Tuesday, March 31, 2009

Episod 1 : Diari Seorang Suri Rumah Terhebat.

Memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menyandang jawatan suri rumah tangga sepenuh masa, tergerak pulak rasa hati nak abadikan saat-saat manis memegang jawatan tetap dan berpencen ni. Mana lah tahu kan, lepas kerja nanti, dah tak merasa lagi.


Menjadi suri rumah untuk seumur hidup, itu sudah pasti.


Tapi secara sepenuh masa, belum tentu lagi. Silap-silap, jadik weekend housewife je sama macam yang Mak aku tengah praktikkan sejak beberapa tahun lepas.

yeay 055

Rutin hidup harian biasa dimulakan dengan mencuci pakaian. Terima kasih kepada ciptaan mesin basuh automatik penuh. Kerana beliau, tangan dan jari-jemari ku masih lembut bak sutera. Masuk baju, tuang sabun, picit butang, kemudian biar je sampai dia menyanyi.


Aktiviti mensidai baju sambil mensidai muka menegur jiran tetangga yang baru pulang dari pasar, menyusul kemudian. Inilah salah satu cara untuk aku bersosial dengan suri rumah sepenuh masa yang lain tanpa perlu menyertai Persatuan Suri Rumah Terhebat yang banyak dipenuhi dengan agenda mesyuarat tingkap.


Aktiviti ini jugak yang telah membawa kepada sesi perkenalan dengan Ah Soh yang dah bongkok tiga tapi masih gigih turun naik tangga untuk membeli ikan. Aku terlalu kagum sampai memasang niat satu hari nanti, nak tanya apa rahsia dia panjang umur. Adakah dengan memakan ikan setiap hari?


yeay 043

Mesin penyedut hampagas macam rupa tetikus versi gergasi ni ialah hadiah perkahwinan daripada Pakcik adik-beradik belah Mak yang nombor 6. Sekali lagi, terima kasih atas ciptaan maha hebat ni. Selain daripada menyelamatkan tulang belakang daripada sakit sebab penat menyapu, ia juga berfungsi untuk menyedut sisa ketipan kuku yang ditinggalkan oleh suami peliharaan di celah-celah permaidani. oh. Ciptaan ini jugak membantu menyedut bangkai lipas yang menemui ajal di bawah sofa merah. Mati lemas barangkali.


Terima kasih Pakcik nombor 6.


yeay 052

Ini pulak hadiah perkahwinan daripada Mak Teh belah Mak yang nombor 4. Aku antara golongan suri rumah yang bertuah sebab suami diberi pilihan untuk memakai baju korporat milik syarikat selain daripada kemeja dan tali leher. Maka, aktiviti menggosok baju kerja suami bukanlah wajib untuk dilakukan setiap hari. Terima kasih Honda. eh eh.


Tapi, seboleh-bolehnya, aku buat jugak aktiviti ni, paling kurang, seminggu sekali. Selain untuk memastikan sang suami yang dipelihara sentiasa kelihatan kemas, segak bergaya dan wangi, ia juga boleh mengesan kesan lipstik yang dicurigai.


Ya Allah. Apa ni! Bawak mengucap! Tak baik mencurigai suami sendiri. Mintak maaf, suami. Petang nanti I masak cekodok bilis special, ok.


Satu lagi, selain kesan tinggalan yang mencurigai, kesan sos makanan sedap pun boleh ditemui. Oleh itu, suami peliharaan tak boleh menipu yang dia sebenarnya diet tak makan tengah hari, padahal sedap-sedap makan burger Wendys percuma masa lunch siang tadi. Kantoi di situ.


yeay 053

Stove adalah hadiah perkahwinan daripada Makcik belah Mak yang nombor 9. Berapa banyak Makcik daa. Inilah untungnya punya Mak yang ada 12 adik-beradik :)


Sinilah tempat aku bertapa untuk hilangkan virus penyakit ganjil. Dapur basah ni memang agak sempit. Muat-muat untuk aku sorang je. Tu lah boleh bagi alasan "Dapur kecik lah. Mana boleh nak masak banyak-banyak. Makan luar je lah." setiap kali ada orang pakat ramai-ramai nak datang rumah.


Tingkap kat sebelah tu saja je pasang bidai sebagai taktik penyamaran nak intai Pak Guard datang me-round ke tak tiap hari. Kalau tak, siap lah nak hantar surat komplen kat management. Dasar kepochi :p


Selain tu, dapat mengintai Aci sebelah rumah tengah masak apa. Mungkin hari ni dia akan goreng keropok lekor Terengganu yang diberikan oleh kami semalam. Adat hidup berjiran, kan. Kalau kita masak, orang sebelah bau, wajib lah kita menghulur sikit.


yeay 044

Selesai je rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa, seperti biasa, akan timbang berat badan sendiri dengan penuh harapan; berat mesti turun. Penat ni buat kerja sepanjang hari. Namun, setiap kali tu jugak hampa. Berat tak menginjak walau sikit pun. Mana tak nya, semua kerja pakai mesin automatik je. Nak kena turun berkebun agaknya, baru menjadi.



HER : Tak mampu jadik suri rumah terhebat pun, cukuplah sekadar kehadiran kita dirasai oleh sang suami. Kalau baru satu hari kita takde, rumah macam tunggang langgang, dengan dia sekali jadik sasau :p

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. berat 10kg? biar benar ni kak ziha.. berat 10 jari kaki tu je kot...?? ;PP

    oh oh. spotted. ampaian, tetikus gergasi, iron, stove tak berwarna merah. nampak dinding rumah je yang warna merah tuh. ehe.

    tetiba dapat idea. nanti kawen nak cari dapur kecik jugak lah..! heeeeeee :DD

    ReplyDelete
  3. Xeea.ko confirm ke g kuching ?

    ReplyDelete
  4. yer..mungkin suatu ari nanti saya punakan menjadi suri rumah weekend sahaja...heheee...

    p/s: kasik alamat umah atau alamat email boleh??? nak kasik kad kawen nie...

    ReplyDelete
  5. mesti awak akan rindukan saat2 macam ni kan? saat berdua dgn suami. tabah yea :)

    ReplyDelete
  6. haha xeea main tipu ar..kalu timbang minyk 5kg 2 btol btoi la..

    ReplyDelete
  7. hahaha kepoci jgk eh? Auw! :D Dah bekerja nnt,lg bertambah kerja sebenarnya kan? Suri bertangga2 (rumah + pejabat) :D

    ReplyDelete
  8. soraya : uh-oh. i miss the baking and scandal part, kot.

    anna : gimmick tu. 5 kali ganda berat tu kot. huu

    semua tu org bagi. takkan nak demand merah jugak kot. lgpun, berpinau mata kalau merah semua.

    err. jgn kata akak punye ide tau. huu


    momo : belum confirm. tp mental & fizikal dah disediakan ke arah itu.

    hidden stories : isteri zaman 3G, kan :) mail me feexeea[at]yahoo.com

    hidd : duduk berdua dgn suami skrg pun masih rasa rindu, apatah lagi kalau dah tak duduk sebumbung :( pinjam perut, awak. hee

    aziyana : hahaha. kena tambah 0 kat belakang. baru bukan berat minyak :p


    hanie : boleh tahan lah. dah nama pun perempuan, kan.

    nak kena carik rumah yg tak bertangga lah ni. kurang satu tangga. huu

    ReplyDelete
  9. oh, suami saya pun kerja pakai baju korporat. senang, iron sekali jalannnnn :)

    ReplyDelete
  10. tak lama lagi tu...
    saat manis macam ni kena kumpul...
    sekejap je masa tu akan berlalu nanti...

    ReplyDelete
  11. ungu violet : kan? kan? takyah iron pun takpe :p

    hussaini : sdg compile lah ni. kalau boleh, nak jadikan biografi. huu

    ReplyDelete
  12. eh..eh.. 10 kg? xeea? betulkah?

    *baru pertama kali singgah.

    ReplyDelete
  13. mrs syediz,

    gimmick tuh. gimmick. huu
    welkam neway :)

    ReplyDelete
  14. silakan. will link yours too later, k :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.