Mana lagi nak dapatkan penghawa dingin secara percuma pada waktu tengah hari yang begitu menyegat sejak berlakunya pemanasan global sekarang ni, kan? Dah tentu pusat membeli-belah yang tersergam indah kat depan rumah :p
Sampai-sampai je, terus masuk restoran makanan segera yang terdekat. Beli meal set paling murah. Duduk kat individual seat. Makan laju-laju. Berlagak macam kera sumbang. Tak mahu bersosial dengan orang di kiri dan kanan.
Tiba-tiba.. saspen nih. saspen.
Dari jauh kelihatan, susuk tubuh seorang jejaka yang tegap lagi tinggi. Struktur muka sangat maskulin. Iras pan asian sikit. Siap ada macam jambang halus yang nampak samar-samar je. Rambut kemas ber-Brylcreem.
Kat hati dah terdetik,
'pergh. Tinggi. Tough pulak. Muka pun boleh blah. Cayirrr cayyirr'
Kejap-kejap macam istighfar,
'uishh. Kau tu bini orang. Jaga mata. Jaga perangai. No more flirting.'
Tapi, ekor mata sibuk ushar lagi mamat tadi kat kaunter. (Nafsu. Mana ada manusia sempurna. Pantang tengok yang berdahi licin. Tapi cinta ku hanya untuk suami. Sepenuh hati. ehem.)
Aku analisis pakaian dia. Kemeja lengan panjangnya dilipat sikit, tali leher kurus, seluar slack hitam. Tengok jam, pukul 12.30 tengahari. Baru balik kerja half day kot. Takpun, keluar lunch. Tak pun, tengah ngulor.
Tengah aku sibuk mentafsir guna sekelumit ilmu psikologi yang ada, alih-alih dia toleh. Betul-betul kat aku. Bertentang mata kejap. pergh. dup dap toksah cerita lah. Senyum pulak. Mak aih. Gugur jantung, weih!
Tak habis lagi dup dap dup dap, boleh pulak mamat tu angkat tray dia, datang kat aku. Berdiri betul-betul kat sebelah tempat aku duduk. Apa lagi. Pura-pura tak nampak lah. Cover line makan burger secara gelojoh sampai meleleh sos cili kat mulut.
err.. sebelah u ni, ada orang tak?
(Sopan je dia tanya sambil senyum. Nampak lesung pipit halus. Gugur lagi jantung aku!)
uhuk. uhuk. Takde.
(Buat-buat batuk tutup mulut cover line nak lap sos yang meleleh sambil geleng kepala.)
Masa dia duduk sebelah tu, hidung kecik dan tak mancung aku ni, dah tangkap bau sesuatu. Menusuk jugak lah. Tercarik-carik jugak dari mana. Pusing kiri kanan depan belakang, sah, datang daripada mamat sebelah. Jenama minyak wangi apa lah yang mamat ni pakai. Gila kuat bau dia.
u sorang je ke?
(Tiba-tiba dia bukak mulut. Taktik nak ngorat la tu, dalam hati aku cakap. Siapa tak suka kena ngorat dengan laki hensem, weih! Lagi pulak bini orang macam aku yang dah off the market ni. Aku dah mula sengih-sengih gedik.)
ha'ah.
(Aku jawab sepatah sambil angguk kepala. Jual mahal, beb. Dalam masa yang sama, hidung ni macam dah terkulat-kulat tahan bau yang kuat tadi. Hidung aku ni memang sangat sensitif terhadap bau terlalu wangi mahupun yang sebaliknya. Aku dah mula pening-pening lalat.)
tinggal kat mana?
(Semakin galak dia bertanya.)
kat opposite ni je.
(Jual mahal lagi. )
oooh. Dekat je. U tak kerja ke hari ni?
(Dia serkap jarang berdasarkan kepada tshirt dan jeans yang aku pakai kot. Sambil tu, mata dia dok ushar jari manis aku yang togel tak bercincin berlian mahupun belah rotan masa tu.)
Tak.
(Masa ni dah malas nak jual mahal. Sibuk fikir ayat nak tamatkan perbualan sebab otak aku macam dah dapat tafsir bau apa yang datang daripada jejaka tinggi lagi tough di sebelah ni.)
u kerja apa? Kat mana?
(Dia masih tak putus asa.)
Suri rumah sepenuh masa.
(Aku jawab sambil senyum penuh makna.)
laaaa. Dah kahwin ke? Mudanya..
(Dia membalas. Lepas tu, terus senyap. Makan makanan dia laju-laju sampai habis. Masa nak bangun dan tinggalkan restoran tu, dia cuma senyum kat aku tanda mintak diri.)
Lepas dia beredar, baru hidung aku rasa lega. Baru boleh bernafas menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida seperti biasa. Macam baru lepas dapat CPR.
Nak tau bau apa yang menusuk hidung tadi?
Bau ketiak.
eekkk.
It's a MAJOR turn off, boy!
Moral cerita,
1. Biar muka berminyak, asalkan badan tak berbau.
2. Flirting tanpa kebenaran suami, akan menerima padah. Tuhan bayar secara cash kat situ jugak. ouch. ouch. ouch.
3. Don't judge a book by its cover.
HER : Tak kisah kalau dalam handbag takde compact powder tapi jadik menggelabah bila deodorant tertinggal atau terlupa nak pakai.
kalau bau badan memang tak boleh blah. dpt pulak kalau ada bau kari. muntah darah.
ReplyDeletea ah.. sangat setuju. bau badan memang betul2 turn off. bukan. terus shut down. tak kesah paras rupa, chubby ker, tembam ker, tapi please, jaga bau badan.. pernah ada bf, hensme, sweet jer. tapi tak leh tahan ngan bau badan dia yg makin kuat saban hari.. aiseh. masa tu nak bg deodarant, tak mampu sebab masih student-- bahana gatal sejak sekolah .. hehehe
ReplyDeletewah..kalo aku di tempat ko xeea..kompem aku nak muntah kat ctu jugak..
ReplyDeleteaku ingat lg, ade dak klas dtg kelas bau baju yg sgt hapak n x mandi agaknye budak tu..time2 tu jugak muka aku merah nak muntah x tahan bau dia.ahaha
aku x der ckp aku ni wangi sgt..tp aku x pnh lupa pakai deodorent..x cy tny MOMO..ahaha
hhahaha..tu la, nakal2 lagi. Tuhan byr 'cash' dgn terpaksa bau ketiak itu huehihhuei
ReplyDeletepakwe sapa la tu kan....?mgkin t'lalu bekerja keras @ semulajadi cengitu kot...
ReplyDeleteaiyaaaa!!!
ReplyDeletespoil sungguh la mamat tu
per lah
tak reti ke nak pakai deodorant hah
issskkkk....
hidd : bau kari? keja kedai mamak kot boleh simpan bau tu tiap hari. ni belum preggie macam awak, hidd. semua bau tak boleh blah :p
ReplyDeletehanys : shut down, huh? setuju. sbb tu lah, byk2 bau, bau fresh after shower yg paling saya suke.
cik oren : muka aku masa tu dah biru dah. nyaris jugak nak muntah hijau cendol kat situ. sikiiittt je lagi.
hanie : alaa. flirt sikit je. tak sangka hukumannya sgt menyeksa jiwa raga! haha
luv like this : tu lah. tak boleh ckp jugak. ada org, mmg jenis mcm tu. bau badan kuat. tapi, deodorant kan ada. parfum pun ada. tinggal nak atau tak nak je.
dayu : duit dia habis kat baju, neck tie, seluar dgn kasut kot. appearance mmg tip-top. kena kat bau, adoiii mak! pengsann!
Eh mek ju (Oren) : tak tau tak tau tak tau...hahaha...ala xeea kalau aku aku sound direct je. Haritu aku kat library, aku tak tau bau tu bau badan orang. Aku sound kuat gak la. Bau masam aper nie weh.
ReplyDeletehahahaha...
ReplyDeleteko ni xeea...
memang buat aku suspen..
aku piki bau minyak wangi Dunhill Blue ke, Georgio Armani ke, Hugo ke...sekalinya...
bau tempias di jalanan...kih kih kih...
sgt loya dgn lelaki cmni.. x lehh thn...
ReplyDeletealahai. frust frust frust. isk.
ReplyDeletemomo : tak sampai hati nak sound. hensem sgt :p
ReplyDeletehussaini : aku pun saspen memula. ingatkan ada parfum terbaru yg aku tak tahu. sekali sentap, kau.
farhanna : mujur sy belum pregnant, awak. kalau tak, mesti lagi loya.
syahirah : awak yg tak jumpa dia dah terasa tempias frust nya. apatah lagi sy yg menghadapinya. haha
haha...
ReplyDeleterasanya, lelaki tu kuat sangat makan bawang...
tu yang berbau tu...
kena amalkan limau kasturi tu...
tak pun, makjun PAK TANI..hehehe
ya ya, saya setuju. bau ketiak memang is a big turn off. sian betul mamat tuh, suke hati je approach orang ek ;) kena kena bini orang pulak tuh. ehe.
ReplyDeleteahahhahahhahahahahhahahahahahahha
ReplyDeletehaha.
ReplyDeletetak boleh blah mamat tuh!
tersenyum sendiri dengan kisah xeaa... tapi minus perfume yg wangi itu ya...:)
ReplyDeletehussaini : makjun pak tani? motif? hahaha
ReplyDeletesoraya : kan? kan? potong stim btol :p err.. bini orang yg hot kot. hahaha
saloma : ahahhahahhahahahahhahahahahahahha *copy paste awak punye gelak*
ungu violet : spoil, kan? haha
ira : uisshh. ngelat. mana boleh plus-minus pulak. huu
hahahahahahaha...adehh..sungguh sepoil ..ada selera lagi ke perabih burger time tu ? hu hu
ReplyDeletesha,
ReplyDeleteada rasa macam kelat2 sikit aa. haha
Nangisnye baca ! Bhahaha ! Lelaki memang kalau dah berpeluh, bau tu tak tahan ! masa sekolah dulu, klw nampak lelaki bru lepas main bole ke, sukan ke, memang jalan jauh gila ! Sbb berbau ! Paling suka kalau lelaki pakai minyak wangi. Yelaa, at least takdelah tunjuk sgt pengotor tu even kita semua tahu baju dorg tu seminggu tak basuh. Hahaha ! lelaki, dah tahu dah taktik dorg. Tggal nak kantoi dpn mata je . 😂😂😂 lebih lagi kalau dpt yg boxer pun re-used hari2.sabar jelaa dgn spesis lelaki ni.
ReplyDelete