Tuesday, February 16, 2016

Muntah Kuning Yang Misteri.

P1110177

Day 4 of life. The day he was sick.

Setiap kali tengok gambar ni, rasa sebak mengenangkan di sebalik wajah yang begitu tenang dan innocent, betapa anak sekecil ini sedang menanggung kesakitan yang tak terungkapkan olehnya T____T

 

Hari itu dirasakan cukup segar sebab hari pertama bangkit dari katil empuk kat rumah sendiri selepas 3 hari 2 malam duduk kat hospital. Mak hidangkan sarapan bubur nasik ikan bilis yang aku rasa ter-paling-sangat sedap di alaf ini. Sambil tu, melayan kan keluarga mertua dan ipar duai yang datang menziarah. Baby Adam nampak aktif, sihat dan menyusu macam biasa sama seperti 3 hari sebelumnya sepanjang di hospital. Takde menunjukkan sebarang masalah. Cuma, malam tadi dia agak cranky. Macam gelisah, susah nak tidur.  Mungkin sebab malam pertama nak menyesuaikan diri di tempat baru; andaian aku dan Cfu waktu tu.

 

Lepas beberapa kali menyusu, aku perasan Adam kerap muntah.

Pada awalnya, aku anggap muntah susu biasa. Tapi bila diperhatikan kat baju, ada stain berwarna kuning. Lap-lap mulut dia, tukar baju, dan tidurkan. Tup-tup tak sampai setengah jam, dia muntah lagi. Habis basah baju. Kali ni, makin obvious yang tu bukan warna muak susu biasa. Warna kuning pekat dan tekstur nya agak cair sebab macam mengalir keluar gitu. Aku dah mula tak sedap hati. Tapi, bila adik ipar kata anaknya pernah muntah warna kuning jugak, aku jadik lega sekejap.

 

Lewat petang tu, lepas mandi, Adam muntah lagi. Dan lagi, dan lagiiii sampai ada lah lebih 6-7 kali. Cfu dah mula google kat internet pasal simptom muntah baby warna kuning. Dan, hasil carian semuanya menunjukkan penyakit serius berkaitan dengan usus. Kali ni memang hati aku dah bulat, tekad mengatakan yang this is not normal. Tak pernah jadik lagi sepanjang pengalaman menjaga 2 orang anak, muntah warna kuning macam ni. Terus ajak Cfu ke hospital malam tu jugak. Lantak lah kalau orang nak kata aku gelabah tak tentu pasal pun, asalkan hati aku tenteram lepas pemeriksaan doktor nanti.

 

Kebetulan, klinik paed Dr Cheok Columbia Asia bukak malam tu. Nurse terus potong queue, bawak kami jumpa doktor dulu sebab dia sendiri pun pelik tengok warna muntah kuning macam tu. After consultation, doktor terus refer kes Adam ke hospital yang ada NICU. She insisted supaya kami pergi malam tu jugak sebab dia suspect something wrong was going on. Memandangkan insurans company tak cover lagi sebelum usia baby 15 hari, maka kami pilih untuk menggunakan kemudahan GL kerajaan. Kami pilih Hospital Putrajaya dengan mengambil kira lokasi yang paling dekat dengan rumah. Hospital Serdang pun dekat jugak tapi doktor tak galakkan pergi sana sebab under renovation dan terlalu sesak.

 

Dengan sehelai sepinggang, bergegaslah kami ke Hospital Putrajaya.

Sepanjang perjalanan, tak putus-putus aku baca doa dipermudahkan urusan. Mintak-mintak nothing too serious, tak payah admitted. Sampai kat bahagian kecemasan, punya lah confuse sebab ada zon kuning (semi kritikal) dan merah (kritikal). Kalau ikut tahap cemas aku masa tu, dah tentu-tentu aku self declared kes Adam tu kat zon merah, kan. Dua kali jugak lah berpusing kat situ, tak tahu nak tuju mana. Bila nampak aku dukung baby, datang sorang staf sorong wheelchair menyambut aku turun dari kereta. Sementara tunggu Cfu parking kereta, aku dan Adam disorong masuk ke zon kuning.

 

Masuk je dalam wad kecemasan, terus kami dihurung oleh 4-5 orang doktor. Sambil baca reference letter, sambil tu diorang interview macam-macam. Bertubi-tubi soalan yang ditanya, dah rasa macam kena soal-siasat polis pun ada. Dalam pada kelam-kabut tu, sempat jugaklah aku dengar sorang doktor tu membebel marah kenapa Hospital Columbia Asia tak telefon dulu. Main terjah suka hati je katanya, tak tanya ada kosong ke tak. Ah, sudahhhhh. Kes kecemasan pun nak kena buat appointment booking dulu ke.

 

Lepas pemeriksaan asas, Adam dirujuk ke NICU. Hurrmmm.. punah harapan, terpaksa admitted jugak rupanya. Tapi Adam sorang je lah. Sementara tunggu didaftarkan, Cfu pun sampai. Lega sikit rasa ada teman. Kalau tak, rasa macam penjenayah je tadi kena tanya bertubi-tubi. Stress jugaklah menunggu masa tu, sebab dok risau berteka-teki apa kena dengan Adam sebenarnya. Ditambah pulak katil sebelah ada budak tengah meraung kesakitan. Cedera parah sebab accident, katanya. Part ni lah yang buat aku fobia nak masuk wad Kecemasan.

 

Sampai kat NICU, kena interview lagi. Kali ni, doktor Cina perempuan. Bila ditanya siapa yang suruh datang malam ni, kami beritahu lah paed Columbia Asia, dia macam mencebik memperlekeh pulak. Mungkin dia anggap kes Adam ni macam tak berapa serius kot. Setakat muntah-muntah je, apedehal kan. Macam tak boleh tunggu besok, gitu lah kononnya. Tapi silap aku jugak masa ni, sebab tak emphasize betul-betul kat doktor tu yang muntah kuning Adam bukan muak susu tapi more like mucus. Tu yang dia anggap macam tade hal sangat lah deyyy, muntah je pun.

 

P_20151130_090624

Exibit A.

 

Adam diletakkan bawah kes pemantauan (label as vomiting for observation) kat bilik depan, bersama-sama dengan kebanyakan baby yang duduk bawah lampu sebab jaundice.  Kami diberi briefing pasal peraturan NICU yang kemain strict tu. Yek lah kan, semuanya baby, kena jaga betul-betul, nanti mudah dapat jangkitan. Kat sini ada 2 layers security point. Hanya parents je dibenarkan masuk, itupun secara bergilir sebab NICU Putrajaya ni kecik. Sebelum masuk, kena lapor diri kat security guard, pakai apron dan sanitizer. Barang yang boleh ditinggalkan kat sini hanya diapers, baby wipes dan EBM je. Baby akan pakai uniform hospital sepanjang berada di wad. Kalau bawak EBM, label siap-siap, pass kat nurse di kaunter, nanti diorang yang akan simpankan dalam fridge. Tak tahulah camana rupa fridge dan storage system nya. Ramai-ramai camni, jangan tertukar dengan susu orang lain sudah. Tawakkal je lah.  

 

Lepas selesai semua urusan pendaftaran dan briefing, aku dan Cfu pun meninggalkan Adam di bawah jagaan nurse dan doktor NICU Putrajaya dalam keadaan sayu dan pilu. Yek lah kan, tak sampai sehari pun kat rumah, Adam dah masuk hospital semula. Waktu tu, kami cukup optimis yang sehari dua lagi, Adam dah boleh discharge. Dan, kami beredar pergi tanpa sedetik pun rasa rupa-rupanya ini akan menjadi episod pengalaman ulang-alik hospital yang begitu panjang ...

 

Next Entry : 4 Hari di NICU Putrajaya Bagaikan 4 Minggu Lamanya