Tuesday, June 22, 2010

Carca Marba dan Penuh Pancaroba.

Nak habis bulan Jun dah ye?

Kemain bersawang lagi xeatopia nih. haih.


Terlalu banyak krisis berlaku sepanjang bulan ni. Sampaikan nak cerita satu-satu pun aku macam tak larat. Tapi mengenangkan peristiwa ni mungkin boleh dijadikkan pengajaran buat diri sendiri dan kamu; yang tak pernah jemu mengharap entri baru dari blog ni, terimalah..


1 Jun 2010.

Ulangtahun kelahiran aku yang ke-26.


Beberapa hari lepas bergegas pulang ke Terengganu setelah terima panggilan kecemasan yang Ayah mertua kena serangan jantung, aku berkampung pulak kat IJN.


Pembedahan pintasan jantung perlu dilakukan serta-merta. Satu hari suntuk jugaklah kami anak-beranak menunggu kat luar bilik pembedahan sampai selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan selamat. Tapi, luluh jugak rasa jiwa raga bila pertama kali lihat keadaan Ayah mertua kat wad kecemasan masa tu. Tuhan je yang tahu.


Dan, sampai bila pun kami takkan lupa tarikh keramat ni.


SJMC 041

Institut Jantung Negara (IJN).

 

Nak tambah drama lagi dalam entri kali ni, dalam pada aku dok berulang alik ke IJN, boleh pulak satu hari tu aku pengsan lepas jaga peperiksaan amali kat kolej. Tak cukup dengan tu, muntah-muntah teruk sampai berdarah.


Terus collapsed.


Habis kecoh satu kolej ingatkan ada pensyarah dah nak beranak. Tak pasal-pasal aku terpaksa masuk wad kecemasan Hospital Kajang. Baru beberapa jam duduk situ, makin pitam dibuatnya. Mana kan tidak, keluar masuk mangsa eksiden la, kepala berdarah la, patah kaki la, histeria la. Adoiii.


Elok je Cfu datang, terus transfer aku masuk SJMC (sekarang dikenali sebagai Sime Darby Healthcare). Lega sikit rasa. Tapi, dua hari jugak lah aku kena tahan kat wad sebab dikhuatiri ada internal bleeding. Ye lah kan, muntah berdarah. Mau kau tak seram.


SJMC 011

Mujur lah hospital panel. Merasa jugak lah orang kampung macam aku ni layanan pesakit tahap artis. Baru admitted dua hari, dah kena RM 1400++ err.. terima kasih Honda Malaysia :p

 

Aku tidur kat wad sorang-sorang je.


Kesian kat Cfu sebab dia macam berbelah-bahagi antara nak jaga aku, dengan Ayah mertua yang kat IJN lagi. Aku tak kisah pun nak mengalah dalam bab ni. Aku tak sampai hati tengok Cfu berulang-alik sana sini. Aku cuma doa dalam hati agar Tuhan terus bagi Cfu kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi saat-saat getir macam ni. Semua orang memerlukan dia ketika tu.


Terima kasih, yayang.

I cinta U sampai mati.

 

SJMC 029

26 minggu.

 

Tak cukup drama lagi, Abah pulak diserang penyakit asthma. Giliran Abah pulak masuk wad sampai sepuluh hari. Bertubi-tubi Allah nak uji ketabahan hati kami sebagai anak sulung di kedua belah keluarga. Masa ni lah baru faham apa yang orang tua selalu kata, sulung kahwin sulung ni, ‘berat’.


Maka, atas keputusan bersama, kami pun bahagi dua.


Cfu perlu temankan Mak Ayah dia untuk pulang ke Terengganu selepas semua urusan pembedahan selesai. Itu tanggung jawab dia. Aku pulak, perlu balik ke Johor untuk ziarah Abah. Dalam keadaan yang tengah sarat macam ni, mana lah ada suami yang sanggup nak tinggalkan bini dia, kan? Tapi, apa boleh buat. Keadaan memaksa.


Berbakti kepada orang tua.

Insya’Allah semua urusan akan dipermudahkan.


Mujurlah aku masih punya adik-adik yang belajar kat universiti berdekatan. Boleh jugaklah jadik driver temankan aku balik kampung. Satu lagi, letih jugak mulut nak menjawab pertanyaan saudara-mara yang tak putus-putus tanya, “Balik sorang je ke? Suami mana? Tak balik tengok Abah ke?” haih. Aku cuba bagi jawapan sebaik mungkin. Harapkan orang faham.


Nak habis bulan Jun dah.


Syukur semuanya dah berlalu. Ayah mertua dan Abah semakin sihat. Aku pun, setakat ni, masih sihat dan ceria. Cuma, dah tak secergas dulu. Cepat mengah. Faham-faham je lah bila dah masuk trimester akhir ni, kan.


SJMC

Lepas ni, nak sambung semula aktiviti yang banyak tergendala. Nak luangkan lebih banyak masa berdua. Mudah-mudahan, dipermudahkan semua :)

 


HER : Lepas ni, boleh update xeatopia seminggu sekali semula, kot. Laptop aku pun sibuk nak buat drama hari tu. Tak pasal-pasal aku menangis sebaldi penuh sebab hilang semua gambar sentimental yang dah aku simpan bertahun-tahun lamanya. tsk.