Monday, October 26, 2009

Diari Seorang Petani Terhebat.

Ingat lagi kisah-kisah sepanjang aku jadik suri rumah terhebat?

err. Sekarang pun masih hebat, apa. Cuma gelaran tu aku sandang pada hujung minggu je lah. Hari-hari biasa, aku jadik anak (menantu) emas. heh.


Masa aku jadik suri rumah sepenuh masa dulu, tak pernah tergerak hati sikit pun nak bercucuk-tanam keliling rumah. Walaupun suri-suri rumah yang lain kemain gigih berlumba buat taman bunga jadian kat depan rumah masing-masing. Aku lagi seronok duduk goyang kaki, ternak blog dan hafal dialog cerita kat TV *rindu saat ni. tsk.*


Tapi, bila dah jadik suri rumah hujung minggu, boleh pulak aku gedik mintak kat Cfu tanam pokok cili lah, pokok kunyit lah dan kalau boleh, kangkung, bayam, ubi kayu semua pun aku nak.


akept 017

Tengok tengok. Baru tanam, dah berbuah. Petani upahan saya memang hebat *tepuk! tepuk!*


Semua gara-gara sayur yang dibeli tak dapat tahan lama duduk dalam fridge. Baru minggu lepas aku beli, balik minggu satu lagi, habis layu dah. Tu yang rasa macam rugi. Kalau lah sayur hidroponik masih ‘in’, lama dah aku paksa Cfu beli nak tanam kat balkoni.


Dua minggu lepas, Cfu pun terpaksa menjelma jadik petani demi nak melayan royan bininya kali ni. Habis seluruh pelusuk nurseri dia pergi semata-mata nak belikan aku pokok cili.


akept 014

Yang ni pulak, entah apa namanya. Pokok hiasan. Memang sengaja carik yang tak payah susah-susah nak jaga. Siram air dan baja pun sekali-sekala.


akept 016

Akhir sekali, tanam kunyit yang dikutip dari tempat letak bawang kat dapur. haih. Nampak sangat jarang memasak sampaikan kunyit pun dah tumbuh pucuk.


akept 019

Tumbuhlah.


Dan, sekarang sama-samalah kita berdoa agar kebun-boleh-dimakan (edible garden) ni tak mati sebelum usia. Semoga petani upahan akan membela mereka dengan penuh dedikasi. Harap-harap, kejadian seperti berkabung tidak akan berulang lagi.


oh. Lupa. Ada satu lagi.


akept 018

Memperkenalkan, petani upahan terhebat saya. Beliau merupakan petani hidup paling panas (the hottest farmer alive) yang pernah dijumpai *bodek*. Terlalu hot sampai buatkan ai ingin menyanyi, You make so hot, make me wanna drop *bodek lagi*

err.. mintak Wii satu, yang! *buat muka paling kasihan*



HER : Esok pagi, berangkat ke negeri Cik Siti Wan Kembang selama 3 hari. Nak borong Corelle, bonus ciput sangat lah pulak.

9 comments:

  1. rajinnya cucuk tanam. saya suka juga tp takut terserempak dgn encik cacing. geli!

    ReplyDelete
  2. ziha, ada laman eh umah kamu
    bestnya
    bukan korang dok apartment ke??

    kita pun dulu ada gak menanam
    tapi tanah kat situ tak sesuai la
    abis mati smua
    penat je mak mertua bagi pokiok kunyit smua
    huhuhuh

    ReplyDelete
  3. warghh mnjadi la lada.... sy pun suke bercucuk tnm.. bercita2 nk tnm buah durian...hehhehehe

    ReplyDelete
  4. he heh.. akak pon sll pakai jampi time tnm cili, belajar kat apek nursery.. beli cili yg dah berbuah, blk letak dlm pasu beso. trs semua org kata tgn akak sejuk, cili byk n cantik *ngeee*. tp kan xeea, kn gaya awak upah encik petani upahan tu, nnt tangga tu x leh lalu, penuh ngan tanam2an :)

    ReplyDelete
  5. hahaha..giler HOT HOT cfu..heheh

    ReplyDelete
  6. hahaha.. igtkn u main2.. igtkn petani kt farmville je.. :p

    ReplyDelete
  7. awak sgt rajin laaa. tp kalu nurul mmg malas. hehehe :)

    ReplyDelete
  8. Xeea,

    Aku g negeri Cik Siti Wan Kembang wiken ni, kursus koperasi 1 hari jek. Lenkali meh kite g same2 kat Rantau Panjang, leh borong Corelle. Tunggu bonus kerajaan tu eh..haha! Macik sedara belah tok laki aku ckp nak murah beli kat sane drp beli kat Langkawi.

    Roger n out.

    Anon.

    ReplyDelete
  9. hidd :
    cfu yg rajin. sy rajin paksa dan tengok je. heh.

    dayu :
    ground floor, dayu. merasa la ade tanah seciput. tp, pokok2 tu sume pun tanam dlm pasu je.

    farhanna :
    mak oi. poko durian terus. bagus aa. pas kawen nanti bole jadik towkey jual durian :p

    k tini :
    eleh. ingat betul pakai jampi tadi. baru nak 'paw' sikit. hee

    semangat baru2 je kot. ari tu tanya, baru dia lingkang pukang nak jenguk pokok2 dia.

    hantu ulam :
    eh eh. jgn tenung dalam2. hot sangat tu :p

    fara :
    uikss. tak main la petani palsu. cukup2 lah dah jadik penternak alam siber (baca : ternak blog)

    nurul :
    bukan saya tapi cfu. sy rajin tengok je. hee

    anon :
    whoa. pi rantau panjang, huh? pitih tak dop. tsk.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.