Tuesday, September 22, 2015

Preschooler Parenthood #04 : My Papa My Hero.

Siapa kata budak-budak takde stress?

Tapi tahap masalah yang menyumbang strress diorang tu takde lah macam kita.

 

Setiap hari, sambil makan malam atau duduk tengok TV sama-sama, aku dan Cfu akan galakkan Alfiy bercerita pasal aktiviti seharian dia. Apa yang dia buat kat skool hari ni. Seronok ke tak. Kawan-kawan macam mana. Apa-apa  je lah asalkan dia bercerita sampailah dia komplen mulut dia dah penat. Menurut hasil pembacaan, melalui aktiviti bersembang macam ni lah anak-anak kita belajar cara nak meluahkan perasaan, menyuarakan pendapat dan melegakan stress.

 

Berikut antara sedutan perbualan aku dan Alfiy tempoh hari,

 

“ Hari ni Izdeen tak nak kawan dengan Alfiy.. “

 

“ Laaaa… kenapa pulak ? Alfiy bergaduh dengan dia ke ? “

 

“ Tak laa. Alfiy tak gaduh pun.. “

 

“ Habis tu? Berebut toys ? Ke berebut kerusi merah lagi ? “

(Baca : Kerusi merah tu Teacher kata memang selalu jadik rebutan di kalangan Alfiy dan kawan-kawannya. Siapa dapat duduk kat kerusi tu, kira macam legend la. Entah apa yang special nya entah.)

 

“ Izdeen kata Papa Alfiy tak hebat. Papa Izdeen hebat sebab boleh jadik Hulk.. “

 

“ Uisssshhhhh. Papa Alfiy pun hebat. Papa Alfiy kan Ironman! “

 

Terus Alfiy sengih gembira. Bersinar-sinar hah mata.

 

“ Haaaa..!! Papa jadik Ironman GEMUK! Boleh lawan Hulk! “

 

T___________T

 

 

hulkbuster-hot-toy-01

Ni hah ‘Ironman gemuk’. Ironman Hulkbuster nama rasminya. Ironman versi ni hanya muncul bila nak lawan dengan Hulk dalam filem Avengers 2. Aku pun baru tau lepas tengok cerita tu. Kalau tak, aku pun sama macam korang gak dok fikir yang ‘gemuk’ tu literally Alfiy merujuk kat fizikal gagah perkasa Papa dia. Padahal Alfiy begitu innocent (-_-“)

 

 

HER : Raise a confident child by teaching them to express their feelings comfortably. Expressing feelings comfortably does not mean the child is free to explode at every emotional twinge, but rather develops a comfortable balance between expressing and controlling feelings. - 12 Ways to Raise a Confident Child by Ask Dr. Sears.

Tuesday, September 15, 2015

Alfiy dan Parti Harijadi ke-5.

Rutin saban tahun, birthday Alfiy celebrate dengan kawan-kawan dan teachers kat skool.

Lagi meriah dan seronok macam tu, aku rasa.

 

Dengan family, buat cake cutting biasa-biasa je. Cuma tahun ni dah pandai mintak macam-macam. Siap request nak celebrate kat Dip’n’Dip sebab dia pernah tengok orang celebrate birthday kat situ kemain meriah siap padam lampu, pasang lagu happy birthday bagai. Tapi being a macho Alfiy, biasalah buat muka tercengang-cengang je control macho masa semua orang satu restoran nyanyikan untuk dia. Asiya pulak yang melebih-lebih excited. heh.

 

IMG-20150828-WA0024

Kek Transformers igauan Alfiy siang dan malam. Dari tahun lepas lagi dia dah request. Dah lah cantik, sedap lemak berkrim pulak choc moist dalam tu. Dibuat dengan penuh kasih sayang oleh mommy baker kite; Fad (IG : @thesweetwonders)

 

 

IMG-20150828-WA0009IMG-20150828-WA0003IMG-20150828-WA0025

Tengok lah tu. Sampai ke skool punya celebration pun si Aisya yang melebih-lebih excited berbanding Alfiy. Baby girl kot, kan. Cepat matang. So, dia faham dah pasal birthday ni. Alfiy masa sebaya umur Aisya dulu, blurr je tak faham apa.

 

IMG-20150828-WA0022IMG-20150828-WA0016IMG-20150828-WA0018

Ni semua kawan-kawan Alfiy yang umur 4-5 tahun je rasanya. Babies semua kat tingkat atas. Aisya tu memang purposedly mintak Teacher bawak turun untuk celebrate dengan Abang Alfiy sekali. Terus huru-hara dibuatnya. Sorry teacher (-_-“) Oh ya, yang baju merah tu Teacher Carol mengajar waktu pagi dan bertudung hitam tu Ustazah yang mengajar mengaji dan kelas agama waktu petang.

 

IMG-20150828-WA0014IMG-20150828-WA0011

Door gifts hasil gotong-royong anak beranak. Part ni memang Alfiy yang paling excited! Dia lah nak isi biskut, nak tampal sticker, sampai lah ke part menyusun dalam beg. Tak sabar nak bagi kawan-kawan kat skool, katanya. Siap dah cakap yang BumbleBee untuk siapa, yang Optimus untuk siapa, yang best-best untuk best friends dia dulu la, of course. Kemain.

 

IMG-20150828-WA0010AlnAi

Bulan Oktober ni, kena plan untuk birthday Aisya pulak. Alfiy yang beriya mintak cake princess untuk Aisya. Pepandai dia je, entah-entah Aisya nak kek Ultraman! heh. Mana taknya, tiap hari dok mengulit main robot-robot dengan Ultraman Abang dia, kan.

 

Biarpun sederhana, tapi kegembiraan dan tengok anak-anak teruja tu yang buat kita rasa seronokkkk sangat nak celebrate birthday diorang. Setahun sekali je pun, kan. Bukan selalu. Semoga Alfiy terus membesar menjadi anak soleh, cerdik, menghormati orang dan menyenangkan hati. Mama saaayang Abang Alfiy!

 

 

HER : haiiiii… birthday anak-anak Mak ni semua hujung-hujung tahun pulak. Jenuh jugak.

Tuesday, September 8, 2015

Dobi Layan Diri Sendiri.

Dari dulu asal lalu je self-service laundry yang tumbuh bak cendawan ni (?) mesti ajak Cfu pergi. Saja nak rasa pengalaman cuci kain baju siap kering sekali dalam masa satu jam. Macam bessst je dengar, kan. Sambil tu mulut ni tak habis-habis bezikir yang mesin basuh kat rumah ni apahal ciconet sangat. Nak basuh baju empat beranak 2 hari punya stok sampai nak kena 3-4 kali trip.

 

Seakan merajuk, mesin basuh 7kilo yang dah berjasa selama 8 tahun tu pun terus ‘senyap’.

Membawak diri, penat kerja kuat sangat, barangkali.

Padan muka aku T__T

 

P_20150902_210947

Maka, dah masuk 2 minggu rutin berbondong-bondong bawak kain baju kami ke sini sambil mengangkut sekali buruh kanak-kanak yang sungguh dedikasi ini. Mujurlah dah berlambak kedai dobi macam ni dekat dengan rumah. Cuba bayangkan kalau 2-3 tahun dulu, mesin basuh rosak, mau tak kematu jari-jemari nak menyental kain baju setiap hari.

 

P_20150902_211226P_20150902_223251

Mula-mula datang, memang macam confuse. Tak tahu nak mula dari mana. Biarpun dah terpampang instuctions cara-cara nak guna, tapi macam biasalah melilau mata tengok orang lain buat camana. Dasar tak suka baca arahan. heh.

 

Biasanya, ada dua jenis mesin kat dobi layan diri ni. Satu bahagian washer untuk membasuh. Washer ada 3 size large, extra large dan super large.Satu lagi bahagian dryer untuk mengeringkan pakaian. Ini kering tahap tak payah jemur, serius siap ada orang lipat terus kat situ sementara tunggu trip lain siap. Seeloknya bawak sabun dan softener sendiri dari rumah. Tapi, kalau terlupa bawak pun tak apa, ade je vending machine yang jual sabun basuh seringgit sepeket kat dobi tu.

 

P_20150902_221809

Mister Alfiy; the vending machine expert.

 

Rutin kami pergi sini lebih kurang 3 hari sekali macam tu. Itupun stok kain baju dah menggunung termuntah-muntah dari bakul. Nak tak nak, memang kena sumbat dalam mesin saiz extra large punya. Kali dua. Yup, sekali jalan dua mesin terus. Satu aku dan Cfu punya. Satu lagi, kanak-kanak punya. Siap-siap load baju, lepas tu tukar syiling kat vending machine. Harga lain-lain ikut saiz mesin. Kalau extra large tu lebih kurang RM 4. Masuk sabun, masuk syiling, pilih mode cucian, terus ON sampai 25 minit macam tu. Lepas tu pindah kat bahagian dryer pulak, tambah lagi 25 minit lebih kurang. Kalau nak kering terus, pilih mode hot tau. Very hot from the dryer gitu.

 

P_20150902_222924P_20150902_222837

Sambil-sambil tunggu tu, boleh online free wifi dan sempat lah si Alfiy dan Aisya paw air tin la, main kerusi urut, tu belum campur roti dengan makanan yang diorang tapaw dari 7 Eleven kat sebelah. Singgah ngeteh kat mamak lagi. Terus Cfu merungut elok-elok kos mendobi ni 10 ringgit je, bawak korang sekali habis 80 ringgit satu malam. Towkey balak pun boleh bankrap kalau hari-hari macam ni. Kata lah apapun, but we know you still love us kan, Pa! Muah ciked! xoxo

 

 

HER : Trip ke self service dobi ni kira macam field trip jugak lah. Dapat ajar anak-anak libatkan diri dalam domestic activities, belajar kira duit, pakai vending machine, memahami istilah take turns, helping people, di samping menge-paw Papa mithali. hihi

Thursday, September 3, 2015

Preschooler Parenthood #03 : Kenapa ?

P1100124

Remember when you had a toddler who never stopped talking and asking questions?

 

Ah-ha! Alfiy memang betul-betul berada kat stage tu sekarang ni.

 

Kalau tanya soalan, memang berangkai-rangkai. Rasa macam tak berkesudahan. Sampaikan kadang-kadang aku dengan Cfu rasa nak fed-up carik jawapan. Mau tak nya, habis sampai soalan tahap petala langit ada berapa, kenapa siang terang malam jadik gelap, kenapa dinosaur dah takde dia pergi mana macam mana boleh hilang, dan segala bentuk soalan tajuk sains sampai lah ke perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran dewasa kita.

 

Tapi, seboleh mungkin kita as good parents, kena berusaha bagi jawapan kat setiap persoalan yang bermain kat fikiran anak kita, kan. Baru lah dia rasa puas hati walapun pada kebanyakan masa, jawapan yang kita bagi tak pernah puaskan hati diorang sebab nanti akan dibalas dengan soalan lain pulak. Aku dengan Cfu selalu gilir-gilir nak jawab soalan demi soalan yang Alfiy tanya. Siapa tak boleh jawab, kira dia kalah. Tak genius. bhhaahahahaha.

 

Nak di jadikkan cerita, masa musim raya haritu, Alfiy kan baru nak faham konsep raya tu macam mana, kan.  Bila pergi jalan beraya, macam-macam orang yang dia jumpa, pelbagai jenis rumah yang dia masuk, maka soalan-soalan dia pun makin banyak.

 

“ Kenapa rumah atuk orang ni panas? Alfiy peluh-peluh laa.. ”

(Baca : Atuk orang merujuk kepada orang tua yang bukan dia kenal secara rapat contohnya macam atuk saudara ke camtu)

 

Cfu memujuk sambil nak tanamkan kesedaran sivik sikit kat Alfiy belajar hormat perasaan orang lain.

“ Shuuuhhh.. Tak baik cakap macam tu. Kalau atuk tu dengar, dia sad tau. Nanti dia ingat Alfiy tak suka datang rumah dia.. “

 

 

“ Alfiy tanya je kenapa rumah atuk orang ni panas.. “ gumam Alfiy tak puas hati lagi.

 

“ Ye lahhh. Rumah atuk ni kat kampung. Takde aircond. Sebab tu panas..”

 

“ Kenapa atuk orang ni tak pasang aircond kat rumah dia? “ mula dah keluar soalan berangkai.

 

“ Sebab atuk ni dah tua. Tak kerja. Mana ada duit nak beli dan pasang aircond.. “

 

“ Habis tu kenapa rumah Tok Nana dengan Atuk kite ada aircond ? Kan semua dah tua ??? “

(Baca : Tok Nana merujuk kepada Mak Mertua. Atuk merujuk kepada Abah aku)

 

“ ……………………………………. “

 

Aku dengan Cfu berpandangan sesama sendiri lepas tu sengih macam kerang busuk tak tahu nak jawab apa. Dua-dua pun seri. Kalah. Rasa terjerat dengan jawapan sendiri T_________T

 

 

Cognitive skills grow rapidly during childhood. “Why” is how children discover how the world works. From a child’s viewpoint, the journey of discovery is pure delight and the foundation upon which much learning occurs. While answering children’s questions directly may provide basic information, actively engaging with children in the discovery process is a chance to step into their world. Not only does it foster the development of critical thinking skills, but it promotes child-adult communication and bonding. – Why Children Ask Why by Dr. Dawn Taylor.

 

 

HER : Kena banyak baca ensiklopedia ni untuk jawab macam-macam soalan lagi.