Kalau mantan Perdana Menteri Che Det dah cadangkan 'Dasar Pandang ke Timur', aku pun dalam pada memegang status penganggur kehormat, konon-konon sangat berinovasi, cuba nak cadangkan 'Dasar Pandang ke Barat' pulak.
Pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.
Perlu faham beza makna antara kedua-dua terma nih, yer.
Macam kita menulis tesis, kita rujuk banyak buku, kertas seminar, jurnal dan tesis yang lain, sambil-sambil tuh, kita tiru sikit-sikit, cedok ayat sikit-sikit, letak kat rujukan, siap cetak dan bukukan.
Lepas tu, dengan perasaan penuh bangganya pun berkata..
"Inilah hasil titik peluh aku selama ini."
Sebuah tesis berkulit tebal yang cetak besar-besar nama kita kat muka depan. Tak lupa juga muka surat dedikasi yang paling digemari sebab boleh tulis ucapan untuk keluarga dan kawan-kawan seperjuangan. Juga untuk pakwe kesayangan.
Ini lah konsep pandang-pandang jer. Bukan tiru bulat-bulat.
Berbeza dengan 'Dasar Pandang ke Timur' yang menggalakkan Malaysia mencontohi kemajuan teknologi dan membuat perkongsian pintar dengan negara-negara Timur seperti Jepun, 'Dasar Pandang ke Barat' yang aku cadangkan nih lebih kepada berbentuk hiburan.
Hiburan bermanfaat.
Bukan hiburan yang berbau hedonisme dari Barat yang pada anggapan aku, dah lama jadi darah daging orang Malaysia. Dah sebati. Dah tak boleh hidup tanpanya. Dah jadi sebahagian tata cara hidup kita. Bukan setakat pandang-pandang lagi.
Macam aku, kalau tak tengok cerita Heroes hatta satu episod pun, akan berusaha dengan tekun dan jitu, cari kat internet, pergi laman web Tiub Kamu dan download secara haram. Tengok. Begitu dasyat penangan cerita karut yang direka oleh orang Barat, sampai buat kan aku gila meroyan dengan TV.
Masalahnya, ada ke hiburan yang bermanfaat?
Selain ceramah Hal Ehwal Islam yang kadang-kadang pun dah jadi macam ceramah 'politik' agama, memang tak ada. Mana ada hiburan bermanfaat kat alam fana nih. Hiburan dalam bentuk tayangan ke, pendengaran ke, perbuatan ke, semuanya tak memberi manfaat secara total.
Mungkin ada kot manfaat sikit. Contohnya, hiburan dalam bentuk senaman. Bermanfaat untuk menyingkirkan lemak tapi kalau buat senaman secara membuta tuli boleh mendatangkan mudarat. Memenatkan pun iye jugak.
Idea 'Dasar Pandang ke Barat' nih pun tercetus dari penyakit gila meroyan dengan TV yang aku alami sekarang nih la. Kalau nak dibandingkan, memang orang kita agak jauh tertinggal dari segi penghasilan filem berkualiti. Orang kita masih kurang kreatif dari segi menghasilkan idea dan skrip jalan cerita yang bagus.
Ada jugak yang macam nak buat kelainan, cedok idea dan jalan cerita filem atau drama orang sana tapi, balik-balik cedok idea yang sama. (Baca : Merujuk beberapa cerita drama tipikal Melayu; yang suka gambarkan imej orang berkaca mata bingkai tebal, rambut kerinting kusut, berbadan gemuk, berbaju besar gabak, memakai pendakap gigi dan tak pandai bergaya sebagai hodoh.)
Itu bukan pandang-pandang jer. Itu tiru bulat-bulat.
Punya berlambak orang sana buat cerita pasal bencana alam. Pasal puting beliung, gempa bumi, perubahan suhu bumi, serangan meteor, salji tebal, kehabisan punca air dan sebagainya. Sampaikan tragedi 11/9 dah pun difilemkan, siap la tokok-tokok tambah cerita tipu dengan jayanya.
Nak bagi kesedaran kat orang-orang dia betapa bencana alam tuh memusnahkan harta benda, meragut nyawa, mengambil masa untuk pulih dan meninggalkan pelbagai kesan mendalam dari segi fizikal dan emosi.
Nak suruh orang-orang dia faham jangan sekali-kali cuba melawan sifat alam, tidak merosakkan ekosistem bumi, saling bekerjasama semasa dalam kesusahan, berikhtiar sebelum mati, tidak menyerah kalah, belajar dari pengalaman dan kesilapan orang lain serta mohon pertolongan dari Tuhan.
Selain nak tunjuk kat seluruh dunia, diorang punya teknologi hebat nak hadapi bencana alam, nak tayang kereta kebal yang banyak, peluru berpandu canggih, pasukan polis dan paramedik yang dedikasi dan tak lupa juga, punya pemimpin berwibawa berjiwa rakyat, sebab mesti ada adegan di mana presiden tak pun datuk bandar akan buat sidang media, bagi ucapan kata-kata semangat untuk rakyat yang biasanya diakhiri dengan ayat.. "May God bless us all."
Cuba pandang-pandang sikit.
Takde pulak ada orang kita yang terfikir nak cedok idea macam nih.
Buat cerita pasal banjir, kemarau, tsunami, kebakaran dan tak lupa juga bencana alam yang popular pada masa kini, tanah runtuh.
Keluar duit habis juta-juta, buat cerita macam nih kan bagus.
Bagi orang Malaysia sedar sikit, duit yang banyak jangan dibazir untuk buat rumah atas bukit, buat diri rasa makin 'tinggi', sebab bila kita duduk lebih 'tinggi' dari orang lain, kita akan rasa macam lebih berkuasa, lupa asal-usul kita. Sampaikan tergamak memperjudikan nyawa demi memenuhi kepuasan berharta.
Oh, lupa.
Kalau buat cerita macam nih, mana orang nak masuk wayang.
Orang kita kan suka cerita cinta. Cinta tiga segi, cinta empat segi, cinta zig-zag. Yang ada budak-budak Akademi Fantasia berlakon di dalamnya. Orang kita memang suka. Tak pun, tengok orang rempit dan lumba kereta kat lebuh raya tapi mesti ada jugak selit kisah cinta.
Mana ada orang kita nak tengok cerita pasal bencana alam.
Buat susah hati je. Tak rock aa. Hidup mesti happy.
Kata mereka.
HER : Takziah buat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
wah cemerlang betul kamu ya...
ReplyDeleteaku tertarik satu ayat ko.. ceramah politik agama...
baru2 ni aku join seminar keluarga bahagia... sorang ustaz ni, tgh bentak paper pon bleh lagi selit isu2 politik yg kutuk mengutuk org...ish3....tak profesional langsung...
hoho...kagum betul gueh sama kamu..
ReplyDeletebegitu panjang hujah kamu ya..
tapi aku tertarik pada perkataan Tiub Kamu (youtube)...
begitu kreative pemikiran kamu..
hehehe
Terpingga aku jap dgn ayat ko ni..."Merujuk beberapa cerita drama tipikal Melayu; yang suka gambarkan imej orang berkaca mata bingkai tebal, rambut kerinting kusut, berbadan gemuk, berbaju besar gabak, memakai pendakap gigi dan tak pandai bergaya sebagai hodoh."
ReplyDeletewah..aku macam tau je drama ni..Kumilikmu..TV3 kan...tp best lar crita ni walaupun di copy paste. Lucu n jalan crita nye hidup..hehe (malam td aku nengoknyer)
hmm aku rase hiburan berfaedah ni cam hobi yang bergune.. contoh: berlatih main kubik (yg 4 petak berkaler tu), membace dll.. so ko buat, ko terhibur n dpt manfaat.
ReplyDeletebtw, sungguh berkualiti blog post ko ni
zul >> cemerlang yer? anak didik sape dulu. ekau jugok, kan.
ReplyDeletejuju >> tiub kamu, tiub ku jua.
al hussaini >> wah. ada peminat suda marah. hehe bukan citer tuh je la. dah byk sgt cover version citer Betty Yo Soy skang nih. Dulu si amani dah wat watak camtuh gak. Pastu ari tu si farah AF pulak. huu
byn >> oh. aku sgt suka main kubik. sbb melibatkan skill menyusun. aku mmg pakar menyusun benda.