Bagi pengikut setia Xeatopia mesti dah sedia maklum yang aku ada satu penyakit ganjil. Bagi yang nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ganjil tu, boleh baca entri ni. (Baca : Normal kah?) Namun, sejak dah ada ‘pembantu’ sewaktu aku menjelma jadik chef kat dapur, macam dah kurang sikit lah penyakit pelik aku tu. err.. aku tak cakap dah hilang, cuma berkurang lah sikittttt :p
Memperkenalkan, my hero in the kitchen; Misterrrr Chefel!
Diimport khas dari negara Cosway.
Kisahnya, officemate aku lah yang beriya-iya promote si Mister Chefel ni kat semua orang. Katanya, memudahkan kerja kita selaku wanita berkerjaya gitu. Member aku ni bukanlah agen Cosway, tapi dek kerana dia rasa kuali ni memang mempunyai unsur-unsur ajaib, maka dia dok canang satu ofis suruh beli.
Bagi orang yang tak berapa gemar memasak macam aku, mana nak heran dengan gadjet memasak macam ni, kan. Cuba kau tala handbag ke, kasut tinggi ke, mau juling jugak mata aku. Namun, selaku menantu yang memahami minat Ibu Mertua tersayang, aku pun sebarkanlah gossip gadjet dapur ajaib ni kepada Mak Mertua kat Ganu nun.
Tanpa melengahkan masa, besok jugak Mak Mertua aku serbu Cosway.
Tak payah pikir panjang, dia terus angkat dua sekaligus! Satu untuk dia, satu lagi tak lain tak bukan untuk menantu tunggal kesayangan *mata ke atas, tangan ke bahu* yang tak suka memasak tersebut. Maka, secara tak langsung, aku pun terjebak lah dalam fenomena kuali Chefel ni.
Lepas dah pakai buat memasak beberapa kali, aku terus rasa macam bertuah gila sebab dijodohkan dengan kuali ajaib ni. Serius best, woh! Sangat sesuai untuk orang-orang yang berpenyakit ganjil macam aku. Lagi pulak, kaedah memasaknya boleh grilled tanpa minyak, stim atau menggoreng dengan sedikit minyak. Ada booklet resipi disertakan sekali. Jimat minyak masak. Sebulan pun tak abis guna. Sihat pun iye, sesuai untuk menu diet.
Jenis non-stick. Boleh guna kedua-dua belah atas api. Pakai kaedah flip & cook. Sila baca user’s manual dulu sebelum guna, ye.
Biasanya malam sebelum tidur aku dah siap-siap marinated bahan-bahan simpan dalam fridge. Esok, lepas balik kerja, panaskan Chefel atas dapur dengan api paling kecik, masukkan segala bahan yang dah siap marinated dengan sebati, tutup pan. Lepas tu, pung pang pung pang aku pi solat, mandi, main dengan Alfiy sampai agak-agak 15-20 minit. Masuk dapur, terbalikkan pan, biar lagi 10-15 minit. Aku pun sambung kemas rumah, basuh baju, sapu lantai pung pang pung pang. Elok je siap kerja, masak pun siap! Ting! ting! ting!
Begitu menggiurkan, kan? kan? kan? Mudah, cepat, sedap dan sihat.
Sejak dari itu, aku tidak mentoleh ke belakang lagi.
Hari-hari pun aku hentam pakai Chefel Flip & Cook ni buat membakar, menggoreng, mengstim (?) u name it. Menggoreng ikan pun aku pakai Chefel je sekarang ni. Letak olive oil atau minyak jagung dalam satu sudu besar, lepas tu letak je ikan yang dah diperasakan dengan garam kunyit macam biasa. Lagi sedap daripada goreng minyak banyak yang kita biasa buat tu, I tell you! Isi ikan sangat lembut dan macam juicy gitu. Kurang kolestrol pun iya.
Kalau nak lawan dengan lauk berkuah, aku cuma masak sayur air. Hari ni sayur air bayam, esok sayur air kentang, lusa sayur air sawi fishball dan kita ulang lah sampai dah habis segala jenis sayur. heh. No more masak santan berlemak segala.
The best part is, tiada lagi kesan kotor, berminyak, berlengas kat dapur. Tang ni lah yang buat aku tak suka masak sebenarnya. Aku ni jenis yang lepas masak, mesti nak kasi bersih semua dulu baru boleh duduk makan atau berehat. Orang putih kata, ada sikit macam OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Aku boleh tahan tengok baju bergelimpangan atas sofa tak berlipat, tapi greasy hob? eiuwww, allergic tahap dewa! Tidur pun tak nyenyak kalau terlupa nak bersihkan hob lepas masak. Yes, i am that particular (-_-“)
Dengan Mister Chefel, segala jenis bahan pun aku humban dalam tu, dah siap, boleh terus basuh. Takde percik-percik minyak biarpun masak ayam percik. Nak membasuh pun senang, takde lekat-lekat, tak payah nak kena sental apa. Memang sorgaaaaaaa!
Nah, kelmarin punya menu; seafood platter.
Kelas kan mak hari-hari masak tahap Restoran Manhattan Fish Market, you! :p
Entri ini disudahi dengan URL video Cooking like Magic with Mister Chefel saja nak bakar perasaan membuak-buak korang nak beli Chefel jugak lepas ni. Huehuehue aku promote dah mengalahkan agen but u know me, right? Kalau benda tu memang betul bagus and can make our life easier, why not?
HER : Makin benci la si Lylie kat aku pasal buat entri review. Lariiiiiiikkk!!
ni la kuali ajaib yg adik ipar kite promote suruh beli tu? serious best ke? nakkkkkkk
ReplyDeleteBest sangatttttttttt!!!! Buat org yg tak suke masak mcm kite ni lah. Senang kerja. Dapur pun free oily, greasy yadda yadda
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewahh...mcm best je.bpe hengget nih?
ReplyDeleteNon member : RM 195
DeleteMember + kupon : RM 159
Hujung bulan, terus serbu Cosway ok. huu
perghh...bergetar tangan...rasa terpengaruh dah ni... paling2 nak mintak kat suami cakap.."ini utk kesihatannn tawwww" hehehe .
ReplyDeleteJangan lupe sambil cakap camtu sambil leset2 sket tawwww :p
Deletemenariknya kuali ajaib ni....harus sambar jugak bila balik msi ananti. eh ke buat taktik mcm u, promote kat MIL dgn harapan dia akan belikan utk menantu sulung dia ni? ehehe
ReplyDeleteNo harm trying! Untung2 dapat free macam ai. huehuehue eh, tapi kan kuali ni import technology from Korea. Kat Nihon mesti ade jugak kot.
Deletearghhhh! benci gila kat xeea!
ReplyDeletepas nie x nak da bukak blog xeea! ape pun yg xeea promote mesti hati nie mcm meronta2 nk juga n mesti terpengaruh!
benci!
g lari jauh2!
hahahahah.......
hahahahahaha u know what, masa tgh draft entry ni dok terbayang2 Lylie baca dgn perasaan yg meluap2. hahahaha dont hate me, plisss. Hate the game :p
Deleteharga tak tulis. nyampah taw! ok nti nampak kedai cosway nak singgah. tanya rege je dulu yep hahaha
ReplyDeletealaaaa lupe lah babe. RM 159 for member, RM 195 non member. Pi la ngendeng2 kat abang sayang mintak sebijik as hadiah harijadik ke, aniversary ke. huu
Deletemak kite tanya berapa hinggit??!!
ReplyDeleteNon member : RM 195
DeleteMember + kupon : RM 159
Harga ni mak mentua kite yg cakap la. hee
okkkk mmg teringin gila nak beli nih! how much dear?
ReplyDeleteNon member : RM 195
DeleteMember + kupon : RM 159
Pergi beli cepat sementara stok masih ada :p
bestnyaaaaa macam nak beli jugaklah
ReplyDeleteBeli Nurul, besttttttt *batu api*
Deletewah menarik ni bg yg susah nk memasak sbb ank nk bergayut je
ReplyDeleteTu lah. Mmg agak memudahkan lah utk working mommy & anak masih kecik ni. Tp kalau dah ade oven canggih, takyah pakai Chefel pun takpe kot. huu
Deleteuish... cantik menarik tertarik kau memang debom kuali ni...dah terpaksa beli la nampak gaya nya ni..... apsal la akak g bukak entry jiha ni..? mencik tau!
ReplyDeletePi leset2 mintak kat Abg Mizan cepat :p
Deleteperghh tgk menu2 yg dimasak tu mmg menggoncang jiwa raga nak beli gak mister chefel nii..hehe :D
ReplyDeleteMenu tu I reka2 sendiri ikut sesedap rasa je. hee tp Chefel ni dtg sekali dgn booklet resipi + masa memasak. So bole lah try resipi2 lain lps ni. Kat YouTube pun banyak.
Deleteakak da buatkan orang yang rajin masak ni rasa nak beli!! hahaha. hujung bulan ni boleh la konon2 belanja hubby g spa. pastu nak mintak chefel ni. hahahaha.
ReplyDeleteKalau Fatin sendiri bagi spa kat dia, mesti lagi cepat dapat Chefel. heeee
Deleteko mmg kuat mengoda la xeea
ReplyDeletecer ko pulak try skill menggoda mintak Chefel ni kat abg ekwan. heee
Deletewarghh lagi sng la keja di dpur lps ni..
ReplyDeleteIndeed. More quality time with family! :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak resepi ayam yang perap tu bleh..nmpk sedap...
ReplyDeleteala, simple je. Marinated with pepper + oyster sauce + salt + ginger. Lepas tu just grilled guna this magiz pan!
Deletenak resepi tau
ReplyDeleteResipi yang mana? Dua2 pun ai main hentam je. hee
Deleteok, bini aku sudah termakan hujah ko dengan gaya bujukan tahap dewa... sudah bersedia utk beli satu....
ReplyDeletebest2..baru je beli..pun sama, malas nak masuk dapur..tapi really hope this will make cooking time remarkable..best baca blog u...
ReplyDeleteBaru beli..nak test petang ni..sama mcm u, dh penat keje cam penat sket nak duduk dapur..so hope this akan merajinkan this wife and mommy again..suka baca blog u..
ReplyDeleteDear xeea,
ReplyDelete.AA ada beli la pemangang ajaib ni.brand happy call.tp,kan,lapisan non-stick tu barai la.yg xeea guna ni okay x laposan non-srstick dia?kalau okay,bole la grabb sebijik.
barai? ohmaiiiii. Camana boleh jadik camtu? Hardcore sgt guna kot. hahaha tapi berbaloi aa beli mahal2 pakai sampai barai :p
Deletealhamdulillah, so far, i punya magic pan stillok. & masih setia berkhidmat sampai sekarang :))
Terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSaya ambil yang haq sahaja.lain tiada.