Wednesday, December 10, 2008

Rindu itu Sendu. Tapi, indah!

(Dalam nada sebak, aku memulakan entri ini.)

.
.
.

Sayu pulak rasa bila bukak je pintu rumah semalam, ternampak kotak kasut Bumble Bee Bata kepunyaan Adik kat sebelah rak kasut.

Punya seronok dia berjalan, sampai selipar putus. Tak pun, itu memang modus operandi Adik, sengaja nak putuskan selipar dia ngam-ngam masa sampai rumah aku. Macam aku yang selalu 'ter'putus tali selipar masa jalan-jalan dengan cfu. Adik memang genius. Oleh itu, dia pun mendapat kasut Ballerina baru.

Teringat pulak masa adik-adik datang rumah tempoh hari. Memang hiruk-pikuk. Dengan rumah kami yang sekangkang kera, berlaga punggung sesama sendiri lah jawabnya. Ditambah pulak dengan ragam tiap seorang yang memang sedia hiruk. Dan pikuk.

Yang sorang lapar sepanjang masa, yang sorang menonggeng tak bangun pagi lagi, yang sorang mengamuk tak sabar nak mandi pakai pelampung, yang sorang tak lekang dengan TV.. tak ketinggalan, aku yang memekik sana-sini, bercekak pinggang lagak sorang akak sulung yang berwibawa, menyuruh adik-adik buat itu dan ini.

Macam biasa. Anak sulung memang sangat berbakat dalam mengarah. David Teo memang tak boleh lawan. Biasanya, adik-adik mesti ikut apa jua arahan yang dikeluarkan oleh anak sulung tanpa banyak soal. Terutamanya anak sulung yang berwibawa dan jelita macam aku. ehem.

Memang 2-3 hari lepas, aku tak sempat langsung nak rasa bosan macam selalu. Sibuk memanjang. Pening kepala pun ada jugak. Tapi, itu lah perkara yang buat aku selalu rindu. Bukan. Bukan rasa pening tu. Tapi, yang hiruk-pikuk tadi. Ya. Kata lah aku psiko, pelik atau apa saja. Aku memang suka suasana hiruk-pikuk adik-beradik.

Sangat berbeza dengan suasana hiruk-pikuk yang boleh kita alami di pasar malam mahupun di pusat membeli-belah yang pasang stereo kuat nak mati, sampai nak pecah gegendang telinga.

Yang itu, aku tak suka. Aku meluat.

Pelik pulak rasa. Macam la aku tak pernah duduk jauh dari adik-beradik selama nih. Sejak umur 13 tahun sampai habis SPM, dah duduk asrama. Lepas tu, masuk Matrik pulak. Sambung duduk universiti dari degree sampai la ke master. Ngam-ngam habis belajar, terus kahwin, tinggal dengan suami. Nah. Memang tak pernah duduk rumah. Paling lama pun, masa cuti semester.

Selama ni sibuk dengan belajar dan aktiviti sendiri kot. Bila dah takde keja, duduk rumah sorang macam nih, rasa rindu tuh makin menjadi-jadi. Home sick tahap budak tingkatan satu yang baru nak duduk asrama pertama kali, pastuh kena makan dalam tray besi dan basuh kain baju sendiri. Memang rasa macam nak lari.


(Tukar nada gembira sikit. Nak imbas semula masa bersama adik-adik dan Mak Abah tempoh hari)
.
.
.


Walaupun bukan hari Khamis, Mak dan Abah memang suka baju batik sutera. "Berkhidmat untuk Negara" walau di mana jua berada.


Si bongsu, anak lelaki tunggal dan perempuan gila oren.


Dari kiri : Abah nyanyi Negaraku. Adik berkhayal naik kapal. Cfu berusaha menyembunyikan perut. Mak sedang mengukur tinggi. Hanif cuba menjadi gemuk. Angah Zana menahan kentut. Yan hampir terkeluar frame.


Sedang mencuba gaya mata Heliza AF3. Versi lebih jelita. ehem.


Adik dan itik. Mereka berkawan baik.


Dia terkenang zaman dating dulu-dulu. Pakai baju bulu warna biru, main ice skating kat Genting.


Mak pun berkata, "Laa.. Teppanyaki ni taugeh goreng je rupanya. Lepas ni, mak nak buat Tempe-yaki lah."


Abah dah pandai makan pakai chopstick! *tepuk! tepuk!*


Adik sedang bengang. Jus oren dia masih belum sampai. Dia sangat bengang sampai mulut pun menjadi senget.


Dia yang makin membulat. Aku membujur sirih je.


Long! kitorang nak masuk blog jugak! Diam lah. Kan aku dah tak tau nak taip caption ape nih.


I hate to say good bye. isk isk.

.
.
.

Dah habis entri.

Aku kembali sebak lagi.

4 comments:

  1. aku paham perasaan engkau..
    aku skrang dah jadi penduduk tetap kat rumah, tinggal aku mak n abah..
    rumah akan meriah kalau cuti semester, adik2 semua akan balik..

    ni la, process of growing kot

    ReplyDelete
  2. aku paham perasaan ko bile kite rasa keseorangan...

    family yg kecoh..bile diorg sume xder...mule hiba tiba2 sbb rindukan suasana hiruk-pikuk itu.

    family aku pun lebey kurang cam ko gak. plus dgn ank buah aku yg mulut cam bertih jagung. bile keseorangan mmg rindu giler ngan diorg sume...smpai pnah jugak air mata jernih ku mengalir.huhu...

    sebagai pengubat rindu, aku tepon la diorg.hehe:).kdg2 aku berWEBCAM ngan diorg kat kampung.pdhal diorg kat PAHANG je pun.ahaha...mcm aku ni duk seberang laut saja.

    alat komunikasi itu penting kan.:)

    ReplyDelete
  3. al >> i hate growing up.. =(

    cik oren >> lappy aku agak antik, tade webcam. hp pun agak oldies, tade 3G. iskkkkk.

    ReplyDelete
  4. xeea.br baca entry ni. sy rasa mmg camtu kot bila dah kawen. tambah plak utk kita yg blum ada baby.bila ssekali kuarga dtg rasa dunia kita yg punya. bila sume dah balik, sunyi blk. sebak rasa.

    sy pun camtu. kkdg adik sepupu dtg lepak umah masa weekend, pehtu balik asrama dah nangis sedih.

    :(

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.