Friday, April 10, 2009

Jiwa Serapuh Kaca.

Air mata aku sangat murah sejak akhir-akhir ni.

Mudah je tumpah atas sebab satu-satu perkara. Sampaikan pasal benda yang yang tak masuk akal pun boleh buat kan aku menangis semahu-mahunya. Stok sampai sedu-sedan haa. Berikut adalah contoh situasi yang boleh buat aku sebak dan menangis tiba-tiba ;


1. Masak asam pedas tak menjadik. Terlalu cair.

2. Baru lepas jemur baju, tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

3. Tidur terganggu oleh gigitan nyamuk atau suhu bilik terlalu sejuk sebab orang-yang-forward-email-SUAMI BOROI TANDA BAHAGIA (?) pasang air cond powerful mode pada suhu paling rendah tanpa mempedulikan teman sekatil sedang menggigil di sebelah.

4. Tonton rancangan kegemaran sorang-sorang kat ruang tamu dan dalam masa yang sama suami peliharaan sedang berdengkur atas riba.

5. Sang suami masuk tidur dulu tanpa menitipkan kata-kata cinta mahupun ucapan wajib dan paling ringkas dalam dunia; SELAMAT MALAM SAYANG.

6. Tertidur tanpa menggosok gigi dan mencuci muka.

7. Tak tahu nak masak apa.

8. Takde sebab. Tiba-tiba rasa nak menangis kuat-kuat bila rasa sunyi kat rumah. Rindu kat Mak Abah dan adik-adik.

9. Tengok kalendar, makin hari makin hampir hari melapor diri untuk bekerja. Makin hampir hari untuk tinggal berasingan dan jauh dari suami hak cipta terpelihara.

10. Menonton rancangan The Biggest Loser.



Bagi yang tak tahu, The Biggest Loser adalah rancangan realiti pasal orang yang mengalami obesiti berusaha turunkan berat badan dengan bimbingan jurulatih bertauliah di Hallmark channel. Setiap hari aku tengok cerita ni. Tak tahu lah kenapa. Rasa macam terinspirasi dengan semangat kental dan usaha tangga kejayaan peserta. Kagum.


Satu lagi yang aku perasan, setiap peserta punya jiwa yang sangat sensitif. Nampak berat turun 5 pound, menangis. Terpaksa hantar kawan pulang, menangis. Tak dapat makan karbohidrat tinggi, menangis. Kena tekan tubi 10 kali, menangis. Tak boleh kawal nafsu makan, menangis. Cerita pasal keluarga, menangis.


Pendek kata, mereka memang sangat sensitif.



Cfu kata, dia sangat memahami perasaan orang berbadan besar macam ni sebab satu ketika dulu, dia pernah mengalaminya. dan macam nak jadik lagi, je :p Dia kata, orang gemuk memang sangat sensitif. Hati mudah tersentuh. Sebab tu mereka mudah menangis. Mungkin bukan semua tapi, kebanyakannya lah. Sebab tu mereka seboleh-bolehnya cuba menjadi happy go lucky untuk menyembunyikan sifat terlalu sensitif tu. Hakikatnya, hanya mereka dan Tuhan saja yang tahu apa yang dirasa. hurm.


Semakin hari, aku semakin sensitif.
Jumpa lipas mati dalam sinki pun boleh buat aku menangis.

Adakah ini petanda bahawa aku sedang mengalami obesiti ?


HER : Mungkin perlukan lebih banyak pil sonulut.

12 comments:

  1. pil sonulut??

    apekah itu? uhuh

    oh oh. dulu mase cuti, selalu tengok rancangan oprah. suke sangat tengok pasal yang gumuk2 jadi kurus ni. lepas tengok bersemangat terus nak diet la, exercise la, jaga makan la. menjadi jugak. tapi da lama-lama pastu, makan sesuka-suki semula.heee

    tak istiqamah la kamu ni, anna..! ;PP

    oh oh. kak ziha jangan manyak-manyak nangis ya. nanti mata tu bengkak. aaaa. tapi kalau saya jadi kak ziha pun macam tu jugak kot.uhuhu. senangg sgt nak nangis. tak boleh tengok org nangis. kalau nampak, pun anak ikut nangis jugak.padahal tak tau pun orang tu nangis sebab apa.hehe

    ReplyDelete
  2. tak lama lagikan...

    memang menghitung hari...

    rasa macam sekejap je hari berlalu...

    penuhi hari-hari yang akan berlalu tu dengan saat-saat yang indah ok...agar tidak serapuh kaca lagi...

    ReplyDelete
  3. alaaa x jauh mane Terengganu - KL..Cfu leh blk tiap weekend..hihi..

    Chayuk beb!

    ReplyDelete
  4. ziha...jgn sampai tahap kemurungan ok?semua jd serba tak kena bila nak dekat tarikh itu kan?

    ReplyDelete
  5. ahahhahah.mula2 baca macam apa moral of the story kali ni?pregnant kah? :p

    sekali nk kata berat badan dah naik sikit..yg si cfu tak naik2 lagi ka?? :p

    ReplyDelete
  6. maybe akak nk period kot.
    i get really sensitive tahap cipan mati bila nak dekat2 waktu pms.
    sampai amir naik meluat.
    hehehe.


    ~diana~

    ReplyDelete
  7. biggest loser mmg favorite
    tp kat umah sewa takde astro
    tak bleh nak tgk...

    xeea, jgn lah sedih2 sgt
    jgn sensitif2

    bila lapor diri xeea??

    ReplyDelete
  8. time-time macamni, duduk seorang diri mmg langsung tak membantu.

    harap tabah.
    :)

    ReplyDelete
  9. anna : sonulut tu pil utk hormone re-balancing. emosi akak sgt2 tak stabil skrg ni. so, kitaran hormon pun tunggang langgang.

    sama lah kita. hangat2 taik ayam. semangat diet. dah turun 1,2 kilo, bantai mkn sampai pengsan semula :p

    hussaini : uwaaaa!!!! sdg cuba memenuhi masa berkualiti yg ada. rasa macam nak panggil Hiro Nakamura hentikan masa sekarang jugak.

    cik oren : tak jauh mana ko kata? tlg sponsor tiket tiap minggu, boleh? haha

    suzie : tu lah. hampir nak jadik dah. mujur dah terus jumpa pakar sakit jiwa hari tu :p

    org yg tak kena macam kita, memang tak paham apa rasanya, kan?

    saloma : saspen harus ada. haha

    tak pernah tau berat badan kejap naik kejap turun macam nih. ikut sekali hormon yg tgh tak stabil. oh. cfu lain cerita. berat dia makin naik je, tak turun2 dah! :p

    syahida & sha : haha. tak saspen lah cik oren ni. buat korang berdua konpius je.

    kurakuramerah : betullah. siap je publish entri ni, terus period :p

    dayu : dah cuba tak nak jadik sensitif sgt, tp kdg2 cakap2 org keliling takleh handle aa. tu yg buatkan jadik lg sensitif. diorang main cakap je mmg senang. kita yg menanggung ni, tuhan je lah yg tau.

    insyaallah, 23 april ni. doakan saya :)

    hidd : betul, awak. sbb tu skrg sy balik kampung. nak carik 'ubat' :) tapi, dlm masa yg sama, rindu pulak kat suami. urgh.

    ungu violet : tu lah beza kita dgn makhluk tuhan yg lain kan, awak?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.