Sunday, November 8, 2009

Perompak!

Selama ni, kalau Cfu telefon aku dalam nafas mencungap-cungap, aku tak pernah rasa hairan. Sebab, dengan fizikal ‘terbaru’ dia ni, baru panjat 5 anak tangga, bunyik hembus nafas je, dah lebih kurang sama macam bunyik serombong kapal. heh.


Tapi, 3 hari lepas, bunyik nafas cungap dia betul-betul buat aku cemas. Macam tak boleh bernafas.


“ Orang kena rompak.”

Terdiam kejap aku dari terkekek-kekek ketawa sebelumnya.


Cfu dalam perjalanan ke Pasar Seni, nak ambil stok barang jualan. Tak semena-mena, (penat carik perkataan nak gambarkan betapa ia terjadi tanpa disedari) datang seorang budak kutu rayau mintak seringgit. Cfu tak bagi. Bukan sebab kedekut tapi sebab memang dia betul-betul takde hatta sehelai pun duit kat dalam wallet.


Dia teruskan berjalan dan tak ambik pot hal duit seringgit tadi.


Nak dijadikkan cerita, dalam dok Cfu tengah leka mengushar amoi yang lalu-lalang, dia perasan macam berangin sepoi-sepoi je kat bahagian belakang. Hingga mendorong dia untuk meraba diri sendiri. Raba punya raba...


Tiba-tiba, danggggg!!!

Malapetaka apakah ini?!!


oldies 007

Suami peliharaan ku dalam keadaan separa sedar telah menayang hampir separuh punggung dan Renoma merah nya ke seantero alam, berjalan dari Pasar Seni hingga ke Petaling Street dengan seluar koyak-rabak akibat ditoreh pisau ni!


Puas Cfu cuba ingat bila, di mana dan bagaimana insiden ni berlaku. Tapi, gagal. Dia cuma ingat sampai setakat jumpa kutu rayau seringgit tu dan alih-alih sedar seluar dia dah koyak sebesar saiz dua penumbuk bouncer itu. Gila ah misteri nusantara.


Masa aku dengar Cfu cerita kat telefon, aku bayangkan koyak biasa-biasa je. Ingatkan seluar dia tersangkut kat paku ke apa. Tapi, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, memang aku boleh sahkan ia adalah hasil dari torehan pisau! Yang sangat tajam, semestinya.


Syukurlah dia tak toreh orang nya.

Kalau tak, aku toreh bijik mata kau sampai juling, PEROMPAK.


Bila aku cerita kat kawan-kawan, masing-masing pun ada cerita yang lebih kurang sama. Rupanya, memang tengah musim orang merompak dengan modus operandi yang sama. Tak main dah seluk-seluk. Dia torehhhh je! Kempunan nak jadik penoreh gamaknya. Habis haa seluar (kat bahagian poket belakang, tempat orang lelaki biasa selit wallet) dan beg tangan perempuan jadik mangsa torehan.


Diorang pakai prinsip ‘toreh dan menang’. Toreh seluar, dapat wallet. Toreh beg boleh dapat pakej, purse dan handphone sekaligus. Dapat sekali MP4 atau PSP dikira sebagai bonus. Lepas ni, aku nak letak ular sawa dalam beg. Toreh, toreh, keluar ular, belit kau sampai mati. Rasakan.


Yang jadik kemusykilan, setiap mangsa memang tak sedar masa kejadian sedang berlaku. Kalau fikir logik, orang dok toreh seluar atau beg tangan LV kau dengan pisau, takkan lah tak perasan, kan? Aku rasa, memang ada unsur-unsur misteri nusantara sikit lah.


uii.. seram.


Jadik, berhati-hati lah wahai kamu sekalian.

Jenayah tak kenal mangsa. Siapa-siapa pun boleh kena. Tak kira di mana-mana saja. Dengan bermacam-macam cara.


Mintak Tuhan sentiasa lindungi kita.


oldies 006

Hingga ke saat ini, aku masih tak dapat terima hakikat betapa suami peliharaanku telah dinodai oleh mata-mata perempuan lain selain dari aku. oh, tidakkk.



HER : Sakit hati ku bagai ditoreh sembilu.

21 comments:

  1. ape niiii ? nape dunia jadi mcm gini ? tak sukenyeeeeeee! bahayanye!!! nasib baik tak kene kat badan ek ;( gile keji perampok perampok tuh!!!

    ReplyDelete
  2. mcm2 cara org buat nak dptkn duit tp of course yg ni cara yg tak halal dibuat la...weekend baru2 ni dpn2 mata kak suzie org curi brg kemas kat kedai emas dlm mall...org tu bkn curi seguni pun tp dia pura2 as customer bila cina tu keluarkan gelang terus dia cabut...walaupun 1 brg kemas je tp nilainya $4k+++,mmg scary btl!

    ReplyDelete
  3. TIDAK!!!! giler scary! bab toreh takut kena badan satu hal.. bab tayang momtot satu hal.. oh tidak.. manusia sudah semakin mengong.

    p/s : akak pun rasa ada unsur misteri nusantara la dlm kes2 cam ni.

    ReplyDelete
  4. mak aih..takutnye...ini buatkan aku lg xmo turun KL..

    Nasib baik Cfu xder ape2...haih~

    ReplyDelete
  5. uuiihhh
    statement akhir u buat i gelak tau..
    tapi siyes lah
    tak terbayangkan mcm ne cfu berjalan ngan suar koyak gitu kan
    mesti org2 yg nampak tahan gelak je

    tp petaling street mmg sedikti menyeramkan
    tapi dulu tetap gak rajin jejak kaki kat sana

    ReplyDelete
  6. haha..
    kelakarlah.
    mula2 cam kesian kat cfu.
    sekali tergelak lak dgn ayat2 awak xeea!


    btw. nasib baik cfu tak ape2.
    kalau dikelar2 punggung cfu, hah kan lagi haru!

    ReplyDelete
  7. uitt...kene bhati2!laki ke pempuan ke..tukang samun x pedulik da skrg ni..kat petrol station pun jadik je.

    ReplyDelete
  8. kesiannya suami awak.tak dapat bayangkan kalau belakang vontot saya ditoreh semacam tu :s

    pasar seni memamg sebati dengan kejadian misteri ni.semoga perampok tu mendapat balasan setimpalnya.

    ReplyDelete
  9. hehehehe...i tak leh simpati la ngn cerita u nie..kelakar ..bodoh punya perompak,main toreh2 lak..kalu u dpt tht perompak, i pun tolong u toreh depan soar dia..biar dia rasa

    ReplyDelete
  10. ya Rabbi...mcm2 cara nak merompak skrg nih..

    eeee...siannya kat Cfu, terpampang boxernya di mata umu haisy

    ReplyDelete
  11. soraya :
    our world is not safe, anymore :(

    kalau kena kat badan, habislah punggung my cfu tidak tampan lagi seperti selalu. heh.

    k suzie :
    OMG. rompakan kedai emas lagi horror kot. nasib baik tak jadik mangsa tebusan ke ape.

    k tini :
    tu lah. cfu cakap, 'habis maruah ku tercalar'. heh. poor him.

    kan? macam ada main hembus2 je kan?

    hantu ulam :
    kat mana2 pun bahaya skrg ni. bukan KL je. luckily, cfu tak mamai sampai ke sudah. kalau tak, mau dia tak sedar seluar rabak mcm tu sekali sampai rumah.

    dayu :
    mula2 pun ai mcm cemas. tp bila dia cerita jln2 dgn suar koyak besar gitu, jadik tak tahan gelak bahak2. patut aa dia kata ada org gila jalan sebelah dia mase tu :p

    area CM ngan PS tu mmg 'keras' kot. keras buatan orang.

    ungu violet ;
    sampai hati awak. sy beriya2 pilih ayat paling sadis utk cfu, awk boleh gelak. tp, mmg kelaka pun bila asik terbayang cfu jalan2 dgn suar koyak camtu. heee

    psstt.. mujur jugak punggung dia masih seksi seperti selalu. heh.

    orked hanael :
    kan? sume orang pun bole kena. my cfu yg kelihatan gagah perkasa tu pun bole jadik mangsa, inikan pulak kite2 yg come lote insan kaum yg lemah ini. huuu

    fie :
    dlm ramai2 ni, awak sorang je kot yg ckp 'kesian' kat cfu. dia mesti terharu :p

    tlg lah sebar2kan. jgn biar org lain, kaum keluarga kite pulak yg jadik mangsa.

    maira baby :
    ni entri cemas tapi kelakar kot.

    uih, kalau ai dapat dia, bukan setakat suar dia, kalau boleh, ai nak toreh sekali 'barang' kat dalam suar dia. padan muka. hahahahaha

    yatie chomeyl :
    jahat, kan? sian my cfu tersipu malu. mujur dia pakai undies yg agak baru2 lagi. kalau kena time dia pakai stok yg dah londeh2 gitu, tak ke lagi haru! :p

    ReplyDelete
  12. adeh, skill ni pun ada ke? huuuuu. Auwww, lakimu ternoda u :P
    nasib baik takde pape.
    bahaya sungguh la.
    tu la, penah dgr ade yg ckp, handbeg dorang tetibe je bole berlubang! tu la, misteri arr, ade sape2 nak siasat tak kes ni? rancangan 360 ke? huuu

    ReplyDelete
  13. haha.
    err lepas hasben akak sedar suar dye koyak,ape dye wat eh?
    berlari2 mencari perlindungan d mane?

    ReplyDelete
  14. heheh.... x boley blah hokay kenyataan "suami dinodai...."?

    hahaha....

    tp seremmm la kalau main pukau2 neh...

    ReplyDelete
  15. xeea..ryna pn br pas kena rompak gak la..jom kita hamun pencuri n perompak bpdoh3 ni..P@#%&^$*KT24!

    ReplyDelete
  16. uish gile la perompak zaman skrang..desperate btoi..kalu thap gtu koyaknyer, mmg guna jampi serampah nih

    ReplyDelete
  17. pergh...advance btol cara org msia mencopet skang nih...guna kaedah "toreh dan menang" plak tuh...wahh dahsyattt dahsyatt...!

    ReplyDelete
  18. serious shit!besar kot!!habis nampak..ish.jahat!!

    ReplyDelete
  19. hanie :
    oh. kwn awak pun dah kena, ye? tu la. kena xtra careful pasni kalau lalu area sana.

    err. patot kena cover dlm misteri nusantara la, hanie. jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri~~~

    edryna wanie :
    dgn penuh konfiden sambil membukak baju untuk menutup punggung seksi nya :p

    anon :
    betul ape ternoda. heh.

    seram, kan? mujur lah tak lama. mau bini dia pun tak kenal nanti.

    fikaryna :
    OMG! awak lg kalut, oke. dgn kelam kabut nak kawennya lagi. bertabahlah ryna. dugaan org nak kawen ni, mmg macam2.

    k yana :
    ntah tu kan. tp syukurlah org nya tade pape.

    najlaa :
    mcm2 kaedah skrg ni dorang pakai. tlg sebarkan kat kwn2. lebih hati2 lepas ni, oke.

    saloma :
    jahat sangat, kan?

    hancur luluh hati sy tengok seluar yg sy beli utk cfu guna hasil duit titik peluh sy diteoreh mcm tu sekali. arghh.

    ReplyDelete
  20. kakamel,

    uishh. tu belum tengok live. lagi horror, weh.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.