Tajuk di atas merujuk kepada artikel dalam harian Kosmo minggu lepas. Artikel ni menyebut betapa profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental atas rasional bebanan kerja guru yang semakin kompleks.
Mempunyai Mak Abah bergelar guru, dikelilingi oleh makcik-pakcik-saudara mara-ibu mertua-ipar duai yang juga cikgu serta diri sendiri akan bergelar pensyarah, aku amat faham tentang risiko sakit jiwa ni.
Tapi pada pendapat aku, tak semestinya menjadi guru je berisiko tinggi. Apa-apa pekerjaan pun sama. Masing-masing punya beban kerja dan tahap stress tersendiri. Bezanya, cuma dari segi cara kita menghadapi dan menanganinya.
Aku tak pernah tahu kalau aku sedang stress.
Kalau mulut aku berkata, “Aku tengah stress ni! ” dan asyik mengadu badan letih, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi penyakit badan yang mengada. Sebenarnya, aku tak stress pun. Tekanan yang aku sedang hadapi masa tu takdelah sampai tahap stress, apatah lagi penyakit jiwa.
Sebaliknya, kalau mulut aku diam dan rasa badan cukup rehat, sebab takde buat kerja memenatkan atau mengeluarkan peluh macam mencangkul tanah balik kampung tanam jagung. Tapi, kalau otak aku berputar ligat, tak berhenti berfikir sampaikan dalam tidur pun siap boleh alter jalan cerita mimpi supaya jadik lagi best untuk diceritakan semula kat semua orang pada esok hari. Masa tu lah sebenarnya aku sedang stress.
Sistem badan akan bagi signal untuk sedarkan yang aku tengah stress sebenarnya. Contohnya, tidur sepanjang hari tanpa rasa bersalah dan pura-pura tak dengar ayam berkokok lapan puluh lapan kali, kitaran haid macam roller coaster, tak lalu makan makanan murah, merepek tak tentu hala, menangis tanpa sebab, menjadikan Cfu sebagai punching bag dengan mencari pasal secara membabi buta dan tidur malam asyik terjaga sebab didatangi mimpi seperti dikejar pontianak harum ataupun ada orang berlaku curang dengan amoi seksi di pejabat.
Signal ni macam bagi wake up call lah, hoi bangun! bangun! kau tengah stress lah ni! sedar diri sikit! pergi bertenang dengan berenang! berhenti berfikir! kau bukan robot!
Cara mengatasinya?
Makan secara banyak.
Minggu ni je, berat aku dah bertambah 1.7 kilo. Keropok bantal satu balang aku hadap sorang tanpa menghiraukan suami peliharaan yang sedang membuat muka kucing di sebelah; tagih simpati nak mintak barang sebijik dua. Sosej ayam satu peket aku habiskan. Itu belum cerita pasal grilled chicken chop Bumbu Bali yang aku tibai makan sorang. Memang nafsu makan Drakula. Sila gerun.
Tapi, stress baru-baru ni macam agak kronik.
Aku kata kronik sebab sampai melibatkan klinik, doktor pakar dan ubat. Ada je tiga entiti ni dalam proses menangani stress kamu, dah tak boleh kata sebagai lumrah stress yang biasa lagi.
Mujurlah pakar sakit wanita, BUKAN pakar sakit jiwa.
Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang tengah stress. Cuaca semasa pun nak jugakkkk.
(Gambar diambil secara takut-takut dari dalam rumah sebab ribut taufan yang melanda adalah maha dasyat.)
HER : Hindari stress, amalkan gaya hidup sihat.
uiks...kite penah g klinik pakar cs tan tu..
ReplyDeletesbnrnye tinggal d mana ni?
coz im living at puchong too :)
be ready girl bila ngajar poli ek..kalau xkuat mmg boleh stress..bukan nak takutkan just a reminder..saya first month ngajar KK mmg fius2 tercabut skit..urut dada tahan sabar aje hari2
ReplyDeletehahahha.. g jugak engkau bumbu bali tu hahahaha. makan nasik die weih.. walaupun makan mase duduk, lepas makan sure rase 'terduduk' gak... aku sukeeeeeeeeeeeeeee...
ReplyDeletestress? aku, salu. aku tau bile sume imagination aku tuka jadi cam comic strip. tp starting die, mesti gamba aku duduk tunduk kat desktop aku sambil pakai spek yg ade misai tu. n kaler hitam putih.
hohoh.. aku rase sume org ade peringkat stress. cume care manage je la. kalo stress tp xde hasil, itu yg jadi gile.
so, kalo stress make sure u get sumthing out of it. baru la stress yg sihat. ok!
usaha dan doa...insya allah... tapi kalau tak dapat juga...terpaksalah pergi jugak..yg penting kita dah usaha (sambil berbakul2 mengutuk peg2 atasan tu...hahahaha)... adik saya sama je macam awak... tapi dia tak pergi walaupun dia nak pergi (biasalah..mcm suara dari atas bawah kiri kanan kedengaran masa dia dapat posting jauh ni)...kakak dia je bg galakan..tp nak buat cam ne...tak tau brp kali turun naik g Putrajaya, jumpa peg2 tu...tapi biasalah...nak buat camne...n sampai skrg still tak dapat panggilan...so, nak tak nak kena fikirlah pro and con..:)
ReplyDeletekeluarga saya pon cikgu, dari tok sedara, maka cik, pakcik, mak ayah, semua cikgu, guru penolong kanan, guru besar dan guru tadika... so, nak kelaur skit dr kebiasaan, amek la banking, duk kat bank. alhamdulillah, mak n ayah tak penah lagi sakit jiwa, maybe budak2 dulu tak seteruk skang.. tapi, ayah cakap nak ngajar ni, hati kena ikhlas, insya Allah, murid pon ok, senang di ajar
ReplyDeletekristy : kat bandar puchong jaya. opposite ioi mall. u kat mana? entah2 berjiran :p
ReplyDeletemrs F : owh PPPT jugak ye? kk mana? masa latihan mengajar dulu, bole tahan jugak lah sakit kepala.
kadang2 ada jugak terdetik nak jadik cikgu sekolah rendah je. ajor bahasa inggeris. mmg impian dari dulu. huu
byn : best weh mkn situ. duit pun best jugak lah. mampu mkn nasik grg je :p tp worth it. paling suka satay ayam serai tu.
pinjam spec tu! hee
ira : hurm. tu lah masalahnya. a part of me beriya2 nak pegi. sbb dah letih menganggur. a part lagi rasa tak samapi hati nak jauh dari suami. tsk tsk.
hanys,
ReplyDeletekalau kita je yg ikhlas tapi anak murid tak ikhlas dtg belajar, pun tak boleh jugak kan, awak?
apa2 hal pun, jadik cikgu ni, kalau hati tak kuat, memang akan cepat rasa kalah. lebih2 lagi nak kena mengajar budak2 dewasa. mcm2 ragam nya.
tentu arah ngajar budak kecik. buat salah, boleh denda diri atas kerusi. kalau yg dewasa nak denda gitu, silap hari bulan, tayar kereta kita yg pancit tiba-tiba.
saya sama ngan suzie magic potion..tp skang tngah cuti blajar..lama sngt terperap kat tmpat tu bikin wa gila...hahaha
ReplyDeletemrs F,
ReplyDeleteowh. kwn suzie yer? ni yg seram ni kot2 dapat tukar masuk kk. tak pernah ada pengalaman kat kk lg. huu
oh kakak. we're in the same boat nampaknya ni. macamla. uiks.
ReplyDeletesyahirah,
ReplyDeleteawak dpt kat mana? jauh jugak ke? meh. meh. peluk sama-sama. tsk tsk.