Adik Nani kuchit. Hari ni, genap usia Adik 15 tahun.
Pagi-pagi lagi aku dah kepoh hantar SMS kat semua ahli keluarga. Ingatkan hari ni birthday Adik. Jangan lupa belanja dia makan KFC. Dia bukan peduli benda lain pun.
29 April 1994.
Sampai bila-bila pun aku takkan lupa.
Pada usia kandungan pramatang 7 bulan setengah, Mak mengalami tumpah darah. Adik hampir lemas dalam perut. Mak terpaksa menjalani pembedahan segera. Ingat lagi, aku ponteng sekolah agama semata-mata nak tunggu Mak kat luar bilik pembedahan bersama dengan Abah dan Angah. Abah ajak makan pun aku tak mahu. Nak tunggu Mak dan Adik keluar dulu.
Hampir 4 jam menunggu, ketua jururawat keluar. Sebelah tangan dia menggendong sesuatu. Dia panggil aku, "Meh tengok adik awak ni." Dengan penuh rasa teruja sebab pertama kali nak tengok rupa adik yang baru lahir aku meluru lari tak toleh kanan kiri. Adik-adik sebelum ni lahir, aku tak pernah tahu, tiba-tiba je dah ada adik lagi. Lepas dibelek-belek, tak nampak pun muka Adik, "Tak nampak pun misi. Mana adik kite?"
Adik kecik sangat. Nak dibandingkan dengan berat kami adik-beradik sebelum ni yang semuanya 3 kilo ke atas, berat dia cuma 2.4 kg. Lepas dibalut dengan selimut hijau, memang tak perasan yang jururawat tu tengah menggendong Adik. Rilek je bawak sebelah tangan pulak tu. Muka Adik masa tu warna merah jambu. Betul. Tak tipu. Pink sangat. Sebab tu bila dah besar, dia sangat putih kot.
Tak berapa lama lepas tu, barulah Mak diusung keluar. Doktor suruh kami panggil nama Mak, biar Mak sedar. Tapi, Mak masih high dengan bius pembedahan. Dia bo-layan je. Siap tepis-tepis tangan Abah masa Abah usap pipi dia. Bila cerita balik kat Mak, sampai ke sudah tak nak mengaku.
Sampai rumah, semangat gila aku bukak buku SENARAI NAMA ANAK-ANAK SOLEH & SOLEHAH. Propose kat Abah nama Hanani yang bermaksud belas kasihanku, kesayanganku. Abah setuju. Terus daftar nama NOOR HANANI. Cahaya kesayanganku. Sebab tu lah dia menjadik kesayangan semua kot. Baru sehari Adik takde kat rumah, pergi rombongan atau camping kat sekolah, satu keluarga akan rasa macam satu kehilangan besar. Sikit-sikit mengeluh, "Bila Adik nak balik ni." Padahal Adik tak pernah pedulik pun semua orang rindu kat dia. Dia lagi suka berjalan sana sini.
Masuk umur 10 bulan, Adik diserang demam panas sampai kena sawan. Akibatnya, ia beri kesan pada otak. Adik mengalami masalah lewat perkembangan dan pertuturan. Sejak tu, kalau ada perkembangan terhadap proses tumbesaran Adik, kami akan raikan dengan gembira macam menang loteri je lagaknya. Umur 2 tahun, Adik baru boleh berjalan, Abah bawak kami jalan-jalan ke Langkawi. Umur Adik 5 tahun, pandai sebut Mak, Abah, Along, Angah, Abang, Yan. Abah belanja Pizza. Begitulah seterusnya.
Masuk alam persekolahan, Adik ditempatkan dalam kelas Pendidikan Khas atas arahan pakar perubatan. Mulai saat itu, kami sekeluarga mula beri perhatian terhadap segala macam perkara berkaitan dengan Pendidikan Khas. Projek tahun akhir Sarjana Muda aku pasal Autisme dan Disleksia. Dan kajian diteruskan secara lebih detail oleh Cfu masa projek tahun akhir dia. Sambung Sarjana, aku kaji pulak pasal teknologi dalam bidang Pendidikan Khas. Bila Mak sambung belajar, dia pun buat kajian pasal perkembangan dunia Pendidikan Khas. Adik-adik yang lain pun sama. Semua lebih menjurus ke arah Pendidikan Khas.
Kami sama-sama berusaha membantu diri sendiri untuk membantu Adik.
Sekarang Adik dah 15 tahun. Dah masuk sekolah menengah Pendidikan Khas dan pegang kad Orang Kurang Upaya (OKU). Sebab Adik, sewa bil telefon talian tetap rumah hanya RM2 sebulan. Sebab Adik, cukai pendapatan kami kurang. Sebab Adik jugak, aku dapat tukar dari Kuching ke Semenanjung.
Apa yang lebih penting, sebab Adik, kami sekeluarga lebih memahami dunia dan perasaan OKU. Dia mengajar kami sekeluarga erti susah-payah berdepan dengan kata sinis orang tentang kecacatan, meraikan setiap detik perubahan positif yang berlaku dalam hidup, mensyukuri setiap nikmat hatta sekecil kuman pun dan melihat suatu kekurangan sebagai kelebihan yang tak dipunyai oleh orang lain.
Betullah kata orang, selagi kita tak punya ahli keluarga OKU, kita takkan ambil pot pun pasal keperluan dan kesusahan mereka.
Buat Adik, walaupun aku tak tahu bila dia akan pandai membaca entri ni, aku mahu dia tahu, kami semua rasa sangat bertuah sebab memiliki dia dalam hidup kami. Macam kata pensyarah penyelia aku sewaktu aku ceritakan pasal Adik dulu,
"Jangan rasa susah menjaga Adik awak. Dia lah yang bakal bawak awak satu keluarga yang dah bersusah-payah membela dia, masuk syurga kat akhirat kelak. Sebab dia dikira sebagai ahli syurga. Tak punya dosa."
HER : Nak kena tunggu diri sendirik bergelar OKU baru nak sedar kot, agaknya.
sayu nye aku bace..tetiba mcm nk nangis je rase....
ReplyDeletehuU...sAdis Daku mmbAcenye....Syg nAny slaLu...epPy bsday nem0k!!...=)..t lunch kt kfc yE ngAn Abh,Agh n Abg..hUhU!!
ReplyDelete:D betul. Hanya yg alaminya paham dgn situasi ni kan? Smoga family kamu lebih tabah dan lebih ceria dgn insan istimewa ini ;) Happy Birthday ADIK!!!
ReplyDeleteowh.tersentuh!
ReplyDeleteummi saya pernah mengandung sebelum mengandungkan adib. masa tu saya form 4. tapi x de rezki, kandungan yang dah berusia 7 bulan keguguran. ayah kata, kalau arwah adik lelaki saya tu dapat hidup pun, mungkin tak sesempurna orang lain.
pasti ada hikmah bagi setiap sesuatu tu, kan!
da ternangis dah. huhu touching sgt. (T_T)
ReplyDeletesedey bc entri nii..huhu
ReplyDeletehuhu..sungguh tersentuh...
ReplyDeletealah kak ziha.. nape wat entry camni.. sayunya sue.. huhuhu.. Wish happy birthday kat adik kak ziha ye.... I hope she always happy n sentiasa dilindungi Allah..
ReplyDeletemmg betul la xeea
ReplyDeletekalau kita tak duduk kat tempat tu
kita tak kan paham
bangga sungguh sebab xeea sekeluarga sgt memahami adik
siap buat thesis smua
bangga..bangga
*saya baca entry ni sambil nangis & rindu yang teramat pd adik sy*
ReplyDeletesaya ada adik down syndrom..sekarang umur dia dah 23 tahun..alhamdulillah, sihat wal'afiat..
tp tersangat2 la degil..punya la susah nak dgr ckap org..hehe, tp tu masa kecik2 la..skrg ni ok sikit..
ustaz sy penah cakap (lebih kurang la cam pensyarah ziha cakap)..
"Allah dah bagi pahala percuma pd awk dan keluarga..jd peliharalah sebaik2nya..dia takkan mintak yg bukan2..cukup sekadar kasih sayang..dan tgn dia yg akan trik awk ke syurga kelak, insyaAllah.."p/s: aisey..susah pulak air mata ni nak stop..huhu..
entri ni buat saya rindu sangat pada adik di asrama.
ReplyDelete:(
saya pon faham perasaan ni sbb abang saya pon pemnegang kad OKU jugak. apa yang famili xeea rasa, mungkin sama dengan apa yang famili kami rasa.
ReplyDeletebtw, abang saya sekarang dah bekerja sendiri dan mampu membaca dan menulis. walau tidak secergas yang lain, tapi abang saya tetap boleh berdikari dah.
kalau minat nak baca sikit2 pasal abg saya, ada saya tulis sket kat entry nih
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/03/antara-keperitan-nora-danish-abby-abadi.html
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/02/belajar-untuk-melepas-kan-part-2.html
hp bday nani.. Dia sgt bertuah punya family yg menyayanginya tanpa syarat.moga tuhan permudahkan jln buat nani n family. Muah!
ReplyDeleteyus :
ReplyDeleteaku pun sayu mase tulis ni. emotion tu meresap sekali kot dlm entri ni. tu yg buat ko rase nak nangis sekali. huu
glory united:
eh eh. bila pulak ko membelog neh? uishh. jeles seyyh. bile la aku balik ni. nti celebrate beday adik sekali lagi. mkn 'hhaa' pulak :p
hanie :
serius. kalau Adik takde, mmg rumah sunyi kemain. kalau dia ade, asyik nak carik pasal je membuli dia. heee
anna :
7 bulan? dah menjadik tu. mcm dynas tu, kan? kesian dia. betul lah ada hikmah. lepas tu, family anna dapat adib gendut pulak :)
anon :
meh meh sy tolong lapkan hingus :p
lynluv :
tak sangka pulak semua org sedih. this is suppose a hepi posting sebab pasal birthday :p
neway, thank you for sharing the same way i felt as i wrote this post.
cik oren :
sekadar luahan hati sorang kakak sulung. huuu
suraya :
tak bermaksud pun nak buat semua org rasa sedih. i just let out my emotion. tak sangka pulak org yg membaca pun kena tempiasnya. thanx for hearing :)
dayu :
its kinda genuine passion, tau. buat dgn sepenuh hati. bukan semata2 utk lepas degree. and i love the feeling. huu
hariza akmar :
shuhhh *tgh pujuk sambil tepuk belakang awak*
lega kan bila dpt tau bukan kita sorang je yg punya rasa mcm ni. semoga kita sama2 kuat utk limpahkan kasih sayang utk mereka. tu je yg diorang nak, kan?
suami sy, sblm kahwin dulu, abah sy byk kali cuba fahamkan dia pasal adik. supaya dia faham, adik bwh tanggungjwb sy sbb sy yg sulung. brkahwin dgn sy, brmakna adik jd tanggungjwb dia jugak. syukur, sy dikurniakan suami yg sgt penyayang dan boleh menyayangi adik sama mcm kami :)
ungu violet :
adik2 sy pun semua kat asrama. sekali sekala je jumpa. kalau dekat, asyik gaduh je, dah jauh kemain rindu. hiii
yatie chomeyl :
bila dia pandai urus diri sendiri pun dah cukup bagus kan, awak? ini pulak dah boleh berdikari kerja sendiri mcm abg awak. lebih dari syukur.
dah baca entri tu. cabaran awak lg besar sbb mak dah takde. takpe. kalau kita ikhlas jaga dia, insyallah dia akan balas balik dlm satu perkara yg mungkin kita tak nampak tp akan bagi kesan yang cukup besar bagi kita.
tini :
terima kasih, kak :)
adik ziha ni anugerah Allah,org yg mengata tu tak kena kat batang hidung sendiri boleh la senang2 diorg nak ckp.
ReplyDeleteerrrr anyway mcm mana proses kita nak buat anak ni ziha??..huhu..sana sini hepi dgr org pregnant.usaha2 (1000x)
i'm crying rite now..really touching~
ReplyDeletekak ziha! sedihla baca :(
ReplyDeletetringt zaman dulukala kt asrama dlu, we stayed up dlm bilik hanger(!) and then i heard you told ur friends abt this story. it was like 9 years ago kot, huhu. time sure flies. rindulah!
ni angah ni...maklumlah aku x rjn wat bnde2 yg perlu kemahiran teknikal ni,tu yg aku pki akaun anep ni,die le pakse aku bace blog ko nie...
ReplyDeletemule2 aku bc entri pasal adik mok.huhu.menitik air mate aku doh.br je pas buli die td x bg tido.haha.biasela...sibuk sgt nak salam org...=p
pas2...aku bace pasal siwo..kalau ko nak tau,selain adikmok,balqis and farah anak cikeni...akula ank sedare yg last jumpe siwo...ank sedare last yg siwo usap kepale...ank seda last yg siwo pesan blaja rjn2...ank sedare last yg siwo bg note RM20 hinggit...ank sedare last yg salam n kucup tgn siwo...walaupun aku x dpt blk mlake ms kebumi n kenduri...aku ade same2 jenazah d hspital pekan n dpt tgk jenazah slps d bedah siasat..... Al-Fatihah
xeea,
ReplyDeleteaku xpunya adik..
tapi sangat terharu membaca entry nie..nasib baik dekat opis..nak tak nak terpaksa hold airmata nie dr tumpah..aku kagum ngan semangat ko n family..:)
sayu nye hati ku....
ReplyDeletecerita ko mengingatkan aku mase hari aku nk deliver.... doktor bagi option yang aku tak reti nk buat keputusan...sampai aku mintak tolong family aku fikirkan same2.....
xeea,sy pun xde adik. tunggal. yg ada adik2 ipar dan adik2 sepupu je. sayu baca entry awak ni. moga awak & kuarga sentiasa kuat semangat demi adik. kita kuat, dia pun kuat, insyaallah.
ReplyDeleteHappy Belated Birthday, Adik.
Bertuahnya Adik ada family yg support adik 100%...
Happy belated birthday jugak adik.
ReplyDeletesha takde adik ..tapi paham sesangat..bagaimana rasanya jadi adik yang terpinggir...Semoga Allah SWT mudahkan urusan kalian ..dalam menjaga keluarga terus bersatu menyokong your Adik Nani. :) GodBless.
suzie :
ReplyDeletewe just take it as a challenge. mulut tempayan boleh jugak kita tutup, kalo mulut orang tuhan je lah yg mampu.
anak? kite bagi laluan kat org yg lebih senior dulu. berusaha! huuu
syida :
shuh shuh. stop crying. i didn't mean to.
ecahchan :
huh? kepohnye aku. loud pulak tu. sampaikan stay kat hanging room pun org boleh dengar ai bercerita. huu tu lah. i never feel tired to talk about her.
anon / angah :
aku pulak yg sedey baca komen ko nih. dah2, pi masak. adik mok balik skolah kang lapo. huu
miss dee :
anak bongsu, ye? ni sekadar luahan hati kakak yg punya adik istimewa :)
dayah :
walaupun kita ada kawan paling baik dlm dunia pun, family is still the best kan?
mrs syediz :
anak tunggal mesti kdg2 rasa sunyi kan? takpe lah. mudah2an awak akan dikurniakan anak yg ramai nanti. baru meriah! huu
sha :
tabah sha. yg terpinggir tu lah yg istimewa sebenarnya. on behalf of adik, thanks for the wishes :)