Wednesday, April 1, 2009

Episod 2 : Diari Seorang Suri rumah Terhebat - Koleksi Pertama yang Menggiurkan.

Meneruskan entri tribute untuk jawatan suri rumah sepenuh masa yang dipegang dalam tempoh tak berapa nak lama dah ni.


Ini lah sedikit sebanyak hasil pertapaan di dapur kecik untuk mengubati virus penyakit ganjil sejak mula bergelar suri rumah sepenuh masa. Kebanyakannya, resipi yang aku reka sendiri dan resipi keluarga turun-temurun. Main belasah je apa yang ada. Apa yang penting? Kerjasa.. err sedap.


Ini baru koleksi pertama. Banyak lagi yang akan menyusul. Kagum tak kagum. uhuk uhuk *mata berkaca-kaca terharu dengan usaha tangga kejayaan sendiri*


Cakap banyak tak guna. Sila lah mengelap cecair saliva yang bakal menitik demi melihatkan koleksi gambar-gambar yang menggiurkan ni. Apa, kamu ingat, George Clooney sorang je ke yang menggiurkan? Ini lebih ghairah, ok. Sila tetapkan iman masing-masing. Jangan sampai keluar darah daripada hidung.


yeay 011

Ikan Pari Bakar.

Menjilat jari. pergh. Tak boleh nak kata apa lagi lah. Nak menangis haa makan hasil masakan sendiri :p


yeay 012

Sayur Chap Choy.

Warna warni. Penuh khasiat. Sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak. wah wah. Belum ada anak lagi, dah siap-siap ada resipi nak masak untuk anak. Gila berpandangan jauh lah.


DSCN8232

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa a.k.a Sweet Sour

Hah! Jangan kata orang ada penyakit ganjil tak reti masak lauk all time favorite masa keluar makan besar bersama keluarga ni. Sampaikan kalau beli bawal je, mesti Cfu suruh masak sweet sour. Asal sweet sour je, mesti ikan bawal. Nak beli siakap, tak mampu.


none 226

Mi Goreng Hailam.

Campur je segala kicap yang ada. Kicap pekat. Kicap kipas udang. Kicap sos tiram. Kicap cina. Kicap tamin. Jadik lah resipi mi kicap ni. Berkuah sikit. Makan pun macam slurppp slurpp gitu. ya. Sila telan air liur secara banyak.


none 016

Pucuk Ubi Masak Lemak.

Masakan kampung yang paling aku suka. Agak complicated sikit lah cara nak memasaknya. Nak kena rebus dulu. Tos dan perah betul-betul bagi keluar segala rasa pahit. Nak kena cincang lagi. Baru boleh masak. Jangan lupa lawankan dengan sambal belacan. Punya teruja sebab menjadik, siap tapaw bawak balik kampung. Bila Abah kata LULUS, memang kembang hidung kalah serombong kapal.


Nasi Goreng Daging + Sup Bebola Ikan.

Resipi yang dicipta oleh Cfu. Dia cipta pakai mulut je. Yang pening nak membuatnya, akakkkk jugakkk! Goreng dulu daging dengan bahan-bahan tumis sampai masak tau, baru masukkan nasik. Nak lagi sedap, peram dulu daging dengan black pepper dan serbuk sup. pergh. Memang terangkat bontot i told you!


Menggiurkan bukan?


Tengok perut suami peliharaan je, kamu dah boleh tahu betapa penyakit ganjil aku ni bukanlah satu halangan untuk dia membesar secara sihat dan kuat :p



HER : Silap haribulan, lepas lucut jawatan suri rumah sepenuh masa nanti, koleksi yang menggiurkan ni akan dipenuhi dengan Sardin masak sambal. Sardin goreng. Sardin rebus. Sardin bakar. Sardin masak tiga rasa, sadin, sadin, sadin..

20 comments:

  1. wow!!! xeaa masak sweet sour
    bangga *dayu tak pernah cuba lag*
    nak try lah
    meh gi chow kit beli bawal
    *siakap mahal*

    ReplyDelete
  2. besnya tgk org penyakit ganjil berjaya camni..

    ReplyDelete
  3. wah..betul la kata org..da kawen nnt secara otomatiknye pandai msk...

    Semuanya bergantung pd Rajin n malas je..hehe

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYE SEDAPNYE SEDAPNYE SEDAPNYE SEDAPNYE SEDAPNYEEEEEEEEE!!!! warghh boleh kene sawan kalo dapat bini macam akak ;) bile mase la sue nak pandai masak mcm akak ek.

    ReplyDelete
  5. nyum nyum...
    dah lah aku kat rumah sewa asyik makan kat luar jer...
    tengok resipi2 ko ni, teringat pulak kat mak kat kampung...
    tolonggggg...aku nak gak ikan bakar tu.....hehe

    ReplyDelete
  6. dayu : my hubby's faves ni. meh meh. org nak kawen kena belajar masak. hee

    mieza : dun worry, awak. dah pegang title housewife nanti, automatik penyakit tu mcm ansur2 surut. tapi tak hilang terus aa sebab i still prefer sweeping than cooking :p

    cik oren : betul kot. sbb kita mesti nak serve the best utk husband dan anak2. eh eh. anak2 lagi.

    soraya : boleh tahan jugak lah dia punya sawan. tiap malam meracau suruh akak masak kalau dia tetiba lapa. apa kejadahnya semua itu. i prefer sleeping tahan cooking, ok. huu

    hussaini : tu lah. sape suh tak nak terima aku sbg teman serumah. kan dah melepas nak rase air tangan aku yg bole buat ko menangis "nak lagi! nak lagi" nih :p

    ReplyDelete
  7. walaupun bukan teman serumah...
    tapi rasanya boleh tapau and singgah kat rumah aku kat taman yen yen ni nanti...hehe

    ReplyDelete
  8. wah..byknya masak2..ada party tapawer kerr??

    ReplyDelete
  9. terror awak masak. kita entah bila nak ada perasaan rajin memasak ni.

    ReplyDelete
  10. hussaini : err.. aku macam tak jadik pi sana la. nti aku citer. saspen. saspen. huu

    hidden stories : parti bueh dgn suami je :p

    hidd : uhuk uhuk *blushing* mana ada terror, awak. tak rajin pun. tapi, dah nama fulltime housewife apa sangat lah yg kita boleh buat selain belajar masak utk suami. lepas ni, takde lah kot. huu

    ReplyDelete
  11. whoaa..siap ada mi goreng hailam skali ngan main course ek? huhuhu giler meriah ..camni ..kene ternak wofsha skali neh... I LIKE! hehehe

    ReplyDelete
  12. sha,

    meh meh. sy ternak awak jadi sihat dan kuat jugak! huu

    ReplyDelete
  13. sedapnyer..tgh pose2 ni bc plk entry ni aduh sabo jer la bnyk2

    ReplyDelete
  14. aziyana,

    puasa ganti ke?
    gulp.

    *teringat pulak kite blom habis ganti. sibuk masak je. :p*

    ReplyDelete
  15. suami saya banyak kali request siakap tiga rasa..belum berkemampuan masaklah ;p


    tgk masakan kamu ni terliurrrrr pulak!

    ReplyDelete
  16. ungu violet,

    pelan-pelan kayuh, awak. belum cuba, belum tahu. huu

    ReplyDelete
  17. bencana jgk kl dpt penyakit ganjil nie ziha tkt nt hubby aku dpt tittle 'PJK' perut jln ke dpn..
    sodap btl ko masak.aku pn terliur..

    ReplyDelete
  18. merah,

    haippp!! perut2 gn sebut aa. laki aku sensitip. heee

    welkam neway! :)

    ReplyDelete
  19. beznyer pndai msak mcm akak....

    ReplyDelete
  20. nurayunni,

    tak pandai pun. kecoh je canang kat sini lebih2. heeee

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.