Friday, October 8, 2010

Hormati Perasaan Ibu Bapa Baru.

Kurang beberapa hari je lagi genaplah usia 60 hari aku dan Cfu memegang jawatan sebagai ibu bapa baru (new parents). 


Kejap je. *pejam celik mata. tsk.*


Dalam tempoh sesingkat ni, macam-macam pengalaman dan pengetahuan ilmu keibubapaan dah kami kutip. Dan, masih lagi dalam peringkat belajar. Sikit-sikit, lama-lama jadik bukit, kan?Hakikatnya, hal ehwal yang berkaitan dengan kaedah membesarkan anak ni, takkan habis belajar sampai bila-bila. 


Parenting is a lifelong learning process.


Bukan semua perkara kita boleh catch up dalam masa sehari, dua. Makan tahun, kot. Silap-silap sampai mati. Jadi, tak mustahil lah new parents macam aku dan Cfu boleh jadik stress bila dengar macam-macam pendapat, pandangan dan segala macam nasihat (yang kadang-kadang tak diperlukan, pun!) diberi secara bertubi-tubi di peringkat awal ni. 


Ok, ok, aku yang stress LEBIH sikit kot. Orang perempuan, kan. Cfu nampak macam kool je. Tak tau lah kalau dia pendam dalam hati ke. Macho kononnya. heh. 


Ya, selain tak reti nak handle anak menangis tanpa henti, ada perkara yang jauuuuuh lagi stress rupanya! Pasal cakap-cakap orang ni lah. Kadang-kadang, kalau tak tahan telinga, aku rasa macam nak tampal je mulut orang-orang ni dengan plaster. Biar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Cakap-cakap apa?

Ala, pasal cara-cara nak menjaga anak ni lah.


Aku tau lah kan, sesetengah tu dah berpengalaman, kira dah tahap profesional lah orang kata. Beratur hah 5,6, 7, 12 orang anak. Beranak selang setahun. Setakat cuci berak anak tu, pejam mata pun boleh buat. Tapi, tak perlu lah kau nak pertikaikan cara orang lain bela anak dia macam mana. Sampaikan aku bagi anak susu badan sepenuhnya pun dikata sengaja nak memanjakan anak. Nanti susah nak ditinggalkan pergi kerja.


Anak menangis, nak mintak dibelai dan didukung, ditegahnya kita. Katanya, nanti anak spoiled. Asyik nak berdukung je. Tak sampai hati kot aku nak biar anak aku yang usianya belum pun cecah 2 bulan menangis sampai tersedu-sedan. Setahu aku lah, bayi umur macam tu, tak reti lagi nak memanipulasi kita untuk mintak perhatian. Kalau dia menangis, maknanya, adalah yang tak kena. Dah itu je cara dia nak komunikasi dengan kita, kan.


Lainlah kalau anak dah besar sikit.

Dah reti mengada-ngada nakkan perhatian lebih.


Macam-macam lagi lah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Cara tu tak betul, yang begini salah. Semua tak kena pada mata dia. Pendek kata, ada je lah benda yang nak di komplen. Adoi laa.. stress mak! Aku tak tau lah orang lain macam mana. Entah-entah, aku sorang je yang rasa macam ni. Dalam hati ada taman, kan. Sikit-sikit nak sentap.

 

Satu lagi, aku paling benci bila ada yang keluar ayat macam ni,

alaa.. masa anak-anak aku kecik baya anak kau dulu, aku bagi minum air masak, makan pisang lenyek, elok je. Sihat walafiat. Takde cacat-celanya.


Nyampah.


Anak kau tu, tahun bila punya cerita. Janganlah nak sama kan dengan anak orang yang lahir zaman air dah banyak tercemar. Kalau kau tak puas hati pun, simpan je dalam hati, takyah luahkan kemudian buat orang lain sakit hati.


Pokok pangkalnya, pada mana-mana yang tergolong dalam kategori aku maksudkan tadi, tolonglah! Tolong bagi peluang kat new parents macam aku dan Cfu belajar berdikari. Biar kami belajar membesarkan anak dengan cara tersendiri. Nak bagi nasihat pun, mesti kena pada masa dan cara nya.


Tak semestinya, cara kau didik anak macam tu, anak kau sihat bertenaga cantik bergaya dan berjaya, lepas tu, kau nak suruh orang ikut kaedah yang sama. no, no, no, nooo! Lain orang, lain caranya. Baik atau tidak, biar orang tu belajar sendiri daripada pengalaman. BUKAN IKUT CAKAP-CAKAP ORANG.


Pelan-pelan kayuh, weh.


wall

Because every child is individual,

they should be treated as individual.

 


HER : Tengah serabut memikirkan pasal babysitter / nursery untuk Alfiy. Pohon dipermudahkan, ya Allah!

19 comments:

  1. dun give up xeea...bf je ur baby, abaikan anasir2 liar itu huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Xea, memang sangat stress bila jadi parent ni kan, especially bila orang keliling cakap begitu-begini..

    Serba-serbi tak kena. Ada saja benda yang nak ditegur.
    Tapi, kita sebagai orang baru, kene la terima. Pejam mata, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

    Esok2, bwk anak kita balik rumah sendiri, bela lah macam mana yang kita mahu, sebab kita yang corakkan dia, bukan orang lain.

    My wish is, semoga xea tabah!
    Lupakan pasal orang keliling, focus on your lil', lagi bahagia..~
    Pedulikan apa orang nak kata.

    ReplyDelete
  3. ermm. perkara yg sama terjadi pd diri kakyong juga..

    ingat lagi dulu, part tidokan anak yg masih lembut tulangnya tu ke dlm buai! serius sampai nangis kakyong dulu. arghhh tlg jgn bandingkan anak zaman dulu, dgn anak2 zaman sekarang.

    stress, kan!

    buat dek je. jgn diambil hati.betul tu, jgn peduli. anak kita. kita jaga. cara kita..

    ReplyDelete
  4. Setuju!

    Bila anak kita menangis, kita dukung bawak berjalan sambil berdodoi-dodoi, diorang kata kita manjakan anak. Nanti anak kita mengada. Nanti anak kita tak mahu letak.

    Saya jawab mudah aje;

    "Suka hati aku lah! Anak aku!"

    Kejam tak? :pa

    ReplyDelete
  5. salam...tumpang sibuk...comelnye baby akak....(^_^)

    ReplyDelete
  6. saabrlah xea.. mulut orang kadang lupa nak bertapis sebelum cakap..

    selamat menjalani kehidupan baru ..semoga semuanaya lancar..amin

    ReplyDelete
  7. Xeea:orang memang mcm tu....yang penting kita wat cara kita..go go go xeea :) sabar yer :)

    ReplyDelete
  8. maaf ckp...

    y kuat menegur tu salu msti org veteran/mak kita/mak mertua kt kn??dlu lain, skrang lain..he he

    ReplyDelete
  9. hai xeea. ape kabor alfiy.

    just follow ur instinct.
    anak tu kuar dr perut kita, sikit sebanyak kita ada instinct yg kuat terhadap dia.

    all the best!

    ReplyDelete
  10. this gonna be a long comment =)

    k.xeaa tahu tak:

    1.Sunnah Nabi kata anak lelaki elok selalu didukung sedari kecil,didakap dan dipeluk supaya apabila mrk besar,mrk x jauh dari kita. Hatinya sentiasa terpaut utk slalu ingat n segera pulang ke rumah krn dia rs ade org mengasihinya. klu merantau jauh sekalipn, dia akn terkenang kasih sayang & belaian kedua ibubapanya.
    (sumber mjlh Anis isu Okt 2010)
    so, biarlah kita nak dukung Alfiy slalu! That's not spoilt!

    2. No compromise to your breastfeeding! Dlm Al-Qur'an sndiri dah sebut Allah perintah ibu susukan anaknya sampai umur 2 tahun setengah ok! Nak bg pisang ke hape tggula dia dh 6 bulan n above. Skg ni mmg mknn dia susu ibu je. So, keep on going giving breastfeeding!

    3. Skg ni kalo taska/nursery yg registered n pg kursus with gov xpkai buai yg ade spring. Diorg guna bouncer mcm yg Alfiy guna jenama Fisher-price tu. Kajian mngatakan rmai baby injured n mati sbb guna buaian spring gantung tu. So, it is more safety for baby yg masih lemah-lembut ni guna bouncer je!

    that's all! (pheww panjang gilew!)
    happy parenting for you n Cfu!

    ReplyDelete
  11. Memahami perasaan tu...jangan stress nanti susu tak nak kuar...apa yang i buat...kalau mak kite cakap jer...tapi cakap kena ada facts..i bagi my mom baca buku susu ibu yang berkerjaya...she's ok...kalau my b side...i discuss dengan dia citer sume..kalau dia rasa betul he always backup me..takde la sorang2 kena hentam...nibaru susu..belum lagi makan...macam-macam fatwa kuar untuk sumbat mknan ke mulut bb...

    ReplyDelete
  12. apa pun xeea..biasala..kite mak ayah baru ni kene cekal..biasa la kata-kata org sekeliling..mak kite dulu pun byk bende yang dia suruh tapi kite taknak buat..tapi itula..nak salahkan diorang pun dulu2 takde pendedahan..kitala yang kene buktikan yang kita mampu besarkan anak dgn cara sendiri..

    good luck..happy bf..semoga jumpa babysitter or nursery yang ok utk alfiy

    ReplyDelete
  13. anak masing2, masing2 punya style jagalah kan? memang stress kalau dengar banyak sgt pendapat orang lain nih..

    ReplyDelete
  14. Betu la..suka nak bandingkan cara diorang jaga anak dgn kita jaga..diorang patut kena bagi kite peluang explore sendiri camne nak jadi parents..dulu, dulu la punye cerita..

    ReplyDelete
  15. Marah-marah kang bentan kang. Hehehe. Ada yang boleh pakai, ada yang boleh ignore. Itu je. Awak ikut mana yang logik awak rasa. Itu belum lagi orang-orang tua yang dulu-dulu. Anak dalam hari pun dia suruh kasi nestum. Entahlah. Kadang-kadang pening gak mana satu nak ikut.

    ReplyDelete
  16. mitos : diorang suka bagi nasihat macam2 sebab diorang macam2 pengalaman, tengok contoh anak diorang semua membesar elok, sihat,baik, dengor cakap, gebu, lawa, cantik, pendek kata perfect 10!

    fakta : diorang suka menyibuk sebab spesis manusia memang macam tu, tak ada yang sempurna dan terbaik melainkan perasan diri sendiri adalah terbaik, jadi kamu semua yang baru kahwin, baru ada anak ni kena dengar cakap diorang yang dah baaanyak pengalaman neh!

    Hahahahaha tips terbaik pekak kan telinga aja kak!

    ReplyDelete
  17. xea...bukan kite yg kene tutup mulut dorg... kite yg kene tutup telinga kite...mane yg baik lekatkan dalam pale..mana yg agak2 tak boleh pakai..buang terus jauh2..atau tolak tepi dulu..mungkin ade certain situation boleh diguna pakai.

    Aku pun dulu cmtuh jugak. pe2 pun, my mom is the best parenting trainer ever. Die pn pesan, "ibu dh kongsi ape yg ibu tau, yg mane nk ikut tu, IKUTLA, yg lain....lu pikirlah sendiri".(,^^). Tp part yg paling tak best kene aturkan baby bf..klu fikir dlm dlm, ape yg mereka sampaikan tu utk kebaikan juga. Bile dh nk habis cuti maternity, klu boleh start aturkan die waktu bf or wutever related. Sbb plg utama, kita nk minta tlg org jaga. So mengharapkan anak kita takkan menyusahkan bby sitter die, jage budak ni klu bukan anak sendiri boleh jadi cepat bosan (nk nak klu dh baby tu asyik melalak je). So think positive. Sumanya utk kebaikan kite n baby.

    Note: 1st day aku anta anak at bby sitter. Dlm kereta menangis macam hilang anak. Huk huk huk! (Training for baby and mom, send to bby sit 1 week before start keje, hari2 anta half day je. Its a good training) Good luck xea and Cfu!

    I'm willing to share abt parenting if you want to.

    ReplyDelete
  18. xeea..umah area mane?? kakak ipar sye de buka nursery area bandar seri damansara.. ke jauh ngan umah xeea.huhu..main terjah je aku ni..h0h0..

    ReplyDelete
  19. yatie chomeyl :
    oh, ni makin semangat ni bila org berpengalaman bagi motivasi. thanx a lot!

    honeydear :
    ikut mood jugak. time mood baik, orang nak cakap ape pun, ai senyum layankan je. tp bila time mcm tak berapa nak elok, orang cakap sepatah pun ai rase nak lempang. hee

    k yong :
    part buaian tu mmg sama kes la dgn kita. adoiii la. kite ni punya la taknak biasakan anak dgn buai, nti susa nak berangkut ke sana sini. haih.

    aishah :
    kalau lah sy ada kekuatan nak cakap mcm tu, aishah oii. lama dah ai me laser. tp setakat ni, berani melaser dlm hati jer.

    starz :
    thanx!

    k faza :
    thanx for the advise. really appreciate it :)

    mrs nageb :
    layan kan je lah, kan? yg penting, my alfiy hensem *tetiba* hahaha

    luv like this :
    biasa lah. mmg org2 tua yg rajin bagi nasihat itu ini. yg baik, sy ikut je, yg tak berapa nak baik, buat pekak sudah :p

    mrs syeddiz :
    alhamdulillah alfiy semakin sihat & membesar bagai juara!

    tu lah. sy banyak follow instinct je. kata dah jadik mak-mak kan. mother's instinct always right, gituuu

    ummu ahmad :
    pheww!! glad to read ur comment. really informative. thanx, awak. mood ai terus naik mencanak2, senyum pun terus naik sampai cecah telinga :)

    little tots journey :
    kan? payah jugak rupanya nak bagi orang keliling faham pasal niat dan passion kita.

    as far as i concern, my baby is my first priority, i want only the best for him. chaiyokkk!

    aida :
    thanx aida! as new parents, sama2 lah kita bertabah. huu

    farah :
    ur turn will come. be prepared. hahaha

    noryanti :
    layan kan je lah kan. ntah2 kita tua nanti pun jadik camtu gak kot :p

    hidd :
    haha dah lepas hari punboleh bentan lagi eh, awak? ada je yg suruh sy bagi alfiy makan nestum. mentang2 le anak sy besa semacam, kuat minum susu, mcm tak cukup makan je katanya.

    nur jana :
    terbaikkkk!!! siap ada maksud tersurat tersirat gitu. hahaha

    dayah :
    thanx u for sharing. really appreciate it.

    aku dah practise anta alfiy pi nursery 2 hari. so far, dia oke je, mama dia yg melalak lebih2 :p

    vna :
    alaaaa jauh laaa :(

    rumah sy kat puchong. for the time being, sy anta alfiy kat babyland puncak jalil. mudah2an dia selamat dan serasi kat sana. amin.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.