Monday, April 16, 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

Jam melewati 12 tengah malam.


Terpisat-pisat aku bangkit dari sofa di ruang tamu. Beriya-iya tahan mata semata-mata nak tengok filem dokumentari sempena memperingati 100 tahun karamnya kapal gergasi Titanic; pada tahun 1912 yang lampau. Sebagai peminat dokumentari, tayangan istimewa seumpama ini memang takkan dilepaskan. Biarpun sesekali tersengguk, gigih nya aku nak sudahkan menonton.


Dari bilik kedengaran suara dengkur suami dan anak peliharaan.


Begitu lena dibuai mimpi. Tak hirau sejuk aircond yang menusuk ke tulang dada. Seorang melintang di tengah katil, seorang lagi terlentang kuak lentang. Tinggal sudut kecik beberapa inci muat-muat untuk aku menyelit tidur sekali. Aku pun tarik selimut tebal, balut tubuh seperti kepompong, cium pipi Alfiy kanan dan kiri, sedia untuk melabuhkan tirai mata. Belum pun sempat merebahkan kepala, tiba-tiba suara garau Cfu memecah keheningan malam;


“Kenapa tak kiss goodnight? Dah lama tak buat. Buat kat Alfiy sorang je.”


Dalam keadaan mamai, antara dengar dan tidak, aku menyahut;


“Huh? Ni mengigau ke ape?”


“Tak lah. Orang sedar ni. Dah lama tak kiss goodnight. Orang tiap-tiap malam kiss dua-dua sebelum tidur.” gumam Cfu tak puas hati.


Aku masih terpinga-pinga tak faham macam mana Cfu yang tadinya bukan main galak berdengkur, boleh pulak tiba-tiba meracau pasal goodnight kiss.


*smack*


Goodnite kiss hinggap di pipi sang suami yang merungut tadi.


Bagai tiada apa-apa berlaku, tiga beranak terus lena dibuai mimpi. Lagu dengkur pun kembali bersahut-sahutan. Sang suami tidur sambil tersenyum dan merangkul erat isterinya dalam dakapan cinta.


SFS_0159

Most men, unlike most women, associate love with actions instead of with feelings. When a woman places her children above her husband, her actions say to him that she loves the children more than she loves him. Though not as vocal about it as women, men desire to be deeply loved by their wives. It is difficult for a man to see his wife cherish the children, but treat him in a cool or casual manner.

(The Politically Incorrect Wife: God’s Plan for Marriage Still Works Today -Nancy Cobb & Connie Grigsby)



HER : Peringatan buat kaum isteri.

26 comments:

  1. hihiii....ada anak lupa kat suami pulak kannn???bukan lupa, cuma tak teringat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe terlepas pandang je lah uolllsss :p

      Delete
  2. normal kan.. bila dah ada anak.. priority mmg kat anak.. tp jika pk balik sepatutnya suami la no 1. ye mngaku diri sendiri yg silap.. aduhai suami.. maafkan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kite mmg perlu diingatkan. Mujur suami yang tegur sendiri daripada dia pendam dalam hati pastu tetiba meletup satu hari nanti. uiiiii mintak dijauhkan.

      Delete
  3. ok saya akan ingat pesan ini :) Thanks kak gha

    ReplyDelete
  4. ye jek takde apa2 yang berlaku...ahahahahahahahah...

    ReplyDelete
  5. ehh, sama lak dengan my kes.hubby pun dulu ada mengadu pasal nie.
    Kadang2 tu perkara yg kita rasa remeh, itu rupanya penting buat mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. We tend to over look something yg dah jadik routine.

      Delete
  6. haha, sama dengan hubby. Selalu kate mane goodnite kiss...

    ReplyDelete
  7. tersenyum kita bila baca ni. :)

    semoga perkahwinan kita semua kekal berkasih-syg hingga ke syurga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh, senyum2 tu terkena batang hidung sendiri lah tu :p Mudah2an aminnnnnn :)

      Delete
  8. rase macam tengah baca puisi pon ade pujangga sungguh

    ReplyDelete
  9. kalau suami jnis xsuke dicium selamat la kan? kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhh, kena lah bagi yang dia suke. Hug ke, cuddle ke. Belum tentu selamattt :p

      Delete
  10. selalu terjadi..kita lupa kita sebenarnya ada 2 babies untuk di jaga hatinya..wah wah..

    ReplyDelete
  11. tq xeea.. ni peringatan buat kita semua. selalu terlupa
    patut tetap kena utamakan sang arjuna. tp being a mom.. kat mata ni anak je berlegar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan??? Naluri wanita, kot. Bukan lebihkan anak, cuma anak tu lebih perlukan perhatian dari kite. Mujurlah dapat suami yag jenis berterus-terang tak puas hati pasal apa-apa. Kalau jenis memendam perasaan, bahaya!

      Delete
  12. salam kenal.hai si comel.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  13. Setakat sekarang ni, kami berdua masih belum pernah lupa. Tapi tak tahulah akan datang.

    Terima kasih atas peringatannya, Xeea. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kite saling mengingatkan :)

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.