Thursday, February 5, 2009

Pukal. Siri dua.

Sebab ada kematian keluarga, diikuti pulak dengan cuti fantasia yang lama, banyak jugak entri lama yang tertangguh.

Tengah bosan takde kerja ni, sekarang lah masanya nak meng-qada' dengan sungguh-sungguh.

Entri yang dah nak basi ni, kita namakan sebagai carca -merba.

**********

Parti Buih

Seperti yang dijanjikan, sesiapa yang nak tengok album kahwin secara live, dijemput datang teratak sekangkang kera kami, kami akan adakan parti buih untuk kamu.

Ini adalah beberapa orang yang dah datang jengah.

Bekas teman serumah, sekelas dan se-universiti selama hampir 4 tahun menetap di titik buta masa degree dulu. Bak kata Al. Bukan aku yang kata.

Selaku tuan rumah yang jelita lagi berdedikasi, harus lah aku layan tetamu dengan layanan taraf hotel lima bintang. Tak cukup dengan itu, aku sajikan pulak dengan hidangan ala carte yang sugguh menjilat jari sampaikan tak sempat nak di-tapaw untuk dibawa pulang ke rumah mereka.

Nasib baik suami peliharaan aku dah diberi makan awal-awal. Kalau tak, mau terpaksa makan cekodok bilis je lah nampaknya.


Anak-anak dara yang datang bergebang.
Feresa, Yus dan Ruby bebeh.


Mula-mula, kita makan bihun sup dulu.
Jangan lupa sambal kicap jawa resepi turun temurun ni sekali.


Memperkenalkan..
Begedil ikan tenggiri masterpiece by Xeea!
Menjilat jari ni. Jangan main-main.


Lepas tu, nak hilangkan taik gigi, kita makan pencuci mulut pulak.
Ini jugak resipi turun-temurun; puding + fruit cocktail.


Harus tunjuk tepung Bird Custard tu.
Bukti aku telah susah-payah buat menda alah ni dengan titik peluh sendiri pada Jumaat malam Sabtu.
Mujurlah diorang datang hari Sabtu.
Kalau datang Jumaat, mau terkorban Khamis malam Jumaat ku.
Eh eh.


Dah kenyang, ape lagi?
Parti buehhhh la beb!!


Basuh pinggan yang banyak lepas makan.
Banyak pinggan, banyak guna sabun, banyak lah buih.
Betul lah parti bueh, kan?

Dah kata tadi, aku memang anjurkan parti buih.


Ni pulak, parti buih untuk kawan-kawan sejenis Encik Cfu.

Masa ni, aku masak Mi Hailam
Tapi, tak sempat snap gambar.
Faham-faham je lah bila buat parti buih untuk lelaki.
Semua gelojoh nak makan je! :p

Sudahnya, aku parti buih sorang-sorang sebab kena basuh pinggan yang banyak dalam sinki.


Tuu diaa...!

Siapa kata orang yang ada penyakit ganjil macam aku tak pandai masak?

Tengok je lah perut suami peliharaan aku tu sekarang dah besar mana.

Bukti tuh. * buat muka innocent habis *


**********

Parti Mengawan



Macam biasa, asal cuti sekolah je, berdedai-dedai lah posmen datang rumah hantar kad jemputan kahwin. Kalau orang dah jemput, kita WAJIB hadir. Melainkan ada aral melintang yang tak dapat dielakkan.

Setakat ni, kalau orang dah susah-payah hantar kad menjemput, aku gagahkan jugak diri untuk datang sama-sama meraikan. Kalau tak dapat datang pun, aku jumpa awal atau kemudian hari untuk bagi hadiah takpun salam keruk ke apa.

Kalau yang jemput guna email ke, friendster, sms dan teknologi canggih yang lain, aku tak rasa macam bersalah sangat kalau tak pergi. Tapi, ucapan dan doa tetap diberi.


Pengantin I : Aida Adlina dan Hafiz.

Lokasi : Kg. Pendamar, Klang.

Tarikh : 11 Januari 2009.



Sesat jugak lah nak ke sini. Asal sesat je, gaduh bertarik rambut jap aku dengan Cfu kat dalam kereta. Nasib baik tak putus asa lagi. Kalau tak, tak sampai la kat majlis ko, Aida. Kitorang dah dok ushar AEON Bukit Tinggi, Klang tu je.

Aida ni kawan sekelas kat universiti masa degree. Dulu dia couple bertahun-tahun dengan orang lain, sudahnya menikah dengan orang lain. Tu lah kata orang, jodoh pertemuan, Tuhan yang tentukan.

Beriya-iya aku menyelit kat celah orang ramai semata-mata nak ambil shot ni. Tapi si Aida ni, sikit pun tak perasan aku panggil nama dia berkali-kali.

Iyelah, pengantin kan.
Haruslah sopan atas pelamin.
Tunduk je.


Dengan muka tembok, aku tarik jugak pengantin ni kat tengah-tengah orang ramai sebab nak gambar sekali. Nak tunggu giliran ambil gambar kat pelamin, mau sampai besok aku kat Klang lagi.

Semoga berbahagia, Aida dan Hafiz!

(Rasa pelik pulak panggil orang dengan nama laki sendiri. Tu lah, yang. Siapa suruh nama common sangat. Cuba letak Afziha. Ada satu je dalam Malaysia. * buat muka innocent lagi*)



Pengantin II : Roslini dan Abu Bakar Bucksey.

Lokasi : Dewan Malawati, Tabung Haji Kelana Jaya.


Tarikh : 31 Januari 2009.


Lini ialah kawan baik masa buat master dulu. Jadik lah nak buat menggedik sama dalam tempoh setahun setengah je. Tua dua tahun dari aku ni tapi perangai serupa tua satu tahun dari aku. Oh, bagi sesiapa yang tak tahu, umur aku 18 tahun.

Ini pun tragedi jugak. Bukan sesat sampai gaduh bertarik rambut dalam kereta, tapi terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Nak-nak pulak baru balik dari Terengganu sempena cuti Tahun Baru Cina. Gila mabuk sampai nak muntah mengalahkan perempuan mengandung aku duduk dalam kereta.

Dah bajet baik punya boleh sampai KL dalam pukul 3. Dah jammed teruk macam tak nak jalan, sampai sana pukul 4++. Dewan dah siap kemas. Pengantin pun dah nak keluar outdoor shooting.

Nasib baik sempat jumpa. Sempat lah bagi hadiah dan borak-borak semua walaupun tak dapat merasa nasik minyak dia. Dapat jugak lah door gift lebih-lebih sikit dari yang sepatutnya sebab mendapat simpati ramai.

Kalau tak jumpa pengantin, ralat jugak aku dengan Cfu datang dari jauh. Kenang jasa aku ni, Lini. Harus jamu aku makan besar lain kali.


Ambik gambar dekat-dekat, budget boleh curik seri pengantin lah, lagi nampak muka sembap dan tembam ada lah.


Aku lah Sizuka di kalangan adik-beradik Giant. ahah.
Semua stok tinggi-tinggi sampai nak cecah pintu gerbang bunga tu. Aku sorang yang takat cecah bahu Lini.


Tahniah Lini dan Abu!
Cepat-cepat dapat baby! Ko dengan Abu tu pun bukannya muda lagi. Lain lah aku ni. Muda remaja sentiasa. :p


Banyak lagi entri carca merba aku ni sebenarnya.

Tapi, simpan dulu lah. Peram dalam beberapa hari lagi.

Untung-untung, keluar nanti dah jadik cencaluk.

Nantikan Pukal. Siri tiga lah pulak.

12 comments:

  1. nampak menyelerakan jek begedil tu...

    nak skit...mau mlm ni buat begedil....

    ReplyDelete
  2. akak, gune bird custard tu kuih ape..
    sdpnye...

    ReplyDelete
  3. bertuah Cfu..hehe..

    nampak gaya nye aku kn bertandang jugak ke rumah kamu..eheee

    ReplyDelete
  4. Kalau datang Jumaat, mau terkorban Khamis malam Jumaat ku. --> waaah maksud tersirat nih. haha ;P

    ReplyDelete
  5. piki parti buih apa..huh...hehe...wah, baju ko siap sedondon lagi erk ngan pasangan pengantin Aida Adlina & hafiz..Dah tepon diorg awal2 ker??? haha..

    Lini dah kawen dah...Alhamdulillah...semoga bahagia hendaknya...

    ReplyDelete
  6. zul : Jgn lupe letak butter. Lagi sedap menjilat jari tau! huu

    azila : Puding custard tu. senang je. bancuh custard dgn air. Masak air sampai mendidih. Masukkan bancuhan td pastu, kacau je sampai jd likat. Masuk dlm acuan, tunggu sejuk, siappp!

    cik oren : Ko pun akan jadik bertuah gak kalo dtg rumah aku. Meh rase penangan cekodok aku.

    soraya : ehem. Budak bawah umur diam2 je. Ini urusan orang dewasa. hahaha

    hussaini : ala, kebetulan je tu. Lagipun, aku pun pengantin baru ape. Walaupun dah suam2 kuku. heeeee

    ReplyDelete
  7. salam kenal...
    terima kasih sudi singgah blog zino.. macam macam cerita ya.. nampak makanan tu terasa lapar balik.. hehe..

    ReplyDelete
  8. hi zino,

    wah. bahaya ni. masuk blog ni je, terus rasa nak makan. jaga-jaga. :p

    ReplyDelete
  9. wahhh..pandai gak pn afziha memasak yer..he3..
    ingatkan hidangkan biskut tiger ngan biskut bantal je..hehehe..just kidding!

    for Lini & Abu selamat pengantin baru!

    ReplyDelete
  10. sheliza,

    uish. tu hidangan wajib tu. kalau akak datang, itu lah yg kita bagi as main menu. huuu

    ReplyDelete
  11. suam2 kuku? eh, still panas lagi lar...hehe

    dah ada "perkembangan" terbaru tak? kalau ada, jgn lupa bagitau erk...

    ReplyDelete
  12. hussaini,

    panas lagi kah? harus bubuh inai kat jari kasi merah lagi. huuu

    perkembangan?
    berat aku dah naik 2 kilo.

    huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.