Friday, December 12, 2008

Normal kah?

Tak tahu lah berapa ramai yang perasan satu penyakit ganjil yang telah aku hidapi sejak dari dulu lagi. Rasanya, teman sekatil aku tuh pun tak tahu. Silap-silap, Mak yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari siap terlajak beberapa hari lagi tuh pun, belum tentu tahu.

'Penyakit' yang selalu buat aku tertanya-tanya, sama ada aku sorang je ke yang ber'penyakit' macam nih. Ada tak orang lain yang sama macam aku. Normal ke bagi seorang perempuan kalau ada 'penyakit' macam nih.

Paling penting, aku jarang berkongsi pasal penyakit ganjil nih dengan orang lain. Sebab aku rasa rendah diri. Sebab aku rasa macam bukan perempuan normal. Sebab aku tak nak dipandang serong. Sebab aku tak nak orang kata Mak Abah aku tak reti didik anak perempuan nya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.


Penyakit ganjil itu adalah...

jeng...

jeng...

jeng...

Aku tak berapa suka MEMASAK.


Ya. Aku sedang membuka pekung di dada blog sendiri. Dan sedang dibaca oleh kamu di luar sana yang bilangannya agak boleh tahan bertambah bak cendawan tumbuh lepas hujan setiap hari. Sindrom Karam Sigh Walya aku nih pun masih ada. Entah-entah, ini juga satu lagi penyakit ganjil baru yang aku hidapi.

Kalau-kalau mak mertua aku baca kisah 'pembukaan pekung di dada blog' aku nih, mau dia putar masa kembali. Nak buat ujian lisan dan bertulis secara berkala dulu, sebelum buat keputusan sama ada aku nih betul-betul layak ke tak, nak jadi isteri kepada anak bujang nya nan seorang itu. Lebih-lebih lagi, beliau sangat suka memasak dan pakar semasa di dapur. Sampaikan, roti canai pun ditebar kat atas dapur sendiri. Ikut kata laki aku la.


* sedang buat gaya ombak tabik hormat untuk mak mertua *


Penyakit ganjil nih dah lama aku hidapi. Sejak dari zaman anak dara lagi. (Sekarang dah mak dara lah kononnnya. Mak dara yang hot. Chewahh.) Yang aku perasan, sejak kecik lagi, kalau diberi tugasan tolong Mak buat kerja rumah, aku akan tawarkan diri untuk mengemas rumah atau membasuh pinggan atau membasuh, menjemur, melipat dan menggosok baju atau mengemop lantai atau mencuci tandas ataupun kesemuanya sekali. Asalkan bukan memasak. Masa raya, aku lebih suka tolong Mak buat biskut dan kek. Tapi bukan memasak lauk-pauk nasi ambang segala bagai.

Tak tahu lah apa punca. Aku rasa kerja-kerja memasak nih macam agak leceh. Dan selekeh. Habis nanti berkecah dan merecik di sana-sini. Aku tak suka keadaan dapur yang bersepah, basah, berbau, berminyak, lantai melekit dan sebagainya. Eiiiishh. Sangat tak suka.

Lagi satu, kalau memasak, aku tak suka ada orang lain bersama. Sebab aku tak suka ada beraneka jenis petua serta kaedah memasak yang diusulkan oleh orang lain semasa aku sedang memasak. Contohnya .."Eh, bukan masuk cili dulu eh?" tak pun.. "Oh, kalau aku biasa buat macam ni. Lagi senang." Kalau ada cadangan kaedah memasak yang lebih baik untuk aku, boleh beritahu lepas aku habis memasak. Kalau tak, aku akan anggap orang itu adalah sangat annoying. Dengan segala hormatnya, sila lah keluar dari dapur aku.

Lepas masak ataupun masa di antara memasak dan menunggu masakan betul-betul masak di dalam kuali, aku mesti bersihkan dan basuh segala macam barang yang dah digunakan. Pisau, sudu, sudip, pinggan, lesung batu dan sebagainya. Padahal, ada antara barang-barang tuh yang aku nak gunakan lagi dalam masa tengah memasak tuh. Takpe. Aku guna lagi dan basuh lagi selepas itu. Aku tak suka bila sinki penuh dan tak nampak lubang sinki.

Owh.

Dah perasan satu lagi penyakit ganjil yang aku ada.

Tidy freak
.

Bila dah duduk asrama, makin 'jauh' lah aku dengan dunia masak-memasak. Aku sangat pakar dalam bidang mengemas locker, membasuh, menjemur, melipat dan menggosok baju serta mencuci tandas. Aku sanggup habiskan masa berjam-jam buat semua kerja-kerja nih dengan semangat dedikasi yang tinggi dan berkobar-kobar. Tapi, bukan memasak.

Walau macam mana kritikal sekali pun penyakit ganjil aku nih, status sebagai anak sulung membuatkan aku secara automatik nya perlu tahu cara-cara memasak. Sekurang-kurang nya, masak telur mata kerbau yang sedap dimakan dengan nasi putih panas bersama kicap kipas udang warna merah.

Teringat masa Mak dalam tempoh berpantang dulu-dulu. Aku yang sulung ni lah kena tolong bancuh susu tepung untuk adik. Bermula dari masak air untuk bancuh susu tepung untuk adik, aku mula belajar memasak sikit-sikit. Goreng telur mata kerbau yang takde rupa 'mata' sebab dah hancur dalam kuali. Dari situlah terciptanya resipi telur hancur yang korang selalu makan dengan roti gardenia tuh. Tengok. Betapa legend nya aku. ehem.

Lama-kelamaan, aku macam dah biasa memasak sebab selalu kena masak makanan untuk adik-adik dan Abah bila Mak keluar bekerja di luar daerah. Sejak Mak sambung belajar lagi, tinggal jauh kat JB, aku pulak sedang cuti , lagi kerap lah aku memasak di rumah. Dah sampai seru nak kahwin, makin kerap aku ke dapur sebab Abah tak pernah bosan keluarkan ayat, "Lagi berapa bulan dah nak kahwin ni. Belajar masak."

Belajar masak. Belajar masak. Belajar masak. Itu ayat favorite Abah sepanjang tempoh menjelang nya hari perkahwinan aku. Tak pernah pulak dia nasihat aku jaga badan ke. Pergi spa berurut ke. Buat rawatan muka ke. Baca buku pasal alam rumahtangga ke. Tak pun persediaan malam pertama ke. Takde. Abah memang suruh aku belajar masak je. Bagi orang cepat bosan macam aku, memang muak jugak mendengar nya. Macam lah aku tak tahu memasak langsung. Tapi, aku tau, setiap nasihat Abah, ada lah gunanya waktu dah berkahwin macam sekarang nih.


Sampai ke sudah, dah berumahtangga, penyakit ganjil aku masih tak kebah-kebah juga.

Aku masih tetap memilih mengemas berbanding memasak.

Aku lebih suka rancangan Eric Leong berbanding Chef Wan.

Oh, ya!

Walaupun aku tak berapa suka memasak, tapi ada satu perkara yang aku sangat suka buat dan tak semua orang yang suka serta pakar memasak pandai buat perkara ini.


Aku pakar menganyam ketupat! * senyum kembang *

10 comments:

  1. oh cik,,kita berkongsi penyakit yang sama :-s
    hi :)

    ReplyDelete
  2. Baru nk hajak ko join wat cupcake. Cupcake consider masak tak

    ReplyDelete
  3. nak kata aku x ske masak tu x jugak.aku ske masak.lebey2 lagi kalo setiap msakan aku tu abih di mkn.

    lagila aku sonok nak masak.ehehe..tp skang aku masih lg dlm proses belajar.setiap kali nak masak tepon tu mesti kat telinga..hahaha..tny mak aku nak letak apa semua..

    hihihi...tp kite ade 1 persamaan..lepas je guna brg mesti bsh terus,walhal nak guna lagi lepas tu.hihi...bak kata ko,mmg x ske tgk bersepah2.semak je mata memandang kan :D

    ReplyDelete
  4. shahirah >> hoyehh!! ramai rupe nya. nih dah kira macam penyakit pandemik. eh ke endemik.

    hi shiro =)
    mcm kenal.
    tp di mana, yer?


    momo >> i prefer baking than cooking. ade bisnes baek kah? mau join!


    juju >> aku tak suka makan masakan sendiri dan tak suka masak sendiri mknn favorite. wahhh. tambah lagi penyakit ganjil aku.

    ReplyDelete
  5. hehe.. same a. aku rela lapa dari masak..

    kalo aku nye masak tu kirenye grill roti yg dah sumbat ngan ayam + mayonis/telur ancur + mayonis n letak cheese. sampai ade sorg hosmet aku dulu pnh ckp "baini, kalo nk diet xleh mkn roti. sekeping roti same ngan 4 mangkuk nasik." wtf.

    aku suggest ko. blaja buat sushi. kemas n ade hasil nak ngap!

    ReplyDelete
  6. byn >> ko nak diet buat ape? badan ko bukan ade lemak pon. huu

    ReplyDelete
  7. memasak adalah hobi aku yg paling kerap aku buat..skrg ni pon aku mmg masak tiap2 hari sbb duk umah bujang...

    penyakit ko samer jek ngan penyakit adik n akak aku... dah nak kawin bari terhegeh2 nak belajar masak...

    tp, ko tu yg penting kena pandai masak singgang... laki ko tu, klu dapat singgang, dah tak kisah dah lauk lain...

    ReplyDelete
  8. aku bukan tak reti masak.

    in fact, aku slalu masak utk family.

    tp ia tetap tak same dgn masak untuk mentua.

    ko laki, lain.

    tugas ko hanya carik tempat tinggal yg selesa dan seuai utk wife ko.

    once, in laws ko dah dtg umah ko dan takde komplen, ko dah kira LULUS aa.

    menantu pompuan, lain pulak kesah nya. wife ko nanti mesti akan rasa perasaan yg sama. bersedia je lah utk bagi moral support, yer. penting tuh.

    huuu

    ReplyDelete
  9. loh.. aku mls nk masak so aku makan sandwich je sbb tu org suspek aku diet. sebnanye malas.

    haihh kamu yg same malas ngan aku pun dah ingat aku nk diet

    ReplyDelete
  10. haihh.
    tak seda diri plak yg aku pon selalu makan roti sapu kaya.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.