiri kat rumah, better bawak siap-siap sebab playpen kat resort ni tak berapa semenggah rupanya.
  5. Sila bawak bekal megi sendiri sebab kedai runcit dalam reosrt ni lebih banyak jual bikini dari megi. Lulz

 

 

HER : Setiap kali tulis entri pasal bercuti, mesti hati ni meronta-ronta nak bercuti lagi, pleaseeeeeeeeeeeeeee. Workload sekarang memang melampau tahap infiniti.

Friday, September 5, 2014

Pengantin Merdeka.

Pejam celik,  pejam celik, lap-lap tahi mata, tup tup dah masuk September.

 

Alhamdulillah, selesai sduah satu acara besar dalam keluarga kami. Macam-macam acara berlaku sepanjang Ogos ni sebenarnya, tapi nak susun entri satu-satu entah sampai Ogos tahun depan belum tentu siap. heh. Jadik, aku dahulukan entri bersejarah dulu lah, ye. Macam biasa, aku suka ambik gambar secara random. Takde subjek spesifik. Layankan je lah, ye. Lama dah tak belanja korang gambar banyak-banyak macam ni.

 

10562943_827580443933413_8516982382300984665_n

My little sister is officially off the market. tsk. Tak tahu lah nak happy ke, nak sedih ke camana. But seriously, we had mix feelings. Maklumlah, hilang dah ‘bibik’ sorang yang banyak tolong babysit Alfiy dan Aisya selama ni. ekekeke

 

Akad Nikah (29 Ogos 2014)

Majlis dilangsungkan mengikut Johor + Jawa style.

 

Maksudnya, ‘rewang’ secara berjemaah. Dari siang ikan, melapah lembu kambing, masak nasik kawah, sampai la ke basuh pinggan periuk belanga semua adalah secara bergotong-royong beramai-ramai. Takde istilah duduk goyang kaki, order katering, sambil melawa sambut tetamu datang sesaja.

 

P1090201P1090219P1090203

Kalau orang luar, atau yang tak biasa, akan rasa penat 44 hari pun tak hilang kot. Tapi, majlis style rewang macam ni memang meriah dia lain macam. Kalau sesiapa ada peluang, join lah. Sebab aktiviti rewang macam ni, makin lama dah hilang ditelan zaman.

 

P1090227P1090239

Selaku kakak sulung, sibuknya aku dah macam mak pengantin! Abah lantik aku jadik ala-ala wedding planner gitu. Merangkap mak andam hias bilik pengantin dan gubah hantaran sekali. Mau mak tak sibuk umpama lebah (busy like a bee) Oh, kredit kat Aty Bukan Bidadari atas ilham frame bunga 3D kat kepala katil tu. Aku punya ni versi bajet. Pakai cucuk bunga kat gabus je. Pagi sebelum majlis akad nikah tu berpeluh ketiak aku pulun nak siapkan. Phewww.

 

P1090244P1090281

Kesian pengantin. Last minit sebelum bergelar isteri orang pun masih setia berkhidmat sebagai bibik sampailah dua kanak-kanak riang yang kerjanya asyik nak panjat pelamin je tu, bergelimpangan tidur secara duet sepanjang majlis nikah berlangsung.

 

P1090295P1090299P1090321

Sesi bacaan taklik dan Keluarga Sakinah ni memang tak boleh tahan. Mula-mula tu semua menten je sebab Mak Abah baca macam tengah bagi ucapan kat perhimpunan pagi sekolah (-_-“) Sekali bila turn adik aku baca, barulah mula drama air mata. Syahdu gila kot. Ni, aku ambik gambar sambil air mata meleleh-leleh touching tak boleh tahan. So, please excuse the gegar pics. heh.

 

P1090339P1090342

Mr. Habil and Mrs. Izyan. Yeayyy!

 

P1090328

Bagi can aa aku nak kembang kempis tahan bangga dengan hasil keras tangan 2 hari 2 malam ni. hihi.

 

P1090380

Instagram frame ni adik lelaki aku yang tempah. Dan, kebetulan rupanya dia order dari company Mizi; husband Nadd. Dapat tau bila Nadd sendiri datang rumah hantar frame ni. Tanjat mak! hehe. Neway, thanks a lot Nadd & Mizi. Frame ni menjadik favorite props of the day. Sampai terpatah dua. huu

 

Majlis Bersanding (30 Ogos 2014)

Ingatkan bila buat majlis lepas Abah dah pencen, tambahan pulak tarikh tu ramai yang buat majlis kahwin jugak, tak ramai sangat lah jemputan yang datang. Sangkaan ku meleset rupanya. Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang hari, maka dari 10 pagi sampai lah ke 6 petang, berduyun orang datang. Dari saudara–mara jauh dan dekat, jiran tetangga, YB kawasan, sampai ke Ah Choo si tukang jahit baju Mak pun sudi singgah memeriahkan majlis.

 

P1090419P1090441P1090513P1090428P1090438P1090435

Sampaikan Hang Jebat pun mencemar duli datang sini, wehhhh.

 

P1090426

Majlis kat Johor kalau tak meriah memang tak sah. Majlis kali ni, ada macam-macam menu. Siap Abah panggil orang bukak gerai. Antaranya, ayam golek, kueteow, mee goreng panas, cendol dan aiskrim. Ni salah satu stall yang paling laku hari tu. Anak saudara Abah sponsor air minuman pelbagai perisa datang khas dari Serendah. Cakap je nak air apa, carrot susu, lai chee kang, jambu batu, asam boi, semuaaaa pun ada.

 

P1090448

Hah, ni namanya, ‘tol’. Satu lagi kahwin Johor style. Pengantin lelaki perlu melepasi beberapa siri ‘tol’ sebelum dapat duduk atas pelamin. Siapa duduk sebelah pengantin, lagi besar nilai ‘tol’ yang perlu dibayar. Saja suka-suka je nak kasik majlis lebih meriah gitu. Bukan ada niat tak baik pun. Jangan nanti ada pulak yang tuduh ni semua amalan bidaah, huznunon, zionis Israel heishhhh korang ni, kan.

 

P1090504P1090505P1090506P1090508

Eh, takde lah. Mana ada stress. Aku MEMANG TAK STRESS LANGSUNG nak ambik gambar empat beranak macam ni. Suka sangattttt T____T

 

1976914_10203376976120003_744409699725377429_n

Haji Ngarisan clan plus + 1

 

Majlis Bertandang (31 Ogos 2014)

Majlis orang sebelah buat keesokan harinya kat Sungai Udang, Melaka.

 

Kali ni komando syle sebab adik aku ni dapat ayah mentua leftenan komando. ekekekeke. Majlis belah sini pun berlangsung sederhana dan meriah. Pertama kali aku makan pakai pinggan ada cop tentera diraja, gitu. Makan pun kena cover line sikit sebab yang dok menghidang semua tu ikut istiadat tentera. Cfu siap panggil Tuan dan bagi tabik hormat lagi. Dasar jakun tak reti sebab dibesarkan dalam keluarga cikgu-cikgi :p

 

P1090526P1090533P1090524P1090529

Cikgu besor dan tuan komando. heh.

 

P1090535P1090531P1090543

 

Macam tu lah sikit sebanyak sekitar majlis perkahwinan adik aku yang nombor tiga. Panjang umur, ada jodoh, lepas ni ada lagi majlis adik nombor 2, 4 dan 5 pulak. uiiii panjang lagi list nya tu. Pengsan Kak Long!

 

Semoga berbahagia selalu wahai adik ku.

 

Doa Along agar Yan dan Habil sentiasa bertolak-ansur, banyak bersabar dan belajar menerima diri masing-masing seadanya. Ingatlah, bahawa perkahwinan tu bukan sekadar majlis 2-3 hari ni, bukan setakat sampai habis bulan madu je, tapi ia merupakan titik permulaan kepada satu perjalanan hidup bersama yang lebih panjang, InsyaAllah.

 

 

HER : Menghampiri tahun ke-6, moga Tuhan pinjamkan nikmat ini hingga akhir hayat, hingga ke alam abadi sana.