Dah nak masuk hari minggu satu lagi, baru lah aku terhegeh-hegeh nak update. Takpe lah eh. Better late than never, orang putih kata.
Sebenarnya, bila Nurul SMS aku malam tu, beritahu yang masa potluck berubah dari 4 petang kepada 10 pagi, aku terus rasa macam alaaaa malas lah nak pergi. Tak larat nak bangun awal sebab hari Sabtu semalamnya, aku kerja. Jadi, aku takde lah janji nak datang.
Tup tup bangun pagi Ahad tu, Cfu tanya,
“Nak pergi tak potluck blog mak-mak tu?”
Padahal sebelum tu, potluck tu menatang apa pun dia tak tahu. Bila cakap aktiviti makan-makan, kemain semangat dia. Lagi pulak bila cakap antara menu istimewanya ialah satay Kajang.
Tengok jam dah pukul 10 pagi.
Aku pun buat keputusan, selamba lah pergi je. Kalau nasib baik, dapatlah merasa potluck beramai-ramai. Kot-kot sampai semua orang dah beransur pulang, layankan je lah potluck makan pizza tiga beranak, apa ada hal kan?
Memang kitorang takde nak rushing apa, pun. Siap suruh alfiy posing dulu sebelum bertolak, nak hantar kat Tok Nenek di kampung. Nampak tanda kat dahi tu? Hasil terhantuk dinding kat skool. Tapi, pandai pulak dia buat muka kasihan, kan. Geram.
Wetland, Putrajaya.
Sebelum sampai sini, puas dah bergaduh bertarik rambut dulu dengan Cfu. Biasalah. Pasal mencari jalan, tak pernah nya kitorang tak bergaduh. Guna GPS tapi serupa macam tak guna, sebab ada orang tu tetap nak ikut GPS kepala sendiri. heh.
Mujur masih ada orang. pheww! Sampai-sampai, aku siap lah bagi Assalammualaikum, lepas tu salam-salam semua orang. Dah terlepas upacara tiup lilin hari jadi Alif, Dani dan Mika rupanya.
Satay? Mana satay? *kecewa*
Elok lah sampai ngam-ngam waktu makan tengahari. Tengok orang lain macam segan-segan je. Aku pun apa lagi, terus perasan tuan rumah. Sub kan Alfiy kat Yaya kejap, hidangkan pizza yang aku dok nguli sejak malam tadi, pelawa semua orang makan, dan kitorang laki bini pun makan dengan penuh bahagia. Terima kasih ye Bonda A’uf.
Selesai makan, sesi borak mak-mak dan bapak-bapak.
Agak-agak makanan dah turun, terus ke upacara wajib. Fotogediks bersama-sama. Walaupun aku tak faham apa relevannya pokok-pokok ni dengan tema potluck di tepi tasik, kita layan kan je lah. Masa tu, aku sendiri pun tak terfikir nak ajak semua orang ambik gambar kat tepi tasik. Lepas tengok semula gambar-gambar ni, baru macam tertanya-tanya sendiri, ini gambar ‘Land’ je, tang mana pulak ‘Wet’ nya?
Amboi, galaknya Alfiy! Mama dia pun tak mahu kalah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik (-_-)
Selendang senget-benget pun tak mengapa, asalkan hati ceria.
Sekian, laporan dari xeatopia. Jumpa lagi hujung minggu akan datang!
***
Antara yang terlibat,
@Yaya, @Ann, @Jue, @Ana, @Fad, @Julia, @Sharena, @Evyn, @Miera, @Lylie, @Nano, @Nurul
HER : Mohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap laku ye. Kadang-kadang bila pertama kali jumpa, kita tak tahu lagi tahap sensitiviti seseorang tu macam mana.
alerr, ingat na org last updet, ade lg sorg, hahaha
ReplyDeletebtw, ade ke silap laku?
semua duk kata xeea peramah hape?
lain ar mcm na,
sentap bile org ckp kite garang,
tsk tsk :(
mintak ampun maaf bg yg trase kene marah
:p
hye bakal besan :)
ReplyDeleteanyway, nice to know u & alfiy too...keep in touch ok...muahsss
ahh..xeea sgt friendly. i like =) bertambah meriah suasana. klu dtg lg awal lebih bagos. huhuh
ReplyDeletenext time jumpe nk dukung Alfiy. hari tu x sampai hati nk amek dr yaya sbb Alfiy nmpk sgt syok...hahhaa =p
na=bekeng
ReplyDeletemwahahaha...=B
xeea..hapening giler kn awk....kecuh tul..terus meriah majlis....
ReplyDeleteteruk jgk kesan luka terhantuk kt dahi alfiy tu.kesian dia
ReplyDeletemacho nya parut alfiy..tiba2 berkeorncong perut tgk gmbr2 mknan lazat2 itu
ReplyDeletewhoa!
ReplyDeleteBestnya tengok gambar nih.
Alfiy nampak gagah dengan parut di muka. teehehehhe.
puas den dok bertanya kenapa ngan dahi alfiy
ReplyDeleteterhantuk dinding rupanya
lasak dia ni
takpe,,nak membesar kan
aku gak yg failed nak dtg
suami ngan susah bgn paginya
cha lak meragam
maka... tiada la aku dlm ini kesah
sama-sama kasih . Hehehe. Suka tgk gambar reramai tu. Eh, yang anak ai tersujud tu kenapa plak hai lah. :P
ReplyDeletexeea, ai cancel bwk satay bila potluck tukar timing. sbb biasanya satay tu pukul 10 baru start biz. hehe.
ReplyDeletenext time ah satay. btw sedap pizza u buat. 2 slices i mkn taw. ;p
Bestnya! Kalau aini habis dah semua makanan aini try
ReplyDeleteyo, alfiy siap bagi penumbuk ke last pic tu? huhuhu..
ReplyDeletesaya tak update lagi kisah potluck ni. tgk semua org dah update so malas nak update je nampak gayanya.
ReplyDeletep/s : amboi alfiy tak menahan autie tgk gambar alfiy gelak sakan tu tau
nano :
ReplyDeletemane la tau kot2 mulut terlepas cakap ke kan. dah kate peramah :P
julia :
ehem, dah declare sbg besan ye. peluang cerah la camni. hee
sharena :
iye ke? nampak mcm kepoci la pulak kan. tetiba majlis jadik meriah.
kite dpt merasa almost every baby yg dtg ari tu. jgn jeles taww
lylie :
err.. sorang lagi cakap ai kecoh. ai pemalu sebenarnye tawww
antalya :
skrg dah takde. risau gak berparut ari tu. terima kasih minyak gamat.
yatie :
dah nama pun hero, kan? huu
nadia :
macho macho :D
dayu :
lasak tak boleh cakap weh. ni baru 6 bulan. seram aku nak tunggu 6 bulan akan datang. jgn berparut sana sini dah le.
yaya :
Alfiy mmg suke dgn yu lah, yaya. next time, ai dah tau nak pass Alfiy kat sape time makan :p
ann :
keciwa ai & cfu okeh. Terus singgah makan satay kajang balik tu. hihi
aini :
ai siap tapaw, oke :D
hanys :
nak bagi tambah macho. baru sesuai dgn benjol kat dahi.
nurul :
citer dah basi, nurul. huu
kan? galak betul dia gelak time tu. maklum lah, dah dilatih sejak dari dlm perut lagi :p
alfiy..!!
ReplyDeletekenapa kamu tak tolong mama dan ayah cari arah jalan?
kan dah mereka bertarik rambut dah.. :P
eh,kesan lebam di dahi tu dah hilang belum?
mak haqq :
ReplyDeleteDah hilang tp belum clear sepenuhnya. Kalau tengok dekat2 still nampak lah kawasan tu gelap sket. no worries, aunty. i am still handsome :p
suka tgk alfy time kene timang..huhuhu....walaupun dahi lebam alfy tetap hensem..:)
ReplyDeletebest dpt jmpa semua...:)
galak gila kan dia gelak? hihi
ReplyDeletenice to meet u too, evyn :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.