Dari tadi aku duduk menatap Live Writer ni tanpa perasaan. Punya lah lama tak menaip entri, sampai terkedu tengok blog sendirik. Hilang kata-kata.
Masuk minit ke-sepuluh, aku baru taip dua patah perkataan je. Dan, sekarang aku cuba menaip tanpa perasaan dan tanpa arah tujuan. Jadi, jangan terlalu mengharap yang entri ini akan berciri ilmiah. Mungkin hanya sampah.
Pertama.
Aku dah selamat kembali ke pangkuan suami peliharaan. Takde lagi sorang timur, sorang kat barat. Bangun pagi, boleh tatap wajah kesayangan tiap hari biarpun matanya sendat penuh tahi, mulut meleleh air liur basi. Alhamdulillah, tahun ni, bawak 1001 rahmat buat kami selepas puas diuji.
Ramai jugak yang bertanya,
“Pakai kabel besar ke? Menteri mana?”
Ya. Menteri Besar Yang Amat Berhormat Cfu.
Dia lah kabel besar aku. Tanpa jemu berumah tangga kat pejabat kementerian pengajian tinggi, manjang nak kena buat temujanji dengan orang itu ini, heret muka tebal sana sini, tak lupa jugak tahan telinga kena sindir dan diperli. Tak boleh lah main isi borang je, lepas tu duduk goyang kaki.
Terima kasih wahai si buah hati.
I cinta U sampai mati. ewah.
Dalam kenangan.
Kedua.
Sedang cuba rasa bahagia semula. Pagi-pagi ada orang buatkan sarapan. Balik kerja, penat, ada orang tolong urutkan kaki. Tiba-tiba meroyan lapar tengah malam buta, ada orang tolong gorengkan nasik.. kat kedai mamak.
Hari hujung minggu kini pun lebih bermakna. Takde lagi terkejar ke airport mahupun stesen bas. Suami peliharaan pun tak payah dah bersengkang mata bawak kereta jam 4 pagi balik KL dari Terengganu setiap hari Isnin. Tak perlu ikat perut simpan duit bayar tiket balik jumpa suami tiap minggu. Paling seronok, kembali bersantai tengok Melodi hari Ahad bertemankan lelaki kegemaran di sisi.
Syukur.
Ni hah aku punya 'kabel besar' :p
Ketiga.
Alam kehamilan betul-betul menguji mental dan fizikal. Dah lepas trimester pertama pun, masih lagi mengalami simptom mual, loya, pening dan muntah-muntah. Paling dasyat, tekak aku ni tak boleh nak terima nasik langsung. Tapi, aku paksa jugak telan sebab takut tak cukup sumber karbohidrat.
Tambahan pulak sekarang ni, aku memandu lebih 50 ++ km pergi balik kerja setiap hari, siap pakej dengan kesesakan lalu lintas lagi. Muntah dalam kereta sambil memandu dah jadik macam perkara biasa. Kalau dulu, bangun pukul 7.30 pagi pun aku boleh rileks tengok TV. Sekarang ni, bertolak jam 7.15 pun, aku dah tekan minyak sampai jejak lantai.
Apa boleh buat.
Macam yang aku pernah cerita dulu, “To gain something, we have to lose something” Jadik, redha je lah. Tiap perkara ada pros dan kons. Kat mana-mana pun, kena belajar adaptasi diri.
Lagi pasal perkembangan diri?
Say Hello to 60 kg.
Gulp!
HER : Iklan kejap. Pada mana-mana bakal pengantin atau pengantin lama atau siapa-siapa lah yang berminat nak join the very first gathering for bloggers & brides, bolehlah rujuk kat entri terkini Isu Bumper Kahwin. Cepat, pendaftaran masih dibuka!
wah..best la ziha..tahniah..! kan best duduk suami-isteri sama2..heaven tau..!
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteNah, pengorbanan dan kesabaran kalian diakhiri senyuman :-)
ReplyDeleteTake care & smile always
wah,akhirnya.Alhamdullilah.berbaloi kan bersabar?
ReplyDeletebtw,besar btol kabel tu.hihi.
bestnya xeea.
ReplyDeletememang berbaloi2 lah kena perli bagai.
waktu2 mcm ni awak memang perlukan cfu disisi :)
wah..tahniah la awk....saya pown tumpang gembira bile awk dpt duk bersama2...yelahkan kite peknen...kalaau duduk jauh sape yang mau layan kerenah kite...
ReplyDeletetahniah2...moga kebahagiaan bertambah2 bila duk bersama nie mayb rezeki baby kn. Dia mmg memahami hamba Nya(~_^)..mrs.preggy mmg layak dpt layanan y sebegitu indah dr mr.hubby..tg kandungan 6bln ke ats nt bley ar request urut2 picit2 kaki lenguh tiap2 mlm...
ReplyDeleteglad it's over now :-) mari kita dating ya sbb dah dekat ni..hehe..
ReplyDeletewoho..tumpang hepi for you and cfu. hope u dpt merengek dan manja sepuas hati semasa tgh preggy ni ;)
ReplyDeletepregnant ke xeea? baru tahu ni. best kan dh dpt duduk satu rumah dgn org tersayang. take care dear
ReplyDeletexeea!
ReplyDeletevery-very happy for you.
*lompat tinggi-tinggi*
take care!
salam..
ReplyDeleteTahniah ye :)
sronok baca awk dh dpt duduk sekali dgn cinta hati
Alhmdllh, byk rezki awk tahun ni
Soooo happy for u dear :)
ur silent reader: nita
alhamdulillah dah pindah balik sini walaupun jauh sket dari rumah. hihi. apa-apa pun lebih baik hari-hari tidur berteman dari berseorangan :)
ReplyDeletealhamdullillah.rezeki baby nih awak hee.
ReplyDeleteumm tambah comel da awak skarang:p
*org yg tego awak time awak na mkn kt b&b gathering smalam.berkebaya itam ituh*blushing* hi xeaa:))
Lina Rahim :
ReplyDeleteuh-oh. heaven utk saye sorang kot. my cfu mcm sengsara je sbb bini dia ni over gedik bila dah balik duduk sama2. heee
ayu :
thanx!
mawar :
syukur. Tuhan kan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. btw, ur lil' azfar makin dashing la sekarang ni. hee
fie :
it's worth the wait la omputeh kata.
besar kan kabel ai? penat bela dgn penoh kasih sayang tu tau. heee
mrs ein :
kalau ikut hati, mmg sakit awak bila org dok kata kita macam2. tp, kita ni kan nak mintak tolong orang, pasrah je lah.
neway, mcm awk kata, berbaloi-baloi :p
mun :
thnx awak. mujur la sempat sblom perot memboyot ke depan. skrg ni pun, mcm tak larat dah. buat keja sikit, dah penat mengalahkan org keja buruh. hee
huda :
uishhh. blom sempat 6 bln lg pun dah gedik mintak urut kaki tiap2 malam. heee
k suzie :
jom! jom! teringin nak rasa three layer tea tu. huu
yatie chomeyl :
thanx! dah dok sama pun mcm tak puas je rengek manja tetiap masa. gedik kannnnn :P
nurul :
dah 4++ mth. mana tahan tengok awk dukung raina comel sana sini. sy pun nak ada sorang. heee thanx!
mrs syediz :
i am happy too!!!!
*lompat bintang gedik*
anon / nita :
thanx. mudah2an berterusan lah murah rezeki ni. seronok punya silent reader yg supportive dlm diam ni :)
hidd :
berdua lebih baik, kan? harap-harap lepas ni bertiga, bertambah-tambah baik. amin.
lynn :
sorry tak sempat borak panjang. we both kebulur sgt time tu.
*salahkan cfu yg driving sampai sesat*
lps mkn ada jugak carik awk, tp tak jumpa dah. thnx sbb sudi tegur. kalau tak, entah bila bole jumpa in person.
neway, "hi lynn!"
:)
dulu selalu baca blog ni. pastu dah lama xbaca. pastu tiba2 dah pindah KL n dah pregnant! wowwww! alhamdulillah. take care!
ReplyDeleteieda