Friday, September 26, 2008

Kisah Seram (err.. tak seberapa)

Misteri betul.

Tengah malam-malam buta, aku terjaga pasal dengar bunyi misteri nih. Dan seram.

Sebelum tuh, sedang aku duduk terlantar kat dapur, sambil menonton siri Supernatural episod nak dekat akhir, bunyi-bunyian nih begitu mencucuk-cucuk gegendang telinga. Pandang kiri, pandang kanan, takde sesiapa. Tegak kejap bulu tengkuk aku. Basuh kaki, terus masuk tidur. (Dengan harapan, itu semua mimpi buruk belaka ..err.. kalau tak mimpi pun, pasal corong telinga aku nih dah terlalu banyak mukus. Keliru dengan kemasukan beraneka jenis bunyi.)

Misteri betul.

Bangun sahur pukul 5.15 pagi (Lambat nye? Bukan ke afdhal melambatkan waktu sahur dan mempercepatkan berbuka. *Lagak sangat beriman* Hakikat : Aku memang pemalas. Turun sahur hanya selepas semua benda dah siap terhidang atas meja.) Sampai-sampai kat dapur jer, gegendang telinga terus menangkap bunyi misteri yang sama macam malam tadi. Makin kuat pulak tuh. Serius seram.

Teringat cerita sorang member dari Sarawak yang tinggal di banglo besar 13 bilik. Adik-beradik dia ramai, duit bapak die pun ramai, maka bolehlah bangunkan mahligai. Sampaikan ada bilik-bilik yang tak sempat dijengah dalam satu hari. Cerita dia, apabila bilik terlalu banyak dan adik-beradik ramai yang dah berpindah keluar (sambung belajar, berkahwin, berkeluarga, beli rumah sendiri etc.) maka, banyak lah bilik yang dah kosong tak berpenghuni. Hinggalah pada suatu ketika, duduk lah 'penghuni' yang lain. Faham-fahamlah siapa penghuni tuh. (Baca : berambut panjang rebonding, berkuku panjang, berbaju putih panjang, semuanya panjang lah. Bila berjalan, kaki nya tak jejak ke tanah.) Eishh, makin seram pulak entri nih.

Katanya lagi, 'penghuni' lain tuh gemar mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh. Oh ya, dia sebut bunyi mengilai. (Dia yang sebut, bukan aku. Aku takut nak sebut. Taip jer boleh lah.) Katanya, ibunya memberitahu kalau bunyi mengilai tuh, kuat sangat sampai rasa nak pecah gegendang telinga, maknanya 'penghuni' tuh duduk jauh. Tapi, kalau dengar macam sayup-sayup jer dan nyaring, maknanya 'penghuni' tuh ada dekaaaaaat betul dengan kita. Kan makin seram.

Berbalik kepada kisah seram yang aku alami.

Rumah aku bukanlah banglo 13 bilik. Bukan juga terlalu luas sampaikan ada bilik yang tak sempat nak dijengah dalam masa satu hari. Teres dua tingkat, 4 bilik yang asyik berlaga-laga punggung sesama sendiri (sebab kawasan yang muat-muat kot ..err.. ke sebab punggung-punggung yang tak muat. Ok..ok.. cerita pasal punggung di lain hari.)

Misteri betul.

Dalam pada aku sedang seram sorang diri, tiba-tiba adik lelaki aku nan seorang tuh, bersuara,

"Mana datang bunyik cengkerik pagi-pagi, nih? "

Dalam hati aku, ("Cengkerik? What the .. !! Penat aku berdebar-debar dari malam tadi, tau tak! *%$#**&%%$# !!!)

Terpaksa ditapis pasal terlalu seram.

Bila iman senipis kulit bawang cuma, bunyi-bunyian biasa pun kita sangka misteri. Inilah bahana terlalu banyak menonton Slot Seram TV3, Ghost Wishperer, Long Khong dan tak lupa juga, Zombie Kampung Pisang.


Moral : Berjinak-jinak lah dengan suasana kampung supaya kamu tidak mudah terpedaya dengan bunyi suara cengkerik yang disangka menyerupai p*******k. (err.. takut nak taip, apatah lagi nak sebut.)

3 comments:

  1. hek enen.... aku dah agak dah bukan seram sgt... cume ko suke terlalut ke tempat lain..muahahah..Pastu nak nak ko mmg jenis berimaginasi yg fantastik. bombastik..mrs ehhh miss dlu...loba loba ... hahaha ...Baru bunyi cengkerik..hahaha. Moral value jgn tgk cte antu lebey lebey.. sat.. aku sambung cte aku plak..aku tgk kekasihku seru. sehari aku katam dr episode 1 sampai latest episode 9 kot, bodow gile..mlm tu aku takleh tdo, bini dan anak chad dtg jompe aku dowh! Bodow ar cte antu ...

    ReplyDelete
  2. thanx sbb singgah ke blog aku...lain kali jemput la singgah lagi...leave some comments ke...hehehe..kawan baru beb...

    haaa...!!! satu lagi selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
  3. momo >> aku ingat aku sorang jer yang bodow ketakutan sorang diri. haha citer tuh mmg seram.

    cornea >> welkam. thnx for dropping by. =)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.