Showing posts with label jobless. Show all posts
Showing posts with label jobless. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Episod 3 : Diari Seorang Suri Rumah Terhebat – Selaku Babysitter.

Atas nasihat ramai dan untuk hindari masalah kemurungan, aku pun balik kampung tanam jagung. Nak carik kekuatan batin. Ah, mula lah tu. Asal sebut batin je, kamu dah fikir kacip fatimah, tongkat ali, kopi jantan segala. Pasal tu, tak payah sampai nak balik kampung. Kat pasar malam belakang rumah pun ada.


Ni pasal kekuatan batin yang satu lagi; ketabahan hati.

Selain dari DIA, hanya boleh dapat daripada keluarga darah daging sendiri. Satu ciptaan paling ajaib dalam dunia. Keluarga.


Seminggu aku duduk rumah Mak Abah, hilang sikit rasa gundah gulana. Betul kata orang, kalau sedang murung, duduk sorang kat rumah, memang tak membantu langsung. Balik kampung, dengar hiruk pikuk adik-adik, jerit Abah kejutkan bangun subuh dan pekik Mak panggil turun makan; sangat menyegarkan.


Walaupun dalam hati sangat rindu pada lelaki kegemaran di kejauhan yang bekerja keras mencari sesuap nasi. Kalaulah badan ni boleh dibelah dua. Kalaulah aku ada ilmu kage bunshin no jutsu. Kalaulah, kan..


hoho 027Setiap hari, masa aku dihabiskan dengan melayan kerenah si perempuan kecik berambut kerinting besar ni. Asal balik dari sekolah je, takde perkataan lain yang keluar dari mulut dia selain, lapar. Dia jugak punya kuasa mogok yang lagi hebat dari aku tatkala kehendaknya tak dilayan oleh Abah. Tengok je lah senyum lebar sampai telinga dia tu bila mogok nak-air-batu-campur-special-mangkuk-besar nya menjadik.


yeay 034Tak cukup dengan kerenah adik perempuan kecik, kena layan pulak adik lelaki yang tinggi sekali dalam famili. Pagi petang siang malam dinihari, aku dipaksa menghadap sekali main benda alah ni. Tak habis-habis kena belasah sampai bosan asyik kalah bila main FIFA dan Smackdown, sesekali nak jugak aku tunjukkan taring juara bertahan main Super Mario. Tapi, semua orang tak nak layan. Kesian, kan. Kempunan nak menang. tsk tsk.


hoho 033Dah penat main Street Fighter sampai muntah darah, aku angkut dia pergi Proton showroom. Saja nak sibuk-sibuk sekali bila nampak orang ramai kerumun nak test drive Exora *tak sedar diri pegang status penganggur berhias* hurm. Boleh tahan lah. Iras-iras Innova sikit, macam Grand Livina pun iya jugak, pendek kata, rekabentuk MPV memang tak boleh lari banyak lah. Sesuai lah untuk kamu yang merancang untuk punya 5, 6 orang anak.


Baru seminggu tinggalkan rumah atas jagaan sang suami, kepulangan aku semalam disambut dengan bersepah-sepah jenazah lipas yang menemui ajal secara berjemaah. Menyirap darah naik kat kepala, terus aku menyeringai,

APA NI, BIEY?
SIRI PEMBUNUHAN SECARA BERAMAI-RAMAI KAH?
ADA BUAT PAKATAN DENGAN KETUA LIPAS LAGI KAH?
YOU TAK SAYANG I LAGI KAH?

Bertubi-tubi kau kena. Tercungap-cungap nafas aku. Dan, macam biasa, dia buat muka kucing siam untuk menghadapi bini yang menjelma jadik raksasa gorgon, mencungap-cungap jugak nak menjawab,

"err.. Tak. Tak. Tak tau la sayang. Orang tak bersalah."

Itu baru seminggu.

Kamu bayangkan je lah kalau 2 minggu?
Atau 3 minggu?
Sebulan?

Jadik zoo negara agaknya. Siap gajah, serigala, memerang semua boleh jumpa. grrrrr. Nasib baik kamu seksi dan wangi, wahai suami. Nasib baik jugak cintaku ini tak berbelah bahagi.

hoho 035Sebagai hukuman, aku paksa dia potong rambut Beatle yang bagai menggunakan rawatan minyak panas kesayangan dan menjadi kebanggaan tu kat salun nyonya. Kau buatlah muka kucing siam ke, kucing parsi ke, takkan dilayan. Rasakan. kah kah kah *ketawa raksasa*


hoho 038Kalau kamu dah pandai jahit langsir untuk rumah sendiri, barulah namanya seorang isteri sejati lagi mithali dan menjadik kebanggaan suami walaupun gemar menjelma jadik raksasa jelita.


hoho 040Dah beritahu dulu, lagi stress, lagi aku banyak makan. Berat dah naik beberapa kilo. Badan membesar bagai johan. Terhegeh-hegeh haa aku skipping 100 kali sampai semput sambil menonton filem Jessica Alba sebagai sumber inspirasi. ehem. Lepas 5 minit, baju basah kuyup dek peluh, aku dah telentang kepenatan. Biasalah, mentaliti orang malas bersenam; keluar peluh sikit, sakit badan sikit, dah kurus lah tu.



HER : Ke hadapan suami peliharaan yang kini berambut helmet err.. ala geek, candle light dinner jom. Tinggal 2 hari je lagi ni T_T

Thursday, March 5, 2009

Sisi satu lagi yang kamu belum kenal.

Aku terlalu berdebar-debar sampaikan jari-jari tangan berkuku cawan ni laju je nak menaip entri baru.

dup dap dup dap.

Kemain kuat lagi bunyik dia. Boleh tembus paru-paru. Jantung pun berdegup laju. Macam nak gugur. Aku jogging pun tak rasa macam ni (Jogging konon. Padahal lari setempat je.) Sampaikan tangan kaki sejuk semacam mengalahkan takut baru lepas jumpa hantu puchong err.. pocong.

Semua gara-gara dia ni lah. Teruja habis sampai buat entri semata-mata nak mendebar-debar kan aku dan sekalian handai taulan.

Tidur tak lena. Tapi taik mata tetap sendat. Mandi tak basah. Tapi tetap berbau wangi untuk suami. Makan tak kenyang. Ok. Tipu. Makan maintain melebih-lebih.

Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Nak masak untuk suami peliharaan pun dah hilang mood (cheit. Alasan tak boleh blah.) Mulut pun ringan je nak maki mat indon kontrak yang tiba-tiba datang sembur ubat ke racun ntah untuk bunuh nyamuk. Lepas tu teringat Uncle Seekers rancangan 'siapa mahu jumpa hantu sila pakai seksi' tu cakap, "Hantu menyerupai dalam pelbagai bentuk. Manusia. Haiwan. Serangga pun ada."

Sejak tu, aku jadik pembunuh nyamuk dan lipas yang zionis. Berbotol-botol Ridsect dan ubat gegat mini market depan ni aku borong. Nak bunuh 'hantu' lah konon. Alih-alih, hari ni datang orang sembur ubat ke racun ntah nak bunuh nyamuk. Terdetik kat hati, mesti kawasan rumah ni banyak nyamuk. Banyak nyamuk, maka potensi besar banyak hantu. Sudah sudah. Berhentilah menakutkan suami sendiri. eh eh. Suami saya bukan penakut. Beliau adalah sangat gagah perkasa dan taf lagi kacak bergaya (Kalau mahu muntah, sila keluar. Tak nak lah blog ini berbau kurang enak dengan muntah hijau cendol kamu.)

Kan aku dah kata tadi, kalau aku tengah tak tentu arah, lagi panjang aku merepek. Silap-silap, boleh karang satu novel bertajuk, "Kenapa suami saya kata saya gemuk." Sila pakai baju merah datang ke majlis pelancarannya, ya. Dan jangan lupa beratur untuk mintak autograf. Diam kau, sisi xeea yang gelabah! Bertenang lah. Tarik nafas dalam-dalam.

Aku cuba bertenang. Duduk diam. Kaki rapat. Tapi, peluh jantan eh betina (peluh pun ada jantina kah?) tak sudah-sudah menitik membasahi baby-t cap pasar malam sepuluh ringgit yang aku pakai untuk goda suami peliharaan pulang dari kerja. Hoi. Cerita dalam selimut mana boleh jaja.

Oh. Pasar malam belakang rumah aku adalah terbaik sebab ada jual ayam goreng berempah yang aku selalu mintak kuah lebih. Sampaikan kalau aku tak mintak pun, kakak jual ayam goreng tu akan tanya, "Tak nak kuah lebih?" Padahal masa tu aku beli fishball cucuk kat lidi je. Akak ni kot iye pun nak perli saya, jangan lah sampai macam nak suruh saya makan fishball berkuah gaul dengan nasi.

Tengok. Makin jauh aku merepek.

Perasaan macam ni buat aku rasa nak balik kampung. Baring kat celah ketiak mak. Tengok TV sambil makan kerepek. Ada pisang goreng pun ok. Biskut Jacobs cicah Milo adalah terbaik di kala hujan lebat. Oh. Encik Cfu adalah pakar membuat Milo ais kaw. Kalau bukak kedai, Rejab 24 jam boleh merana bankrap takde orang datang.

Baik. Aku berhenti sekarang.


HER : Rekod menulis entri dalam masa tak sampai 1 minit dan dengan hanya satu nafas, terus tekan butang publish.

Thursday, February 19, 2009

Rahsia Lelaki.

Tak macam suri rumah konvensional yang banyak habiskan masa memberi anak minum susu dan memasak ikan tiga rasa untuk suami, aku lebih gemar menghadap peti TV 21 inci dan internet.


Datang lah guruh ke kilat, kalau ada dua benda ni, kamu jangan khuatir. Aku takkan ditemui mati kebosanan kat ruang tamu. Satu lagi, coklat dan jus oren.


Lepas sidai baju tadi, aku terpandang komputer skrin kurus yang dibelikan oleh Abah masa baru masuk universiti dulu. Punya lah banyak berjasa sepanjang tempoh pengajian aku daripada degree sampai lah ke master. Biarlah orang nak kutuk dia AMD lembap macam tahi pun, aku tetap sayang dia.


Sekarang dah dianak tirikan, duduk dalam bilik stor.

Tergerak pulak rasa hati nak menggodek.


Selama ni, Cfu je yang menghadap komputer tu. Banyak simpan dokumen perniagaan alam maya dia. Nak jugak belek, mana lah tau kot-kot ada filem James Bond ke, takpun gambar Micheal Scofield ke apa, boleh jugak buat cuci mata.


Punya lah banyak folder dalam partition D dan E hard disk tu. Setiap fail, ada folder khas yang dilabel siap ada icon rupa pokok lah, bintang lah dan macam-macam lagi. Baru lah aku tau, betapa sistematik dan teraturnya Cfu ni bila masuk bab sistem perfailan dalam komputer.


Kalau tang baju kotor dan stokin busuk, takde pulak dia se-sismatik ni. Nak kena aku jugak yang kutip satu-satu tiap pagi masukkan dalam bakul.


Godek punya godek, nak tau apa yang aku jumpa?


Hohohohohho!!!! Ada hati dengan Jessica Alba, ye.


Penuh haa satu folder dengan gambar perempuan ni!
Yang pakai evening dress, singlet tali halus, bikini, kamu email je lah kalau nak order ye. Semua ada.


Kalau dah nama nya lelaki, kan.


Tak cukup lagi dengan aku yang berpotongan 34-24-34 macam Angelina Jolie tapi versi yang pendek sikit ni. Ada hati nak jugak kat si Jessica lebar ni.


Go on. Keep on dreaming, sayang.

Only in your dream-lah :p


Yang ni pulak, aku jumpa dalam folder bernama career.

Highlight sikit : Career.


Aku yang capture 'sportstar moment' ala Steve Nash ni.
Sila kagum.


Kamu benar-benar pasti yang No. 11 itu Cfu?
Sila tengok semula.


Nasib baik ada jugak gambar aku di celah-celah Jessica lebar tu.


Kadang-kadang, rasa rindu jugak nak jadik pom-pom girl Cfu macam dulu.


Duduk tepi court, sambil pegang botol air mineral besar, jerit-jerit penuh semangat sampai tanpa sedar, mengangkat ketiak tinggi-tinggi. Tengok gusti dalam gelanggang bila tiba-tiba ada orang naik angin dan rasa nak nangis bila tengok dia terjatuh sampai guling-guling.


Beberapa minit kemudian, lepas habis game, baru tau itu semua lakonan je. Syabbas, inspektor Sifu! kamu memang pelakon hebat!


Buat penat aku cemas sampai nak terkencing, tahu tak?


Dah habis godek-godek dan senyum sorang-sorang terkenang memori masam-masam manis masa tengok gambar-gambar lama dalam komputer tadi, aku terjumpa satu folder.


Yang tiba-tiba berjaya menutup mulut aku yang dari tadi tenganga-nganga ketawa gembira dan terus jadi ke bawah.


Macam ni haa.. =(


Cis. Bedebah. Siap lah kamu pulang dari kerja nanti.



HER : Satu gambar memang boleh simpan 1001 cerita dan rahsia.

Wednesday, February 4, 2009

Realiti TV menyanyi dah macam komedi. Raja Lawak pulak komedi yang tak menjadi.

Lama dah tak cerita pasal penyakit gila meroyan aku dengan TV.


Asyik cerita pasal cinta mekar bahagia burung berkicauan cahaya matahari menyinari bunga-bunga nan berkembang angin sepoi-sepoi bahasa daun-daun pun berguguran yadda yadda.


Sekarang ni, aku tengah kemaruk tengok American Idol musim baru. Tengah peringkat audition la yang best. Ala. Macam tak biasa je. Kan ke seronok gelakkan orang yang duduk melalak tanpa segan silu perasan suara merdu bak bulu perindu di kaca TV dan ditatap oleh manusia seantero dunia.


Siap dengan macam-macam gimik semata-mata nak tarik perhatian juri.


Aku paling tak tahan yang sarung costume arnab, bawak pasukan sorak sekali dan pakai bikini. Bila tang nyanyi, mak oi. Nak je aku rekod balik burn dalam DVD lepas tu pos balik kat orang tu nun kat Amerika sana. Biar dia buat post-moterm sendiri. Dia tu tengah menyanyi ke tengah menyalak.


Kadang-kadang, peserta yang pergi audition ni, macam syok sendiri pun ada. Tak kurang jugak yang pergi setakat nak menyibuk, nak masuk TV. Bukan sebab yang dia tu betul-betul ada bakat menyanyi.


Tapi, tak semua lah. Ada jugak yang betul-betul berbakat walaupun muka nampak macam seposen je. Pakai pun ala-ala je. Sekali dia bukak mulut, nyanyi. Menganga mulut aku ni, hah!


Adegan paling aku suka bila diorang kena reject.


Oh.

Siapa-siapa pun memang susah nak terima rejection, kan.


Tapi, tak perlu lah sampai nak mencarut bagai sampai semua tok nenek perkataan carut pun keluar siap tayang jari hantu merata maki juri pekak, bodoh dan tak reti menilai apa muzik yang dia cuba bawakan. Lagi parah, air mata mencurah-curah keluar mengalahkan orang yang mati anak. Dengan nyaris nak pengsan sesak nafas sampai terduduk segala.


Oh lagi.

Tak segan ke diorang bila tengok balik siaran ulang tayang tu nanti. Lagi pulak saudara-mara, sahabat handai, jiran tetanggga malah satu dunia duduk depan TV menonton sama.


Oh. Dan oh lagi.

Bila difikir-fikir balik. Orang sana kot. Dah memang jadik budaya dia agaknya.


Tapi, malam kelmarin, bila tengok One In a Million, orang-orang kita pun lebih kurang sama je fi'il nya. Panjang jugak harakat kata-kata carut yang keluar bila tak diterima. Samalah panjangnya dengan jari hantu mereka. Siap boleh kutuk suara juri tu pun bukanlah sedap mana. Amboi. Belajar lah terima kekurangan diri sendiri, dik oi. Tak cukup dengan jari hantu, jari telunjuk dia pun sibuk nak tunjuk orang lain punya salah.


Oh. Dan oh lagi. Dan oh lagi.

Ada lagi perkara lain yang lebih sentap daripada jari-jari hantu dan ucapan sulam carut, rupanya.


"..sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..."


Oooohhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!

Eh, ini bukan Oh lagi.

Ouch! Auuwww!

Wednesday, December 31, 2008

Aku dah jadik penternak alam siber.

PERHATIAN : Entri ni dicedok dari sini.

Seperti yang diberangankan. Blog ternakan baru.
(http://isubumperkahwin.blogspot.com)

Update sekali-sekala je kalau aku ada masa dan idea.
Kalau ada artikel atau isu berkaitan nak dikongsi bersama,
amat dialu-alukan.
Nak jadik penulis bersama pun boleh.
Nak iklankan bisnes kahwin ke, tak kisah.
Nak bersama-sama menternak blog ni pun boleh jugak.
Tak rugi apa pun kalau bagi pendapat dan kongsi pengalaman peribadi.



PER : Sebab ramai pengantin terjelepuk masuk blog satu lagi. Maka, tercetuslah idea ini.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Selain tu, berikut adalah sebab-sebab lain kenapa blog ini wujud :


1. Aku tengah menganggur. Jadik surirumahtangga sepenuh masa. Tak berapa suka memasak dan masih belum menimang anak. Jadi, aku pun ambil keputusan nak jadik penternak.
Membukak ladang ternakan blog.

2. Aku percayakan institusi perkahwinan dengan sepenuh hati. Aku sangat dedikasi menguruskan segala urusan perkahwinan aku sendiri. Jadi, aku rasa macam bermurah hati nak kongsi pengalaman dan pendapat peribadi pasal perkahwinan dengan orang lain.

3. Aku sangat suka menulis. Sejak Darjah 6 lagi, aku dah suka tulis diari. Menulis adalah cara aku ekspresi diri. Dengan menternak lebih banyak blog, maka lebih banyak lah hasil ternakan karangan dapat aku hasilkan. Lebih banyak ekspresi, takkan timbul rasa nak bunuh diri bila tertekan nanti.

4. Rasa macam tak best pulak nak cerita pasal kahwin kat blog peribadi. Sebab ia dibaca oleh semua peringkat status. Bujang, berkahwin, remaja, tua, muda dan macam-macam lagi. Kang orang kata syok sendiri. Macam lah aku sorang je yang kahwin kat dunia ni.

5. Sebab aku bosan. Kalau bosan, aku banyak makan. Mak mertua langung tak berkenan.


Mari sama-sama berkongsi pengalaman.


Pengalaman itu bukan duit.


Jangan kedekut.

Tuesday, December 2, 2008

Confession of a TV addict

Right now, at the moment, I'm so into talk show series.

Kind of like Oprah, Rachael Ray, Ellen DeGeneres , Jimmy Kimmel, David Letterman, Tyra show, Jason Lo and oh, Eric Leong.

You name it.

What does these show have in theirs favor?

Well, on the whole, the shows have become somewhat of a pleasure for me. I enjoy every single segment they have. Celebrities, cooking, human lab, make over, talent show, fancy stuffs, infotainment. I just love it! I only discover that I used to be a mini-hoarder and have the symptoms of depression by watching these show. Gulp.

I love reality shows too. Minus Akademi Fantasia from the list, I love Amazing race, Kardashian show, Kimora's Life in the Fab Lane, Celebrity Apprentice and America's Next Top Model. Now, Australia and Britain have their very own top model in the making show too. But obviously, Americans stand out for their so-high-school cat fights and guts to be seen naked on TV.

To name a few of my top list favourite TV series : Desperate Housewives, Grey's Anatomy, Heroes, House, Gossip Girl, Gilmore Girls, Prison Break and One Tree Hill. They're my cup of tea of every season. I'll feel something missing in my life if I miss any episode of this series. I'll feel like a promise has been broken. A promise between me and my addiction. Mister TV, of course.

err.. I love Wonder Pets too!

Ok.

I am truly an addict.

An overdose one.

Tuesday, November 4, 2008

Bersenang-lenang lagi.

Masuk hari ke-2 kat A' Famosa Resort.

Masalah loya dan muntah-muntah aku semalam agak kritikal. Hingga terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan sebaik saja aku sempat publish entri semalam. Dikhuatiri keracunan makanan. Mati-mati aku ingat aku sedang sakit kelaparan. Sungguh ironik, bukan?

Balik dari klinik, telan 2-3 jenis pil, terus tumbang tak sedar diri sampai pagi. Gila kritikal. Doktor cuma cakap, aku keletihan. Exhausted. Apa kejadahnya? Apa yang aku buat sampai letih begitu. Selain keletihan melayan bosan. Mungkin letih dari hari tuh tak habis-habis lagi kot. Pindah rumah pulak. Iye lah kot. Ngada-ngada betul.

Hari nih, rasa sihat sikit. Tapi, pening kepala masih tak hilang. Dalam pening-pening tuh, aku dok merayau keliling resort. Mencari makan dan...teman. Hampir semua orang aku tegur. Mat bangla jaga pun aku ajak borak sekali. Ada gak layan borak ngan kapel Mat Salleh yang mintak tolong aku bawakkan dorang berjalan-jalan sekitar resort. (Aku perasan bagus. Macam laa dah hafal jalan. Padahal pergi sini pun ada laa dalam sekali dua jer.)

Dah penat berjalan, perut pun lapar. Orang lain siap berkot, berkasut tumit tinggi bagai, pusu-pusu pergi Cafe, aku dengan jeans Levi's reput, selipar jepun, pun sibuk-sibuk masuk Cafe nak makan.

Pura-pura pandai baca peta di depan kapel Mat Salleh.

Mee Mamak Rm 14. Sila beliakkan bijik mata.

Lorong Haji Taib ke Club House.

Cafe di Club House memanggil-manggil, "Mari! Mari! Buffet RM 38 seorang. Mari! Pokaikan duit kompeni laki anda!"

Cencaluk mesti ada walau di mana jua berada.

Menikmati suasana hijau selepas makan. Elok untuk sistem penghadaman.

Sudah kenyang, pulang ke hotel, layan Nickelodeon, buat taik mata dan juga 'peta'.


Begitulah rutin hidup saya hari ini. Sekian.

Monday, November 3, 2008

Bersenang-lenang. Alangkah best nya!

Cuba teka, di mana kah aku pada tika dan saat ini?

Cyber cafe kah? Rumah baru kah? Bilik kuliah kah?

Ketika dan saat ini aku sedang berhibernasi sambil menikmati masa bersenang-lenang di Hotel A' Famosa Resort, Melaka.

err.. sedang ber bulan madu kah aku?

Tidak rasanya. Pasal aku duduk sorang diri kat lobi hotel nih. Tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi. Sambil melawan rasa mabuk dan loya bersulam tangan yang menggeletar bagai nak rak, aku gagahkan diri untuk tulis sesuatu dalam blog cabuk bagi mengisi masa yang ada.

err... sudah mengandung kah aku?

Propaganda sungguh.

Sekarang ni, kalau mengadu pening sikit, dikata mengandung.

Sebenarnya, rasa mabuk, loya dan menggeletar ini lahir ekoran rasa lapar perut yang tak tertahan lagi. Cafe dan restoran hotel jauh sangat letaknya. Nak jalan kaki, kaki pun dah ikut sekali tangan yang menggeletar. Tak larat rasanya. Room service pulak ada limited time sahaja. Aiiiiii... lambat nya nak tunggu jam 5.00 petang. Harap-harap laki aku balik bawak laa mi siam barang sebungkus dua lebihan dari tempat jamuan seminar.

Begini lah gaya hidup seorang penganggur kehormat. Bila laki kena out-station, tak sampai hati nak ditinggal sorang kat rumah. Takut pulak ditemui mati kebosanan keesokan harinya. Bila di bawak sama, hampir-hampir juga nak mati kebosanan duduk kat bilik hotel sambil melayan channel Nickelodeon berulang kali. Dan hampir kecut satu badan berendam berjam-jam dalam tab mandi. Mujur ada wi-fi. Serta penyambut tetamu hotel yang kacak belia. Boleh jugak cuci mata. ehem

Sebenarnya, A' Famosa Resort Hotel nih, tak lah sebosan yang aku gambarkan kat sini. Main attraction kat sini adalah beraneka tempat best yang boleh dikunjungi. Ada Water World, Safari Animal Park, Cowboy Town, Archery Park, Golf Course, Para gliding, Club house, Thai massage etc. etc.

Masalah nya cuma satu, aku dah pergi semua tempat tuh sebelum nih. Tuh yang rasa macam dah takde benda yang boleh dibuat kat sini. Selain dari akses internet secara rawak. Untuk satu hari kira macam ok lah kot, tapi aku duduk sini 3 hari! Adoi mak. Memang nyawa-nyawa ikan dah nak mati bosan nih. Cepat lah laki aku balik. Bagi CPR. hehe

Ginilah kehidupan aku sekarang. Sangat bersenang-lenang. Makan duduk, berak cangkung. Semua ditanggung halal. Alangkah best nya!

HER : Dengar cerita, bulan 12 nih keluar result posting. Malas nya nak mula kerja.