Semalam, kami pulang semula ke KL selepas menyambut Hari Raya Haji pertama sebagai suami isteri di Johor. Lebih kurang 3 jam bertarung dengan kesesakan lalu lintas kat lebuh raya yang biasa mendapat liputan berita semasa musim perayaan. Lebuh raya Utara-Selatan.
Sepanjang perjalanan, memang kenderaan berduyun-duyun menuju ke arah Utara. Bermula dari plaza tol lagi, kami beratur panjang kat laluan Touch'n'Go. Jadi, bayangkanlah berapa panjang kat laluan yang takde Touch'n'Go. Nak kena tukar Smart Tag lah agaknya bila balik kampung masa musim perayaan lepas ni.
Untuk hilangkan rasa mengantuk, bosan dan menyampah tengok kereta yang berduyun-duyun tadi, aku dan cfu membincangkan satu topik bertajuk,
"Kenapa kalau lalu PLUS, banyak kenderaan, mesti sesak teruk tahap tak bergerak langsung bila sampai kat kawasan tol Seremban?"
Dulu, sebelum dilebarkan bahu jalan, boleh la nak kata, faktor bottle neck sebab jalan sebelum sampai tol Seremban ada 3 laluan, tapi, bila sampai situ, jadi 2 laluan je, sebelum menjadi 3 laluan semula selepas itu.
Tapi, selepas jalan di tol Seremban pun dah dilebarkan menjadi 3 laluan, kesesakan yang teruk masih berlaku bila sampai kat kawasan itu. Kalau nak ambil kira bilangan kenderaan yang banyak, kenapa kesesakan tu tak berlaku sejak dari awal lagi? Kenapa mesti nak dekat sampai Seremban baru nak jadi macam tuh? Kenapa tak kat Ayer Keroh ke? Pagoh ke? Padahal, sejak dari awal lagi, memang dah banyak kenderaan. Ikutkan logik, boleh je nak sesak teruk dari awal. Tak payah nak tunggu sampai Seremban.
Lebih aneh lagi, kesesakan tuh akan terus berpanjangan, sampai la melewati kawasan tol Nilai dan masuk kawasan Selangor. Tiba-tiba je macam dah jadi 10 laluan kat lebuh raya tuh. Elok pulak semua kenderaan berjalan lancar. Takde pulak berhenti-berhenti macam naik keldai. Padahal, bilangan kenderaan masih tetap sama banyak macam seawalnya tadi.
Setelah mengambil kira semua faktor luaran, dalaman, atas, bawah, kiri dan kanan. Kesimpulan aku buat, tol Seremban macam dah kena 'cursed' (satu sumpahan).
Mana tak nya, sejak dari dulu orang selalu kata,
"Banyak kereta nih, kat Seremban mesti jammed teruk."
Tak pun orang akan cakap,
"Sangkut kat Seremban la nih. Sebab tuh semua kereta jalan lembab jer."
Bila dah seorang cakap perkara yang sama berulang-kali, lebih 40 kali. Korang darab jer la dengan berapa ribu orang yang guna Lebuh raya Utara-Selatan setiap hari dan bercakap perkara yang sama. Ye laa. Yang hampir sama pun kira. Sipi-sipi pun sekali aa.
Bukan ke kata-kata itu satu doa.
Dan dalam kes ini, dah macam jadi satu sumpahan.
***
Salam Aidil Adha semua.
Jemput makan.
Biskut meri je yang ada.
Tuar. Aku g PD sabtu, aku ingat jalan clear, mak ai jammed nak mampus, Kuar KL pun jammed, hangin je aku. Dah la aku tubik dr rumah kol 10 pagi, Kol 130 baru sampai PD. Geram btol. Yang aku hairan ye, certain tempat je jammed,mcm kat seremban tuer, pastu tetiba tak jam, nk kate ramai org susur exit tak gak. HAIRAN benor.
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletekan aku dah kate.
mmg kena cursed laa area situ.
serammm!
hehe..sib baik kg aku x ke arah sana..:D
ReplyDeletecik oren >> lucky for u, juju.
ReplyDelete