Tuesday, October 20, 2009

Entri Berani Mati.

AMARAN : Entri ni berbaur dengan perasaan carca marba. Selalu aku pendam dalam hati je tapi kali ni, tak boleh tahan lagi. Nak jadik nanah dah ni.

CIMG0950

Rasa macam mau lompat tinggi-tinggi.

***

Pagi-pagi aku dah bad mood sebab tak dapat contact Cfu sejak dari malam tadi. Tambah memburukkan keadaan, bila aku dah beriya-iya kemas barang konon nak kena pindah bilik hari ni, tiba-tiba tak jadik pulak. Dengan alasan, aku kan dah nak berambus pergi kampus cawangan Kemaman tak lama lagi.


arghh. Aku benci bila orang sebut-sebut pasal Kemaman ni. Otak aku serabut. Aku sangat tak bersedia nak ‘bukak buku baru’ kat sana pulak. Rumah apa semua pun tak carik lagi. Benci orang layan aku macam pendatang haram. Sikit-sikit nak highlight yang aku ‘orang Kemaman’. Bosan, tau tak. Bosan.


Masuk pukul 11 nak mula kelas. Hangin satu badan carik kunci makmal tak jumpa. Dah guna, tak reti pulang kunci semula. Tak boleh bukak makmal, macam mana nak bagi student pakai komputer? Takde komputer macam mana nak ajar subjek komputer? Nak aku ajar guna air liur? Lepas tu suruh budak guna imaginasi sendiri bayangkan depan mata ada PC.


ha’ah. Elok lah tu. Kat Misi dan Visi kemain lagi cakap nak lahirkan pelajar berkemahiran teknikal tinggi, hands on yadda yadda. Kemahiran taik kucing.


Lepas tu, tadi dapat call dari orang admin suruh alih kereta. Ni satu lagi masalah negara. Kampus tengah bandar, parking sikit punya ciput. Yang ada tu pun, nak kena bubuh kupon.


Seminit seposen. Aku keja 9 jam sehari. Kali pulak dengan 5 hari seminggu. Kali 4 minggu sebulan. Kali dengan setahun? Sebab tu aku dah kumpul ‘surat cinta warna merah jambu’ setebal sepuluh inci. Ingat senang-senang ke aku nak bagi orang lain makan duit titik peluh aku.


Tengah nak sejukkan hati, masa aku duduk berehat join orang lain buat mesyuarat tingkap, tiba-tiba datang pulak seorang pegawai bukak kes perkahwinan jarak jauh. Dia hairan kenapa ramai pasangan suami isteri zaman sekarang sanggup duduk jauh-jauh demi kerjaya. Dia selaku orang lama, kurang setuju.


Katanya,

“Awak semua patut timbang-tara antara keluarga dan kerjaya. Salah seorang mesti berkorban. Pilih keluarga atau kerjaya. Apa yang awak nak sebenarnya dalam hidup. Mesti ada prioriti. Saya tak faham macam mana orang-orang muda macam awak handle isu PJJ ni. Bukan benda kecik. Banyak side effects. Boleh makan diri kalau lama-lama.”


Aku diam je.

Dah memang jadik tabiat aku, akan diam kalau rasa taknak bercakap tiba-tiba. Walaupun sebelum tu mulut aku dok potpetpotpet macam bertih jagung. Cfu selalu tension dengan perangai buruk aku yang satu ni.


Dalam diam tu, aku ada jugak terfikir, apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kerjaya sekarang. Semakin lama, makin tak ada hati nak kerja kat sini. Kepuasan kerja, jauh sekali.


Sumpah.

Dah berjuta kali aku niat nak berhenti.


Nak buat kerja yang betul-betul kena dengan jiwa dan diri. Tapi, tiap kali terpandang muka-muka student yang ikhlas datang dari jauh nak tuntut ilmu, aku jadik tak sampai hati. Mereka lah aku punya punca rezeki.


Tengok gambar ni, buat aku fikir sepuluh kali nak berhenti. Teaching is my passion. err.. kot.



HER : Selalu kagum dengan orang yang nekad dengan keputusan nak berhenti kerja walaupun belum tentu kerja masa akan datang terjamin lebih baik. Memang berani mati, lah.

19 comments:

  1. wahh...terkena batang hidung i sendiri!!...

    jeng gong jeng!

    selagi ada keja..ada banyak benefit..tak berkeja dgn org yg macam *hit..

    teruskan....itukan ibadah!

    ReplyDelete
  2. huhuh ..garang btul ..bahaya nih

    ReplyDelete
  3. babe..walopun aku br je join the CLUB, tapi aku phm ko nye situasi..huhuhu..

    bile org duk ckp byk buruk utk PJJ ni..aku hny mampu diam jer...

    pkran pun serabut pk byk perkara...hati jugak duk runsing..haih..aku makin kurus la:P

    ReplyDelete
  4. memang kalau ikut nak berenti je awak, lagi2 dah kawin ni. tapi masa dan keadaan selalu tak mengizinkan..tunggu gaji suami saya 20k konfemmmm saya berenti!hehe

    ReplyDelete
  5. org tak merasa tak kan fhm ziha...dgn keadaan skrg sgt susah nak pilih kerjaya @ kelurga.sape yg nak bg kita duit utk byr expenses kita?

    lain la duit dorg yg suap nasi kat mulut kita.yg penting niat kita ikhlas sbb ada ke spouse yg sanggup berjauhan???

    sabar la ziha,nnti akak cuba tolg tp awk kena genapkan at least setahun dua kat situ..huhu..

    ReplyDelete
  6. hmmm sabarlah ziha..kita alami benda yang sama..orang cakap senanglah..ingat kita ni tak de perasaan ke dok jauh ngan suami..tp sabar aje lah
    kdg air mata ngan tipon je peneman pujuk hati..yang penting kita niat kita kerja untuk ibadah..insyaAllah tinggi di sisi Allah..

    ReplyDelete
  7. ye..sy pn byk kali dh pikir kunun2 nk benti je keja ni. tp bile kenang2 blk.. rezeki keja gomen nih bukan sng nk dpt.

    biarlh.. ssh2 dahulu.. sng2 kemudian.. x gitu pn xeea? ;)

    ReplyDelete
  8. hish pegawai tu pun. orang kawen sbb syarat sah nikah dah cukup kan.

    kalo psl prioriti tu, aku x rase ko pindah jauh2 dari laki ko sbb kerjaye. ko pindah jauh2 tu pun sbb utk cari rezeki utk mase depan keluarge ko jugak.

    ah, aku plak emo.

    haha.

    ReplyDelete
  9. keputusan nak berhenti keje bukan boleh buat main
    banyak benda nak kena pikir
    lagi2 idup kat KL
    sorang je keje, cukup mmg cukup
    tapi kurang selesa lah

    *dan bila dah join gomen, mmg pikir 1000 kali la kalau nak quit

    ReplyDelete
  10. hmm kalau aku, aku pun bengang..kadang2 benda kecik cam parking keta pun boleh menyeksakan diri kan? apatah lagi orang duk cite pasal kehidupan kite..kena tabahkan hati je la.

    ReplyDelete
  11. iskk, bwk2 bertenang, pikir semasak2 nya :) insyaallah, bersusah2 dulu, senang2 kemudian,tk tahan jugk, buatlah keputusan yg terbaik utk keluarga k ;)

    ReplyDelete
  12. salam....
    eleh..orang yang buat statment PJJ tuh boleh la cakap...tak kena batang hidung dia...takpe2, kita kena pecaya, tuhan datangkan hujan untuk kita untuk menghadiahkan kita pelangi...ada rezeki nanti duduk la dekat2..tak telayan nanti..insyaallah...sabar je lah...

    ReplyDelete
  13. wife and he daily notes :
    err. kebetulan je, awak. tade kena mengena dgn yg hidup ataupun mati. hee

    anon :
    hah. baru tau rimau tak rimau aku neh.

    hantu ulam :
    kan? dah rasa sendiri, baru tau pahit manisnya. main cakap je modal air liur, semua pun boleh.

    ungu violet :
    tu lah aiiiiii. bile la my cfu nak jadik jutawan neh. nak duduk rumah goyang kaki bela suami. heee

    k suzie :
    ala, kak. mulut orang, kan. ckp main ikut sedap je. kena kat diri sendiri, baru ko tau.

    setahun lagi?
    7 bulan nih pun dah rasa macam 7 tahun. arghh.

    k faza :
    kite je yg faham sesama sendiri kan, kak? sebab kite yg rasa. at least, org2 lama mcm tu, kena bagi moral support, bukan hentam sesedap rasa je. ingat kite suka2 mintak kat tuhan nak jadik macam ni, ke?

    sometimes, we have no option, and they just dont get it.

    modus operandi :
    yup. biarlah kita rasa susah dulu. at least, kite boleh jadik tauladan kat isteri2 pjj yg lain, kan? cewah.

    byn :
    thanx sebab emo sekali. thats what i need, actually. susah senang sama merasa. haha

    dayu :
    sume org mesti buat statement gitu kalo keja gomen, kan. sebab tu, dorang tak heran nak hantar org2 bawah dia pi sana sini. sbb dia tau kite takkan lari walaupun anak bini takde di sisi.

    yuyun :
    ntah tu. dok sibuk jaga tepi kain orang, padahal kain sendiri terkoyak, dia tak sedar.

    hanie :
    tengah bertenang lah ni, awak. kalau tak, mau terbakar dah tempat kerja saya ni. hee

    psh :
    kak ngah?
    gile semangat psh.

    ckp2 org tu, sikit pun tak bagi kudis kat kite, kan? tapi kalau selalu2 sangat disebut2, mau mual jugak. sama2 lah kite bersabar dgn dugaan-Nya yg satu nih, kan.

    ReplyDelete
  14. kesian awak. tak seronokkan bila bekerja dgn hati yang sarat dgn rasa tak senang?

    apa-apa pun cuba lah berbincang dgn Cfu. mana tau ada jalan penyelesaiaannya nanti.

    apa2 pun, bawak bersabar tau!

    ReplyDelete
  15. hidd :
    yup. sini tak kena, sana tak kena. serba tak kena. semua kerja sy jadik tak suka.

    dah diskas dah. dia izinkan je nak brenti keja. tapi, sy yg ragu2. haishhh.

    ReplyDelete
  16. saya adalah org yg berani mati tu..brenti kerja semata2 krn kahwin..nk wat cmne..semua ahli keluarga, nenek, pkck, mkck, mak ayah lagi la..semuanya soh brenti kerja..maka saya pun brenti kerja..sebulan sblm kahwin, sy dapat offer kerja yg memberi gaji lumayan..malangnya saya terpaksa reject offer tu..mmg sdh..tp ini la hakikat hidup..

    ReplyDelete
  17. anon :
    semoga pengorbanan awk berbaloi. demi kebahagiaan keluarga sendiri jugak, kan. what goes around, comes around, awak. Mudah2an awak terima 'pulangan' yg lebih baik kelak.

    HE knows best.
    :)

    ReplyDelete
  18. org bole ckp sbb xrs psgn yg PJJ ni..pandai ckp lom kene btg idung sendri..
    pahit tp terpakse telan..idop kene teruskan..wpon untuk berape tahun lagi pjj..
    idop skrg sume pakai RM..kalo arap sorang keje mmg la xidop..bio la ape org nk kata..
    yg rs org mcm kite..idup sorang2..sume kene wat sorang2..bilela title PJJ tu terhapus dlm kamus idop kt???

    ReplyDelete
  19. saya'kamu,

    mcm biasa la, awak. kite terpaksa tanggung sendiri rasa tu. simpan dlm hati, ubat hati sendiri.

    haih.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.