Thursday, April 9, 2009

Percutian Percuma memang Sorga.

Awal-awal aku beritahu ni, destinasi percutian kali ini adalah Pulau Pinang Pulau Mutiara. Malas nak berteka-teki macam kisah bulan madu di Bali dulu :p


Kos percutian kali ni ditaja sepenuhnya sebab Cfu menang hadiah cabutan bertuah di syarikat tempat beliau bekerja. Selaku isteri mithali yang tempatnya adalah sentiasa di sisi suami, dah semestinya aku turut serta. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.


penang 010Pengalaman pertama memandu sendiri ke Pulau Pinang. Dulu, dua-dua pergi sana naik rombongan bas sekolah. Maka, potensi untuk SESAT mencari jalan adalah sangat tinggi. Bersedialah untuk menghadapi adegan gaduh bertarik rambut dalam kereta yang mengerikan.


penang 017Tambah mengerikan apabila di kiri dan kanan jalan sentiasa dihidangkan dengan pemandangan sebegini.


penang 019Perjalanan penuh onak dan duri itu berakhir juga apabila,

“Oh. I can see the light!”


penang 018 Simbol yang menunjukkan kami berada di jalan yang benar.


penang 015Dah sampai Perak, wajiblah merasa Rendang Tok + Lemang + Ketupat Daun Palas yang enak tak terperi ini. Sampai ke hari ni masih terasa lagi.


penang 025Omaigod! Omaigod! Aku sedang melintasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.


penang 026Sekali lagi. Omaigod! Omaigod! Aku sedang melintasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ok. Ok. Next, please!


penang 021Auto City. Betul- betul lepas exit tol Juru. Tempat wajib dikunjungi oleh para penggemar kereta dan pekerja bidang automotif. Juga penggemar gadis litar berpayung.


penang 033Lepas tu, jangan lupa singgah Batu Feringgi untuk beli Tshirt sepuluh ringgit yang ada tulis WELCOME TO PENANG ISLAND sebagai buah tangan.


penang 030Dah pakai Tshirt WELCOME TO PENANG ISLAND sesuailah lepak kat sini menikmati pasir putih tepi pantai, ombak menghempas, awan nan membiru, awek mat saleh berbikini opss terlebih sudah.


penang 029Seterusnya, isi perut dengan menu tak boleh tidak dirasai iaitu Laksa Penang special yang boleh didapati di warung tepian pantai pada harga dua ringgit lima kupang.


penang 039Dah sampai Penang, wajiblah pergi sini, kan? Kang orang kata kita berangan pergi dalam mimpi pulak.


penang 064Untuk naik keretapi yang bergerak pada kelajuan 10km/j ni. Yang memakan masa setengah jam untuk naik, setengah jam juga untuk turun. Boleh khatam tonton satu siri cerita Heroes.


penang 068Muka teruja nak naik buat pertama kali dalam hidup. Dengan semangat waja pergi beli tiket berharga RM16 untuk perjalanan dua hala bagi dua orang.


penang 041Bila dah naik dan berada 400++ kaki daripada paras laut, hilang hah segala muka keterujaan tadi dan digantikan dengan muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi.


penang 043Subhanallah. Saujana mata memandang!

Gambar ini diambil untuk ditunjukkan kepada orang yang buat muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi tadi sebab sepanjang dalam tren, dia tak toleh sikit pun ke bawah, sibuk berpeluh pegang besi tak nak lepas. Kepada encik suami peliharaan, kamu adalah dalam kerugian sebab tak dapat menikmati pemandangan ini secara live. Mujurlah ada isteri mithali yang tolong ambilkan gambar ini dengan penuh kasih sayang untuk tatapan kamu :p


penang 049Orang yang buat muka taubat-aku-tak-nak-naik-lagi sedang cuba kontrol macho. Padahal kaki dia tak habis menggeletar lagi. Pening kepala nak pengsan pun masih ada. Lebih malang, aku tak bawak pulak losyen mustajab pati halia.


penang 051Gigih buat aksi mimik muka pelbagai bagi melegakan dan kembalikan semangat suami peliharaan yang hilang sebab gayat melampau. Memang isteri mithali betul. aisyy.


penang 044Nampak tak jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang aku lalu tadi? Memang panjang tau! Sebab tu aku punya tahap jakun pun agak panjang sikit.


penang 071Dah jumpa fridge magnet untuk tambah dalam koleksi, barulah boleh pulang dengan hati yang bahagia. Kalau tak, aku paksa suami peliharaan tawaf satu pulau tanpa mempedulikan perasaan gayat beliau.


penang 024 Macam biasa, kita sudahi dengan foto tipikal pasangan suami isteri yang perasan masih muda belia ada hati nak ambil gambar macam budak-budak zaman sekarang. ehem.


Ok. Tipu.

Masih mau main tipu lagi. Rasa macam tak surprise je kalau tak main tipu-tipu manja dengan kamu :p


Bukan hadiah percutian sempena cabutan bertuah. Sebaliknya, pergi mengekor Cfu ke sana atas urusan kerja. Betullah percutian percuma, kan? dan ia memang sorgaaaaaaaaa!



HER : Rasanya, ni lah kali terakhir dapat ikut Cfu out-station kot. Lepas ni, aku sendiri dah sibuk kerja. Jauh pulak tu :(

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hehe.sekali lagi tertipu. :P

    seronokknyew tgok kak ziha seronok! uhuhuw. dah lama tak jenjalan ke penang. teringat dulu mase kecik2 main tanam-tanam orang dekat pantai batu feringgi.hehe

    11 jun nanti nak ke kedah dgn keluarga. agak-agak, dpt peluang ke penang gak tak ek.mawu kan percutian percuma macam kak ziha jugakk.heee~

    ReplyDelete
  3. haih..da gembira2 bace tetibe sedey pulak last2 tu..keje jaoh di mane ye tu pn ziha?

    ReplyDelete
  4. warghh seronok nyer kamu.. buat sy rs x sabar nak kawen.. aiyak gelojoh la plak nk kwen cpt.. hehehhehehe

    ReplyDelete
  5. hahah fridge magnet tu pun, kite ade, tp cameron punye :D Ehh...xeea ni atau your husband ni student MMU eh? mcm familiar la muka kamu huu

    ReplyDelete
  6. soraya : wah. banyak nye tempat makan best. silap aa. kalau tau, awal2 dah tanya soraya dulu sblm pergi.

    anna : wah. pi kedah tu mmg lalu lah penang. pujuk la ayah suh singgah jap. pi dgn parents consider as percuma lah tu. huu

    ungu violet : org penang ka?

    pari-pari : ko tertinggal kapal ah ayin oii. jaoooh sangat :(

    farhanna : haha. best tau kawen cepat :p

    hanie : cameron punye gambar same ke? bila lah nak pi cameron pulak. err.. familiar huh? maklum lah, artis fofuler :p my husband dulu study kat MMU. sy pun dulu selalu sidai muka kat MMu nun. haha

    awak kat MMU gak eh?

    ReplyDelete
  7. hee gambar nye lain...gambar strawberry :D

    Ouhh patut la..mmg mcm familiar muka husband awk tu..hehe

    yayaya MMU melaka ;)

    ReplyDelete
  8. hanie,

    dah kate tadi, artis fofuler :p sama badge kot eih. sekampung bukit beruang lah dulu neh. sy pernah duduk bukit beruang indah kejap masa praktikal dulu. huu

    ReplyDelete
  9. betul ckp kak sue.. fuhh..kalau awak gi makan kat semua tempat tu,gerenti taknak balik KL! hahaha.


    btw, laksa tu npk sedapp super! :D


    p/s : i changed my bloglink tau.saja nak tukar angin.(lari dr org gila stalker)

    Mardiana Azhar

    ReplyDelete
  10. lapo gile nengok laksa penang tuuuuuuuuuuuu....kecurrrr

    ReplyDelete
  11. hoho..menarik laksa tu..sib bek aku pantang...:P

    ReplyDelete
  12. kurakuramerah : aha. perlu masa lagi pjg nak jelajah semua tpt makan best tu.

    akan tukar link baru awak :)

    sha : ahah. sila kecur lagi.

    kristy : eh mak orang! dlm pantang pun sempat memblogging lagi. huu err, dlm pantang xleh mkn laksa eh? baru tau.

    ReplyDelete
  13. hehe tetibe bangga plak tgk penang ni wif ur entry..slaluenye camni la bila hometown sendiri we take it for granted..penang hill tu tak ingat dah penah naik ke idak..huhu my fiance org klang masa cross penang bridge for the 1st time sgt la jakun..tp skang ni asyik balik penang je die pon dah naik bosan :)

    ReplyDelete
  14. newlifebeginning,

    owh. org penang kah? tu lah. kalau dah nama tempat kita, buat tak tau je, pastu bila org cerita, menganga. huu neway, i love penang! :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.