Mana nak mula, yer?
Banyak sangat cerita yang dijanjikan tak sempat nak dikongsi. Semua gara-gara janji manis Streamyx yang hanya pandai menanam tebu di tepi bibir. Baik. Aku dah cakap macam Karam Sigh Walya. Semua gara-gara Streamyx.
***
Satu.Dah hampir dua bulan menjalani kehidupan suami isteri. Dah mula serasi dalam banyak perkara. Tak lagi bergaduh pasal jenama sabun basuh. Tak lagi terjaga malam pasal dengkuran. Tak lagi rasa marah bila lihat banyak 'lingkaran' baju atau seluar bersepah-sepah kat atas lantai mahupun di atas sofa. Padahal, bakul baju kotor betul-betul ada kat sebelah 'lingkaran' tuh. Beginilah hidup berdua. Masing-masing ada kerenah dan kebiasaan sendiri. Perlu banyak toleransi. Paling penting, menerima pasangan seadanya, memahami dan sedia memaafkan.
Bertahun-tahun bercinta, tak bermaksud kita dah betul-betul memahami pasangan kita.
It takes two to tango.
***
Dua.Orang-orang tua selalu kata,
"orang nak kahwin, murah rezeki".
Pada mulanya, kami pun tak percaya kata-kata nih. Tapi, apabila dah alami sendiri, kata orang tua memang selalunya betul. Macam orang lain jugak, kami tak pernah rasa dah bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga. Baik dari segi mental, fizikal dan kewangan. Paling parah, pasal kewangan tuh la. Tapi, bila DIA dah tetapkan, rezeki untuk kita berkahwin dah sampai, maka adalah bahagian untuk kita. Dalam kelam-kabut buat persiapan perkahwinan dulu, makin murah rezeki kami. Ramai pulak yang bermurah rezeki
sponsor itu dan ini. Alhamdulillah. Oh ye, untuk makluman, kami bukan artis!
Paling tak disangka, Cfu dapat macam-macam
job interview sepanjang tempoh kelam-kabut tuh. Walalupun kerjaya tetap Cfu sebagai pensyarah kolej swasta dah cukup stabil, tapi kami berkira-kira yang usia kami masih muda. Banyak lagi peluang lebih baik terbentang di depan mata dan lebih banyak pengalaman boleh ditimba. Sebab tu lah, dia masih mohon mana-mana jawatan yang boleh bagi tawaran yang lebih baik dari segi pengalaman, bidang kerja dan semestinya, gaji yang lebih lumayan.
Bekas
student Cfu yang cuba menjadi lebih
vogue daripada aku. Sampaikan aku rasa, aku lebih '
nampak student' berbanding dorang. eisyy.
Bersama para pensyarah kolej swasta yang muda belia. Dan jelitawan.
Dalam kenangan.
Kebetulan nak dikata sebagai rezeki orang kahwin, Cfu dapat tawaran kerja baru beberapa hari sebelum kami diijabkabulkan. Walaupun bukan lagi dalam bidang akademik, ia tetap suatu bidang kerja yang baru untuk diterokai dengan sepenuh hati. Alhamdulillah, aku turut menumpang tuah kerja baru nih. Dapat ikut Cfu ke sana-sini. Sementara tengah belum kerja ni lah, kan. Dia sibuk berkursus induksi, aku menghabiskan duit kompeni. Kompeni baru Cfu sangat mengutamakan kebajikan pekerja. Aku tumpang bahagia. Nanti, boleh beranak
free kat hospital swasta. :p
The power of dreams. yeah!
Tapi, masih ada perkara yang tak berapa
best. Tempat kerja Cfu sekarang kat Petaling Jaya. Agak jauh dari rumah kami di Puchong. Nak duduk PJ,
living cost agak tinggi. Nak makan pun kena catu nanti. Apatah lagi nak ber
broadband.
Dia pergi kerja, matahari belum naik, balik kerja matahari dah terbenam. Aku sangap duduk sorang-sorang kat rumah. Belajar mengait. Tipu. Belajar menghafal jadual siaran TV. Aku masak pun
start pukul 5 petang. Kira macam
skip lunch lah. Bagus jugak. Diet secara tak sengaja.
Rezeki untuk kami, mungkin juga rezeki untuk orang lain. Ada kekosongan jawatan di tempat kerja lama Cfu. Tapi bukan jawatan pensyarah la. Sesiapa dalam bidang IT dan berminat, boleh hantar resume. Gaji boleh
negotiate. Lelaki diutamakan sebab banyak melibatkan kerja teknikal.
***
Tiga.Baru lepas kahwin, terus pindah masuk rumah bujang Cfu kat Puncak Kinrara.
Apartment tingkat 5. Aku yang belum sembuh
chiikugunya, memang parah lah naik turun tangga. Dah nama pun rumah bujang, hidup pun macam orang bujang jugak lah. Masak nasik jer, lauk beli kat mapley pasal takde dapur lagi. Tidur atas tilam bujang, depan TV, bergelimpangan kat ruang tamu. Sangat bujang.
'Rumah bujang' kami.
Dah nak masuk sebulan, kaki aku dah tak boleh tahan memanjat tangga tinggi-tinggi setiap hari. Manjang cramp jer. Salahkan
chiikugunya. Cfu pun dah tak sanggup lihat aku menderita lagi. Dicarikan rumah yang lebih selesa untuk kami mulakan hidup berkeluarga. Oh, saya sangat terharu lah, awak!
Dari puncak, kami turun sikit. Kat Bukit Kinrara. Kurang sikit laa tinggi nya. :p Masih memilih
apartment memandangkan kami hanya berdua, rumah besar sangat kang, bergaung pulak bila bercakap. Dah rezeki kami, dapat lot
ground floor. Kawasan kejiranan sini lebih selesa. Sangat
family-oriented. Fasiliti lengkap.
Security pun bagus. Sistem perparitan cemerlang. hahaha.
Rumah kami. Syurga kami.
***
Empat.Kami dah ambil kata putus. Cfu bidang swasta. Aku masuk gomen. Nak merasa nikmat bonus gaji 6 bulan yang kompeni swasta biasa bagi. Tapi, dalam masa yang sama, mesti ada salah seorang yang kerja dengan kerajaan untuk jaminan masa hadapan. Juga mudah nak buat pinjaman.
Government price itu satu diskaun hebat yang tak boleh dilepaskan.
Maka dengan sebab itu, aku masih menganggur menanti untuk ditempatkan di mana-mana politeknik ataupun kolej komuniti yang sudi menerima aku. Dah cuba nak pecahkan kontrak dengan sumber biasiswa aku. Tapi, dorang mintak RM 200, 000 sebagai ganti rugi, penat lelah dorang, menatang aku bagai minyak yang penuh selama tempoh belajar di universiti dulu. Kadang-kala, datang jugak rasa menyesal. Kalau tahu terikat macam nih, sampaikan nak masuk jadi pensyarah universiti pun tak boleh lepas, aku terima jer PTPTipu tuh. Walaupun jumlah pinjaman yang aku layak terima, tak lepas pun yuran semester.
Kan dah kata tadi, setiap orang ada rezeki masing-masing. Dah ini bahagian aku. Aku tetap bersyukur dan redha. Tunggu lah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan panggil nanti. Ada lah rezeki aku di mana-mana. Insyaallah.
***
Lima.Jangan ingat aku goyang kaki saja.
Seperti ada sesetengah kawan yang tahu, Cfu ada buat kerja sambilan.
Online business. Jual jersi dan Jus Intra
(jus herba). Tapi, yang jus herba tuh tak berapa aktif dah pasal kena kerja sepenuh masa untuk hasil yang memuaskan. Jadi, kami fokus pada jualan jersi dulu. Aku dah dilantik sebagai
P.A merangkap kerani setelah permohonan jawatan
2nd director tidak diluluskan oleh beliau. hehe.
Kerja aku senang jer, senaraikan tempahan berserta butir-butir pelanggan. Lepas tu,
make sure ada stok, bungkus, dan pos. err... bahagian ke pejabat pos, Cfu yang buat. Aku malas nak ambil nombor dan beratur. Dapat lah dalam lima puluh RM seminggu sebagai upah.
Ok, ok.
Kadang-kadang lebih lima puluh. Kan ke aku nih bini bos. Suka hati aku la nak mintak upah berapa. Bankrap bisnes laki aku camnih. hahaha. Aku memang keji.
Tengok! Aku adalah seorang kerani yang sangat berdedikasi. ngeeee.
Target customer kami adalah yang berada di luar Malaysia sebab kami jual jersi replika dan orang-orang luar Malaysia susah nak dapat stok replika gred A++ pada harga berpatutan. Lagipun, masyuuk sket laa kan.
Rate USD. Tapi, kalau ada member-member yang berminat, kami jual jugak dalam RM. Boleh tempah mana-mana jersi yang disukai. Kalau kosong, bawah RM 30. Kalau ada nama, mahal sikit lah kan. Kalau berminat nak
bid, pergi
sini.
Make sure kamu ada paypal, ok. Baru boleh jalankan urusniaga.
Suka diingatkan, bisnes ni kami jalankan secara kecil-kecilan je dan tak ambil untung lebih-lebih. Syukur pada Allah, sekecil-kecil bisnes nih jugak laa yang banyak membantu isi duit poket kami sejak dari dulu lagi.
***
Enam.Memandangkan gambar kahwin dari jurugambar profesional masih belum siap, ingat nak sambung buat
sneak peek lagi lah nanti. Gambar amatur je lah.
Entri terpanjang setakat ini.
Pheww!!