Showing posts with label Aisya Hannah. Show all posts
Showing posts with label Aisya Hannah. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Aisya Hannah 2 Tahun.

16 Oktober 2013.

Mama macam ternampak-nampak lagi tanda lebam hitam kat dahi Aisya kesan forseps gara-gara kepala tersangkut tak boleh keluar dari rahim. Sentap Mama sekejap. Mulalah berkira-kira nak saman 2.6 juta claim kat hospital. Masih mengikut tradisi Abang Alfiy, Aisya pun disahkan jaundice tapi takde lah sampai tahap kena duduk bawah 3 lampu. Gigih Mama kunci jam, bangun setiap 2 jam paksa Aisya untuk breastfeed. Punyalah risau takut anak dara dia rentung kena jemur bawah lampu. hehehehe.

 

Selain daripada tu, Aisya terus membesar dengan sihat dan Papa pun setuju bila Mama kata Aisya is such a happy and easy baby. Bangun terjaga malam nak susu pun nangis ala-ala manja je. Takpun terkebil-kebil bangun sendiri sambil hisap jari. Celik mata bangun pagi, the first thing you did is smile!

 

Semakin besar, semakin rapat dengan Abang Alfiy, maka makin banyak lah Aisya adopt Abang punya perangai. Mula dah bergomol bergusti berdua. Mama kemain menjerit sebab seriau tengok korang main bergolek-golek, tapi Aisya maintain sengih ketawa je. Bila makin galak, lama-lama menangis jugak. Haishhhh kan Mama dah kata, jangan suka-suka sangat, nanti lama-lama jadik duka.

 

Genap 2 tahun umur Aisya hari ni.

Alhamdulillah. Memang makin ligat dan lincah. Semakin penuh perasaan. Layan kartun pun jenis yang nak kena penuh penghayatan macam Finding Nemo, Ice Age, Frozen, Brave dan Madagascar. Tak padan dengan umur. Pantang nampak plush toys atau dolls kat kedai atau di mana-mana, mesti terus hug dan heret sampai kaunter. Nak taknak, Mama Papa terpaksa lah bayar dan belikan. Dari segi perkembangan emosi memang cepat matang. Kalau kena marah, Aisya lebih kepada mencebik kecik hati berbanding menangis. Kalau terjatuh ke, kena gigit kucing pun Aisya jarang menangis. Lebih kepada mencebik-cebik hiba mintak dipujuk. Touching sangat, tau! Drama queen pun iye jugak.

 

Perkembangan dari segi tutur kata, almost zero. haha. Sebut Mama, Papa, Abang, pun kemain payah nak dengar. Paling obviuos sebut perkataan “naaaaakkkk” lagi-lagi bila nampak makanan. Basic animals boleh dah kenal sikit-sikit, tapi semua pun Aisya address through their sounds. Contohnya, sheep Aisya panggil “baaa baaa”, cat “miauuu” dan sebagainya. Lebih suka pakai body language dan bahasa Jepun celup Jerman yang hanya Aisya je lah faham. Kami angguk-angguk geleng-geleng je konon melayan kan. Begitulah si kecik manis kami yang macam-macam ragam dan sentiasa menghiburkan.

 

Semoga Aisya terus diberi kesihatan, murah rezeki, sentiasa diberkati, menjadi anak solehah.

 

Happy 2nd birthday to our honeybunch, sugarplum pumpy-umpy-umpkin!

We love you, eternally
Amma, Appa & Abam.

 

Jpeg

Apple of our eyes.

2 yrs

Faces of Aisya Hannah.

 

 

HER : Rindu bau baby.

Wednesday, May 6, 2015

Tips Umrah Bersama Anak Kecil / Toddler/ Bayi

P1100608

Alhamdulillah, setelah tertangguh beberapa kali, berganti tahun ke tahun, sampai jugak rezeki kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram; Makkah dan Madinah. Syukur sangat sangat.

 

Perancangan untuk bawak Alfiy dan Aisya ke sana pun, atas hajat Mak Ayah Mertua yang nak bawak cucu-cucu mereka pergi sekali. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Lagipun, tak terjangkau dek fikiran macam mana lah rasanya kalau kena berjauhan berminggu-minggu dengan budak berdua tu. Tapi, bila dah bermusafir dengan anak-anak kecik seusia Alfiy dan Aisya ni faham-faham je lah. Memang tak mudah, tetapi tidak lah sampai membebankan.

 

Entri kali ni, tak berniat pun nak cerita panjang pasal trip Umrah Ziarah kami.

Maybe lain kali, dan kena buat secara bersiri.

 

Sekadar nak share beberapa tips kot-kot ada yang ada perancangan nak bawak anak-anak pergi umrah dan ziarah macam kami. Sebab masa merancang dulu, gigih jugak aku mencarik blog yang ada cerita pasal pengalaman mengerjakan umrah bersama anak kecik. Mudah-mudahan dapat dijadikkan panduan atas perkongsan pengalaman yang tak seberapa ni.

 

  • Pilih tarikh yang sesuai

Seeloknya, pergi masa musim tak terlampau sejuk atau panas. Dalam bulan November – Februari. Ye lah, bawak anak-anak kecik ni, memang nak tak nak, kita akan fikir pasal keselesaan diorang je. Masa kami pergi hari tu, masih musim sejuk di Madinah. Suhu 12-15’ macam tu. Sejuuuukkkkk berangin. Tapi, budak-budak zaman sekarang dah biasa sejuk aircond kan, Makpaknya je yang menggigil lebih. Diorang happy sesaja.

P1100599

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sweater bawak sorang sehelai buat pakai pergi masjid waktu pagi. Untuk baju harian, banyak bawak baju lengan panjang dan tracksuit / jeans.

 

  • Tetapkan seating dalam kapal terbang

Kalau boleh, plan dan booked siap-siap tempat duduk kita anak-beranak dalam kapal terbang. Bukan apa, kite dengan anak kecik ni, kalau boleh nak dapat tempat yang paling selesa untuk menguruskan mereka dan tak mengganggu penumpang lain. Kalau bawak anak berusia kurang 2 tahun, boleh request baby bassinet. Selesa sikit lah kite tak kebas dok memangku anak tidur berjam-jam. Penerbangan dari Malaysia, takde masalah sangat, sebab flight biasanya diuruskan oleh pihak Malaysia. Sedikit masalah bila perjalanan pulang, kalau diuruskan oleh pihak penerbangan luar. Kadang-kadang diorang selamba buat pesen ‘free seat’. Menggagau lah kami anak-beranak tak tahu nak duduk mana. Mujur lah ada pramugari nampak aku buat muka kasihan dan kebetulan pulak Aisya tengah meraung tak selesa. So, dia mintak beberapa penumpang untuk beri ruang tempat duduk depan sekali untuk kami. Alhamdulillah. 

 

P1100290

Aisya in kangaroo pocket.

P1100298

Mujur lah duduk seat depan sekali, luas sikit nak melunjur kaki dan ada ruang untuk Alfiy & Aisya berjalan. Dan inilah maksud aku untuk keselesaan penumpang lain jugak, dah kalau anak jenis tido ikut suka nak baring macam Alfiy ni, mau tak stress ke pax yang terpaksa duduk sebelah dia kena bagi tumpang sandar bahu, silap haripulan tolong tadah air liur basi dia sekali. heh.

 

  • Rancang Perjalanan / Itinerary

Dapatkan siap-siap jadual perjalanan daripada travel agency. Boleh buat kajian awal / research pasal tempat yang bakal kita lawati tu sama ada sesuai atau tidak untuk bawak anak-anak kecik. Kalau rasa macam tak sesuai, dah boleh keluarkan daripada list. Kalau boleh, ambik pakej yang jarak hotel tak berapa jauh dengan masjid. Mudah kite nak berulang-alik. Dah nama pun bawak anak kecik, bukan boleh beriktikaf lama-lama sangat dalam masjid. Macam kami pun biasanya stay kat masjid antara waktu Zuhur – Asar dan Maghrib – Isyak je sebab tak lama sangat sela masa nya.

 

Selain daripada tu, boleh jugak consider jenis kenderaan yang akan dinaiki sepanjang perjalanan nanti. Kalau dapat flight straight dari Malaysia ke Jeddah untuk terus buat Umrah di Mekah, kira mudah lah tu. Atau terus turun ke airport Madinah, tak jadik masalah. Sebab tak melibatkan perjalanan jauh berjam-jam kat darat pulak. Macam kami, last minute flight tak boleh turun Madinah, kena turun Jeddah dulu, lepas tu kena naik bas 6 jam ke Madinah. Memikirkan keselesaan anak-anak dan penumpang lain jugak (iye lah bawak anak kecik ni, macam-macam ragam sikit, kejap-kejap kang nak berenti makan lah, nak kencing lah, basuh poopoo lah, nak baring lah, macam-macam lagi lah kan) maka kami sewa GMC (kenderaan jenis 4WD) untuk perjalanan Jeddah – Madinah dan Madinah – Mekah. Kadar sewa GMC ni boleh rujuk kat travel agency masing-masing ok sebab berbeza ikut rate agensi.

 

P1100303

Macam ni lah rupa GMC tu. Very spacious dan selesa untuk bawak kami 4 beranak sekali dengan Mak Ayah Mertua. Kat belakang boleh masuk 5 luggage besar dan 2-3 hand luggage. Mutawwif akan cakap siap-siap kat driver nak bawak kite ke hotel mana dan boleh request lah nak stop by mana-mana kedai ke, toilet ke, masjid dan sebagainya. Tak terikat dengan jadual perjalanan ahli rombongan lain. Ikut timing kite anak-beranak je lah. Worth it.

 

P1100388

Aktiviti ziarah sekitar Madinah dan Mekah, kami naik bas rombogan jugak. Tapi ambik seat tengah-tengah yang ada hand rest mcm ni untuk letak segala macam jenis barang, makanan, gadjet dan harta-benda Alfiy dan Aisya.

 

  • Beribadah dengan anak kecik

Selepas mendapat pandangan beberapa orang ustaz, kami buat keputusan untuk tidak memasang niat umrah bagi pihak Alfiy dan Aisya. Si Aisya pulak masih pakai diapers, dikira ‘menanggung najis’ memang tak boleh nak bawak tawaf. Memandangkan aku dan Cfu pun baru pertama kali mengerjakan Umrah, jadi tak digalakkan lah. So, budak berdua tu memang takde pakai ihram semua. Urusan menjaga pantang-larang ihram pun menjadi lebih ringkas. Haru jugak dok memikir rupa Alfiy dan Aisya pakai ihram sambil berlari ke sini sana T__T

 

Sepanjang waktu mengerjakan umrah, kami bergilir-gilir suami isteri dengan Mak Ayah mertua. Bila aku dan Cfu buat umrah, diorang duduk bilik hotel jaga anak-anak, begitulah sebaliknya. Lepas tu, kami buat umrah waktu malam masa anak-anak dah tidur. Mudah macam tu, sebab Aisya kan still breastfeed, kalau tidur malam dia terus tidur sampai pagi.

 

IMG-20150506-WA0001

Biarpun tak pasang niat Umrah, kami tetap bawak Alfiy dan Aisya untuk melakukan aktiviti yang kita buat masa umrah. Saja nak bagi dia practise. Merasa lah Alfiy tawaf keliling Ka’abah, tapi takde lah sampai tujuh kali, sebab dia pun macam takut-takut tengok ramai orang. Sudahnya mintak Papa dia dukung. Bawak jugak panjat Bukit safa dan Marwah, kemain suka Alfiy bila sampai kat area lampu hijau tu berdesuppp hah dia lari. Lepas tu siap bergunting, buat syarat lah konon-konon Tahalul. Bagus jugak ajak dia buat aktiviti ni, sampai sekarang Alfiy ingat kalau ditanya apa yang dia buat masa kat Mekah.

 

IMG-20150506-WA0000IMG-20150506-WA0003

Kat Madinah, Cfu kerap bawak Alfiy ke Masjid Nabawi sebab kat situ agak tenang, dan tak terlalu sesak untuk kanak-kanak. Lagipun, orang di Madianh semuanya baik-baik, sukakan budak-budak, jadik takde masalah kalau anak kita tertidur dalam masjid ke. Diorang siap bagi extra space untuk anak kita. Berbeza dengan Mekah, Masjidil Haram tu terlalu sesak dengan umat Islam dari seluruh dunia. Nak-nak pulak masa kami pergi tu, masjid tengah under construction. Berhabuk! Agak kurang sesuai la nak bawak anak-anak kecik.

 

IMG-20150506-WA0002

Sempat bawak Alfiy dan Aisya mengintai Kaabah di tingkat 2 Masjidil Haram. Kawasan situ berbumbung dan tak ramai sangat orang. Boleh lah nak bawak budak berdua tu duduk menghadap Kaabah. Aku beritahu Alfiy, pandang Kaabah je pun dapat pahala tau. Kemain suka dia, sebab dia dah faham sikit-sikit pasal dosa pahala. Siap dengar azan Asar live masa ni. Sama macam azan kat TV, katanya.

 

  • Aktiviti untuk anak

Di samping sibuk berkejar nak dapatkan pahala berjemaah dan beribadah di masjid, jangan lupa tentang aktiviti yang sesuai untuk anak-anak sepanjang kat sana. Di kebanyakan masa, memang kami bawa Alfiy dan Aisya ke masjid. Kalau kat Madinah, tempat solat wanita dan lelaki jauh dan berasingan, jadi kami bahagi lah sorang satu, Cfu bawak Alfiy, aku pulak bawak Aisya. BIla masa ziarah, kami bawak je dua-dua sekali. Seronok laa diorang dapat jalan-jalan naik bas. Masa ni lah nak kenalkan anak-anak kecik ni dengan negara orang. Belajar adat dan budaya orang lain. Kalau kat bilik hotel pulak, banyak habiskan masa tengok kartun. Selain tu, aku ada bawak ‘bekal’ buku-buku cerita dan buku aktiviti. Alfiy dan Aisya paling suka buat origami. Habis 3 buah buku origami buat kat sana. Layankan je lah asalkan anak-anak tak meragam sebab bosan.

 

P_20150218_193201

Aktiviti lompat katil adalah rutin bila masuk bilik hotel.

 

P1100429

Area hotel kami kat Mekah dan perkarangan Masjid Nabawi ada banyak burung merpati. Setiap kali ada masa balik dari masjid, mesti singgah lepaskan Alfiy dan Aisya dok kejar merpati. Ada jugak rakam beberapa video Alfiy dan Aisya kejar-kejar kat luar masjid, main dengan merpati, tapi sayang semuanya hanya tinggal kenangan sebab kamera tu hilang sewaktu balik ziarah kat Mekah. Sedihnyaaaaaaa Tuhan saja yang tahu.

 

P1100590P1100659P1100463

Kami memang sengaja biarkan Alfiy dan Aisya lepas bebas bila keluar. Sebab dah nama pun kanak-kanak kan, mana suka duduk diam, je. Biar diorang berlari, berkawan, explore things tapi within our sight & control lah kan. Biar anak-anak be a part of any activities yang kita buat macam ziarah makam, panjat jabal, masuk ladang kurma dan sebagainya. Ceritakan dengan penuh hikmah. Bila masa diorang penuh terisi, maka tak sempat lah nak banyak ragam. Bila penat, balik hotel, confirm terus tidur je. heh.

 

  • Gadjet, permainan dan makanan kegemaran

Bab ni adalah optional. Sebab ada parents tak dedahkan langsung anak-anak dengan gadjet atau permainan. Jadi, terpulang lah ikut keperluan dan kegemaran anak masing-masing. Untuk Alfiy dan Aisya, nak bagi diorang duduk diam dan makan betul-betul, adalah dengan kartun. Gigih lah Cfu sumbat Ipad dengan macam-macam cerita kartun kegemaran diorang. Barulah masing-masing boleh duduk melopong dan menganga je bila disuap time makan. Kalau tak, sorang atas meja, sorang bawah meja, makan sebutir apa pun tak masuk mulut. Siap panjat meja orang sebelah lagi T__T Alat mainan pulak, adalah bawak satu dua jenis favorite toys masing-masing. Saja nak bagi leka waktu dalam flight dan bas.

 

Selain tu, aku pack siap-siap set travel size makanan kegemaran Alfiy dan Aisya (biskut, coklat, koko crunch, air kotak) dalam few ziplocks. Senang nak packing dalam luggage dan nak bawak ke masjid atau pergi ziarah luar. Susu formula pun aku pack dalam ziplock kecik ikut portion sekali minum. Senang macam tu. Tak makan ruang nak simpan tin susu dalam beg. Yes, ziplock memang memainkan peranan penting kalau kite travel dengan anak-anak kecik ni. Multi purpose gitu.

 

P1100519

Kalau takde kartun, jangan harap laa nak duduk molek makan berdua macam ni.

 

P_20150215_152304P1100549

Kalau tak bawak toys pun takpe. Kat Madinah dan Mekah tu, bersepah hah kedai yang jual macam-macam jenis mainan. Nak yang berkualiti sikit, beli kat dalam shopping mall, sebab yang jual kat tepi jalan camtu, semuanya China mari. Kalau jenis main lasak macam Alfiy, beli tak sampai sehari, habis rosak segala.

 

  • Bekalan ubat-ubatan dan vaksin

Sebelum bertolak, kami anak-beranak buat check up dulu dengan doktor panel. Saja nak pastikan yang body betul-betul sihat dan physically prepared untuk menghadapi cuaca di negara orang. Selain tu, dapatkan nasihat dan bekalan ubat-ubatan biasa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ubat-ubatan kat Mekah dan Madinah sangat mahal! Bawak jugak aid kit yang lain macam face mask, vicks, kool fever, minyak gamat, handyplast, thermometer dan sapu tangan kecik buat stand by untuk tuam badan kalau anak demam. Untuk travel injection pulak (vaksin Meningococcal) , memandangkan Aisya bawah 2 tahun, dan ambil vaksin pneumococcal, so dapat exception. Aku, Cfu dan Alfiy je yang kena vaksin.


 

P_20150212_150258[1]

Pack segala jenis ubat dalam ziplock ikut kategori supaya senang nak carik dalam luggage nanti.

 

P1100406

Aisya demam pada hari kedua di Madinah. Jetlagged dan perubahan cuaca kot sebab kat Madinah sejuk. Sentiasa monitor suhu dan bagi paracetamol setiap 4 – 8 jam. Lepas tu, bagi dia minum banyak air Zamzam. Alhamdulillah, esok tu kebah dah.

 

  • Baby travel, out & about necessities

Ini pun ikut keperluan anak masing-masing. Tapi kalau nak bawak anak yang lebih kurang sebaya Alfiy dan Aisya, boleh consider jugak lah. Sebab di kebanyakan masa, memang semua ni dah jatuh keperluan untuk kami sepanjang berada di sana.

 

P1100238

Travel-friendly stroller. Obviously, we invest on Baby Zen Yoyo dan ia sangat sangat sangat berbaloi. Easy to fold dan sangat compact. Kami memang selamba bawak masuk kabin, simpan sekali dengan hand luggage. Sebab bila sampai Jeddah, kite punya la tunggu diorang letak stroller kat tangga macam biasa tu, kan, sekali haraaaammm takde. Diorang pi sumbat sekali dengan luggage besar sana. Stress mak. Mujur lah Alfiy tak tidur masa sampai tu, kalau tak, patah pinggang kot nak dukung budak 20 kilo tuh. Satu lagi, airport sana tak family-friendly macam kat Malaysia. Lama beratur menunggu satu hal. Masuk security checking point tu asing-asing lelaki perempuan. Lepas tu, bukan kisah pun baby tengah tidur ke apa, disuruh jugak dukung untuk body scan, lepas tu kena lipat stroller masuk scanner. Dengan hand luggage lagi, botol air bagai. Tak ke terkial-kial haru rasa nak menangis kat situ. tskk.

 

P1100450

Soft-structured carrier (SSC). Yang ni brand Ergo Travel beli masa tengah promotion kat Fabulous Mom. Selain berfungsi untuk dukung Aisya waktu ziarah outdoor, SSC ni sangat sangt sangat berjasa untuk control Aisya daripada menggalak tak tentu hala. Mek tu bukan kira, manjang nak berlariiii je. Dah lah jenis tak takut orang. Tak macam Alfiy, dia dah besar sikit, dah boleh faham bila kita suruh sit still atau jangan lari jauh-jauh.

 

P_20150219_145954

Child safety harness. Ok, yang ni jatuh kategori wajib ada kalau anak korang jenis yang lasak dan pantang lepas macam Aisya. Setiap kali solat berjemaah kat masjid, memang aku pakaikan harness ni kat Aisya, so dia still bebas nak bergerak tapi dalam jarak panjang harness tu je la. Dalam pada pakai benda ni pun, ade sekali tu masa solat kat Masjidil Haram, dia berjalan sampai masuk saf orang lelaki kat sebelah (-_-“)

 

  • Usaha, doa & tawakkal

The ultimate tips, sudah tentunya berserah kepada Allah. Kita dah usaha, sediakan kelengkapan dan macam-macam persediaan untuk keselesaan anak-anak, selebihnya, kita berdoa, mohon dipermudahkan segala urusan. Fikir dan bayangkan yang baik-baik je. Sentiasa bertolak-ansur dan bekerjasama dengan pasangan dalam menguruskan anak-anak. Optimis, optimis, optimis. Kalau kita beriya buat itu ini, prepare bagai nak rak pun, tapi kalau Tuhan nak izinkan sesuatu berlaku, maka jadilah ia. Kun Fayakun. Sepertimana kami diuji seawal perjalanan mahu bertolak tempoh hari. Nantil lah aku cerita kat entri lain kali.

 

Sentiasa berdoa diberikan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Doa juga untuk kesihatan dan kesabaran tinggi untuk menjaga anak-anak di sana nanti.

 

IMG-20150506-WA0006P1100602P1100605

Kids will be kids, whenever and wherever they go. Just let them be.

 

 

HER : Rindu suasana subuh di Mekah dan Madinah. Damai je rasa…

Friday, April 24, 2015

Family Photo’chaos’-shoot

Fuhhhhhhhhhh!!! Bagi sapu sawang sikit. heh.

Tadi saja belek koleksi gambar nak buat modal update blog. Memang banyak gilaaaaaa, tapi macam makan masa je nak menulis ceritanya. Tup-tup terjumpa gambar family photoshoot yang dah berlalu beberapa purnama yang lepas. Kira ok lah ni, buat panas enjin nak mengimarahkan kembali xeatopia nan sepi ini.

 

IMG_9231

IMG_9128

Ala-ala upacara tradisi family lah konon. Masuk umur setahun, pergi studio, ambik gambar, buat masuk album kenang-kenangan, sama macam Alfiy dulu. Kali ni, ada rezeki nak posing kat studio KC di Lil’Big Shots. Promosi RM150 shoot & burn sempena KC bukak studio baru kat TTDI Grove, Kajang.

 

Dok bertangguh je dah berapa bulan, sekali jumpa promo ni, tak fikir panjang dah, terus buat appointment, zassss pergi studio keesokan hari. Sempoi je deal dengan KC. Dia pun dah biasa sangat dengan kerenah kanak-kanak. So, memang steady je lah bila mak memekik halilintar kejar-mengejar dalam studio dengan dua orang budak bertuah ni. Berpeluh ketiak weh! Cair mekap tak payah cerita lah. Mengharapkan kat kecantikan semulajadi je lah nampaknya. Eh? :p Nama pun professional in kids portrait kan, kemain laju je shutter KC memetik detik-detik ‘perfect chaos moment’ katanya. Nak harap si Alfiy dan Aisya stay still, smile and say cheese ke hape, memang sampai sudah lah tak siap-siap photo shoot nya.

 

IMG_9154

Take one.

 

IMG_9156

Take two.

 

IMG_9157

Take three. hummmpshft$%!

 

IMG_9286

Nah, take yang dah ke-berapa ratus juta kali entah. Thank you KC & The Lil’ Big Shot kerana tabah menghadapi dugaan empat beranak ini (-_-“)

 

Highly recommended for family & kid photoshoot!

Contact KC the Kids Photographer { kids + family + maternity + birthday + aqiqah } for your own slot.

http://thelittlebigshots.com/

http://littlebigshots.wordpress.com/

http://www.youtube.com/thelittlebigshots

thelittlebigshots@gmail.com

Thursday, January 29, 2015

Tuah Anak Perempuan.

P1090567

Mek tonchet.

 

Uiksss, jangan salah faham dengan tajuk. Saja je tu bagi fancy sikit sebab nak pujuk diri sendiri supaya kembali aktif berbelog. Tambahan pulak, bila belek semula post bawah label ‘Aisya Hannah’, ada berapa kerat je. Bila bukak label ‘Alfiy Hafeez’ kemain berderet-deret, hah! Ala, korang pun semua macam tu jugak, kan. Masa anak sulung kemain banyak entri. Tiap-tiap bulan punya milestone pun korang update kan. Sampai anak 2, 3 dan seterusnya, nan hado.

 

Mengaku je la, weh. BHAHAHAHAHAHA

 

P1090575

Alhamdulillah, Aisya dah masuk setahun tiga bulan gitu. Lari dah berdesup, hobi memanjat dan menggigit, sentiasa berselera makan non stop, masih breastfeed tapi body maintan selim camtu je. Anak-anak aku semua memang pesen camtu  kot. Keluar dari perut semua kemain besar, bila besar jadik meninggi je, tak berapa nak melebar. Takpe lah, nak. Yang penting sihat walafiat, ye tak.

 

Ada beza ke jaga anak lelaki dan perempuan?

 

Sedari peringkat awal hamil lagi aku dah rasa banyak beza. Masa pregnant Alfiy, manjang lemah longlai, tak suka melawa, sembap satu badan dan rasa diri ni macam selekeh je. Macam-macam allergic pulak tu dari mula sampai ke sudah. Bila baby dah keluar, semput pulak nak supply susu on demand. Anak lelaki adalah sangat kuat menyusu! Selang sejam kot. Hari-hari stress kira stok susu tinggal berapa.

 

Berbeza masa pregnant Aisya. Aku hari-hari pun happy. Mabuk pun biasa-biasa je, boleh handle lagi. Manjang nak melawa, pakai tumit tinggi, mekap sana sini, mujur tak pakai bulu mata palsu je! heh. Menyusu pun boleh cater lagi. Takde lah perasaan nak nangis tiap kali bukak freezer tengok stok EBM. Dan, paling heaven adalah shopping baju baby girl yang macam-macam pesen dan memang terlampau mengundang. Pergi Tesco dengan niat nak beli ikan je pun, boleh terbeli gaun ropol-ropol barang sepasang dua. opsss.

 

Tapi, anak-anak aku jenis sangat aktif dan lasak. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Dua-dua pun sama naik. Selagi belum masuk waktu tidur, selagi tu lah diorang ligat buat projek juta-juta. Jangan terkejut pulak kot-kot ada yang terdengar suara aku memetir halilintar. In fact, ramai yang kata Aisya lagi lasak dari abang dia. Dah kena train main gusti hari-hari dengan Abang Alfiy dia, kan. Mau tak lasak anak dara aku.

 

Walaubagaimanapun, doa kami sentiasa yang baik-baik sahaja untuk anak-anak. Tak kiralah lelaki ke perempuan, dua-dua pun pembawa rahmat dan tuah dalam keluarga. Semoga anak-anak akan sentiasa selesa mendampingi kami sampai bila-bila. Jadik kawan baik yang cerita suka duka semua setia sama dikongsi. Jangan jemu nak peluk dan cium kami. Biar lekat sayang dan rindu kami.

 

Sampai hujung masa nanti.

 

P1090578

Meowwwww!

 

HER : Fathers should teach their sons how to earn money because mothers teach their daughters how to spend it. LOL.

Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday #14.

C360_2014-07-03-08-01-18-696

Wednesday, April 16, 2014

Aisya Hannah; 6 Bulan.

20140413_182831

Aisya Hannah,

 

Ikut tradisi macam Abang Alfiy dulu, cecah milestone 6 bulan ni, Mama akan buat satu entri khas cerita pasal perkembangan anak Mama. Maaf sebab Mama tak mampu nak cerita setiap hari, setiap bulan, tapi percayalah yang Mama sentiasa meraikan setiap perkembangan diri anak-anak Mama dengan cara Mama sendiri. I am very proud of you two.

 

Mama akui, membesarkan Aisya adalah sangat sempoi. Terima kasih Allah sebab anugerahkan Aisya yang sangat mudah diurus. Tidak banyak ragam. Mungkin jugak sebab dah ada pengalaman dengan Abang Alfiy kot. Mama dah pandai adjust sikit-sikit. Dulu, Mama adalah sangat skema dan paranoid. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh :p Tapi, itu tak bermaksud Mama dah tak berapa kisah, tak ambik peduli. Mama masih sama macam dulu. Sayang Aisya sama macam Mama sayang Abang Alfiy. Cuma dah kurang rigid dan gelabah ayam lah. heh.

 

Aisya yang Mama kenali selama 6 bulan ni, is such a happy baby! Bangun tidur, mesti terus senyum. Jarang sekali nak menangis. Tak macam Abang Alfiy masa baby. Bangun tidur, belum celik mata, mulut dah meraung dulu. Betul lah kot kata orang tua-tua, emosi ibu sewaktu mengandung akan mempengaruhi emosi bayi (Read : A Happy Entry)

 

Aisya dah pandai apa eh?

 

Masuk 3 bulan, pandai meniarap. Dalam tidur pun asyik la berguling. Cecah 4 bulan, dah push up nak merangkak. Elok 5 bulan, Aisya dah merangkak dan duduk dengan sendiri. Sedar-sedar je mama jumpa dah merangkak sampai bawah kerusi, bawah meja. uiiiiii... boleh tahan lasak sama macam Abang Alfiy. Terus susut pipi tembun dia tu. haih.

 

Alhamdulillah, sampai ke saat ini, masih ada rezeki Aisya menyusu badan sepenuhnya. Sekarang ni, baru rasa berbaloi betul investment Papa belikan Mama Medela Freestyle dulu. Lenjan habis. Tapi, stok susu takde lah semeriah dulu sebab Aisya minum pun tak banyak. Penangan anak perempuan, kot. Setakat buat bekal pergi skool setiap hari, kira lepas lah. Jangan Mama kena outstation jauh-jauh dah lah.

 

Perkara paling menjadik isu membesarkan Aisya selama 6 bulan ni adalah pasal your fair skin. Susah jugak nak membela nya. Semua nak kena organic, okeh. Kalau tak, habis kering sana-sini, takpun naik ruam merah sebab cucaca panas kat Mesia nih. High maintenance sangat,tau! Satu lagi, mana-mana Mama pergi, orang dok berkenan lah dengan awak yang putih melepak. Gara-gara Mama kenan dengan Emma Ma’embong lah ni kot. Tak cukup dengan kenan, orang tanya pulak,

 

“..putih gebu nyaaa ikut siapa lah ni?..

Anak Cina mana kau culik ni?…”

*krikk krikk krikk*

 

Mama tau lah Mama ni tak berapa nak cerah. Ala-ala gerhana je rupanya. Fineeeeee. Tok Nenek Aisya semua putih-putih kot. Pernah dengar skip generation traits ? Hambik segala ilmu biologi Mama dah keluar ni. heh. Kecik hati ke Mama? Nope. Habis tu Mama sentap ke? Of courseeee. Acah-acah sentap je pun. Penat hoi Mama usung awak 9 bulan sana sini, sakit pinggang kaki segala, orang boleh tanya anak siapa T______T

 

Walau apappun, ikut rupa siapa, putih ke hitam, Mama bersyukur dikurniakan anak-anak yang sempurna sifatnya dan sihat tubuh badan. Semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah, yang akan menjadik saham Mama dan Papa kat akhirat kelak. Sekejap je rasanya baby Mama dah besar-besar. Rindu nya lah hai. Ini belum Aisya dengan Abang Alfiy masuk sekolah lagi, lepas tu duduk asrama, masuk U, kahwin. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.

 

Semoga Allah panjangkan usia Mama, untuk menikmati dan memanfaatkan pinjaman anugerah paling indah ini, selama yang diizinkan olehNya.

 

Happy 6-month, baby girl!

 

 

HER : Rezeki datang dalam bermacam bentuk. Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan.

Wednesday, November 20, 2013

Kisah Aisya Hannah.

20131020_082847

Tidak seperti Alfiy, Aisya dilahirkan dalam keadaan kami lebih bersedia.

Dan, takde lagi adegan tanya soalan bodoh seperti,

“Lepas induce, saya boleh balik eh doktor?”

(-_-“)

 

Itu kisah 3 tahun lalu.

 

Waktu gelabah-gelabah ayam tak begitu sedia nak bergelar mama dan papa buat kali pertama. Tiba-tiba anak keluar sebulan lebih awal pulak tu, mau tak haru. Atas izin Tuhan, kami dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekali lagi. Kali ni, dah ada pengalaman, jadi kami macam lebih konfiden, gitu. Cuma pada awal trimester, aku agak fobia dengan kes keguguran dulu. Memang betul-betul jaga lah. Kami tangguh dan batalkan semua perancangan nak melancong, naik kapal terbang, apatah lagi sebarang aktiviti lasak, memang tobat tak nak buat.

 

Paranoid gila.

 

Lantak lah orang nak kata apa, tapi kita sendiri dah pernah merasa, lebih baik berjaga-jaga. Ada orang kemain bangga dia boleh lompat terjun tiruk bungee jumping segala masa mengandung dan tak jadik apa-apa. Dah puas aku kata, bahagian rezeki masing-masing, kan. Tuhan beri satu nikmat, tapi dia tarik satu nikmat lain yang entah kita sendiri tak perasan pun.

 

Alhamdulillah, aku diberi kekuatan dan kesihatan sepanjang tempoh pregnancy. Setakat mabuk lembik sikit-sikit, cramp sana sini tu, dah jadik imun. Pada usia kandungan 36 minggu, berat baby dah cecah 3 kilo lebih. Biarpun aku begitu teliti jaga makan sepanjang pregnancy kali ni, tendency untuk melahirkan big baby masih ada. “Ýour babies are genetically big. Bukan sebab faktor pemakanan semata-mata”, terang gynae dan terus cadangkan tarikh untuk pembedahan sebab kedudukan baby masih songsang. Tapi, aku mohon gynae bagi tempoh lagi sebab nak usaha bersalin secara normal.

 

Hanya Cfu yang tahu betapa giat aku ikhtiar nak cuba bersalin secara normal kali ni. Tiap hari gigih baca artikel pasal VBAC (Vaginal Birth After Caesarean). Ringan mulut tanya kat kawan-kawan yang berpengalaman melalui VBAC. Tak pernah gagal sapu minyak kelapa dara dan buat urutan perineal sejak kandungan cecah 30 minggu. Lepas tu, saiko diri sendiri tengok orang bersalin kat rancangan One Born Every Minute kat TV. Nak bagi kuat semangat, kononnya.

 

Namun, kita hanya mampu rancang dan usaha.

Tuhan jugak Maha Berkuasa menentukan segalanya.

 

Final check up seterusnya, gynae kata baby masih tak engage. Agak berisiko bagi aku yang pernah melalui Caesarean untuk melahirkan big baby secara normal, katanya. Lagi pulak history kelahiran yang dulu baby tak engage lepas induce dua kali, ‘jalan keluar’ tak buka-buka hatta 1 cm pun, laluan tak ada due to small opening of pelvic bone, tambah meninggikan lagi tahap risiko nya.

 

Lepas berbincang suami isteri termasuk dengan mak aku sekali, solat hajat mohon petunjuk, kami sepakat ikut nasihat doktor. “Ikut kata yang pakar, dia lebih tahu. Yang penting, semuanya sihat dan selamat”, kata Mak. Nampaknya, tak ada rezeki untuk aku bersalin secara normal kali ni, dan untuk yang akan datang sudah semestinya. Memang sedih, tapi aku redha kalau ini bahagian yang dah Tuhan tetapkan untuk aku.

 

Tanggal 16 Oktober 2013, bersamaan 11 Zulhijjah 1434.

 

Seawal jam 8.30 pagi, aku dah disiapkan untuk masuk ke dewan pembedahan. Kalau dulu, Cfu tak dibenarkan masuk sebab emergency LSCS (Lower Segment Caesarean Section), kali ni Cfu boleh temankan, yeay! Biarpun setakat duduk sebelah, pegang tangan, tolong garukan hidung yang kadang-kadang gatal, di samping sengih-sengih cuak sebab first time dia masuk operation theatre, ia macam satu rahmat besar buat aku. Rasa disayangi dan dihargai, gitu. errr.. special note untuk Cfu : You look sooo handsome in that blue surgeon uniform! aummmmm! *tetiba*

 

Berbeza dengan pengalaman sebelumnya, aku dapat ‘menghayati’ sepenuhnya proses pembedahan kali ni. Mungkin sebab tak dipaksa sakit bersalin macam dulu kot. Dulu, masa pakar bius bagi epidural, satu hapa pun aku tak rasa, sebab gesa nak bersalin tu lagi sakit rasanya daripada sakit dicucuk jarum kat tulang belakang. Siap boleh rasa ngilu-ngilu masa doktor mula hiris perut pada awalnya. ouchh! Pada jam 10.52 pagi, lahirlah puteri kami yang gebu dan berwajah bulat sama macam abangnya.

 

Aisya Hannah nama diberi.

 

Macam biasa, nama anak aku yang akan tetapkan secara veto as appreciation penat mengandung dan sakit beranak. HAHAHAHAHAHA. eisshh, korang ni... mestilah nama yang kami sama-sama suka. Takdelah aku syok sendiri. Aku cuma cadangkan beberapa nama, tugas Cfu hanyalah untuk kata setuju atau tak je. Tak boleh lebih-lebih :p

 

Aisya bermaksud ‘hidup bahagia’. Hannah pulak maknanya ‘kasih-sayang’ ataupun blissful. Ni memang favorite name aku sejak zaman muda remaja lagi sebab suka tengok cerita Hannah Montana. heh. Prinsip aku dalam memberi nama anak simple je; asal sedap disebut, elok maknanya dan mudah untuk dieja dalam tulisan Jawi. 

 

Semoga Aisya Hannah membesar menjadi anak solehah, dilimpahi kasih-sayang, diulit kebahagiaan, serta sentiasa memberi manfaat kepada orang lain sepertimana yang digambarkan pada maksud namanya. InsyaÁllah.

 

20131022_113449

Yes, another ‘sepet’ in the house, yaww!

 

 

HER : Berdasarkan tahap luka pembedahan lama dan sedia ada, gynae kata boleh tambah lagi dua. Mudah-mudahan :)

Thursday, October 24, 2013

Hello World! #2nd Edition.

Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
 
 
Adik Baby is already here! Me, Cfu and Alfiy are more than delighted. First fews days memang sangat sangat sangat mencabar fizikal, mental dan emosi. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Phewwww!
 
 
20131024_172404
 
Few hours after delivery.
 
 
C360_2013-10-21-08-42-28-038
 
AISYA HANNAH BINTI MUHAMMAD HAFIZ
16.10.2013 , 11 Zulhijjah 1434
10.52 am
3.64 kg, 51 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
 
 
Kita cerita panjang-panjang lain kali lah, ye. Bagi can kami anak-beranak adjust rutin hidup dengan kehadiran orang baru. Tengah fasa kritikal lagi ni. Mak pun tengah berpantang serupa zombie ni, hah. Bagi ai pasang badan dulu baru boleh update belog dengan lebih gigih. hihi.
 
 
Much love;
 
Mama Xeea, Papa Cfu & Big Bro Alfiy 
 
:))