Monday, July 12, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa.

Trimester akhir.

Dan, aku baru je habis hibernasi.


Mesti kamu dah tertanya-tanya dalam hati, ‘Ah, sudahhh. Kes apa pulak kali ni’. Minggu-minggu terakhir ni, aku diuji pulak dengan alahan kulit yang agak teruk. Habis hah satu badan tumbuh bintat-bintat besar merah melepuh. Katanya, lepas bersalin nanti, baru boleh pulih sepenuhnya. Serius horor, woh!


stuff 005

Nah. Ambik ko segala tok nenek losyen dan krim doktor bagi. Sekarang ni, aku betul-betul serupa macam tepung gomak gara-gara menda alah ni semua. Nak kata macam kera kena belacan pun iye jugak, dok tergaru sana sini tak kira masa.


Apa boleh buat.


Dah ditakdirkan pengalaman kehamilan pertama buat aku ni agak ‘manja-manja’ gitu. Mula dari awal bulan, sampai lah dah hujung-hujung ni. Mintak-mintak masa nak melahirkan nanti, dipermudahkan pulak lah hendaknya. Amin.


Lupakan kisah duka.

Jom kita bukak topik yang berciri gembira.


Ayuh mulakan dengan cerita babymoon yang dah berlalu 2,3 minggu lepas. heh. Cerita basi. Basi lagi menggembirakan.


baby stuff 026

Demi melayankan bini yang gila gila gila mengidam nak makan omellete buatan chef hotel, tak nak yang buat sendiri mahupun kat mana-mana restoran, nak yang kat hotel je. Gedik, kan? Maka, Cfu pun dengan rela hati check in satu malam kat hotel yang jaraknya hanya sekangkang kera je dari rumah :p


Kami duduk kat Hotel Cititel.


Betul-betul letaknya kat atas MidValley Megamall. Elok je check in, terus turun shopping marathon. Agak-agak penat, naik bilik, pengsan kejap, lepas tu, sambung shopping lagi. Penat, naik bilik, pengsan, sambung shopping. Dan begitulah seterusnya. Sampai pengsan tak boleh nak bangun lagi. Betullah kata orang, shopping barang bayi adalah lebih mengghairahkan daripada shopping barang sendiri. Sorgaaaaaa!!


Lepas tu, merana sakit kaki macam nak patah lima.


Kemain kami laki bini memborong barang bayi macam tiada lagi hari esok. Dah nama pun kerja last minute, kan? Orang lain, masuk 30 minggu, dah duduk goyang kaki, rehat-rehat, pergi manjakan diri kat spa sambil menghitung hari. Aku ni, baru nak terhegeh-hegeh, usung perut boyot ke hulu ke hilir. Baru jalan seminit, dah gelabah carik tempat duduk, nak hilangkan mengah. Rasakan.


Walau apapun, aku betul-betul puas hati lah.

The checklist almost completely DONE.


err.. malas lah pulak aku nak senaraikan satu-satu barang yang dah beli atau belum kat sini. Lagipun, kamu google je baby checklist, berlambak haa keluar. Dan bersedialah untuk serabut otak bila baca setiap checklist yang beraneka rupanya. Tapi, kalau nak jugak checklist yang macam kat entri sebelum ni, takyah malu dan segan, email je mintak kat aku. No hal punya.


Memandangkan aku shopping pun secara lump sump, maka baby checklist kat sini pun aku bagi secara pukal jugak lah, ye. Ikut kategori yang aku namakan sendiri sesedap rasa. Sekadar nak berkongsi.


baby stuff 035

baby stuff 036

BABY BATHING & GROOMING KIT

Segala macam jenis perkara untuk membersih, mengelap, mewangi, mengurut, merias, merawat dan membahagiakan bayi. Ada semua ni, bolehlah nyanyi macam ni, ‘baby wangi, mama berseri, papa pun senyum sampai nampak gigi’. hihi.


baby

baby 004

CLOTHING, CHANGING & LAUNDRY

Hasil penjelajahan ke segenap pelosok kedai bayi berjenama mahupun cap Giant, secara maya mahupun nyata, pung pang pung pang, boleh tahan jugak hasilnya. Masa membeli, macam kena pukau pun ada. Alih-alih, bila kumpul semua, tadaaa! Dah siap basuh pakai detergen yang direka khas untuk bayi. Berkuasa membunuh kuman hingga 99.99%! cheh. Kecoh gila. Padahal masa kecik dulu, Mak selamba je sental lampin aku guna sabun Fab.


imagebaby stuff 048

BREASTFEEDING SET

Lepas dikaji faktor harga, kegunaan, fleksibiliti, kualiti dan tak lupa jugak ambik kira pendapat ramai, aku pilih yang ini. Nak melabur kat jenis freestyle, belum mampu lagi. Hasil susu memberangsangkan ke tak, tu belakang cerita, ikut lah rezeki yang dah ditetapkan oleh-Nya. Yang penting, ada usaha dan keinginan tinggi nak susukan anak sendiri. Tak gitu? Set pakej ni, aku beli kat FabulousMom.com. Highly recommended lah untuk barang-barang yang berkaitan dengan breastfeeding macam nursing pads, nursing bras, nursing pillow semua tu.


image

FEEDING SET

Set sterilizer, warmer, botol susu, pacifier dan sedara-maranya pun aku beli kat Fabulousmom.com. Dapat diskaun purchase with purchase sebab banyak kot melabur kat sini. Kalau tak order online, kitorang main serbu kedainya terus. Lagipun, kedai ni memang betul-betul depan rumah je. Sebelah IOI Mall, Puchong.


stuff 001

NURSERY, TRAVELLING NECESSITIES & STIMULATING TOYS

Ni lah bertuahnya badan bila bakal memegang takhta cucu sulung kat kedua belah keluarga. Barang-barang yang besar berserta harga yang ‘agak besar’ seperti stroller, car seat, baby cot, carrier, bedding set, rocker yadda yadda telah di sponsor sepenuhnya oleh bakal tok, nenek, makcik, pakcik menakan yang dikasihi. Majoritinya dibeli kat Ikea dan Littlewhiz.com. Bakal ibu dan bapa kepada bakal cucu sulung tersebut sekadar mentadah tangan menerima dengan hati yang begitu besar sekali dengan ucapan, ‘Terima kasih daun keladi, lain kali, boleh bagi lagi’


Phewwww!!!


Habis dah kot. Tinggal nak beli bath tub je. Tangan aku ni, dah macam menggeletis je nak beli satu yang macam ni. heh. Over tau. Oh, satu lagi, disposable diapers dan set lepas bersalin. Punya lah terlampau banyak pilihan, sampai tak tahu nak pilih yang mana.


Ada cadangan?


baby stuff 063

And finally, presenting to all, one proudly happy chubby preggy lady! weeeeee!


baby stuff 017

31 minggu.



HER : Kadang-kadang rasa tak sabar, kadang-kadang rasa takut.

33 comments:

  1. wahhhh tak lama je lagi...tu gambar kat ikea ya,mmg geram masuk children section kat situ :)

    ReplyDelete
  2. persiapan dah siap? mesti berdebar2 kan? hrp semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. wah...wah xea..syoknye dgr citer xea..esp baby moon tuh...syok..syok.. :D.Semoga selamat ye pn xea :)

    ReplyDelete
  4. Salam,heheheh kesian sama puan afziha :),baik-baik aja puan :).

    ReplyDelete
  5. ziha!!!!!

    gamba plg aku suke ialah gamba ko!!!! you look so healthy n very very very mummy n aku rase cam wow! sebab aku rase penah tgk ko zaman ko pakai sneakers adidas gak..

    love u n take care!

    ReplyDelete
  6. medela breast pump tu ok.. tp bunyi vibrate nye kuat sikit :)
    Hehehe...

    ReplyDelete
  7. syok nye soping brg baby kan. teruja.good luck to u.kuatkan semangat k.

    ReplyDelete
  8. perut kedepan memang sah boy ye. jumpsuits mothercare sebijik mcm Umar!

    ReplyDelete
  9. moga selamat semua urusannya..:)

    ReplyDelete
  10. alemak xeea, byk dah lengkap dah persiapan kamu. Dah 31 minggu? so kalau kire2, lagi 2 minggu saya harus persiapkan jgk ni. uhuhu.
    seronoknyer tgk dan shopping barang2 baby kan? terlupe penat semua :D

    ReplyDelete
  11. betul tu xeea, kadang-kadang rasa excited. kadang-kadang rasa takut.

    semoga dipermudahkan semuanya ye. :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. xeea..wahh..soping sakan 2..hoho..cumel bangat la u..take care okies...

    ReplyDelete
  14. wowiee perut sudah BESAARR..! hehe. comel. seronok nyaa babymoon kat cititel tuu..! memang SORGAAA tu! ;D

    ReplyDelete
  15. wah bestnye..da complete sume...aku tinggal brg besar je lg lom beli..

    ReplyDelete
  16. weh..alahan ko same ngan aku..naik gatal-gatal sampai aku ulang alik spital sunway every week..huhu..nak nangis sokmo tgk gatal2 ni..sbb smpai berair. At last, the solution yg aku dpt...kakak aku kasi minum minyak zaitun pastu selawat..alhamdulillah 2 weeks je baik...skang tggal la parut..pas beranak nnt kene pk nak ilangkan parut pulak...huhu

    ReplyDelete
  17. alah sewonotnya...teringat masa memborong barang baby dulu..

    semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  18. hoyay!! seronok betul budak dlm perut tu kalau tgk benda2 ni smua
    mesti dia tak sabar nak kuar..
    xeea, beli termometer kat mana??

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. ok..ni tips utk ibu lepas bersalin dari Ibu Halimah (Jamu Mak Dara).. mula makan jamu selepas 7 hari dan sehingga 40 hari/abih pantang. ms mkn jamu tu, ampuh breast dgn tangan kiri sket supaya jamu x p pada susu(sbb org kata leh buat baby jaundice).. selawat, makan jamu dulu, br mkn nasi. tidur jgn ngiring, nnt masuk angin, berak jgn cangkung, tp tertimpuh (xtau cmne nk demo :p) utk awal2 lepas bersalin(still kt hospital), aku cadangkn ko beli produk elken, Lady Venus.minum 3 botol sehari, pagi ptg mlm. mmg sedap rs bdn, n senang kt hospital nk mula minum ni.then bl dh blk umah, lepas 7 hari br la ko nk mkn segala mcm ubat kampung tu. btw,ibu Halimah kata, dia mkn pegaga tiap2 hari. so may your day full of happiness. insyaAllah..be strong utk hadapi masa2 yg kita tidak tahu tu.. be prepared mentally..

    ReplyDelete
  21. aku n wife dah lama rehat dari shopping barang baby.. alhamdulillah, mcm dh selesai dan sempurna... hanya menanti saat kelahiran...

    ReplyDelete
  22. boy kan? tade baju pink? eh? konpem... hak hak

    ReplyDelete
  23. sama la ngan i, semuanya baru nak beli last minute. ur statement "merana sakit kaki mcm nak patah lima" tu i suka. hahahahaha!

    ReplyDelete
  24. Salam kenal,
    Terjumpa blog awak, seronok baca.
    Rasanya mcm kita sama weeks.

    Juga teringat kitorang suka check in kat cititel bila dtg kl.Best window shopping, asal penat je balik bilik.

    ReplyDelete
  25. k suzie :
    tu la. pejam celik, pejam celik, dah dekat due dah.

    masuk ikea mmg rambang mata, oke. tp ari tu, tak pusing habis pun. browse online catalog, pastu terus tuju tpt nak beli brg je. tak larat dah. huu

    nurul :
    cukup lah setakat ni. nak berehat dah. lps baby lahir nti, bole sambung shopping lagi :p

    mrs nageb :
    seronok mmg seronok, tp bila buat kira2 balik, mau rasa mcm nak meraung. tapi demi anak, mak tak pakai baju baru pun takpe. hee

    ayie :
    wish me luck :)

    byn :
    very the mak-mak kan? hee plz pray for me, huh. seram oh.

    noor shafila :
    seriously? tp takde aa bising mcm bunyik mesin rumput, kan? hehe bila dah steady nti, nak invest kat freestyle pulak *berangan*

    wardah :
    mmg syok habis. mcm ilang ingatan jap. skrg tinggal nak tunggu baby kuar je. mintak2 lah bam bam mcm si haikal awak tu. hee

    hidd :
    konfem eh tok nujum amma? hihi

    kebetulan mothercare sale oo mase tu. cannot help! takpe aa, nti bole buat team boria :p

    easyou :
    amin :)

    hanie :
    alhamdulillah. so far, yg basic tu dah complete kot. nak rehat2 je pasni. lagi pulak dah nak masuk bulan puasa kan? fokus beribadah pulak. cewah.

    aishah :
    bila tgk brg2 yg dah beli sume tu, mmg rasa aksaited sgt2. tp bila pikir btol ke physically & metally prepared, rasa mcm seram pulak. huu

    the same goes to u! slmt "push-push" :p

    feresa :
    mmg syiok ooo. poket pun berlobang beso. hahaha

    anna :
    besar kan perut? mcm tak larat dah nak bawak. senak wo tulang rusuk kena tendang.

    make sure awk nti pi baby moon jugak tau. eh eh, tp blom honeyemoon lg ek? :p

    juju :
    oh my! ko kena lagi awal eh? seksa kan? takleh tido malam. uwaaaa

    skrg ni, aku depends ubat doktor je. selebihnya, tawakkal.

    wiwita :
    hik hik *blushing*

    yuyun :
    ape lagi yun? tambah aa sorang lagi. bole sopping sakan lagi. hihi

    dayu :
    mak dia yg over sebenarnya. baby rilek2 je. huu

    termometer tu beli kat farmasi je. MIL yang belikan. brand OMRON. price around RM 200++ kalo tak silap. kat farmasi guardian pun ada, rasanya.

    modusoperandi :
    thanx! :)

    ummu :
    wahhh!! mana pulak nak carik jamu mak dara, ni? patut aa ummu maintain mcm anak dara, je. ini rahsia dia rupanya.

    thnx for the tips, neway. wish me luck! :)

    zul :
    dah dekat due dah ek? mesti ko lagi tak sabar kan? all the best! dah prektis pegang baby lom? :P

    wie :
    i opt for universal color. lebih selamat. hee

    liza :
    last minute sopping mmg best. sbb rasa mcm nak borong satu shopping complex je. tapi, part sakit kaki tu aa tak tahan. huu

    ayna :
    wahhhh! sebaya lah anak kite nanti. next time nye babymoon, sy berangan nak check in hotel kat pavilion pulak. eceh 'next time' tu. hihih

    neway, all the best to u too! :)

    ReplyDelete
  26. perasaan yg sama: kadang2 rasa tak sabar, kadang2 rasa takot. tp takkan kite nak biarkan baby dlm perut tak kuor2 kan? hehehe..

    ape2 pon, mari kite makan selagi kite boleh makan!! gemok tak gemok, blkg kire. hihihi.. :)

    ReplyDelete
  27. babe, anak u mesti cute macam mama & papa dia. hope everything went well masa labor nanti ;)

    ReplyDelete
  28. xeaa...seronok tgk persediaan kamu nak sambut baby..happy breastfeeding!!..

    kuatkan mental dan emosi utk terus breastfeed nanti ya..

    ReplyDelete
  29. sha :
    bila duk belek2 brg2 baby ni, mmg eksaited, tak sabar tunggu dia kuar. tp mcm tak ready lagi je dari segi mental fizikal. huu

    nafsu mkn mmg besar tp pastu terpaksa laa sy menderita kena heartburn. tsk

    yatie :
    auwww! kembang semangkuk mama & papa dia. hihi

    neway, plz pray for us :)

    aida :
    mmg smgt nih nak breastfeed nih. mudah2an ada lah rezeki utk baby nanti. thnx for the wishes neway!

    ReplyDelete
  30. salam perkenalan.. sum lama dh ikut blog xeea nie... tahniah... dh jmpe bby tue... gd luck tau...
    sum br abis pantang.. dpt bby girl..

    ReplyDelete
  31. kusuma :
    eh, bukan ke ari tu kata baby boy? tak kisah lah kan. asal sihat dan selamat semuanya. take care :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.